Thursday, 22 September 2011

BLOG: Medan Menambah DOSA atau Peluang Menggandakan PAHALA?


Assalamualaikum...

Dalam entri kali ni aku rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang satu isu yang sudah agak lama aku perhatikan.... di zaman moden ini di mana internet telah menjadi satu medium yang sangat penting bagi hampir setiap individu, organisasi dan kerajaan dalam pelbagai bidang dan fungsi.

Pada zaman sekarang, boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai akaun laman sosial sendiri dan yang paling popular sekarang adalah Facebook...
Begitu juga dengan blog, sehinggakan pelajar sekolah rendah pun tahu membuat dan menguruskan blog sendiri...

Akan tetapi, sejauh manakah fungsi dan penggunaan blog dan FB ini bagi kita?

Mungkin fungsinya berbeza bagi setiap orang , sama ada tempat menambah kenalan, berhubung dengan rakan-rakan, tempat meluahkan perasaan, meluahkan ketidakpuasan hati kepada seseorang, mencaci dan memaki ornag yang kita benci, menceritakan tentang masalah kehidupan, mengupdate status dan cerita2 terkini tentang Boyfriend/Girlfriend, medan politik, berkongsi ilmu, ruang bagi pengiklanan, perniagaan dan bermacam-macam jenis kegunaan lagi....

Pernahkah kita terfikir apakah implikasi yang mungkin kita timbulkan setiap kali kita mengupdate atau menyiarkan entri-entri kita? sama ada ianya bakal membawa kebaikan atau hanya menimbulkan keburukan kepada diri sendiri atau kepada orang-orang yang membacanya.

Daripada apa yang sering aku perasan, terlalu banyak blog-blog terutamanya blog yang rata-ratanya dimiliki oleh pelajar sekolah dijadikan tempat untuk mencaci maki dan mengutuk orang-orang yang mereka tidak suka. pelbagai bahasa kurang sopan digunakan. 

Kerap kali juga blog dijadikan tempat untuk bercerita mengenai pasangan (BF/GF) masing-masing daripada saat manisnya perkenalan, bercambahnya bibit-bibit cinta, memori-memori indah yang tercipta sepanjang perhubungan mereka, sehinggalah kepada setiap masalah/ salah faham yang terjadi bahkan sampai terputusnya hubungan itu. Mungkin berbaik semula, mengulangi plot yang sama atau terus berkubur kemudiannya memulakan kisah romantik yang baru dengan pasangan yang baru.

Bukanlah aku ingin mengkritik atau ingin menyekat kebebasan dalam menggunakan blog. Itu hak masing-masing.
Cuma di sini aku ingin mengajak semua untuk sama-sama berfikir ke arah bagaimana untuk menjadikan blog sebagai suatu perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan kepada orang yang membacanya.

Jika betul cara penggunaannya blog boleh memberi manfaat yang sangat besar, bahkan bisa menggandakan pahala dan amalan kita .

Di sini ingin aku kongsikan sepotong hadis yang berkaitan:

'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'

(Hadis Riwayat Muslim)

Tidak perlu aku pergi jauh, cukuplah dengan muhasabah diri sendiri. Aku bukanlah seorang yang berharta, yang mampu menyumbangkan harta dan kekayaanku untuk membantu saudara serta agamaku. Sekadar bersedekah setakat termampu yang terkadang aku sendiri ragu akan tahap keikhlasannya. 

Aku juga hanya seorang insan yang masih SINGLE n AVAILABLE (hehe.. promote diri sket) atau dengan kata lainnya belum mempunyai anak jauh sekali anak soleh untuk mendoakan aku sekiranya aku telah MATI nanti. 

Apa yang dapat dan paling mudah untuk aku lakukan adalah dengan berkongsi sebanyak mana ilmu bermanfaat walaupun ilmu yang ada terlalu cetek dan belum layak untuk aku digelar sebagai seorang pencinta ilmu. 
Ingatlah, setiap apa yang kita paparkan di laman ini bakal dibaca oleh orang -orang lain yang mungkin kita kenali atau tidak. 
Bayangkan berapa cepatnya DOSA kita berganda apabila cerita-cerita mengenai AIB orang yang kita paparkan dibaca oleh orang lain. Tidak salah jika kita menceritakan situasi dengan harapan ada orang yang bermurah hati akan berkongsi pendapat dan nasihat tetapi aku tidak nampak keprluannya untuk menyebut dengan jelas nama orang-orang yang terlibat melainkan untuk menimbulkan permusuhan.

Sebaliknya bagaimana pula apabila ilmu yang kita kongsi diamalkan oleh orang yang membacanya, InsyaAllah pahala itu akan terus mengalir kepada kita walaupun setelah kita meninggal nanti. Dengan syarat ilmu yang yang dikongsi itu adalah ilmu yang bermanfaat.


 اللَّهُمَّ إني أسألُكَ عِلْماً نافعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً‏‏‏.‏
"Ya Allah! Ku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amalan yang dikabulkan".


P/S: PELIK- Manusia pada zaman ini terlalu BANGGA DENGAN DOSA mereka sehingga mereka tidak segan silu menayangkan dan memaparkannya untuk tatapan umum. 

(Maaf jika menyinggung perasaan. Sememangnya begitu kerana apa yang diceritakan ini ADA KAITAN DENGAN ORANG YANG MASIH HIDUP DAN YANG AKAN MATI) 


- monolog by keriikhwan -



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

3 comments:

  1. ehem2 ckg, mcm perli jeh???
    saye da agk da ckg mstie update pnyer lha ken???
    ap yg ckg piki msti ckg tlis dlam nie ken???
    haha pape pon mmg cool la ckg...

    ReplyDelete
  2. err..ada yg terasa ke? haha... itulah gunanya blog.. untk berkongsi pndpat @ cerita yng bleh memberi pngjran kpd orng yg membacanya.

    ReplyDelete
  3. ade lah skit nie ha trase...
    kdang2 ckg suke lawak2 dlam blog 2 yg xtahan 2
    hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...