Monday, 28 November 2011

MENEMPAH TIKET KE NERAKA






NERAKA! Bunyinya sudah cukup menggerunkan hati-hati yang masih belum mati. Tergambar dahsyatnya seksaan dan nyalaan api yang menjulang. Membakar dan meratah tubuh yang durjana tanpa belas kasihan. PANAS! PEDIH! SAKIT! Tak terperi.

            Namun, takut hanya sekadar ucapan. Sedang gerak langkah semakin hari semakin menapak ke arah mimpi yang paling ngeri itu.  Sedar atau tidak, kita sebenarnya sengaja menempah tiket ke NERAKA!

            Tiket yang sangat senang diperoleh, namun tak akan kehabisan selama-lamanya. Kerana kapasiti neraka itu amat besar, tak terbanding dengan mana-mana stadium di dunia ini. Tidak akan pernah penuh walau seluruh manusia dicampakkan ke dalamnya. Ironi, tempat yang paling digeruni, tapi paling ramai yang sanggup membayar kerananya, malah sanggup menggadaikan nyawa untuk ke sana!

            Mungkin kedengaran sangat tidak logik pada akal. Ya, sangat tidak logik bagi akal yang tidak berfikir. Akal yang beku. Lesu. Tertimbus dengan segala macam angan dan khayalan. Gelap. Tapi realitinya, itulah hakikat yang terpaksa kita telan, biarpun teramat perit. Kita tak pernah sedar bahawa selama ini perjalanan kita hanya meniti di pinggiran Neraka, hanya menunggu masa untuk tergelincir, terjatuh lalu disambar oleh api yang sememangnya tak pernah padam itu.

            Apakah maksudnya menempah tiket ke Neraka? Contoh paling mudah, seorang wanita lebih rela membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk ke salun, untuk menjadikan rambutnya kelihatan lebih cantik pada pandangan mata manusia. Sedangkan dia hanya perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli sehelai tudung. Dengan bangganya dia mempertontonkan perhiasannya di khalayak ramai, sedang jelas tindakannya satu dosa. Jelas, dia membayar untuk dosa. Membayar untuk selangkah ke Neraka.

            Seorang lelaki, sanggup mengeluarkan puluhan, ratusan ringgit, malah mungkin ribuan untuk melanggan seorang pelacur kelas atasan semata-mata memuaskan nafsunya. Tidak terkecuali juga pasangan muda mudi yang bersusah payah menyewa hotel murah demi melakukan zina. Setiap sen yang dia keluarkan itu membawanya semakin dalam ke jurang Neraka. Takutkah kita untuk bersetuju dangan kenyataan di atas?
           
            Seorang Mat Rempit, membelanjakan hampir kesemua wangnya untuk mengubahsuai motornya supaya lebih berkuasa. Kemudian dia  mempertaruhkan pula nyawanya dengan aksi-aksi bahaya di jalan raya. Semuanya semata mahu mendapat pujian dan sanjungan dari manusia. Bagaimana jika tamat riwayatnya di atas laluan maut itu? Bukankah dia sendiri yang bersusah payah menempah jalan ke Neraka?

             Manusia sanggup menghabiskan berjam-jam masanya semata-mata mahu menghebohkan aib diri, serta aib orang lain. Mereka sanggup bersengkang mata mengembara di alam maya, mencari berita-berita gosip, cerita aib orang, membuat akaun Facebook, Twitter, Blog, Tumblr  dan Formspring  semata-mata mahu menceritakan keaiban diri serta mahu berbangga dengan maksiat yang pernah mereka lakukan. Tiada lagi rasa malu apabila kisah jelek hidup mereka menjadi tatapan umum. 



“Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.”
(Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)


“Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat.”
(Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078].
 

          Seorang perokok, peminum arak atau seorang penagih dadah tegar, rela menggadaikan seluruh hartanya, asalkan dapat melampiaskan ketagihannya. Bukan sedikit bayaran yang dikeluarkan, namun mereka tidak kisah sama sekali. Adakah pernah terlintas di hati mereka bahawa perbuatan itu satu dosa? Berbaloikah untuk membayar demi mendapatkan dosa? Membawa diri selangkah ke arah kebinasaan?

            Seorang penjudi, begitu berani mempertaruhkan segala hartanya di meja judi dan kasino. Padahal perbuatan itu bukan saja tidak menguntungkan, malah menimpakan pelbagai jenis masalah kepada mereka. Keluarga yang berpecah belah dan hidup yang porak- poranda. Di dunia lagi sudah bermacam jenis masalah yang menimpa, malah dicampakkan pula ke dalam Neraka di akhirat nanti.

            Jadi masih inginkah kita menempah tiket ke Neraka awal-awal lagi dengan sengaja? Berbaloikah kita bersusah payah di dunia melakukan dosa-dosa tersebut untuk diazab di Neraka? Tidakkah terlalu bodoh jika kita berlumba-lumba melakukan maksiat yang hanya akan membawa kepada kemurkaan Allah? Sedangkan kita masih diberi pilihan untuk meninggalkannya? Mengapa masih memilih jalan yang merugikan?



Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

H.R Ibnu Majah


Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.:
Bahwa Nabi saw. bersabda: Api kalian yang dinyalakan anak-cucu Adam adalah sepertujuh puluh dari panas api Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, bila sepanas ini saja sudah cukup wahai Rasulullah saw. Beliau bersabda: Sesungguhnya panas api tersebut masih tersisa sebanyak enam puluh sembilan bagian, panas masing-masing sama dengan api ini
( Sahih Muslim: 5077)
 

- monolog by keriikhwan -




Doa Mohon Sejahtera Dunia dan Akhirat 

رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat kelak serta peliharalah kami dari seksaan api neraka"




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. ya allah...takutnye rasa..... ^_^ terpegun jap...

    ReplyDelete
  2. thankz share..wao,risau tul..nauzubillah

    ReplyDelete
  3. na'uzubillah...waqina 'azabannar ya Allah

    ReplyDelete
  4. peringatan untuk dri sndri...
    dlm x sedar kta sdng menapak ke Neraka...
    saat mulut mengatakn ingin ke Syurga

    ReplyDelete
  5. "One ticket to Hell... business class please."

    ReplyDelete
  6. Jo : jgn camtu... sentap jantung dengar.. :)

    ReplyDelete
  7. tu rusau bila start tulis blog. takut apa yang nak di kongsi jadi 1 tiket. contoh post gambar seksi.. Nauzubillah... mintak jauh..

    ReplyDelete
  8. Ish, mintak2 jauh la kita semua dari neraka ya.. Ampunkanlah dosa kita semua.. Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  9. mij : mmng ngeri

    ahowk : yup, kena hati2... dosa cpt trsebar melalui FB n blog

    amirnawawi : amin...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...