Saturday, 26 November 2011

myCERITA: THE MYSTERIOUS “MAKCIK” 2.0 (Part 2)

KATEGORI : 18SGXYZ ( AMARAN: JANGAN TUTUP LAMPUU, AWAS! JAGA-JAGA BELAKANG ANDA)
sambungan daripada : 


Untuk mendapat manfaat yang maksimum daripada cerita ini, baca sampai habis dan ikut lah peraturan membacanya. Klik la mana yg patut klik


................................MILAH, MIJAH DAN MAKCIK YANG MISTERI................................

Milah : Camnilah makcik, saya kejap agi nk kuar, makcik tak payahlah nak jaga tepi kain orang. Kubur kita lain-lain.

Milah masih tidak mahu mengalah.
Mijah melongo sekali lagi mendengar keberanian kakaknya cuba menegakkan benang yang lembap itu. Tetibe seekor lalat menyerbu keluar dari mulutnya yang terbuka itu. Mijah tersedak.

Rupanya lalat tadi masih lagi hidup. Berpantang maut sebeum ajar! Jerit lalat itu namun tidak membawa apa2 pengertian kepada Mijah, Milah mahupun makcik itu. Sape bleh faham bahasa lalat?

Makcik itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda marah. Senyuman masih tak lekang di bibirnya. Sesekali Mijah terasa tergoda namun cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya, cuba mengembalikan fikirannya ke paksi yang nyata, cuba mengatasi naluri songsang yang cuba menjerat.

Makcik : Betul jugak tu. KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”.. Tapi Milah kena ingat  yang menguruskan jenazah kamu nanti org lain, yang sembahyang, mengkebumikan kamu orang lain, yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan orang lain.. jadi jangan menyusahkan mereka yang lain dgn perangai kamu yg tidak diredhai Allah s.w.t

Milah mati kutu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hujah bernas makcik itu betul-betul menyentap hatinya. Dia mula berasa akan kebenarannya.

Mijah : Eh, macam pernah dengar la kata-kata makcik tu. Makcik copy dari Fesbuk eh?
Makcik : Alamak, kantoi plak. Haha.

Sambil tangannya mengeluarkan sebuah gajet yang  membuatkan Milah dan Mijah agak teruja.

Makcik : Aah, makcik slalu gak on9 FB pakai benda nih... maen Game Angry Birds pn pakai benda nih...

Mijah & Milah : Fuuyoooo.... Samsung Galaxy Tab 25.0 tuuu... canggih wooo...
Tidak semena2 mereka menunjukkan ke’jakun’an  mereka tanpa sedikitpun usaha ntuk meng’cover’nya.


Mijah : Bleh on9 ek? Nak try.. nak try (Mijah makin melampau)
Makcik : Eh, Milah tau ke guna benda ni? (agak kerek ayat yang digunakan makcik tu)
Milah : Tak payah uji akal, tengok muka dah tau, Bodoh! Mana dia reti benda-benda canggih macam ni.

Mijah mencebik. Makcik Cuma menggelengkan kepalanya. Dia masih bersabar melayan karenah budak2 itu.


..................................ANGRY BIRD DALAM BUNGKUSAN..................................


Mijah : tadi makcik kata makcik maen game Angry Birds kan? Hebat gak makcik ni kan?
Milah : A’ah tak padan dengan umur ye. Ingatkan budak-budak je main game tu. Haha

Milah masih cuba menguji ketahanan mental Makcik itu.

Makcik : Game Angry Bird ni best. Bukan sebarang game. Nak tau kenapa makcik suka main game ni? KLIK SINI ye...

Makcik itu menghulurkan Galaxy Tab nya kepada Milah. Pantas Mijah yang menyambar...
Mereka tekun membacanya....
.....
.....

Mijah & Milah : Ooooo... ish2 tak sangka ye...

