Monday 30 January 2012

MATEMATIK DAN SENI : Matematik itu Indah, Seni itu Menawan

Assalamualaikum....

 *saja menggedik tempek muka hensem aku besar2 (err.. hehe)


Baru aku perasan lama dah aku tak buat entri pasal Matematik Dan......  ni... Matematik dan nombor ni satu seni atau arts, tak caye? ape kaitannya Math ngan seni nih? kalau ikut teori otak kanan kiri memang susah nak cari persamaannya...

Aku pun malas nak terang panjang2, bukan makin terang jadinya, kang makin terang makin kabur *ah sudaah dah start merepek dah...

Ok, tengok, nilai dan buatlah kesimpulan sendiri....




1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Fuuuh... cantik kan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321




*ini bukan satu kebetulan ye... setiap ilmu yang Allah kurniakan itu penuh seni, misteri, keunikan dan keajaiban yang tersendiri, cuma kita kena rajin menerokanya... Subhanallah... Allahuakbar  :)



“Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

CONTEST !! Portrait Vector dan Doodle Ohsem untuk direbut!!

Assalamualaikum....

nampak banner tu?? ape lagi! klik lelaju...

Kali ini aku nak promote sket pasal satu contest nih... aku nak join tapi diHARAMkan drpd join sebab aku dah jadi salah seorang sponsor Contest nih...

Tapi kena ingat, yang anjurkan contest ni adalah azhafizah si blogger retiss tu... dengan kerjasama semua warga We Love Arts
aku hanya tukang PROMOTE....  merangkap SPONSOR,...

Contest ni sangat lah mudah... hanya memerlukan beberapa minit untuk menyiapkannya... mungkin laa.. :)

Camner tu? meh baca syarat:

Secara ringkasnya korang hanya perlu buat signature atau dalam bahasa kebangsaannya TANDA TANGAN yg korang rasa paling kreatif dan paling ohsem...

Segala cara adalah dibenarkan selagi tak menyalahi undang2 negara tempat korang bermastautin..

-sign atas kertas, baju, dahi, perut, dinding pastu snap gambar dan upload dalam entri.
atau
- bukak apa2 software design dan terus buat signature korang kat situ, save dan upload dlm entri 


Dah SIAP buat entri bertajuk "Segmen:Adore Your Arts Part III" WAJIB LINK kan entry tu ke blog azhafizah.com ... JANGAN PASTE LINK TU KAT BLOG AKU PLAK.. tak diterima, ok.. :)

Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua signature  akan diadili oleh ahli WLA.
-4 signature kreatif/menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Tempoh segmen
29Jan 2012>>>5Feb 2012[jam 11:59pm]

 JOM MERIAHKAN SEGMEN?CONTEST NIH... HADIAH DITAJA OLEH :

1. Doodle capsule oleh Syarafi
2. Doodle Comel oleh merahitujambu
3. Portrait Vector oleh aku... Keri Ikhwan
4. Portrait Vector oleh Kak Zarini

bila lagi nak dapat free camni??? jomla cepat join  
untuk maklumat lebih lanjut bleh ke blog azhafizah

 
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday 27 January 2012

ARTTRADE : Vektor, Doodle & Banner :Dari aku untuk mereka


Mula-mula nak ucapkan terima kasih kat Fahmi sebab tolong buatkan header flash yg ohsem tu...
Free plak tu... (walaupun gambar kat header tu sangat FAKE, aku x seTOUGH tu... haha)

Yang kat bawah ni semua lukisan yg aku hasilkan sebagai Art Trade or saje2 lukis untuk nama2 yang disebut di bawah ni.... :)  (aku malas nak letak link blog diorang pandai2la google ke ape... diorang femes, heheh)

1. Myra Azraff (MS Office Excel 2007)



2. Are Rif (MS Office Excel 2007)



3. Kak Nor (Adobe Photoshop CS5) - banner ntuk blog





4. Athirah @ merahitujambu ( Adobe Photoshop CS5) - banner ntuk blog


 habis sume pink :)


5.  Darwish si Budax Seru! (MS Office Excel 2007)





6. Fahmi Mahat (balasan untuk header flash ^_^) walaupun aku punya x seOHSEM beliau punye
(MS Office Excel 2007)




7. BiQa Hatmin (MS Office Excel 2007)




8. Nurdani (versi eksperimen ) (MS Office Excel 2007)

try kaler hitam putih plak :

versi berwarna



9. Kak Citra (sila ambik ye... dah lama akak ni bodek aku, sori klu kurang menjadik, gmbar curik)
   (MS Office Excel 2007)



P/S : baru aku perasan mood melukis dan menconteng aku akan memuncak sebaik saja musim cuti dan aku balik kampung. Sebab kat kampung takde intenet, so aku takde pilihan lain selain melukis mende alah ni... ^_^

SEMUA YANG AKU BUAT KAT ATAS TU FREE...  DAN AKU TAK AMBIL SEBARANG TEMPAHAN ... BUAT MASA NI... (ceh, macamla ade yg nak tempah pon)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday 26 January 2012

Sebuah Analogi: Kisah Si Miskin yang Tak Sedar Diri

(dah lama tak update, bukan MALAS, tapi sebab kurang rajin ^_^)



mulanya ingat nk lukis jalan ceritanya, tapi sebab lukis dlm flash, n flash tu plak selalu tetibe hang time da nk siap, aku give up... sempat wat 2 lukisan jer... hehe




Seorang pengembara yang sangat miskin singgah di sebuah rumah. Tanpa sempat dia mengetuk pintu rumah, tuan rumah yg sedari tadi memerhatikannya terus membuka pintu dan mempersilakan masuk.  Si Miskin meminta belas ihsan Si tuan rumah mmeberikannya segelas minuman penghilang dahaga.

