Saturday, 16 June 2012

Merokok di Khalayak Ramai...

Assalamualaikum...





Teringat kes semasa aku pegi dengar ceramah Ust. Azhar Idrus tahun lepas.
Time tengah bersesak, berasak dan fokus dengar ceramah,
dengan pelbagai lapisan umur orang yang hadir,
muda, tua, kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan perempuan,
tetiba terhidu bau yang memang cukup ku kenal,
Bau ASAP ROKOK...

bleh plak sorang lelaki dewasa berakal dan mumayiz ni relaks je hisap rokok dan hembus tanpa segan asap rokok kat celah2 orang ramai tu,
aku plak dok betul2 depan dia, dengan adik aku yang baru Darjah 1 time tu.
aku memang dah terbiasa bau asap camtu sebab selalu sedut free sebagai perokok sekunder.
adik aku yang masih suci tu yang kesian, terbatuk-batuk.
terpaksa la aku pindah tempat lain...
begitu jugak dengan beberapa orang yang memang alahan bau asap rokok tu..
nak tegur kang... tak sampai hati orang lebih tua tu

Tu bukan kes pertama dan terakhir, cuma aku ambik situasi paling ekstrem,
MEROKOK sambil dengar ceramah agama dalam kawasan MASJID,
kes penagih rokok tahap kronik le tu, 

dan banyak lagi situasi yang melibatkan seorang perokok merokok di kawasan tempat ramai orang lalu lalang,
tempat orang makan,
tempat orang lepak santai nak berehat,
tempat orang berbincang tentang ilmu,
dan macam-macam jenis tempat lagi...

Mereka tak malu,
mereka tak segan,

Kalau ikut Majlis Fatwa Kebangsaan, hukum merokok ni HARAM, sebab membahayakan kesihatan... boleh rujuk SINI
Tapi ramai yang tak ambil kisah,
masih berpegang bahawa hukum merokok hanya makruh, 
sengaja pilih kenyataan dan pendapat yang menghalalkan tindakan mereka...

Tak kisah la kalau nak merokok pun,
Tak kisahlah kalau nak menganiaya diri sendiri pun,
lantakla nak bazirkan duit sendiri pun,
Peduli apa nak berlagak macho, stylo atau cool giler pun,
biarlah apa pun alasannya...

CUMA SATU JE NAK MINTAK...

"JANGAN SUSAHKAN ORANG-ORANG SEKELILING ANDA"

 Jangan merokok kat tempat awam,
Tak payah murah hati nak kongsi asap tu,
Jangan cemarkan udara yang dikongsi beramai-ramai tu dengan racun pelik2 tu,

Sedangkan bau perfume pun ada orang yang suka dan ada yang tak suka,
inikan pulak bau busuk asap rokok tu...
dahla busuk, beracun pulak tu,
KENTUT aku lagi wangi...

Tanpa sedar, dah menganiaya orang lain,
mengambil hak orang lain untuk menyedut udara bersih,
meragut  peluang orang lain untuk menjalani gaya hidup sihat,
tolong hormati mereka...

Ah, cakap pun bukan nak dengar, 
dah syok sedut hembus sedut hembus benda alah tu...

PEROKOK TEGAR HANYA MAMPU BERHENTI MEROKOK BILA MEREKA TAK MAMPU LAGI UNTUK MEROKOK.
BILA DAH MATI.....






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

17 comments:

  1. betul bila dah mati...fi pun kadang2 menyampah ngan perangai kawan2 fi yang selalu amalkan sikap macam ni nak tampar je rasa..tapi sabaaarr :3

    ReplyDelete
  2. teringat Poem PMR Tomorrow Tomorrow Tomorrow

    ReplyDelete
  3. hamba memang tak tahan bau rokok..paling geram bila terhidu di kedai makan...hilang terus selera nak makan...

    itu ler..walaupun haram tetap dijual dek itulah antara penyumbang ekonomi negera..hape le kan...

    ReplyDelete
  4. baik dorang hisap shisha je kan. wangi sket.. xDD.. penggunaan zenith holder pun salah 1 puncanya. dapat merokok tanpa rasa bersalah. asal ketagihan itu dapat diisi.

    ReplyDelete
  5. AMBIK PLASTIK TEKUPKAN JE..BARU DIA TAU NIKMAT ASAP ROKOK...HAHA

    ReplyDelete
  6. azzah pun x bole bau rokok..mesti bersin....

    ReplyDelete
  7. ish2 cam nak patah2kan rokok yang dia hisap tu ja

    ReplyDelete
  8. betol 2...ikut suka dowg jer klo nk mrokok...cuba lh pkr org len sm...klo nk merokok sgt, g jauh2..hoho

    ReplyDelete
  9. mereka takkan merokok kalau rokok tak dijual.Betul tak?

    ReplyDelete
  10. best komik2 anda..hahah

    aku ada copy komik blog ni yg pasal aurat dalam blog..dan link balik ke sini..

    btw followed 757th

    =p

    ReplyDelete
  11. Syarafi:
    nak marah pun kawann.. sabar jela

    Haziq:
    err.. yg shakespeare tu ke.. lupa la

    3no:
    kat Malaysia ada rokok HALAL dan rokok HARAM... yg haram tu rokok seludup :)

    ReplyDelete
  12. BiskOt:
    shisha pun sama bahaya, cuma asapnye wangi la sket

    biQa:
    haha. tryla buat

    Azzah:
    kesian. tambah2 klu ada ibu yg tengah mengandung

    ReplyDelete
  13. Onitsuka_hana:
    err.. simbah air, padam la haha

    iEdA:
    HORMATI org lain, itu pointnya :)

    Fiza:
    takde penjual, takdela pembeli,
    takde pembeli, takdela penjual,
    tp tetap dijual sebab kerajaan dpt untung bnyak melalui cukai

    Hikaru:
    thx :)

    ReplyDelete
  14. saya memang tak boleh bau asap rokok..kalau bau mesti sesak nafas..
    kalau jumpa orang yang merokok ni,rasa macam nak suruh je diaorang telan rokok tu..
    kadang-kadang kalau kat kedai makan mesti ada juga yang merokok..rasa macam nak tampar je muka diaorang yg merokok tu..kacau je orang lain nak makan..

    ReplyDelete
  15. kan.. walaupon byk kempen tak nak rokok dijalankan, walau berapa byk harga dinaikkan tapi jika penjualannya berleluasa camna orang nak berhenti.. org kata kalo nak hapuskan sesuatu tu kenalah dari akarnya barulah mujarab

    ReplyDelete
  16. Ayuni :
    ramai yg tak suka tapi cuma boleh bersabar jela.. tak berani tegur atau taknak malukan mereka depan orng ramai

    kak Citra :
    kempen Tak Nak Merokok ada pada kotak rokok tu sendiri. tak ke pelik?
    siap ada amaran dari kerajaan malaysia merokok membahayakan kesihatan pd kotak rokok

    ReplyDelete
  17. perokok yg menganiayai org lain ni hati dorg da keras sgt smpi x rase pape2 bile wat mcm tu. . pk nk sedap sdiri je. . . xpe. . Allah kan ade. . . mase Allah balas ke dye, mase tu kite sume yg bersabar ni ckp SERVES U RIGHT !! huhuhuhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...