Milah sekali lagi berasa tertewas. Akhirnya dalam diam dia mengakui kehebatan makcik tersebut. Bukan calang-calang orang tua ni... bisik hatinya.

Mijah : Aaaa, sebut pasal Angry Birds, td kan makcik kata makcik jual Angry Birds, mana nk tengok?

Makcik : A’ah, lupa plak... da lari tujuan asal dah makcik ni...
Milah : Tau takpe...

Makcik itu mengambil guni yang dibawanya, lalu membukanya.....

Makcik : Haa... ni Limited edition ni... ada 10 bijik je kat dunia ni...

Makcik itu mengeluarkan semua 10 bijik patung Angry Birds itu...
Mijah segera melepaskan Galaxy Tab di tangannya lalu mengambil patung tersebut dengan excitednya. Nasib baik Milah sempat menyambut Galaxy Tab tuu... kalau tak... terburailaaa...
Milah pun mengambil seekor patung itu...

Milah : Ape yang specialnye? Nmpak cam biase je... takde yg pelik pn...
Mijah : A’ah. Selain super cute giler2, takde pn kelebihan laen..
Makcik : cuba perhati betul2...
Milah cuba mendekatkan patung itu ke mukanya, mahu meneliti dengan lebih jelas lagi...

Puuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttt....prettt

Suasana senyap seketika. Sunyi. Sepi . luar biasa sekali heningnya
Milah tidak berani mengangkat muka. Dia agak keliru. Seakan dikenali bunyi itu, tetapi dia tidak berani untuk bertanya. Dia cuba mengesan dari arah mana bunyi itu.

Dari Angry Birds inikah? Agak mustahil... Atau dari Mijah.. ada kemungkinannya. Atau dari Makcik itu? Ah, tak mungkin.. dia cepat2 mengalih fikirannya takut2 makcik itu terbaca fikirannya. Dia tekad untuk buat2 tak tau. Dia berpura-pura membelek patung itu.

Mijah juga menghadapi situasi confuse yg serupa. Tapi agak krittikal. Dia ragu2 sama ada dia sendiri menjadi punca bunyi itu. Tapi dia lebih mengesyaki Milah. Hidungnya bergerak-gerak menghidu sesuatu, serentak dengan itu dahinya berkerut. Ada bau yang kurang menyenangkan hinggap di hidungnya. Pergh! Bau telorrr! Hatinya menggetus.

Ekor matanya menjeling tajam ke arah makcik itu, cuba melihat reaksinya. Mijah tidak berani mengangkat mukanya, dia cuba berlagak tenang. Risau juga jika dituduh sebagai punca meletusnya bunyi misteri itu.

Dari ekor mata Mijah dia dapat melihat ada perubahan ketara pada riak wajah makcik itu. Raut mukanya tidak lagi setenang selalu. Tiada lagi senyuman menggoda yang meniti di bibir tuanya. Ada gusar yang  cuba disembunyikannya.

Tiada siapa berani berbicara. Semuanya membatukan diri. Resah. Seakan-akan pesalah yang menantikan hukuman atas kesalahan jenayah yang maha berat.

“Ehemm..ehemmm...” tetibe je Mijah berdehem, cuba memecah buntu yang tercipta.  Tapi kepalanya masih tunduk.

“Err... mintak maaflah... tak sengajaa... makcik melepas tadiii... maklumlah orang tua, susah nak kawal urat kentut ni” akhirnya makcik itu melepaskan pengakuan berani mati. Jelas ada getar di hujung suaranya, mungkin menahan rasa malu yang amat sangat.
Serentak itu, Milah dan Mijah menghembus nafas lega. Terlepas akhirnya beban yg ditanggung mereka.

Milah : Hampeh.... cuak saya tadi, ingat sound effect dri Angry Birds limited edition ni...
Pedih sekali sindiran Milah . Mijah buat2 tak dengar.

