Tuesday, 22 November 2011

MyDOODLES | Freebies: Wonder Pets , Pentingnya kerjasama


Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos, 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.

Sape tak kenal Wonder Pets? Haa.... jangan malu nak mengaku penah tengok cite ni...
Watak2 dia memang cute habis tambah ngan lagu dia yg super comel! naseb baik tak menang Anugerah Industri Muzik je, maklumlah diorang ni tak cukup seksi kot...

Takpe, mana2 yg belum kenal atau buat2 tak kenal bleh tengok kartun yg aku lukis pakai Microsoft Excel ni....



Kuasa Microsoft Excel!! tapi aku gabung gak ngan Power Point.....

Sebenarnya semuanya ada 3 ekor watak :
1. Linny the Guinea-Pig
2. Turtle Tuck 
3. Ming-Ming Duckling 
 yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

KERJASAMA! satu perkataan yg simple, tapi besar nilai dan manfaatnya jika kita amalkan.
Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Kita hidup di dunia ni tak bleh hidup sorang-sorang, sebab semua orang Islam itu adalah bersaudara..
Apa-apa kerja pun bila dibuat beramai-ramai dan bersama-sama akan lebih seronok dan mudah, jadi janganla berat tulang nak tolong orang dan jangan segan nak minta pertolongan. Jangan malu tak bertempat.

Rasulullah SAW bersabda:
“ Orang Islam itu adalah saudara bagi orang Islam yang lainnya. Oleh itu janganlah seorang Islam menganiaya saudaranya dan janganlah membiarkan saudaranya terseksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesama Islam, pasti Allah akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat ."
(Hadis ini adalah riwayat Bukhari & Muslim)

 Indahnya Islam. Setuju? kalau setuju, senyum  :)

Oklah, ni ada hadiah sebab sudi dengar aku membebel. Tak seberapa tapi terimalah kalau sudi..





kalau nak ambik, ambik jela... tapi cakap la terima kasih..
Apa yang penting?   KERJASAMA!

- monolog by keriikhwan -




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. wonderpets2..!
    kami datang..membantu anda dalam kesusahan..kami xbesar dan kami xkuat..bila bekerjasama semua jadi mudah..yeaaa...wonderpets!
    yeaaa...!!!


    (selalu nyanyi dgn ank buah hamba bila ank2 buah selesai membantu hamba..hehe)

    ReplyDelete
  2. comeyyy... anak akak suke sgt wonderpets!! amik tau, tQ =)

    ReplyDelete
  3. haha... peminat2 wnder pet sudah brkumpul...

    ReplyDelete
  4. kerjasama mmg penting..btw,wonder comel..citer pun byk moral value >.<

    ReplyDelete
  5. Dysha: picit jer idung si Keri ni... idung die comeyy cam wonderpets... hehehe

    ReplyDelete
  6. tngok bnyak kali nampk sedap plak... wat sup itik best gak ni... :)

    ReplyDelete
  7. ahaks....comeynyer anak itik tu ek.. ^_^

    ReplyDelete
  8. ank sedare suke sgt nengok ha..heee

    ReplyDelete
  9. CCi : thx
    SoLy : ank sedara ke mak sedara yg suke nengok? :)

    ReplyDelete
  10. bersatu kita teguh,
    bercerai kita roboh,
    yg berat sama dipikul...
    yg ringgan dijinjing sama...

    sepakat membawa berkat...
    asal hidup bermasyarakat...
    amalkan hidup yg sihat...
    selamat dunia akhirat...


    teringat lagu raihan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...