Monday, 1 October 2012

Muhasabah : Andai aku nampak dosa itu...



Seorang lelaki sedang berjalan di sebuah taman, tiba- tiba lalu seekor burung dan melepaskan najis jatuh atas kepalanya.
Cepat-cepat dia berlari mencari paip air lalu membersihkan kotoran tersebut.

Seorang gadis sedang makan di sebuah restoran. Tanpa disengajakan, sedikit makanannya tertumpah lalu terkena baju.
Pantas si gadis bergegas ke sinki lalu membersihkan sedikit kotoran itu.

***********************************

Kekotoran. Sesuatu yang kita tak suka. Bila kita nampak kotoran itu, pasti kita tak senang dan akan berusaha untuk membersihkannya.

DOSA juga satu kekotoran. Yang boleh mendatangkan keresahan pada orang yang melakukannya.

Tapi sayang, dosa itu tak boleh kita nampak dengan mata zahir. Tiada bentuk fizikal.
Maka kita jarang sedar akan dosa kita meskipun hampir keseluruhan hati kita telah terpalit noda.

Jarang kita merasakan bahawa diri kita sebenarnya sangat kotor, hina dan jijik akibat dosa yang bertimbun.

Andai kita dapat nampak dosa itu ibarat kotoran pada baju, nescaya kita takkan berani dan mampu untuk melakukannya.

Pasti kita akan malu untuk melakukannya. Pasti kita sendiri akan jijik untuk mendekatinya.

Ada hikmah kenapa DOSA dan PAHALA itu tak dinampakkan secara zahir.

Untuk menguji keyakinan dan keimanan kita terhadap perkara yang di luar kemampuan pancaindera zahir kita.

DOSA memang tak nampak. Tapi boleh dirasa. Hadirnya dosa itu bersama keresahan hati yang tak kunjung hilang.

Hidup seakan terencat. Serba tak kena. Keresahan yang takkan mampu dihilangkan walau dengan segala jenis ubat dan terapi yang ada di dunia.

Cuma satu jalan membuang keresahan hati akibat dosa.

TAUBAT. Kembali kepada Allah. Pemilik hati kita.


*Ini nota buat diri sendiri.
Yang mula terasa beratnya langkah
akibat terlalu banyak menanggung beban dosa
yang semakin menimbun terpikul di bahu.
Susahnya mencari jalan pulang.
Meraba dalam gelap.
Kerana hati semakin malap.

Astaghfirullah alaziim. 






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

19 comments:

  1. ingatan utk dri sy juga... :)

    ReplyDelete
  2. klu mmg dosa boleh nampak,rasanya mmg dah teruk gak saya ni >___>
    nice info btw

    ReplyDelete
  3. sepertimana kalu kita sudah biasa dengan kotoran itu maka kotoran itu tampak indah,,sebgtu jua lah dosa..

    Yg biasa dgn dosa itu tiadalah resah bagi nya sebaliknya ppula bagi yg baru menjamah dosa ..Keresahan bertakung dijiwa..

    Sama2 kita muhasabah diri agar kita seperti melihat dosa itu seakan kotoran yg melekat dibaju..

    Dan walau dosa kita stinggi langit mana pun..Jika kita bertaubat.ALLAH pasti menrima.. tak gitu cekgu keri??ehhe

    ReplyDelete
  4. emm..betul2.. ada hikah kenapa dosa tuh tak nmpk secara zahirnya.. tak tau berapa bakul dosa dah..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. andai aku nmpk dosa itu .. Allahuakhbar.

    ReplyDelete
  6. kalau dosa boleh dilihat...memg ramai yg akan muhasabah...

    ReplyDelete
  7. untuk pringatan pd diri sendiri ini.. insyallah...

    ReplyDelete
  8. harap kita membersihkan diri. peringatan bersama

    ReplyDelete
  9. gulp..aku pun tak boleh imajin kalau dosa tu visible, boleh dipegang..

    ReplyDelete
  10. sedar diri .. sedar prestasi

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, artikel yang menjadi renungan bersama...

    Salam kenal...

    Moga terikat ukhwah...

    ReplyDelete
  12. Mira :
    insya Allah :)

    kiru magu :
    sebab tu perlunya muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  13. Wan :
    yup, sebelum kita sampai tahap tak rasa apa2 bila berbuat dosa tu, baik kita cuci hati sket2 dari skang.
    Allah Maha Pengampun.

    Tg Puteri :
    tak larat nak angkat kalau isi dlm bakul. kena punggah masuk washing machine plak kang :P

    ReplyDelete
  14. cx's :
    biasa kita nampak dosa orang je , dosa sndiri buat2 tak tau

    Fendy :
    kalau nampak, memang tak payah muhasabah dah, terus meratap menangis bertaubat :)

    ReplyDelete
  15. cci :
    renung2kan sambil termenung :D

    nurdani :
    BERSIH 8.9 : Duduk dan Muhasabah

    ReplyDelete
  16. nazha :
    konfem tak lalu makan nasik. dosa tu sila imajin cam najis :D

    Sanji :
    sedar sedarlah.. haha

    ReplyDelete
  17. Dysha :
    insya Allah. sama2 muhasabah :)

    zul :
    salam kenal jugak. insya Allah :)

    ReplyDelete
  18. betul tuuu dosa kita tak nampak...mesti da bnyk dosa fi nii huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...