Makcik : Sori sangat2 tau. Makcik betul2 tak sengaja. Biasanya makcik sempat cover bunyi tu. Makcik biasanya buat2 batuk ke bersin ke... tak sangka plak tak sempat tadi.
Mijah : Bunyi tak kesah makcik, bau tu yang cam harem...

Tulus Mijah mengomen. Milah pantas menekan butang like. Mahunya di share je status Mijah td ke segenap wall rakan2nya yg berjuta-juta itu. Maklumlah awek Hots. Namun apekan daya, mereka di alam realiti, bukan di FB skang.

Makcik itu seakan-akan dapat membaca fikiran Milah. Perlahan-lahan dia menyimpan Galaxy Tabnya. Bimbang disalahgunakan oleh kedua-dua budak kureng asam tu.

Plot cerita yang semakin terpesong dan mengarut mula meresahkan hati mereka. Milah Cuba mengembalikan keadaan ke landasan yang sebenar.

Milah : Cer cite ape yg istimewa sangat Angry Birds neh... 

Milah semakin merapatkan Angry Birds merah itu ke mukanya. Penuh rasa ingin tahu.

Mijah : Aaah, cecite..cecite.. bagi 10 sebab kenapa Angr...

AAAhhHHHHHHHHHHHHH! Dem!!!

Bergegar rumah itu dengan jeritan Milah.  Mijah tersentak. Milah melompat sambil membaling patung tersebut. Secekap Khairul Fahmi juga makcik itu menyambutnya.
Rupa-rupanya patung itu menyemburkan sejenis cecair tepat ke dalam lubang hidung Milah. Sesak nafasnya seketika. Dia betul2 terperanjat.

HahaHahAHAHAHAHAHAHAHAAAHAH!!!!! Serentak mijah dan Makcik itu meledakkan hilai tawa yang bagaikan halilintar menyambar corong telinga Milah. Sentap!!

Kali ini sang lalat yang masih tidak berpuas hati tadi pantas melorongkan diri ke dalam mulut Mijah yang ternganga seluas-luasnya itu. Serentak itu tawanya terhenti.

Mijah geram. Tanpa disedari sesiapa dia mengunyah lalat itu perlahan-lahan. Setelah yakin enzim amilasenya telah mencerna makhluk malang itu. Dia menelannya. Puas hati. Berakhirlah riwayat seekor lalat itu dengan cara yg paling tragis.

Hhahahahaha!!! Mijah menyambung kembali tawanya yg di’Pause’ tadi.

Makcik : Huuuu... sempuut den.

Sambil mengurut dadanya dan menyedut Asthma Inhaler dengan rakusnya.  Yummy, perisa durian.
Tetiba mereka terdiam sekali lagi. Bau harum semerbak memenuhi ruang. Haruman yang tak pernah mereka hidu sebelum ini.
Mijah yang sememangnya penakut itu  mula gelisah. Bulu romanya meremang. Seram sejuk seluruh jasadnya. Dijelingnya Milah yg turut gelabah.

Makcik itu memandang Milah dan Mijah lalu tersenyum. Berderau darah Mijah. Dia cuba merapatkan diri ke arah Milah. Milah menunjukkan reaksi yg lbeh kurang sama.

Makcik : Apsal muka pucat semacam ni? Tak suke ye ngan bau perfume Angry Birds nih?
                               
Makcik itu mengambil salah seekor Angry Birds itu lalu menekan satu butang kecil pada badan Angry Birds dan menyembur-nyemburlah keluar cecair pewangi. Rupa-rupanya Patung Angry Birds itu sebenarnya adalah botol Perfume. Hampeh...

Milah : ceh, da agak da tadi. Patung ni mesti perfume punye... patutlah limited edition.

Milah cuba bersuara yakin walaupun mukanya pucat lesi dan bibirnya kebiru-biruan akibat rasa cuak yg tak bertempat itu.

