SEBARKAN WALAU 1 AYAT: KOLEKSI UNTUK DIKONGSI Part 1
SEBARKAN WALAU 1 AYAT: KOLEKSI UNTUK DIKONGSI Part 2
Aku ingat dh publish semua, rupenya ada lagi tertinggal :)
Pelajari sesuatu dari hidup anda! Sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Keri Ikhwan:
sukala kata-kata tu...
betul, hidup adalah satu proses untuk belajar tentang bagaimana menjalani kehidupan... (harap2 boleh faham)
Dunia terlalu mengasyikkan, membuat kita lupa pada MATI, maka teruslah kita bergelumang dosa...
tapi rahmat Allah amat luas, bertaubatlah walau dosa lebih tinngi drpd gunung...
19. 3nogr33ny
"Sesiapa yang layak untuk air mata kamu yang mengalir
tidak akan pernah membiarkan kamu menangis"
Persepsi KEKASIH :
Sedang aku merenung malangnya nasib diri
Dikau datang menceriakan hati
Tika aku bermuram durja
Dirimu datang menggamit suasana
Sedang aku mula bergenang air mata
Engkau datang mengikis air mata
Kekasihku itu tidak akan pernah biarkan aku sendiri
Dia sentiasa menemani aku
Sepanjang mekarnya cinta berbunga
Persepsi YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
Sedang aku merenung malangnya nasib diri
DIA memberi nikmat tanpa aku sedari
Tika aku bermuram durja
Pada DIA aku mencurahkan rasa
Sedang aku mula bergenang air mata
Aku tahu ini ujian iman dariNYA
Kerana aku tahu dia tidak mahu aku melupakan DIA
KEKASIHKU YANG SATU tidak akan pernah biarkan aku sendiri
DIA sentiasa menemani aku
Sepanjang perjalanan riwayat hidupku
Keri Ikhwan :
WoooWW! terbaik!!penuh puitis dan bermakna lengkap hurainnya.. izinkan saya ulas sket...
"Sesiapa yang layak untuk air mata kamu yang mengalir tidak akan pernah membiarkan kamu menangis" dan tak perlulah kamu membazirkan air matamu demi mereka yg tidak layak untuknya.
Cinta manusia boleh berubah, sedang cinta Allah membawa ke syurga.
Cintakan Allah, InsyaAllah dgn sendirinya cinta manusia akan hadir bercambah mekar dalam hidup kita.
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut kekasih.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Keri Ikhwan :
waa panjangnya, tp habis gak baca. :)
wlupun kisah ni ramai ramai yang dh tahu, tp tak ramai yg mengmbil iktibarnya, setakat tersentuh time baca, pastu habis camtu je.
Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tanpa redha seorang ibu, jangan haraplah nak cium bau syurga.
Hargailah ibu sementara masih ada ruang dan peluang.
21. arjunapopkorn
"NOBODY WILL FORCE U TO SUCCESS, EXCEPT... YOU...!!"
Ok.. terjemahan nya dalam bahasa Melayu,
Tiada sesiapa akan memaksa awak untuk berjaya melainkan awak sendiri.!!
Keri Ikhwan :
Intrinsic motivation (motivasi dalaman) adalah pendorong utama kejayaan kita. Kita adalah kunci kejayaan kita sendiri.
Extrinsic motivation (motivati luaran) Cuma faktor yang boleh mendorong motivasi dalaman tapi kalau sendiri tak rela, cepatlah kita bosan dan mudahlah untuk putus asa.
Wanita
Sekali seumur hidup
Kewanitaanmu amat berharga
Amat bernilai walau digadai harta benda
Wanita
Cantikmu tiada tandingannya
Hias dirimu taktala puteri raja
Senyummu pengubat sanubari
Wanita
Jaga dirimu, Jaga mahkotamu
Hias dirimu untuk suamimu
Wanita
Jangan terpedaya dengan tipu syaitan
Melangkah kaki kau jadi rebutan
Bergayalah, berhiaslah
Ingatlah seandainya kau wanita
Tiada dua tiada tiga
Wanita
Seindah wanita dalah wanita solehah
Keri Ikhwan :
Wanita Solehah penyejuk jiwa,
tak tunduk imannya dek pancaroba,
mahkotanya dijaga dipelihara sempurna,
bukan untuk bakal suaminya,
hanya dipersembah suami tercinta.
berubah : biar hari ini lebih baik dari semalam.
23. zulfattah
"Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih"
Keri Ikhwan :
betul tu, ramai mnusia bila ditimpa ujian sedikit, mula mnyalahkan tkdir, kenapa mesti aku? bukannya dia? bila diuji kesenangan kita lupa diri, bila ditarik sedikit nikmat kita merintih... Ujian itu tanda kasihnya Allah pd hamba-Nya, sbg jln penghapus dosa.
24. cikduyung
"Yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang"
Keri Ikhwan :
Beringat sebelum kena, berhati-hati membuat keputusan
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
25. nurulauni
jika tak dapat apa yang anda suka, belajarlah menyukai apa yang anda dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang anda ada
Keri Ikhwan :
Belajar bersyukur dengan apa yang ada, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Terlalu obses mengejar keinginan, membutakan mata dari menyedari bahawa sebenarnya kita telah mendapat apa yang kita perlukan.
26. Cik Ana
~♥ Wanita Solehah. ♥~
W ~ Wanita idaman lelaki beriman.
A ~ Akhlak mulia sentiasa terpelihara.
N ~ Nafsu dididik payah dilentur.
I ~ Imannya mantap, ihsannya terpuji.
T ~ Takutkan Allah SWT, taati suami.
A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami.
S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah.
O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat.
L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah, licin lidahnya dengan kitabullah.
