Saturday, 17 September 2011

MATEMATIK & CINTA: Ada kaitan ke?


Hari ni sy nk ajar Matematik sket... ha? x suka Matematik?
“Dgr je kepala pusing maa... bley jd giler klu dok ngadap Math lbih drpd 10 minit!”
Ceh, macam-macam alasan la korang ni... xpe , ni bukannya nk bg formula k ape... pengiraan ni budak2 belum sunat pon bleh paham... ok dgr baik2 yer...

Adek2... dgr ni nk cite... kataknlah umur adek2 skang 14 thun, dan sedang dilamun CINTA ngn psangn yg juga sebaya (14 thun)... mksdnya sdang berCOUPLE la.. saling mencintai la konon-kononnya... berjanji utk sehidup semati... walau ape badai yg melanda... malah berjanji utk berkhwin..bertekad untuk mengakhiri cinta di jinjang pelamin.... Cuma tarikhnya belum dirancang...

Hmm.. umur brape agak2 nk kawen? 18? 19?20?21? 22? 23? Katakanlh pljran diutamakan, dan setelah ambil kira semua faktor, pling awal pon 18 tahun bru kahwin...
Ok, start COUPLE umur 14 tahun(mngkin lebih awal) then kahwin masa umur 18 tahun... so adek2 yg bjksana, berapa lama korang COUPLE? Haa.. pandai pun, 4 tahun! (tu secara puratanya, jika mengambil kira kedua-dua pasangan ni setia) ... 4 tahun .... lama jugak tu...

1 tahun = 365 hari = 8,760 jam =525,600 minit =31,536,000 saat (WOW!!!)
Klu 4 tahun plak:
4 tahun = 1,460hari = 35,040 jam = 2,102,400 minit = 126,144,000 saat (WOOOOWWW!!)

Mungkn bg pasangan yang sedang dilamun chenta, jangka masa ni kejap je..(kot)
Tapi cuba bayangkan dengan waktu itu macam-macam bleh berlaku...
Korang yakin korang bleh menjaga batas-batas pergaulan? Ok, jom kita CHECK

Sila tandakan mana anggota korang yang terselamat semasa berCOUPLE tu:
  •      mata,  x pernah memandang si dia tanpa perasaan bernafsu
  •     telinga, x pernah mendengar suara si dia yg sengaja dilunakkan
  •     lidah: x pernah melunakkan/memanjakan suara penuh berahi (live or ikut telefon)
  •     Hidung : x pernah terhidu wangi-wangian yg bisa menaikkan nafsu
  •    Tangan : x pernah sekali pun bersentuhan dengan si dia dengan sengaja/meraba2
  •     Kaki : x pernah berjalan berdua-duaan /berjalan menuju ke tempat yg x sepatutnya
  •    Hati : x pernah terbayang si dia tatkala duduk berseorangan  (hati yang menaruh         niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah)
  •    Kemaluan : x pernah berzina (paling kurang kurang pon zina tangan)
So, anggota mana yang terselamat?  X payah nk tipula... klu dah hari2 ber SMS, berchatting, berdating, ber ‘WEBCAM’, macam-macam boleh berlaku...

Memangla belum sampai tahap berzina tp kena ingat, berzina juga ada bnyak peringkatnya:

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya).
Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Lelaki. Dah kenal takkan tak nak jumpa. Jumpa kalau tak pegang tangan macam tak kena. Dah pegang tangan, nak sandar kepala. Kepala dah lentok, nak cium pipi pula. Alang-alang cium pipi, rugi sup lidah kalau tak dirasa. Tangan takkan tengok saja? Bila bagi betis, dimintanya lutut dan paha. Mata yang terbuka tertutup manja. Tempat yang tertutup terbuka akhirnya. Kawasan larangan diteroka. Kucing mana nak tolak ikan depan mata?

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)
           
        Jadi kalau rasa nak bercouple tp belum bersedia untuk menikahi atau dinikahi, jangan cuba- cuba untuk mulakannya, biarlah semua kawan2 yang lain asyik tayang BF n GF masing2, janganlah terpengaruh, sebaliknya kuatkanlah hati.... 

Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)

Yakinlah, bila tiba waktunya nanti, kita akan dipertemukan dengan pasangan yang jauh lebih baik...



Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran,
setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang
boleh beri halangan,
namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.."



-monolog by: keri ikhwan-




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

2 comments:

  1. yeay! saya suka matematik! hehe. say no to couple ye adik2 yang masih bersekolah dan sampailah ke usia lebih dewasa. dah minat tu nikah je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...