Thursday, 4 October 2012

Jangan putus asa : Belajar dari seorang insan kecil....




Suatu ketika dulu, kita dilahirkan ke dunia tanpa apa2 kemahiran dan pengetahuan.
Sedikit demi sedikit kita mula belajar dan mengenal alam.



Belajar untuk ketawa, memegang benda2 kecil, belajar bagaimana untuk minum dan makan.
Betapa kita pernah keras berusaha untuk meniarap, merangkak, dan cuba untuk berdiri.



Entah berapa puluh kali kita terjatuh, namun kita tetap akan bangun semula, dan bertatih sedikit demi sedikit, selangkah demi selangkah.

Akhirnya, dengan usaha tanpa jemu, kita mampu berlari.



Hidup ini adalah satu proses. Kemajuan sedikit demi sedikit. Semakin hari semakin baik.

Tapi menginjak remaja dan dewasa, ramai mula lupa semangat juang yang tak kenal erti mengalah itu.

Rasa putus asa semakin kerap menjengah dalam hati. Berapa ramai yang mengalah sebelum mencuba. Tewas sebelum gendang perang dipalu.

Akhirnya tersungkur sebelum sempat bertemu lawan.

Kadangkala kita angkuh, terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri, terlampau yakin akan perancangan dan strategi yang diatur.

Lalu, apabila perancangan itu gagal, mula menyalahkan takdir, hilang arah tuju, hilang tempat bergantung.


Akhirnya apabila habis segala usaha, sudah habis segala daya, baru teringat merintih kesal pada Allah. Sebagai jalan terakhir.

Sekali dua berdoa, dan doa masih belum dimakbulkan, kita mula berasa Allah tidak adil, menimpakan ujian yang sebegitu rupa buat kita sedangkan orang lain menikmati hidup dengan gembira.

Padahal kita lupa, betapa selama kehidupan kita dipenuhi dosa yang menyebabkan terhijabnya doa kita. Sedangkan doa seorang yang alim dan ahli ibadah pun mengambil masa sebelum dimakbulkan.


Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).


Tapi tak mengapa, teruslah berdoa dan memohon kepada Allah, kerana Dia Maha Penerima Taubat.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
 

Adanya Allah sebagai tempat pergantungan yang paling utama.

Hati akan disirami cahaya ketenangan. Motivasi untuk meneruskan kehidupan akan terus meluapkan semangat juang untuk terus melangkah ke hadapan.

Dengan cinta dan rahmat-Nya. Putus asa tiada lagi.

Tiada lagi rasa stress yang akan menekan jiwa sehingga rasa terhimpit. Yang seringkali menyebabkan kita berasa seakan seisi dunia membenci kita.

Belajar itu ibadah, bekerja itu satu ibadah, rehat juga satu ibadah, setiap gerak geri boleh mendatangkan pahala.

Hidup ini indah, tiada ruang untuk kita bersedih.

Jika kita berputus asa, saat itu terimalah hakikat sememangnya kehidupan kita sudah berakhir.

Jika ada jalan bahagia, mengapa memilih jalan kecelakaan dan kebinasaan?

Hidup kita, kita yang akan menjalaninya, maka kita jugalah yang harus memilih, dan menentukannya. 



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

13 comments:

  1. jangan pernah berputus asa memohon doa padaNya... insyallah.. pasti ade ganjarannya.. ^_^

    ReplyDelete
  2. La Tahzan...Allah sentiasa ada untuk kita...

    ReplyDelete
  3. Sesuatu yang bermakna utk difikirkan bersama...

    ReplyDelete
  4. sepnjang kita hidup, proses pembelajaran sentiasa berlaku.. >.<

    ReplyDelete
  5. doa dan usaha kena berterusan. sama jugak macam sebelum kahwin. doa dia jodoh kita, doa kekal bahagia, tapi lepas kahwin, doa ditinggalkan. kena istiqamah

    ReplyDelete
  6. hidupkan 1 proses pembelajaran yang paaaajang:) doalah sebaik2 hiasan hidup ni..

    keri, ada sesi pbersama zakir naik di pwtc ahad 7 Okt 12 ni..pergi?

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..baca entri sahabt buat hamba bersemangat kembali dek rasanya kian luntur dari hari ke hari

    ReplyDelete
  8. doa dan usaha perlu seiring kan keri?

    ReplyDelete
  9. cci :
    yup. kena berterusan :)

    Fendy :
    senyum tak perlu kata apa-apa :)

    ReplyDelete
  10. Zul :
    berfikir juga satu ibadah ^^

    Dysha :
    hidup untuk belajar, belajar untuk hidup

    ReplyDelete
  11. nurdani :
    kawen.. haha. lepas kawen, mohon jumpa jodoh kedua pulak.
    *jgn baling henset tu kt aku

    nazha :
    tak dpt pergi la. jadual busy ngalahkan menteri 2-3 minggu nih :D

    ReplyDelete
  12. 3no :
    buatlah puisi semangat ke apa. biar sama2 semangat haha

    Azzah :
    perlu seiring dan seimbang. jgn terlalu yakin dgn usaha sampai lupa utk berdoa.
    dan jgn hanya mengharap doa tnpa ada usaha. :)

    ReplyDelete
  13. idea berpuisi datang ikut masa tertentu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...