Dipetik daripada : http://ihyaramadhan.com/
Soalan 1:
Apakah
kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan:
Sengaja
bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering
tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah
ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir
matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
Soalan 2:
Bagaimana
pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk?
Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di
malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana
kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk
ke dalam telinga.?
Jawapan:
Memasukkan
air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan
puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi
cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan
membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air
ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
Soalan 3:
Suami
isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib
bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita
dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas
azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Jawapan:
Apabila
seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh.
Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka
wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak
boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan
puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang
yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika
persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah
membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu,
dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan
memberi makan 60 orang miskin.
Soalan 4:
Apakah
hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di
malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula
berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan
puasanya dan sahkah puasanya itu?
Jawapan:
Jika
kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi,
maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak
ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan
setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan
puasa namun ia harus segera mandi wajib.
Soalan 5:
Saya
telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk
mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa
saya dikira batal kerana suntikan itu?
Jawapan:
Sebahagian
ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan
Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu
Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi
kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia
termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
Soalan 6:
Adakah
puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka,
pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?
Jawapan:
Puasa
telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana
difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.
Soalan 7:
Bagaimana
hendak diketahui awal Ramadhan?
Jawapan:
Diketahui
Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan
pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.
Soalan 8:
Bilakah
yang dikatakan Hari Syak?
Jawapan:
Hari
Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1.
Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2.
Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.
Soalan 9:
Adakah
harus berpuasa di Hari Syak?
Jawapan:
Mengikut
pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’
dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka
harus baginya berpuasa.
Soalan 10:
Bagaimana
hendak diketahui awal Syawal?
Jawapan:
Untuk
mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di
atas).
Soalan 11:
Bolehkah
kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang
berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?
Jawapan:
Tidak
harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’
Soalan 12:
Saya
berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia.
Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih
berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Jawapan:
Mengikut
khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu
bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.
Soalan 13:
Kalau
kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup
lagi puasa. Adakah boleh berbuka?
Jawapan:
Wajib
berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang
tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.
Soalan 14:
Bagaimana
cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?
Jawapan:
Mereka
hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran
dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.
Soalan 15:
Apakah
hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya
berpuasa kerana sakit berpanjangan?
Jawapan:
Boleh
berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi
setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.
Soalan 16:
Adakah
boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan
digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?
Jawapan:
Tidak
harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.
Soalan 17:
Bagaimanakah
lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa
Ramadhan sahaja?
Jawapan:
Sebaik-baik
niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu
Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.
*
Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan
bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid
kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa
sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.
Soalan 18:
Pada
malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku
berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?
Jawapan:
Tidak
sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.
Soalan 19:
Adakah
sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam
hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?
Jawapan:
Sah
niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.
Soalan 20:
Adakah
sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?
Jawapan:
Tidak
sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum
maghrib.
Soalan 21:
Adakah
sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?
Jawapan:
Sah
puasa tersebut.
Soalan 22:
Seseorang
yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum
fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?
Jawapan:
Tidak
sah.
Soalan 23:
Adakah
sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk
waktu?
Jawapan:
Tidak
sah.
Soalan 24:
Adakah
sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?
Jawapan:
Sah
puasa.
Soalan 25:
Adakah
batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
Jawapan:
Sah
puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.
Soalan 26:
Adakah
batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?
Jawapan:
Batal
puasa.
Soalan 27:
Adakah
batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa
wuduk?
Jawapan:
Tidak
batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).
Soalan 28:
Orang
yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam
mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?
Jawapan:
Tidak
batal puasa.
Soalan 29:
Adakah
batal puasa bagi orang gila sekejap?
Jawapan:
Batal
puasa.
Soalan 30:
Adakah
sah puasa bagi orang yang pitam?
Jawapan:
Sah
puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam
matahari.
Soalan 31:
Adakah
sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Jawapan:
Sah
puasa.
Soalan 32:
Adakah
wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau
orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?
