Wednesday, 23 November 2011

PUISI (kot) : Aku juga seperti kamu....



Aku juga seperti kamu,
Punya rasa membara,
Punya nafsu yang gelora.

Aku juga seperti kamu,
Sering bergelumang dosa,
Lemas dalam lautan noda.

Aku juga seperti kamu
Ada ghairah pada pesona,
Tika ada senyum menggoda.

Aku juga seperti kamu,
Tak pernah cukup apa yang ada
untuk bersyukur, Sering terlupa

Aku juga seperti kamu,
Manusia biasa tak punya darjat,
Bila mati menjadi mayat.

Tapi....

Tapi Kamu tidak seperti aku
Terus bangkit pabila rebah,
Tanpa  bertangguh mahupun berlengah,

Tapi Kamu tidak seperti aku
yang  buta mata hati,
Tersungkur  di lubang sama berkali-kali.

Tapi Kamu tidak seperti aku
Cinta Tuhan penyeri kalbu,
Iman sering menundukkan nafsu,

Tapi Kamu tidak seperti aku
Istighfar sentiasa membasahi bibirmu,
Taubat nasuha mengiringi munajatmu,

Tapi Kamu tidak seperti aku
Selalu tersenyum biarpun luka,
Menangis bukan kerana durja.

Tapi Kamu tidak seperti aku
Hela nafasmu diakhiri syahadah,
Bertemu Ilahi  husnul khotimah.

aku juga seperti kamu,
dan aku mahu jadi seperti kamu...

monolog by : keriikhwan


p/s ; hentam saja, kalau ada salah tatabahasa atau penggunaan perkataan yang tak sesuai sila betulkan... :)

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

9 comments:

  1. berbakat jugak tuan hamba mengarang puisi...hamba berani tabik spring =)

    ReplyDelete
  2. erm....nice poem....suka....
    walaupun saya tak pandai sgt bermadah....hehe

    ReplyDelete
  3. Okla tu klu ada orng faham. haha
    takdelah sehebat dan sepuitis cik 3no gr33ny.
    Ilmu Allah, gunakan di tempat yg betul

    ReplyDelete
  4. aku tidak seperti kamu.
    yang tidak mudah rebah tika punya masalah :)

    nice :/

    ReplyDelete
  5. puisi hanya pleahiran dari hati..yer dak?

    ReplyDelete
  6. MIJ : suratkan apa yg tersirat :)
    Ainina : yup... itulah kuncinya
    3no : betul...betul

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...