Mijah : kan aku da kata tadi. Ko bukan nk percaya...
Makcik : Ape korang ingat makcik ni ape? Hantu? Hahaha... (gelak makcik itu agak mengerikan)
Milah : Eh, mana ada, lagipun siang hari mana ada hantu. Merepek je...
Mijah : A’ah. Takde,takde,takde  (cuba meniru gaya upin dan ipin)


...................................TIADA LAGI MISTERI...................................

Milah : Err, makcik, nak tanyala sket, tadi makcik beria sangat larang saya berdating ngan pakwe saya kan? Kitorang bukan wat benda bukan-bukan pon, Cuma study sesame, kan exam dah dekat ni? Takkan tu pun tak boleh kot?

Milah masih kurang puas hati lagi.

Makcik : makcik cakap bnyak pn tak guna , hah ni tengok ni, makcik ada baca pasal ni kat blog ni...KLIK SINI  ye Milah.

Makcik itu sekali lagi mengeluarkan Galaxy Tab nya dan menghulurkn kpd Milah. Milah pantas menyambut mendahului Mijah yg juga tergedik untuk mengambilnya.
Milah dan Mijah tekun membacanya . 
....
....

Mijah tergelak kecil. Milah menjeling tajam.
Padan Muka! Getus hati Mijah. Dia sememangnya jeles dengan Milah kerana dia juga pernah cuba mengayat BF Milah tapi direjek, hanya kerana dia sendawa secara tak sengaja time tu... Dem! Hatinya panas tiap kali teringat peristiwa hitam itu yang membuatnya trauma dengan kaum lelaki.

Milah : Betul jugak tu, tak berkat la rupanya ilmu tu, patutla aku slalu Fail je subjek Bahasa Melayu.

Milah sememangnya hanya study B.Melayu sahaja jika keluar bersama BF nya, kerana hanya subjek itu yang membolehkan mereka mengeluarkan ayat-ayat cinta yang bisa membawa mereka ke awang-awangan.

Makcik itu tersenyum. Hati Milah sudah hampir dijinakkan. Alhamdulillah, blurrpppp! Tiba2 makcik tu sendawa setelah kepingan cekodok yang terakhir ditelannya.

Milah : Tapi, makcik, takkan la jatuh cinta pun salah? Cinta itu kan buta, tak mengenal siapa, tak boleh dipaksa tapi tak juga mampu ditolak saat ia bertandang.

Berkerut dahi dan hampir tergeliat lidah Milah menuturkan kata2 yang dihafalnya daripada sebuah novel  yang pernah dibacanya. Mustahil dia boleh menuturkan kata2 sebegitu tersusun jika hanya mengharap otaknya yang separuh beku itu.

Makcik : (senyum lagi) Jatuh cinta tak salah, Milah. Itu fitrah manusia. Allah menciptakan manusia dengan perasaan. Tanpa cinta , kita mati , tanpa cinta hidup tak bererti. Cinta tak buta, tapi kita yang buta mata hati, sebab itu kita tak mengenali cinta. Tak kenal maka tak cinta. Bagaimana kita nak cinta jika kita tak mengenal cinta?

Milah : Tapi, saya betul- betul sayangkan dia. Dan dia juga betul-betul ikhlas mencintai saya.
Makcik : makcik tak pandai sangat nak jawab, tapi cer KLIK SINI ....


kali ini raut wajah Milah mula berubah. Ada sesuatu rasa yg belum pernah dia alami bergetar di jiwanya. Terasa dirinya begitu serba salah. Pandangan matanya tak lagi seganas tadi. Layu, selayu sang garuda yang dibaham harimau.

Milah : Tapi, makcik, dia terlalu baik, saya tak pernah jumpa orang yang melayan saya sebaik itu. Dan kalau saya melepaskannya, saya tak rasa saya akan jumpa lelaki sebaik itu.

Petah pula Milah menyusun kata, dia sendiri pun pelik. Mungkin kerana berkat latihannya yang selalu bergayut di public phone berjam-jam lamanya setiap senja mula membuahkan hasil.

