Monday, 9 July 2012

MyPoster: 14 Punca Lelaki/Suami Menjadi Dayus

Assalamualaikum.......



Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" 
( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" 
( Riwayat Ahmad )



14 Punca Lelaki/Suami Menjadi Dayus:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kupasan lanjut mengenai lelaki dayus di blog ustaz zaharuddin.



Apa gunanya badan tough muka macho tapi DAYUS?
Apa gunanya harta melimpah gaji besar tapi DAYUS?
Apa gunanya jadi lelaki tapi DAYUS?
Sama-sama memohon perlindungan Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan ini. 




 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

11 comments:

  1. banyak yang suami/ayah kena prihatin bab2 aurat isteri dan anak permpuan kt luar rumah..tapi sebagai isteri pun kena la beringat jugak kan keri?

    ReplyDelete
  2. awasilah isteri anda.huhu..singgah sni:)

    ReplyDelete
  3. wahai suami, jgnlah engkau mnjadi dayus

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum keri...banyak betul tanggunjawab suami n bapa ni kan...:)

    ReplyDelete
  5. hinanya rasa diri ini.. tetapi tak ditegur lebih menghinakan. measey cikgu! selamat hari guru.. xD

    ow ye, karya komik strip keri yg "syg mak abah" tu, mcm dh tsebar luas. mksudnye pyampaian itu org pham. teruskn lg usaha buat komik strip. nk baca. xD

    ReplyDelete
  6. moga para lelaki amek kesah hal ni.

    ReplyDelete
  7. sebenarnye banyak yang dianggap remeh itu besar dan berat hukumnya..moga kita sama2 ambil iktibar daripada ni walau sebagai perempuan

    ReplyDelete
  8. Azzah :
    itu tnggngjawab suami. tp kalau logiknya, seorng anak/isteri yg sayang akan ayah/suami takkan buat perkara tu :)

    Kaisara:
    yup. jgn tau nak kawen je :P

    Cik Tikah :
    dan isteri, jgn biarkan suami anda menjadi dayus. :D

    ReplyDelete
  9. mama maszull:
    masing-masing ada tnggungjawab sendiri. Allah kan Maha Adil ^^

    Cikot:
    er, selamat hari guru pulak :)
    Alhamdulillah kalau org faham. Insya Allah kalau ada idea memang nk buat lg.

    ReplyDelete
  10. Fiza :
    lelaki kena ambil kisah. perempuan kena ambil tahu :)

    3no:
    yup. sekecil manapun selagi ia bergelar dosa, kita kena prihatin :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...