Saturday, 12 November 2011

SEBARKAN WALAU 1 AYAT: KOLEKSI Part 4 (Last)




 

Keri Ikhwan :

Rezeki dan jodoh adalah rahsia Allah. Belajar menerima apa yang ada. Usah terlalu mengeluh bila mendapat sesuatu tak seperti yang kita impikan. Dan jangan terlalu mengharap serta mengejar sesuatu yg kita inginkan secara membuta tanpa pertimbangan iman


" Lebih baik gagal di awal hari, daripada menang di awalnya .. Kerana kegagalan itu sebenarnya mengajar erti kemenangan .. " 

Keri Ikhwan : 

Berakit-rakit ke hulu, berenang2 ke tepian,
bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.
Belajar erti kesusahan, barulah kita dapat menikmati manisnya kejayaan.



Orang yang ada ilmu sudah tentu boleh mencari harta,
Orang yang berharta belum tentu boleh mencari ilmu.

Keri Ikhwan :

Ilmu itu lebih bernilai drpd harta, makin dikongsi makin bertambah,
Harta benda kadang2 menjadi penyebab sesatnya manusia, sengketa yg berpanjangan. Tanpa ilmu harta binasa.


Hadis:

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

Huraian

1. Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.
2. Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.
3. Senyumlah selalu kerana senyum juga dianggap sebagai sedekah.

Keri Ikhwan :


Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Senyum :)


Wanita tidak secantik mana kalau diri tidak dihias iman.

Keri Ikhwan :


Wanita dan kecantikan bagai sinonim yg tak dpt dipisahkan.
Tapi apa gunanya cantik di mata tapi menjegkelkan di hati.
Wanita cantik itu cantik di mata cantik di hati.
Jadilah wanita yang cantik itu..


35.  wan niahix:


"Semua orang di dunia ini dilahirkan dalam keadaan baik, akhlak yang baik, hanya keadaan dan persekitaran dalam kehidupan yang membawa perubahan dalam diri sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya"


Keri Ikhwan :


Kita dilahirkan ibarat sehelai kain putih, yang bisa dicorakkan sesuka hati oleh pencoraknya.
Tapi kita punya akal, yang mampu mengubahnya, sama ada mahu mengikut atau mahu mencari pencorak lain yang lebih baik.
Hati itu asalnya putih,tapi  timbunan dosa menjadi titik hitam yang menggelapkan hati.


36.  Bibi


1 ) I said to Allah "I hate life"Then Allah says "who told you to love life? Just love me and life will be beautiful."
2) Life is full of answer waiting to be discovered
3) Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza. Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.

Keri Ikhwan :


Terlalu cinta akan kehidupan dunia, menyebabkan kita lupa pada mati, akibatnya hati kita mati.
Carilah hikmat di sebalik musibah.
Kita manusia, hamba Allah, asalnya semua dari tanah. Kaya miskin, cantik hodoh, tua muda bila mati menjadi mayat. Apa bezanya?
Yang membezakan kita Cuma cara kita menjalani kehidupan serta amalan.




HATI SERAPUH KACA, HIASI DENGAN IMAN :)

Keri Ikhwan:
Thx sudi join...

Akal yg cetek, dalamkan ia dngn ilmu..
Hati yg rapuh, kuatkan dengan iman...
barulah seri ada di wajah...



"bagi yang berTEMPUR dengan MASALAH dia akan menjadi GAGAH,
tetapi
bagi yang meLARIkan diri dari MASALAH, dia akan menjadi LEMAH.."

Keri Ikhwan :


Bila kita berdoa supaya diberi kekuatan, maka Allah menguji kita dengan masalah, supaya kita menjadi kuat.
Jika kita cepat berputus asa, takut dengan bayang-bayang sendiri, kita akan tewas



-Tamat-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

2 comments:

  1. assalamualaikum...melawat cikgu hari ini...terima kasih follow saya tempoh hari...dah follow cikgu..cuma tak berkesempatan tinggalkan komen...

    baru tahu cikgu penganjur sebarkan walau 1 ayat...(",)

    ReplyDelete
  2. thx..
    sudi-sudila jenguk sini slalu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...