Tuesday, 20 September 2011

AKU NAK MATI!!! NAK MATI!!!


Sume org x sayang aku! Aku mati pon xde org sedih!
Dripada menanggung malu camni, baik aku mati!!!
Seksanya, aku nk tamatkan pnderitaan ni secepat mngkin
“Sanggup dia curang dengan pompuan lain!! Aku tak sanggup hidup sendirian..”
“Aku memang x berguna... SPM pun fail... masa depan aku dh gelap...”
Mati lagi bagus!

AKU X KIRA!! AKU NAK BUNUH DIRI!!!!
tembak ngan pistol?
terjun bangunan?
dilanggar ketapi?

MATI = BEBAS?

WOI!!!! NANTI!!! NANTI!!! Jgn bunuh diri!!!!

Eh, ko sape? Aku nak MATI sukati akula, ade susahkan ko ke?

SABAR!! SABAR!! Jangan buat keje gile....

Kenapa sampai mahu bunuh diri? Gagal dalam percintaan? Gagal dalam peperiksaan? Gagal dalam perniagaan? Ditimpa penyakit yg tiada harapan sembuh? Masalah keluarga? Rumahtangga? sedih akibat kehilangan insan tersayang?
Walau apa pun sebabnya, percayalah, bunuh diri bukanlah penyelesaiannya.

X bermakna bila kita mengakhiri riwayat hidup kita di dunia ini , segala penderitaan dan masalah yang kita hadapi juga turut sama berkhir.... tidak.. sama sekali tidak... kerana selepas berakhirnya kehidupan kita di alam dunia ini, kita akan berpindah di alam barzakh, di situ mungkin kita akan diazab dengan siksaan yang berkali ganda dahsyatnya daripada apa yg kita hadapi semasa di dunuia dulu....  err... sanggup ke?

Berakhirnya hidup kita di alam dunia bermakna bermulanya kehidupan kita di alam yang baru iaitu alam barzakh sebelum kita berpindah ke alam Akhirat di mana setiap perbuatan kita semasa di dunia akan dihisab dan diberi ganjaran atau balasan yang setimpal... klu banyk amalan baik, okla.. tapi, klu dosa melebihi pahala??? ish..ish..ish..

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah-mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah-mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah”.
-Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Janganlah mengharapkan kematian karena tertimpa musibah duniawi, jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan: ‘Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’!” (HR. Bukhari, no. 5671, An-Nasa’i, no. 1820, dishahihkan oleh Albani)

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bersabarlah, setiap ujian dan dugaan yang mendatang pasti ada jalan penyelesaiannya... Sabar itu pahit, tapi hasilnya indah... 

MATI BUKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH

Monolog by : keriikhwan

keriikhwanpunyekeje: sori lukisan buruk aku menyemak je... budak skola rendah punye lkisan pon lgi lawa.. haha



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...