Friday, 25 November 2011

myCERITA: THE MYSTERIOUS “MAKCIK” 2.0 (Part 1)


KATEGORI : 18SGXYZ ( AMARAN: JANGAN TUTUP LAMPUU, AWAS! JAGA-JAGA BELAKANG ANDA)

Sebenarnya aku dah buat cerita pasal Mysterious Makcik ni. Tapi rasa cam tak puas hati, jadi buatlah Version 2.0 plak. Bukan untuk join pertandingan tu lagi, tapi sekadar suka-suka. Ingat nak buat pendek je, tapi entah kenapa tangan asyik bergerak laju macam taknak berhenti. Layan jelaa..

Cerita ini panjang. Jadi perlu kesabaran untuk menghabiskannya... aku terpaksa post sket2... 
(sangat sesuai jika nak dijadikan komik bersiri seperti Dragon Ball atau Pedang Setiawan..haha)
Untuk mendapat manfaat yang maksimum daripada cerita ini, baca sampai habis dan ikut lah peraturan membacanya. Jika membosankan, jangan paksa diri untuk menghabiskannya.

Ini CERITA SYOK SENDIRI





...................................PROLOG...................................

Untuk permulaan cerita, aku copy paste dulu drpda version asal, dari segmen The Mysterious makcik oleh nurdani.









Milah dan Mijah kebiasaannya kalau weekend je mesti berehat kat rumah mengadap tv. Layan la apa-apa cerita menarik. Tapi sejak-sejak akhir ni banyak cerita gangster dan hantu je, malas pulak nak tengok tv. Malaysia ni banyak gangster dengan hantu ke?

Disebabkan tinggal berdua je dan segala kerja rumah dah setel awal-awal pagi, so berehat bersama kit kat je la depan tv.



Tapi Sejak-sejak ayah ganti tv lama dengan LCD 32 inci, siap dengan Astro First, rajin la pulak Milah dan Mijah tengok tv. Keh keh. Sebelum ni tengok kat drama orang-orang berada je pakai tv cenggitu. Sekarang dah mampu milik ni rasa excited la pulak. *jakun.

Tiba-tiba ada orang bagi salam.
"Eh ada orang bagi salam. Waalaikumsalam."


                                           angry bird? bahahaha



 
Datang la pulak sorang makcik yang tak pernah diorang tengok kat kampung ni. Muka suciiiiii je. Kesian pulak biar kat luar so ajak la dia masuk. Mijah tengah buat air di dapur. Milah je la yang layan makcik tu.

What's next? Korang tentukan.

INI PLAK CERITA VERSI AKU....

...................................TETAMU MISTERI...............................

Milah : Err, makcik ni dr mana? tak nmpak pun kenderaan makcik naik pe?
Makcik : (senyum. Senyap.hanya memandang kiri kanan atas bawah.) cantik rumah ni
Milah : (ish. Terpesong jawapan makcik ni) A’ah... Mak memang suka hias rumah.
Mijah : (muncul dr dapur) Maaflah makcik, ni je yang saya mampu sediakan.
Makcik : takpe, makcik memang suka makan cekodok pisang. Pandai Mak Mijah buat yer.

Berderau darah Mijah dan Milah mendengar kata-kata makcik tu. Bagaimana makcik tu boleh tahu nama Mijah? Bagaimana makcik tu tahu cekodok tu dibuat oleh mak Mijah?
Mijah agak tensen kerana dia terkantoi. Dia sebenarnya Cuma memanaskan cekodok dan minuman yang sebenarnya telah disediakan ibu mereka sebelum keluar tadi.
Mijah dan Milah saling berpandangan. Jantung mereka berdegup kencang.

Mijah : err.. camne makcik tau nama saya?
Milah : Aah, camne makcik tau mak kitorang yang buat cekodok ni? (cepat dia mencelah, cuba menutup kegusarannya)
Makcik : Eh, eh? Betul ke? Makcik Cuma teka jer. Tak sangka betul plak. HAHAHAHAHA!! (sakan makcik tu gelak)

Mijah dan Milah cume melongo. Seekor lalat hampir2 saja menerobos ke dalam mulut Mijah yang ternganga luas. Mungkin sebab dia belum gosok gigi lagi hari ni. Cepat2 dia menutup mulut. Lalat itu berlalu kecewa. Membawa hati yang lara.

