Monday 14 November 2011

Kongsi gelap: 39 calon SPM antara 180 ditahan

IPOH 13 Nov. - Seramai 39 pelajar yang berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok adalah antara 180 individu yang ditahan kerana cuba menyertai satu kumpulan kongsi gelap.

Kesemua 180 yang ditahan, termasuk penjawat awam dan tujuh wanita diberkas dalam serbuan polis di sebuah rumah rehat di Teluk Batik, Lumut, kira-kira 110 kilometer dari sini, malam tadi.
Dalam serbuan yang diadakan pukul 9 malam itu, polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa wujudnya cubaan untuk merekrut ahli kumpulan kongsi gelap di rumah rehat itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan memberitahu, serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 30 tahun termasuk tiga kakitangan awam.
"Siasatan awal mendapati, satu upacara angkat sumpah dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berlaku di rumah rehat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Shukri berkata, mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

Sumber : Utusan Malaysia Online 

Versi lain : Tarian ghairah buka ‘ritual’

Ulasan : speechless, wordless
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

8 comments:

  1. dasat betul..muda2 dah join kongsi kongsi yg bergelap ni

    ReplyDelete
  2. abis.. amek spm dalam jel ke.. kesian pengawas spm kene bertugas kat jel... haru btool.. tadi kat sekolah akak pengawas kene jaga kat bilik rawatan sbb ada student pakai kain pelikat sbb br lepas operate ketumbuhan kat ponggong.. kesian taw x leh duduk...

    ReplyDelete
  3. Memang gelap gulita tiada cahaya... :)
    Ntahla ape naseb diorg.
    Sayala pengawas SPM tu... kt skolah yg sya jaga pun ada 6 orng dok hospital, poning. naseb baek jaga dewan jer.. :)

    ReplyDelete
  4. haishh...nak exam pun wat hal lagi,..caner la mase depan depa nnti ha

    ReplyDelete
  5. btol2....mmg kecoh la kat cni...sbb umah cci dekat jerk ngan IPD manjung...

    ReplyDelete
  6. salah langkah,biasalah orang muda..bagi peluang untuk mereka berubah,itu pun kalau mahu..

    ReplyDelete
  7. pergh..awat dasat sgt..cam x caye je..3 angka or might be increase kan..hmm..dasat sgt la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...