E ~ Engkarkan Allah SWT sentiasa dijauhi.
H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa.
A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran.
H ~ Hasilnya dialah wanita solehah.
A ~ Akhlak mulia sentiasa terpelihara.
N ~ Nafsu dididik payah dilentur.
I ~ Imannya mantap, ihsannya terpuji.
T ~ Takutkan Allah SWT, taati suami.
A ~ Anak-anak diberi pakaian Islami.
S ~ Sejuk mata memandang wajahnya, sucinya hati terpancar di wajah.
O ~ Onak dan duri ditempuh sabar, ia dianggap sebagai rahmat.
L ~ Lancar bibirnya menyebut Allah, licin lidahnya dengan kitabullah.
E ~ Engkarkan Allah SWT sentiasa dijauhi.
H ~ Hanya mengharapkan maghfirah Yang Esa.
A ~ Akalnya pintar dijaga Al-Quran.
H ~ Hasilnya dialah wanita solehah.
Keri Ikhwan :
Wanita solehah, penyeri di mata penyejuk di jiwa...
Ratu di dunia bidadari di syurga :)
27. wardahalisya
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" [Ar-Ra'd, 28]
Keri Ikhwan :
Kadangkala kita gelisah, hati kita resah... lalu kita cuba menghilangkan rasa itu dengn hiburan2 dunia... seketika kita lupa masalah, tapi habis je berhibur, segala2 dtg kmbali, lalu kita sekali lg mncari hiburan yg baru... berulang setiap hari...
Namun kita lupa... Allah la Pemberi anugerah ketenangan jiwa...
Jatuh kali pertama itu pelajaran
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...
Manusia selalu tertumpu hanya pada satu pintu kebahagiaan yang telah tertutup,
Sehingga lupakan pintu bahagia yang lain terbuka untuknya,
Bilamana dia tersedar, pintu-pintu itu telah tertutup buatnya..
Manusia ketika lahir dia menangis, dan orang sekeliling tersenyum,
Hiduplah sebaiknya dengan penuh manfaat,
Agar bila kau mati kelak, kau tersenyum dan yang di sekelilingmu menangis pula..
Lahirnya kita diazankan di telinga,
Matinya kita kelak disembahyangkan,
Pendeknya kehidupan ini hanya sedetik di antara azan dan solatnya..
Bersyukurlah pada ni'mat-ni'mat kurniaan Allah,
Kerana setiap ni'mat itu nilainya kehidupan kita,
Tak percaya?
Cuba tutupkan sebelah sahaja matamu,
Sebahagian dunia ini lenyap dari pandanganmu..
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...
Manusia selalu tertumpu hanya pada satu pintu kebahagiaan yang telah tertutup,
Sehingga lupakan pintu bahagia yang lain terbuka untuknya,
Bilamana dia tersedar, pintu-pintu itu telah tertutup buatnya..
Manusia ketika lahir dia menangis, dan orang sekeliling tersenyum,
Hiduplah sebaiknya dengan penuh manfaat,
Agar bila kau mati kelak, kau tersenyum dan yang di sekelilingmu menangis pula..
Lahirnya kita diazankan di telinga,
Matinya kita kelak disembahyangkan,
Pendeknya kehidupan ini hanya sedetik di antara azan dan solatnya..
Bersyukurlah pada ni'mat-ni'mat kurniaan Allah,
Kerana setiap ni'mat itu nilainya kehidupan kita,
Tak percaya?
Cuba tutupkan sebelah sahaja matamu,
Sebahagian dunia ini lenyap dari pandanganmu..
Keri Ikhwan :
Mukmin yang cerdik tak akan terjatuh dalam lubang yg sama 2 kali, sentiasa waspada dengan langkah kita.
Ajal bila2 masa akan datang menjemput, moga akhir kita husnul khatimah. Nikmat hanya disyukuri bila ia telah hilang, itulah manusia termasuk diri ini...
29. hidupkuduniaku
*Kepada semua umat Islam di seluruh dunia, jalankan kewajipan anda sebagai hambaNya. Jangan cuba tangguhkan segala perintahNya dan melanggar laranganNya, kerana perbuatan yang kita lakukan akan dibalas balik. Anda juga perlu menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola dalam kehidupan anda kerana Rasulullah s.a.w merupakan utusan Allah dan kekasihNya yang amat mulia di dunia ini. Lihat dan hayati firman Allah di bawah ini :
“Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang ia kekal di dalamnya, dan itulah kemenangan yang besar. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.” (Q.S. An Nisa’: 13-14)
Kepada kaum Adam, jangan cuba memperlekehkan kelemahan wanita dan cuba mempergunakan mereka, kerana anda semua akan merasai juga hidup bersama wanita iaitu isteri dan apa yang harus anda lakukan, anda perlu menjadi suami yang baik dan perlu berdoa kepadaNya agar anda mendapat isteri yang solehah suatu hari nanti. Kepada kaum Hawa, jangan anda cuba mendedahkan kelebihan dan kecantikan yang ada pada diri anda kerana semua itu hanya berhak dilihat oleh suami anda serta jadilah isteri yang taat kepada suami. Kepada remaja, jadilah pelajar yang kuat berusaha dan tidak bermain dengan perkara yang tak membawa manfaat kerana masa depan anda menentukan segala kehidupan anda yang bakal berubah bila-bila masa saja.*
Keri Ikhwan :
Ikut suruhan, tinggalkan larangan, Syurgalah ganjarannya. Setiap kejadian ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Ada peranan masing-masing. Carilah hikmah d sebalik ciptaan-Nya
bersambung...
masing2 ada pendapat yang berbeza tapi semuanya menarik hati hamba..serasa syahdu pula
ReplyDelete