Makcik : Kenapa diam? Tak lawak ke? Sori. (seakan merajuk nada suaranya)
Milah : Hahahaha. (tetibe je gelak)

Mijah cuba gelak sekali. Tapi...

Makcik : Takyah la gelak kalau tak lawak. Nampak sangat tak ikhlas.

Suasana sepi seketika.
Milah memandang2  jam tangannya (Nur Dani, ko tambah jam tangan kt tngan Milah tu nnti, kantoi aku tipu lak)
Dia sebenarnya ada ‘Dating’ dengn boyprennya sekejap lagi. Dia mahu mencari alasan mahu segera keluar.

Makcik : Ha, Milah bila nak kawen? Takkan asyik dok berdating je? Bila nak masuk meminang?

Soalan cepu mas itu membuat Milah dan Mijah tersentap. Sekali lagi Mulut Mijah ternganga. Kali ini sang lalat pantas mencuri peluang dan terus masuk ke dalam mulutnya. Mijah tak sempat berbuat apa-apa. Perlahan dia menutup mulutnya dan menelan lalat itu. Perit anak tekaknya. Namun tak sekencang degupan jantung mereka berdua.

Milah : eh, makcik ni memandai je. Sape la yang nak kat saye ni. (ayat cover)
Mijah : aa..aa...aaa (dia cuba menyatakan sesuatu, tapi tersekat)
Makcik : Nah, minum air ni dulu. Biar senang hadam sket benda tu.

Mijah tersipu-sipu lalu meneguk air kopi pahit itu dangan rakus. Sekali teguk dan cawan itu terus kosong.
Milah menjeling tajam menunjukkan bahawa dia tidak suka akan ketidaksopanan itu.

Mijah : terima kasih makcik.

Tiba-tiba...
BOOOOMMM!!!!! BoooMM!! KabOOOOMMMM!!

Milah dan Mijah serantak melompat. Opocot!!! Gaya melatah mereka lbey kurang sama. Warisan turun temurun nenek moyang mereka.
Mackcik itu hanya tersenyum.  Wajahnya cukup tenang. Setenang air dalam baldi.

Dengan selambanya makcik tu mencapai remote TV  dan menekan butang OFF. Rupanya bunyi tersebut datang dari TV tersebut yg sedang menayangkan aksi perang  fire mengfire antara Otromen dan beberapa ekor resaksa.
Mijah dan Milah mengurut dada. Terasa diri mereka amat bodoh.
(Moral : jangan membazir elektrik. Tutup suis jika tidak digunakan.)


...................................MISTERI SEMAKIN RUMIT...................................

Makcik : Milah. makcik nak pesan, berhati-hatilah dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.  Orang perempuan ni lebih terdedah kepada fitnah. Milah dan Mijah orang Islam, ada batasnya pergaulan yang diajar dalam agama kita. Betul tak?

Mijah angguk-angguk. Milah hanya tunduk. Mukanya merah padam. Dia bukan tak tau semua itu. Dia tau. Cuma dia yang buat2 tak tau.

Makcik : Belajar dulu leklok, lagipun bukannya Milah nak kawen skang pun walau 2-3 kali semnggu pegi dating, kan?
Milah : Err... ye.. lagipun boypren Milah tu... err, terkantoi plak...
Makcik : ye, boypren Milah pun masih blajar kan? Tahun ni kan dia SPM. Konfem dia pun takkan datang minang dlam tempoh terdekat ni kan?  Ape Milah takut bebenor nanti takde jodoh? Tu yang beriya sangat nak cari jodoh skang?

Mijah mahu gelakkan Milah, tapi suaranya hanya tersekat di kerongkong. Bulu romanya meremang. Pelik, bagaimana makcik ni boleh tahu semua pasal Milah dan Pakwenya? Sedangkan Mak ngan ayah diorang pun tak tahu. Seram sejuk dibuatnya.

Milah : Makcik, camner makcik boleh tau sume nih? Makcik skodeng saya ek? (dengan suara cuak dia bertanya)
Makcik : Semua tu tak penting. Makcik Cuma nak Milah faham. Apa yang betul dan apa yang salah. Milah belum kenal dunia ni lagi. Milah belum cukup kenal hati budi BF Milah tu...
Milah : Eii, makcik, kejap...kejap...

Milah mula meradang. Dia mula menunjukkan perangainya yang sebenar yang agak panas baran itu, yang selama ini bijak disembunyikan melalui aksi cute dan muka innocentnya.

