Saturday, 12 November 2011

Program Realiti Televisyen : Hedonisme Melampau Budaya Kita?

Akademi Fantasial
Rumah Warga Emas
Kami takde rupe, undilah suara kami
Maharaja Blawok (penipu)
Idola? Haktuih...
Mari Bercerai
Mental 5
Pilih Kekasih: Andakah Pelakon yang Cari Saya?
Bintang kecik2 tanak mampus?





Malaysian Idol, mereka memang samdol
Akademi Fantasia, rancangan yg sia sia
Mentor, penuh dengan adegan kotor,
Mari Menari, punca bercerai suami isteri,
Pilih kasih,  atau cari kekasih?
Bintang Kecil, hasil didikan ibubapa jahil,
Maharaja Lawak, hanya sekadar gelak
Vokal bukan sekadar rupa, eh, diorang pun nak ikut serta?
Kilauan Emas.. kubur kata mari, dunia suruh berambus!
Tapi yang paling bodoh, pengundi dan penghantar SMS menyokong mereka!
Yang sanggup bersengkang mata mengisi borang undi dan menyiapkan banner sokongan untuk mereka.


Usah melenting jika dikata BODOH, itulah hakikat yang perlu diterima... BODOH itu memang sesuai dengan sifat seorang pemboros dan pembazir , yang menghabiskan masa dan wangnya untuk perkara BODOH.

Jika anda berasa tergolong dalam golongan BODOH ini, mengapa tidak berhenti sahaja daripada terus menjadi BODOH? Atau terlalu BODOHkah anda untuk memehami keBODOHan diri sendiri?

Jika setiap undian itu memberi PAHALA, alangkah bagusnya. Tentu ramai rakyat Malaysia yang akan menjadi penghuni SYURGA!

Terlalu banyak program seumpama ini, adakah petanda rakyat Malaysia terlampau dahagakan hiburan? Sehingga menjadi satu perlumbaan yang tiada garis penamat. Tahniah kerana telah menyokong usaha para Yahudi memusnahkan Umat Islam.

Islam adalah mustahil untuk dirosakkan, maka umatnya lah yang menjadi sasaran.

Program ini menghasilkan selebriti, idola, pujaan malah syaitan-syaitan berupa manusia, yang menjadi agen penyebar agenda syaitan, sehingga membolehkan para syaitan bergoyang kaki.

Maka layakkah produk-produk ini digelar sebagai idola?  Maaf, penggunaan perkataan ‘IDOL’ atau ‘IDOLA’ itu sendiri sudah salah. Kenapa?

Kerana IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung.

Ikon atau tokoh adalah ikutan, contoh terbaik dalam kehidupan, tetapi kalau dari luaran sudah gagal, sememangnya tak layak menjadi ikutan, kecualilah kita suka mencontohi perkara negatif.

Mereka menguasai pentas, bermaharajalela di kaca TV, menghiasi hampir separuh dada2 akhbar, memenuhi segenap ruang majalah hiburan, dan paling bahaya mereka bertakhta dan beraja di hati rakyat Malaysia. 

Mereka berpakaian hampir bogel, tapi mendapat sorakan gempita.
Mereka terkinja penuh ghairah, tetapi diserbu tak putus-putus,
Mereka mempermainkan dan memperlekeh  agama Allah, tetapi tetap disanjung dan dipuji.
Itu mereka, yang sudah terlajak, hanya doa moga hidayah Allah singgah di hati mereka.

Tapi kita? Mengapa ikut sama? Jika ada terdetik di hati itu mahu mengikut jejak langkah mereka, mengapa tidak kita hentikan sekarang niat itu? Masih ada ruang untuk membuka jalan laluan hidup yang baru. Rezeki Allah terlalu luas, ada di mana2, Cuma hendak atau tidak.

Sedangkan ulat dalam batu boleh hidup, inikan pula kita di kota batu?

Selebriti di dunia , masyhurnya sekejap cuma, datang yang baru lenyaplah yang lama. Mengapa tidak kita memilih menjadi selebriti yang lebih popular? Yang gah namanya di seluruh pelusuk penduduk langit? Yang terkenalnya tak kan lapuk dek masa, tak hilang dek zaman? Mengapa tidak kita memilih untuk menjadi selebriti di syurga? Yang peluangnya lebih terbuka? Yang pemilihannya dinilai dan dikritik oleh Juri Yang Maha Adil lagi Saksama?

Program Sampah yang menghasilkan sampah. Tapi sampah itu dibiarkan bersepah. Hingga kita keliru betulkah sampah itu adalah sampah. 

HENTIKAN penghasilan SAMPAH. Sayangi alam kita. Kempen ini tidak ditaja oleh KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN  MALAYSIA


- monolog by keriikhwan - 

 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. realitinye Islam di Malaysia semakin parah. Ubah sebelum parah

    ReplyDelete
  2. lepas ni tkr word idol kepada ikon..tapi bukan untuk di atas lah.program reality hanya mencari untung je tu..takdelah pulak nak vote ke ape..just tgk gitu-gitu aje

    ReplyDelete
  3. ibarat barah,
    semakin dibiar semakin parah,
    jika nak tunggu sampai bernanah , alamat negara akan musnah,
    agama akan ditimpa fitnah,
    tunggulah bala dan azab Allah.

    ReplyDelete
  4. amboi marah nampak... rilex cikgu... kate rock kan3 hahaha cikgu nie memang suke buat lawak lah,....

    ReplyDelete
  5. Sara : klu tak marah tu tak normal la.
    jom marah beramai2. haha. marah biar bertempat, takpe ada sebab :)

    ReplyDelete
  6. S.T.U.P.I.D tu khas utk peserta American Idol...
    kalau Malaysian Idol cukupla dngan B.O.D.O.H

    ReplyDelete
  7. betul2 serius ni..tapi setuju jugak..banyak bazir duit.,.masa tenaga...macam2 lah..semata2 hiburan..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...