Makcik : Betul ke Milah yakin dia adalah yang terbaik buat Milah? Cuba usha2 sket CIRI-CIRILELAKI DAN WANITA YANG BAIK....
Makcik : Milah kena yakin jodoh itu ada di tangan Tuhan... KLIK SINI plak...

Milah dan Mijah sekali lagi menjenguk skrin Galaxy Tab tu...

Ada titik jernih mula mengalir dari pipi Milah. Mijah pantas megesat air mata Milah dengan jemarinya. Disekanya lembut pipi kakaknya itu. Lalu dia meletakkan jarinya itu ke lidahnya. MASIN. Mahu saja diludahnya tapi dia takut kesopanannya tercemar.  Haktuihh! Akhirnya dia tak tertahan dan meludah di tangannya tanpa disedari sesiapa.

Makcik itu segera memeluk Milah dan mengusap2 lembut ubun-ubunnya. Dia tersenyum buat kesekian kalinya. Syukur kerana Allah melembutkan hati gadis itu.

Milah tekad. Hatinya nekad. Dia akan berjumpa dengan Zizan, buah hati pengarang jantungnya itu. Tapi bukan untuk study B.Melayu lagi. Dia akan berjumpanya buat kali terakhir. Biarlah apa pun yang akan terjadi selepas ini. Dia tidak mahu terus hanyut ditelan noda, lemas tenggelam dalam amukan nafsu. Dia tidak sanggup meneruskan semua itu lagi. Biarlah dia terluka, biarlah Zizan kecewa, asal dia tenang, asalkan semuanya tidak lagi dalam murka Tuhan.

Perlahan-lahan makcik itu meleraikan pelukan itu. Mijah yang tergamam sedari tadi menyaksikan aksi dramatik itu hanya terus memerhati, selayak wataknya sebagai watak pembantu.

“Ayat tu kalau jangan macam dalam drama petang-petang tu boleh tak?” Mijah cuba menonjolkan wataknya yang dirasakannya sangat kerdil. Tapi tiada respon. Lawaknya tidak menjadi. Dia pasrah. Dia berazam untuk mencubanya di lain hari. Mungkin saat ini belum sesuai. Dia bermonolog sendiri.

Milah menghela nafas panjang sebaik sahaja berjaya melepaskan diri daripada pelukan makcik itu. Tercungap-cungap dia menyedut oksigen , terus masuk ke rongga pernafasannya. Lega. Sebenarnya dia agak cuak kalau-kalau makcik tu dapat menghidu bau kurang enak daripada badannya yang sememangnya belum mandi sejak malam semalam. Malas rasanya.

Makcik itu tidak kurang tenatnya. Asthma Inhaler sekali lagi menjadi penyambung riwayat. Sungguh makcik itu sedaya upaya menahan nafasnya kerana tak tahan dengan bau masam yg bertubi-tubi menyerang hidungnya. Bau Milah yang sungguh mengazabkan. Cuma tak sampai hati rasanya makcik itu meluahkannya. Bimbang jika Milah berkecil hati.

Mijah yang sememangnya telah menduga situasi itu mahu mengatakan sesuatu tetapi tiada dialog yang sesuai buatnya pada tika itu.

Tiba-tiba Milah dan Mijah terdengar bunyi deruman enjin kereta Proton Inspira ayah mereka, Pak Mail menandakan kedua orang tua mereka sudah pulang.

“Emak dah pulang kami buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati, goreng dan sedia tepung cucur adabi rasanya” serentak Milah dan Mijah mengalunkan lagu kegemaran mereka. Lagu inilah yang membuatkan mereka dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Suara Paling Hancur peringkat daerah.

