Friday, 16 September 2011

BEST giler sedut RACUN!! (No Smoking)

Terkojut den tgok gmbar tu.... ROKOK=JENAZAH... kreatif gile orng yg edit gmbar tu... penuh sindiran dan pengajaran.. tp.. klu dah hantu rokok tu.. mereka akan kata:
"Ada aku kesah? orng yg x merokok pon MATI ape... aku dah melantak benda ni seblum aku baligh lagi, elok je hidup smpai skarang?"

"betul,betul,betul..." kata kawan kt sebelahnya smbil buat muka cute ala2 Upin& Ipin... (err nk muntah ak tgok) "ah, biarla apa orng nk kata, JUST DO IT"

"Bang, bukan merokok tu HARAM ke?"  celah seorang pemuda  tiba-tiba. 
Si Perokok menjeling x puas hati. "Sape ko suka-suka je nk kluar Fatwa rokok haram? Bukan semua ulama yg kata Haram... makruh je" Si Perokok terus bertegas walau dlm hatinya ragu2 sama ada apa yang diucapkannya betul.

MEROKOK HUKUMNYA HARAM.. BETUL KE??





FATWA SEMASA MENGENAI ROKOK:
1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.
2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.
4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.


 
Best ke sedut racun, bang? kikiki....
ni gambar kt kotak rokok... wat2 x nmpak sudah...

ha?

Haa... sudah terang lagi bersuluh... hukum merokok adalah ......? haa.. pandai pun...  jadi.. ape yang patut kita buat?


wat derk ... dan teruskan merokok? macam brader kt atas tu?? No..no..no...

 ini dia!! Katakan x nak! buang! bunyi cam senang tapi.... 

X de tapi-tapi lagi!! Mulakan dari sekarang!!  Jangan tunggu lama-lama, nanti....? fikirlah sendiri...






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...