Sunday, 18 September 2011

Hei, Awak. Betul Awak Sayang Saya?

Entri kali ni aku ambil (COPY) daripada blog saudara Harith Faisal Kalau suka klik SINI . sila2 lah jenguk Blog beliau, ni tolong promote ni... Ok, jom baca:

Saya buat entry kali ini memang khas sangat untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta. Seriously, anda semua kena jawab soalan-soalan yang saya utarakan dengan penuh ikhlas dan juga dengan tahap kejujuran yang tinggi tahap maksima.

Kalau boleh, tanyalah soalan-soalan sebegini kepada rakan-rakan anda yang juga sedang mabuk di dalam dunia fantasi cinta asmara ciptaan sendiri yang penuh dengan tipu daya duniawi yang hanyalah sementara sedangkan cinta kepada Allah adalah cinta hakiki yang kekal abadi. Fuh, panjangnya ayat. Cukup nafas? Kalau tak cukup, baca dengan dua nafas. Soalan-soalannya adalah:

Betul anda sayang dia?
Sayang ke kalau bawa dia ke hulu ke hilir tu?
Sayang ke kalau selalu sangat keluar dating kat taman-taman?
Sayang ke kalau setiap hujung minggu ajak dia pergi tengok wayang?
Sayang ke kalau hari-hari keluar makan sama-sama?
Sayang ke kalau anda pegang tangan dia semasa keluar jalan-jalan?
Sayang ke kalau hari-hari call dia sampai berjam-jam bergayut?
Sayang ke kalau inbox mesej penuh dengan mesej jiwang-jiwang?
Sayang ke kalau di dalam dewan kuliah sering duduk sebelah-sebelah?
Sayang ke kalau kat Facebook ada In A Relationship With dia?
Sayang ke kalau gambar anda berdua diupload ke dalam Facebook?
Sayang ke kalau gambar tersebut dipuji oleh rakan-rakan? Bangga?
Sayang ke kalau satu universiti tahu bahawa anda dan dia bercouple?
Sayang ke kalau semua orang tahu yang anda menyayangi dia?
Sayang ke kalau anda kata I Love You pada dia?


Macam itukah sayang yang anda maksudkan?
Sekejap. Sekejap. Jangan jawab lagi. Soalan belum habis.

Sayang ke kalau ia hanya mengundang fitnah terhadap Islam?
Sayang ke kalau melalaikan dia dalam dunia fantasi cinta duniawi?
Sayang ke kalau mengganggu waktu ibadatnya?
Sayang ke kalau masa dia untuk anda melebihi masa dia untuk Allah?
Sayang ke kalau menjadikan dia lupa kepada Allah?
Sayang ke kalau hidup tanpa redha Allah?
Sayang ke kalau setiap langkah diiringi zina hati?
Sayang ke kalau hari-hari dilalui dengan maksiat infiniti?
Sayang ke kalau syariat Allah diketepi?
Sayang ke kalau hukum Islam dibelakangi?
Sayang ke kalau hanya akan menambahkan dosa?
Sayang ke kalau menyebabkan dia masuk neraka?
Sayang ke kalau dia tarik anda juga masuk neraka?
Sayang ke kalau anda berdua menerima azab pedih di sana?

Ha..!! Kena kat batang hidung sendiri? Dah jawab habis soalan-soalan tu? Jadi, fikirlah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk. Adakah kita mahu terjerumus di dalam cinta sebegini yang akan mengembirakan puak-puak syaitan durjana kerana kejayaan mereka membisikkan cinta berahi kepada sang pencinta dunia? Jawapannya, terpulanglah kepada diri masing-masing.


Sedarlah wahai pemuda pemudi Islam harapan ummah. Dunia ini hanya sementara. Cinta dunia yang di saluti dengan maksiat dan dipateri dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah. Mahukah setiap langkah kaki kita di bumi Allah ini, kita iringi dengan perbuatan maksiat? Tidak malukah kita dengan Yang Maha Agung? Masih belum terlambat. Laksanakanlah taubat nasuha sebelum ajal menjemput.

Andaikata sudah berjumpa dengan insan yang berkenan di hati dan merasakan memang dia yang terbaik untuk menjadi peneman hidup dunia akhirat, dan juga ibu atau bapa kepada anak-anak anda, percepatkanlah pernikahan jika sudah cukup kemampuan. Islam itu mudah, jadi janganlah menjadikan ia susah beralasankan adat dan budaya ciptaan manusia sedangkan hukum Allah itu adalah yang utama.


Sabda Rasullah SAW;
“..Wahai para belia jika sudah tiba kemampuan persediaan kamu maka berkahwinlah..”

Firman Allah SWT;
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.

Wallahu’alam.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

2 comments:

  1. bercinta biar ada hala tujuan dan tau matlamat kita bercinta:-)

    ReplyDelete
  2. yup.. carila cinta yg halal...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...