Mereka bergegas ke pintu mendapatkan ayah dan ibu kesayangan mereka atau lebih tepat lagi mereka sebenarnya ingin melihat kalau2 ada makanan atau hadiah yang dibeli oleh mereka. Realiti sangat kejam.
Mereka seakan lupa bahawa makcik itu masih ada di dalam rumah. Berebut2 mereka kononnya mahu menolong ibu mereka mengangkat barang2 yang dibeli masuk ke dalam rumah.

Milah : Mak pegi mana? Lambatnya balik... dah pukul 2 petang ni...
Mak Esah: Tadi lepas pegi Pasar Tani kami pergi ziarah kubur datuk dan nenek Abah, moyang kamu.
Mijah : Eh, tak pernah pun mak citer pasal diorang.
Pak Mail: Mereka dah meninggal sebelum korang lahir lagi. Time Ayah baru nak ngorat mak kamu dalam Facebook.
Mak Esah : Alah , abang ni, malulah cerita kat anak-anak. Biarlah rahsiaaa....

Emaknya cuba melagukan dengan rentak lagu ‘Biarlah Rahsia” nyanyian Dato Siti Nurhalipan tetapi kedengaran sumbang. Ternyata vokalnya tidak semantap pada zaman mudanya, dan ketidakmantapan itu diwarisi pula kepada anak-anaknya, Milah dan Mijah.
Mereka bergegas naik ke atas rumah. Mereka teringat akan makcik tadi.

Milah : Eh?
Mijah : Eh jugak?

Mereka saling berpandangan. Kaget bangat.
Mata mereka melilau mencari kelibat orang tua itu, namun hampa. Langsung hilang bayang makcik tersebut. Mijah agak kecewa kerana bungkusan Angry Bird juga lesap bersama Galaxy Tab idamannnya. Mustahil mereka tak sedar makcik tu balik kerana mereka hanya ada di tangga, yang hanya sedepa daripada pintu.

Milah pandang Mijah, Mijah pandang Milah balik.Milah jeling Mijah, Mijah jeling Milah balik.

"Menjeling, menjeling ku bertentang... Mata kita sama memandang, Ku cuba, ku cuba nak bertanya, Siapa diakah namanya..."
Tetiba bunyi ringtone daripada henset Pak Mail mengganggu konsentrasi mereka.

Milah cuba mengatakan sesuatu kepada emak mereka tetapi bicara emaknya memotong hasratnya.

Mak Esah : Haa, nilah gambar Tok Wan dan nenek abah. Mak baru jumpa gambar ni kt celah-celah koleksi spender lama abah kamu. Sampai hati dia simpan kat situ gmbar arwah ni.. hish

Milah dan Mijah yang masih kebingungan hanya mampu menyambut gambar itu dan melihat sekali imbas. Tak berminat, kerana dia masih belum merungkai misteri di sebalik kehilangan makcik tersebut. Mereka tidak mahu kalah kepada Detective Conan yang mampu menyelesaikn kes dalam hanya 3 kelip mata.

Milah : Eh?
Mijah : Eh jugak?

Mata mereka terbeliak besar. Hampir-hampir terkeluar biji mata mereka.

“Ini ...ni.. bukan makcik tadi ke? Biaq betuul!!! Mijah dan Milah separuh menjerit.

Serentak itu, Mijah terus terkencing. Habis basah seluar yang dipakainya. Dia memang sedari tadi menahan kencingnya kerana terlalu asyik melayan makcik itu. Yang sebijik rupa dengan moyangnya.
Milah menggigil. Seluruh tubuhnya seram sejuk. Bulu romanya tegak berdiri setegak para tentera yg berdiri semasa menyanyikan lagu Negaraku. Bibirnya biru. Mukanya pucat.

Mak Esah : Eh, apsal korang ni? Tetibe je jadi camni? Apa yg pelik sangat? Cecite, ceciter...

Mijah terus berlari ke bilik air. Cecair urinnya bersepah merata-rata di atas lantai. Tapi aneh, bau wangi masih menyelubungi rumah itu.

