Monday, 8 October 2012

MyKOMIK : Bahasa Muda Mudi

Assalamualaikum........

Ini kisah benar, terjadi minggu lepas....

 

Di sebuah pasar raya yang dirahsiakan namanya........



Kelihatan seorang pemuda tampan sedang asyik memilih barang-barang untuk dibeli...

Disebabkan ketampanannya maka dia berasa tidak perlu membawa bakul atau troli untuk mengisi barang kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketampanannya... biarpun barang yang dibelinya agak banyak.

---------------------------------------------------------------




Tiba- tiba si jejaka terdengar suara lunak lagi merdu beberapa orang gadis sedang berbual- bual.
Spontan dia berpaling mencari arah suara itu datang. Naluri kelelakiannya menyebabkan dia terlupa firman Allah supaya menundukkan pandangan untuk menjaga kesucian hati.

Dia cuba menangkap butir bicara si gadis yang nampaknya sangat rancak berbual. Bergerak- gerak cuping telinga si jejaka mengamati pertuturan si gadis...

--------------------------------------------------------------- 

maka .....




---------------------------------------------------------------  


Terkedu sebentar  si jejaka mendengar bahasa jelek yang dituturkan si gadis tersebut. 

Berdengung- dengung telinganya menahan kesakitan akibat tak tertahan dek kasar dan buruknya glosari dan kosa kata yang dipilih oleh si gadis dalam pertuturannya.

Si jejaka berlalu pergi, dengan hati yang lara mengenangkan nasib bangsanya yang semakin layu moralnya , yang semakin lupus sopan santunnya.

------------------------- TAMAT--------------------




Abaikan bab penipuan tentang ketampanan jejaka tersebut. Abaikan juga lukisan pemalas yang comot itu. Abaikan juga tulisan huduh lagi menyakitkan mata itu... abaikan... haha

Fokus pada mesejnya, betapa teruknya bahasa pertuturan remaja zaman sekarang.Tiada lagi santun pada bicara walaupun di khalayak ramai.

Seakan fenomena biasa, bahasa bohsia dan rempit diangkat martabatnya malah dijadikan bahasa rasmi filem- filem rempit sedunia. 

"Assalamualaikum, lama tak jumpa ko, sial"

"Babi la ko, babi"

"Bodoh la ko ni, itu pun nak kena ajar ke?"

Dan macam-macam lagi ayat yang menjadi kebiasaan kita. Kadang-kadang ayat yang baik pun diakhiri dengan perkataan macam tu.

Kata-kata mencerminkan perilaku dan akhlak kita.
Kata-kata itu satu doa.
Bayangkan macam mana kalau orang mendoakan yang tak baik buat kita.
Sebagaimana kita tak suka , macam tu jugaklah orang lain rasa.

Memang, sudah menjadi kebiasaan yang sebati dan sukar untuk diubah.
Tapi boleh cuba, sedikit demi sedikit. Sampai bila mahu menggunakan bahasa sebegitu?
Sampai beranak-pinak? nak wariskan pada anak-anak? pada cucu cicit?

Sopan santun, budi bahasa budaya kita.
Bukan budaya Melayu, tapi budaya dan ajaran Islam.


[Biar huduh tulisan, jangan huduh tutur kata]




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

38 comments:

  1. memang ada je...selalu je jumpe

    ReplyDelete
  2. hahaha.hari tu aku beli toto sorang2 dekat mall, datang dua pempuan ni, dua2 lawa tapi macam masih sekolah. tiba-tiba dia cakap dengan kawan dia,

    "eh jom la blah! babi tol la lambat."

    serius aku rasa tak guna cantik rupa kalau tak cantik bahasa

    ReplyDelete
  3. Fendy :
    sebenarnya memang selalu jumpa. tu cuma salah satu peristiwa

    nurdani :
    ingat beli Toto 4D td. haha. okla tu cuma satu perkataan je. yg aku jumpa tu boleh kata keluar semua sekali gus. tu yg terkesima tu

    ReplyDelete
  4. Jom sama-sama betulkan keadaan... bermula dengan diri sendiri, kaum keluarga dan sudah semestinya anak-anak didik...

    ReplyDelete
  5. tampan ke?? hikhik.. yg ckp tu perempuan plak, xtau la mana p adab sopan, tp tgok memg da jd kebiasaan, smpai mak sy ckp mana tak vavi bnyak sekarang da org asik dok cakap vavi, vavi

    ReplyDelete
  6. nice blog i like it :)

    ReplyDelete
  7. hodoh betul bahasa..perempuan yang cakap tu terus otomatik jadi hodoh kalau bahasanya hodoh..dah melepas abang kacak yang tak bawak troli tu..

    ReplyDelete
  8. i see,mmg da ramai sgt da yg suke guna ayat cursing2 ni.. :(

    ReplyDelete
  9. cian kn..lawa2 tp ckp cm longkang...sbb tu cri bini biar cari org yg ckp sopan sntun trutma ngan kwn2 huhu

    ReplyDelete
  10. zul :
    jom :)

    Dysha :
    skang ni zaman kegemilangan vavi. sebab tu sentiasa mnjd sebutan :D

    ReplyDelete
  11. damha :
    thanx :)

    nazha :
    haha. abang kacak terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya tiada kat supermarket.

