Sunday, 13 November 2011

FAKTA KUCING | BUKAN SEKADAR COMEL



Assalamualaikum w.b.t

Hari ni kita citer pasal kucing plak... mula2 perkenalkan kucing cute kat bawah ni...



Sebenarnya gambar tu hanya imaginasi aku (lukisan guna Excel). Tiada kaitan dengan kucing hidup ataupun yang mati. nak? ambeklaa... :)

Ni yg betul2 kucing aku...

kucing aku yg pandai posing

Ni plak kucing curi dari Google

SuperCuteCat

 
ni kucing ke?
berkawan biar seribu



Jom kita tengok fakta-fakta dan cerita menarik tentang kucing...

Rasulullah S.A.W sangat menyayangi kucing. Ketika Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahwa seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah tersebut, Nabi Muhammad pun memotong lengan jubah yang digunakan tidur oleh sang kucing dengan tujuan agar tidak membangunkan tidur si kucing.

..............................................................................................................

Kenal tak Abu Hurairah atau nama sebenarnya Abdul Rahman? Seorang sahabat Rasulullah, periwayat hadis dan penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU.
Beliau mendapat Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing oleh Rasullullah SAW.

..............................................................................................................  
 
Nabi Muhammad bersabda yang ertinya, “Ada seorang wanita yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sampai mati. Hanya kerana kucing itu dia masuk neraka. Sebab tatkala ia mengurungnya, ia tidak memberinya makan dan minum. Ia juga tidak mau melepaskannya untuk mencari makanan dari serangga dan tumbuh-tumbuhan. 
(Hadis Shahih Imam Bukhari)

.............................................................................................................. 

Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

..............................................................................................................  
 
Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.

..............................................................................................................  
 
Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.

..............................................................................................................  
 
Dalam buku yang berjudul Cats of Cairo, Baybars al zahir, seorang sultan dari dinasti Mamluk yang terkenal tegas dan berani, ternyata sangat menyayangi kucing. Bahkan al zahir sengaja membangun taman-taman khusus bagi kucing dan menyediakan berbagai jenis makanan didalamnya.

..............................................................................................................

mengikut kajian Dr. George Masqshud, ketua makmal di Rumah Sakit Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan kuman pada lidah kucing. Mengikut kenyataannya yang telah mengkaji dan membandingkan air liur manusia, anjing dan kucing, kuman paling banyak terdapat dalam air liur anjing, air liur manusia memiliki satu perempat dari anjing dan kucing hanya setengah dari kuman yang dimiliki manusia. Ini kerana air liur kucing mempunyai lysozyme yang boleh membersihkan kuman.

.............................................................................................................. 

Dalam kitab Hayat al-Hayaawan pula di sebutkan bahawa kucing dijadikan sebagai terapi untuk penyembuhan tulang melalui dengkurannya yang bersamaan dengan gelombang 50 hertz.




sumber : segenap ceruk alam maya



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

12 comments:

  1. sejuk hati aq membele kucing ~

    ReplyDelete
  2. wak alohhh comeyyy kucing!!! =)

    ReplyDelete
  3. mmng cute... rugila sape2 yg ada fobia ngan kucing tu... hilang satu nikmat.. haha :)

    ReplyDelete
  4. yew..kucing lukisan 2 mana kakinya lagi 2? hu3..dulu pnah bela kucing..bkn dulu la baru la..ton ni..selalu tidur nan dya..pas2 skit paru2..doktor kata bulu kucing masuk dlm paru2..bahaya..hurm

    ReplyDelete
  5. hamba suka akan kucing tapi hamba agak fobia jugak andai dekatkan kucing pada muka disebabkan dulu kedua pipi hamba pernah dicakar kucing kesayangan tika kecik..gara2 kakanda hamba..huhu (T.T)

    ReplyDelete
  6. Kejar Susu:
    Oooo.. bahaya gak bulu kucing...
    kaki dia malas nak lukis :)


    3no : kucing tu geram kot tgok muke budak2

    Mira : ^_^

    ReplyDelete
  7. bukan calang2 binatang bernama kucing ni..byk manfaatnya..

    ReplyDelete
  8. adik ni suka kucing ke.. akak x boleh bela sbb anak2 semua alah..lagipun takut kucing kebulur sbb rumah akak malam je ada orang, dah tuntutan kerja kat kl ni plus jem memanjang, malam je br jumpa rumah.. ksiannnn...

    ReplyDelete
  9. da memang sjk dr kecik lg kt rmh tu mmng sntiasa ada kucing. x sngaja jd suka la.
    Tp elok jga takyah bela klu tkut tak sempt nk jaga ,bg makan, nnti kta akn dipersoalkan jika kucing tu mati.

    ReplyDelete
  10. ok.. fakta yg bagus. thnks share...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...