                Si Tuan Rumah yg pemurah itu terus menghidangkan makanan dan minuman yang lazat kepadanya. Si Miskin dengan gelojohnya makan makanan itu sehingga kenyang. Dia kemudiannya meminta izin untuk menumpang tidur di situ. Si Tuan Rumah mengizinkannya dan membawanya ke bilik tetamu.

                Si Tuan Rumah memberi SM sepasang baju persalinan tetapi baju itu agak besar dan kurang selesa. SM merungut-rungut tentang baju tersebut tetapi Si Tuan Rumah hanya tersenyum dan meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan pakaian yg lebih baik.

                Setelah berhari-hari tinggal di rumah itu, sehingga dia mula rasa selesa. Si Tuan Rumah melayan dengan baik, tanpa meminta apa2 balasan Cuma satu pesannya, gunakan segalanya dengan cermat, baik dan tidak membazir. Namun kerana selesanya berada di situ, si miskin lupa siapa dirinya. Dia mula membuat seperti segalanya miliknya. Berbuat sesuka hati, malah seakan2 dia yang menjadi tuan rumah.

                Dia terlupa bahawa suatu hari nanti dia perlu meninggalkan rumah itu. Rumah itu dan segala isinya bukan miliknya. Dia hanyalah seorang penumpang, yang telah melebihi haknya sebagai seorang tetamu.

(maaf, cerita ini hanya rekaan, dan aku telah ringkaskan seringkas mungkin ^^)
.............................................................................................................................

                Kisah itu adalah satu analogi (maaf jika analogi yg aku guna tu kurang tepat/ kurang sesuai) bagi kehidupan kita. Kita sebenarnya boleh diibaratkan sebagai seorang pngembara miskin g tak punya apa, sekadar menumpang di muka bumi Allah ini dengan menggunakan segala yg dipinjam drpd Allah. Jika kita sedar, sebenarnya kita terlalu miskin, terlalu hina untuk mendongakkan kepala apatah lagi mendabik dada mengaku semua ini hasil usaha kita.

                Tapi kita terlalu sombong dan angkuh untuk menyedari dan mengakui semua ini. Sedikit kekayaan dan harta membutakan mata kita. Pangkat dan kuasa menyebabkan kita berasa hebat dan meninggi diri. Pujian daripada manusia membuat kita lupa diri. Itulah kita, seorang manusia yang tak sedar diri.

                Kita lupa hidup menumpang dan meminjam ini ada hukum dan peraturannya. Sedang di setiap negara ada perlembagaan dan peraturannnya, inikan pula kerajaan Allah. Sedang kita membuat pinjaman dengan bank atau PTPTN ada kadar bayaran dan bunganya, tetapi pinjaman drpd Allah semuanya percuma, Cuma ada syarat yang perlu kita patuhi. Syaratnya cukup mudah, nikmat yang dipinjam perlu dijaga seeloknya dan digunakan hanya untuk jalan kebaikan.

                Tetapi malang kerana kita manusia, barang yang diberi percuma takkan dihargai, Cuma apabila ianya ditarik balik, barulah merintih dan menyesal. Inilah yang sering terjadi kepada kita. Diberi mata, tetapi diguna untuk melihat maksiat. Diberi telinga, tetapi digunakan untuk mendengar orang mengumpat dan muzik yang  melalaikan. Diberi mulut tetapi memfitnah, mencaci dan bercakap perkara yang sia-sia. Diberi anggota badan, tetapi diguna untuk memusnahkan harta benda, menyakiti manusia, dan bermacam jenis kejahatan lagi.


Allah s.w.t. berfirman :
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”.
 (Ibrahim:34)



                Tak malukah kita? Sudahlah meminjam, tak menjaganya dengan baik malah menggunakannya sewenang-wenangnya sesuka hati kita di hadapan Pemberi pinjaman kepada kita?
 Lupakah kita bahawa Allah sedang memerhati tiap gerak geri perbuatan kita? Atau sudah terlalu hebatkah diri kita hanya sekadar selonggok harta dan pangkat yang kita miliki? Sedarlah, pinjaman itu bila-bila masa saja boleh diambil kembali daripada kita. Siapalah kita untuk menghalangnya?

                Sudah terlalu bijakkah kita sehingga sanggup mengenepikan peraturan-peraturan dan hukum-hukum yg  telah ditetapkan oleh Allah untuk kita patuhi? Atau kerana peraturan yang dicipta oleh kita jauh lebih relevan dan hebat berbanding hukum Allah?

                Jika  tak nak percaya, terpulanglah. Tunggulah saat nikmat hidup kita ditarik balik, bila jasad sudah kaku dan tak mampu bergerak lagi. Tunggu sahaja, saat itu pasti tiba. Janganlah bila sampai masa itu, kita menangis merintih merayu agar kita dihidupkan semula, dikembalikan semula ke dunia untuk menggunakan kembali nikmat2  tersebut untuk perkara2 baik. Sudah terlambat. Tiada gunanya.


Allah s.w.t. berfirman :
”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan  bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).”
(An-Nahl: 53-55)


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...