    ReplyDelete
  12. kiru magu:
    cursing2.. avada kedavra...

    szumika :
    hoho.. tu sume calon rejek. kang tak pasal2 nyumpah suami tiap kali tak puas hati.

    ReplyDelete
  13. babi! hensem tol la laki tu.. (ayat bdk kurang sopan lg takde sopan)


    Alhamdulillah, syukur nikmat tuhan. Hensem lelaki tu.. (ayat adamazra) ekekekee..

    P/S : nice entry bro.

    ReplyDelete
  14. bukan kt situ je...kat JMTI ni tiap2 hari dgq..

    ReplyDelete
  15. kadang² memg xpaham, perlu ke cakap cam tu.

    ReplyDelete
  16. tell them, do not use 'rojak rempit' too much..or else..nun-tee-jar-dee-bow-door.. (petikan dr komik-M misi 10A) xDD.

    baik jd pendiam, pmbisu dan senyum je. tayah guna bahasa mulut, guna je bahasa isyarat. ow ye, dah lame en.keri xbuat komik bmseg.

    ReplyDelete
  17. a'ah kn macam da jadi budaya dengan remaja2 skg ..sy paling xsuka bahasa mcm tu ..B*** la , S*** la ..
    xsuka xsuka !

    ReplyDelete
  18. haha... memang aku pun selalu jumpa budak2 mcm ni. err walaupun aku jugak seorang budak...

    ReplyDelete
  19. sangat malu kalo dengar pompuan yg cakap #$^^$&^&( semua tu...

    ReplyDelete
  20. Keri,Nak share boleh dok?

    ReplyDelete
  21. tu diaaa.... "biar huduh tulisan, jgn huduh tutur kata" Statement genius dari keri ikhwan.

    ReplyDelete
  22. hencem ker.. alahi.. kalo encem x yah ar kontrol macho masa tu.. ehehe..

    da dengar dorang duk ngumpat nape x tegur jerk.. mesti dorang malu.. ehehe.. x dek lag gurau jerk..

    pasal ayat tu.. da banyak da cci dengar.. cam da jd habit dak2 sekang.. sumenya pengaruh dr filem.. (agaknya kot) ngeee~~

    ReplyDelete
  23. betul2...sedih plak rasa...haissshh...apa nk jadi...

    ReplyDelete
  24. waaa, tertarik saya dengan cerita ni, dah zaman kita ni macam xda budaya dah, filem sekarang pun gunakan bahasa begitu. mana xnya budak budak zaman sekarang xter ikut. kan?

    ReplyDelete
  25. Adam :
    fuh, terkejut den. ingat ayat adamazra yg kat atas tu haha

    Syarafi :
    lempang je sekor2. haha
    budak terpelajar ngan kurang terpelajar pun lbh kurang je

    ReplyDelete
  26. Mila :
    mereka rasa cool bila ckp mcm tu

    Biskot :
    mmng dh lama x buat. bila bizi idea pn tersekat :D

    ReplyDelete
  27. Suara Hati :
    xsuka! x suka! jom jerit ramai2 sbg tanda bantahan :)

    biQa :
    haha. ko seorang dewasa bertopengkan Aminah.

    ReplyDelete
  28. Cikgu Ma :
    saya pun malu2 jugak time dengar tu :P

    Fyfy :
    silakan share smpai ke Sabah :D

    ReplyDelete
  29. Gadis Misteri :
    haha. ayat nak cover taknak bg org kutuk tulisan huduh.

    cci :
    sbb hensem la kena kontrol. biar hensem biasa2 je jgn smpai sangat hensem haha.
    *malu ar nk tegur, nanti kata nk ngorat pulak. haha

    ReplyDelete
  30. Tg Puteri :
    Ustazah puteri kena pesan kat dlm kelas kt student nanti. :)

    Shasha :
    Filem kata dia tiru gaya realiti kat luar. tp budak2 pulak ikut gaya dlm filem. pastu filem yg baru tiru diorang balik, pastu bla bla bla...

    ReplyDelete
  31. sekarang nie memang.. sikit-sikit babi yg disalahkan.. sampaikan babi pun tak thu ape salah dye.. haha :P

    ReplyDelete
  32. tutur kata melambangkan peribadi..

    ReplyDelete
  33. eka Tikah:
    memang, semua ni salah babi. haha

    Azzah :
    baik tutur, baiklah pekerti :)

    ReplyDelete
  34. biasalah . skang niy rmai memperslahkan B*** .
    takpatut2 ~

    ReplyDelete
  35. memang tak sanggup nak dengar budak zaman sekarang yang terkurang budi bahasa ni.

    ReplyDelete
  36. tue laa pasal... masalah depa nie...

    ReplyDelete
  37. itu lah, perempuan bila cakap 'loqlaq' mmg hilang kecantikannya, lelaki bila cakap 'loqlaq' mmg hilang ketampanannya ^^

    dah gi kursus induksi belom? jaga2lah kat situ akan selalunya ada tersangkut sorang dua speakers lelaki tua yg suka buat lawak kotor lagi lucah...mmg jelas nmpak kebodohan dan hodohnya, terus hilang respek aku, rasa jijik dan jelek lagi ada ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...