Milah : Makcik, kita ni kenal pun bru seminit dua. Makcik ni berlagak cam da kenal benar dngan kitorang? Kita bukan sape-sape pun, yang makcik nak sibuk sangat ni apehal? Pegi la bagi nasihat kat anak sendiri ke....

Keras Milah membentak. Sekeras cincin berlian berharga RM  24 juta.
Makcik itu tetap tenang. Raut wajahnya masih bersahaja. Siap senyum lagi.

Makcik : Milah, makcik bukan nak bizi bodi (busy body) , btul ke tidak makcik speaking ni, MUET dulu band 5 je. Makcik bimbang, jika makcik tak tegur Milah, sedangkan makcik mampu tegur, makcik takut bila suatu hari nanti makcik atau saudara sanak family makcik tersilap langkah, takde orng nk tegur kami. Lagipun Milah dan Mijah saudara makcik. Saudara seagama. SeIslam.

Milah terdiam. Mijah tak senang duduk. Dia bukan boleh kalau dengar ceramah2 agama ni. Mulalah bontotnya terasa panas dan kebas. Kalau mengadap TV program AkademiFantasia atau Maharaja Lawak Mega lainlah. Itu feveret.  Tak penah miss. 

Hujah bernas makcik itu membuat Milah mati akal. Namun egonya tinggi. Bukan mudah Milah nak mengalah bila berhujah. Ini Milahla! Johan Bahas Bahasa Perancis Peringkat Kebangsaan! Dia mengentalkan hatinya.

Makcik : Milah tak elok membangga diri. Semua  anugerah dan kelebihan yang
Milah ada sekarang adalah kurniaan Allah. Pinjaman yang sekejap Cuma.

Milah kaget. Seakan makcik itu boleh membaca setiap lintasan hatinya. Atau dia hanya serkap jarang? Masakan semuanya mengena?
HaaaChium!!!!
Tiba-tiba Mijah terbersin. Cuba menunjukkna bahawa dirinya juga wujud di situ. Dia bimbang kalau cerita ni dijadikan komik, karakternyalah yg pling sket muncul.mana boleh!
Milah mengambil sehelai tisu lalu mengelap hingus yang meleleh melalui hidung Mijah. Kasih sayang seorang kakak begitu menebal. Mijah tersengih.
Tiba-tiba Milah berasa meluat melihat sengihan Mijah. Lantas disuapnya tisu yg melekat kesan2 hingus itu ke mulut Mijah!

Mijah : Eiii!!! Ape ko buat ni?? Tak senonoh la!

Walaupun semasa kecik2 dulu Mijah memang suka menjilat hingus yang mengalir ke bibirnya, terasa masin dan berlemak krim , namun itu kisah dulu. Sekarng Mijah bukan Mijah yang dulu!! Tetiba jalan cerita semakin mengarut.

Makcik : Ish, sudah, sudah... jangan gaduh.

Teguran makcik itu membuatkan jalan cerita kembali ke plot yang asal.

Bersambung..... 

bajet orng nk baca jer.. :)

 P/S: jalan cerita sudah melencong, aku pun tak tau bila nak masuk bab bungkusan Angry Birds tu...


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. wah siap ade part tu... penat den baca.. tp tertnya2 ape akn jd.. ble nk smbg part 2?

    ReplyDelete
  2. haha.. part2 in progress...
    under construction...

    ReplyDelete
  3. pnjg sgt lah ckgu..pnt sy bace

    ReplyDelete
  4. adeshh..pening nak pk..nak gelak ke nak bace..ape2 pun bets!moral value tersangat banyak..kias dalam kiasan..good!fiza pun nak tanye gak..ape dah jadi ngan bungkusan..cepat sikit sambung..

    ReplyDelete
  5. Anith baca ke? segan ler haha
    Fiza : akan dipublish dlm masa terdekat.. haha

    ReplyDelete
  6. hahaha.. gelak2 bace. sambil selitkan nasihat... bagus..

    ReplyDelete
  7. Sekurang2nya citer nie ada kopi panas...

    ReplyDelete
  8. abaikan segala plot yg mengarut tu.. cari mesej tersembunyi haha..

    Jo: x habes2 ngan kopi. tapi kopi mmng sedap! feveret

    ReplyDelete
  9. salam ukhwah, salam perkenalan.. dtg utk blogwalking.. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...