Jawapan:
Tidak
wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir
yang berbuka puasa dengan bersetubuh.
Soalan 33:
Apakah
kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?
Jawapan:
Kifarat
bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari
kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika
tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang
secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.
Soalan 34:
Kalau
seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib.
Apakah hukumnya?
Jawapan:
Hukumnya
adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.
Soalan 35:
Kifarat
bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?
Jawapan:
Kifarat
bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.
Soalan 36:
Adakah
batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?
Jawapan:
Sekiranya
bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia
berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.
Soalan 37:
Adakah
boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak
bersembahyang?
Jawapan:
Yang
muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki
dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan
mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang
meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.
Soalan 38:
Adakah
wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit
sebelum subuh?
Jawapan:
Tidak
wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya
sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.
Soalan 39:
Orang
yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya,
adakah boleh makan/minum dan lainnya?
Jawapan:
Wajib
mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal
puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.
Soalan 40:
Apakah
hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?
Jawapan:
Hukumnya
batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan
perempuan).
Soalan 41:
Seorang
perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?
Jawapan:
Sunat
berimsak.
Soalan 42:
Sekiranya
seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?
Jawapan:
Tidak
wajib berimsak.
Soalan
43:
Adakah
wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat
tinggalnya (bermastautin / bermukim)?
Jawapan:
Mengikut
khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.
Soalan 44:
Adakah
perempuan yang haid wajib berimsak?
Jawapan:
Perempuan
yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.
Soalan 45:
Kanak-kanak
yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’
puasanya?
Jawapan:
Tidak
wajib berimsak dan tidak wajib qada’.
Soalan 46:
Seseorang
yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi
mereka berbuka puasa?
Jawapan:
Tidak
harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.
Soalan 47:
Adakah
sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?
Jawapan:
Sunat.
Soalan 48:
Seseorang
yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas
fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan:
Sah
puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai
telah berniat.
Soalan 49:
Adakah
sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan:
Tidak
sah puasanya.
Soalan 50:
Adakah
sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?
Jawapan:
Sah
puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak
sah puasanya dan diwajibkan qada’.
-----------------------------------------------------------
Aku cuma ambil 50 soal jawab sahaja.
Untuk download lebih banyak soal jawab (118 soalan dan jawapan) boleh ke : Koleksi Soal Jawab Ramadhan – http://ihyaramadhan.com/
Di sini aku sertakan jugak beberapa link menarik dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah ilmu 1. Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika...
2. sunat puasa dan imsak
Entri yang bagus..masalah fekah dalam bab puaso..ambe dah follow deme..promote ambe sekali dalam list keri..www.kakisembang.com..blog baru, budak baru..Salam Ramadhan
ReplyDeleteinfo berguna..thanks...jawapan memuaskan hati
ReplyDeleteSYUKRAN YA KERI.. ADA GAK YG MUSHKIL TP JAWAPAN YG DIBERI MEMG SGT BERGUNA... (MALAS NK OFF CAPS LOCK,HUAHUA)
ReplyDeletenice info... mmg ini yg cco dok cari2... tq..
ReplyDeletemmg boleh dijadikan panduan ni..
ReplyDeletedownload la e-book soal jawab tu. tapi leceh la sket nak kena daftar, check e-mail.
ReplyDeletetp memang bnyk soal remeh yg kita kadang2 tak perasan /tak tau
bagus entry keri ni.. byk info :)
ReplyDeleteslm ramadhan,
cik ana
info yang sangat bagus! thanks keri :)
ReplyDeletesama2...
ReplyDeletedoakan kebaikan kpd org yg berusaha kumpulkan soal jawab tu.
saya cuma tolong sebar :)
huhu.. blh tmbh ilmu dlm bulan ramadhan ni
ReplyDeletepanduan berguna.. =) trimas..
ReplyDeleteEntri yang bermanfaat. Banyak yg ana tak tahu, tpi skg dah tahu. Syukran Akhi Keri :D
ReplyDelete