Mak Esah : Mijah! Ko basuh balik rumah ni pasni! Eii budak ni! Eh wangi plak bau kencing Mijah ni? Ke bau ape?
Milah : Mak, seb..sebe..sebenarnya tadi.. tadi.. ad..ada.. tadi.. er..sebenar..
Mak Esah : ko ni apsal Milah? Kena sampuk ke ape? Cuba citer elok2, sejak bila plak jadi gagap ni?

Milah terjelepok, kakinya tidak lagi cukup kuat untuk menampung badannya. Dia terduduk. Emaknya kelam kabut.

Mak Esah : Opocot mak kau! Eh, mak aku, eh? Mak kau ke mak aku? Mana mak? Makkk..oooo .. Makkk!

Panjang Puan Esah melatah. Semakin meningkat umur, semakin panjang pula latahnya. 
Pak Mail juga kelam kabut membantu Milah. Suasana riuh seketika.

..................................EPILOG..................................

Seminggu Milah dan Mijah demam.  Setiap hari itu jugalah Milah asyik terbayang-bayang wajah moyangnya itu dengan senyuman terukir di wajahnya yang cukup tenang itu.
Milah yakin, itu semua petanda, bahawa Allah sayangkan dia. Peristiwa tersebut memberi impak yg besar ke dalam hati Milah dan Mijah. Mereka akan ingat nasihat makcik itu sampai bila-bila.
Tekad Milah makin membulat, sebulat bebola mata Wonder Pet.
Dia mahu mengubah dirinya menjadi seorang gadis yang lebih baik. Lebih baik daripada Milah yang sebelum ini. Itu azamnya. Kukuh tersemat di hatinya.

Keheningan malam itu terusik dengan tangisan doa Milah, yang bermunajat, memohon ampun dalam sujud di atas tikar sejadah usang. Syahdu. Tenang.

Dan Zizan? Jejaka itu... cinta pertamanya... dia rela melepaskannya pergi...
Andai ada jodoh antara mereka, dia bersyukur. Andai itu titik noktahnya, dia akur.
Subuh menyinsing. Hari yang baru muncul lagi. Membawa harapan yang baru.


 - T A M A T - 



Nota Kaki:
Penulis akan berada di Sungai Weng Plaza , Kuala Lumpur untuk majlis pelancaran Buku The Mysterious Makcik 2.0 pada 12.12.12 ... 50 pembeli pertama akan mendapat  Buku The Mysterious Makcik 2.0 edisi terhad yang ditandatangani sendiri oleh penulis. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
.......
.......
.......
....... 
Sorry, aku tipu je. Berangan je lebih. haha

P/s : maaf jika cerita ini memboringkan. Jangan paksa diri jika tidak menyukainya, kelak diri sendiri yang merana. :)
Segala sisi gelap, malap, pudar dan terang dalam diri aku digabungkan dalam cerita merepek yang bukan sekadar repek ni.
Ini bukan genre seram, bukan juga cinta, bukan juga jenaka, bukan juga fiksyen bukan juga genre agama... jadi ape genrenya? Aku pun tak tahu... koranglah fikir sendiri... tentukannya sendiri...

Terima Kasih kerana sudi membaca.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

8 comments:

  1. ending dye best tapi meleret btol la penceritaan..juling mata hamba manhu habuskan tau...huhu (*.*)

    ReplyDelete
  2. hahaha... pnjgnyer.. huhu


    jom bacer jup..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

    ReplyDelete
  3. 3no & L : tq sudi habiskan jugak
    ni cerite syok sndri.. haha

    ReplyDelete
  4. novel terhebat!penuh moral value..

    p/s:nak mintak sign autograph boleh?

    ReplyDelete
  5. Fiza: autogrph xde.. ade watermark je, bleh? haha

    ReplyDelete
  6. amboi panjangnye cerita! kelakar tp banyak pengajarannya. *thumbs up!*

    ReplyDelete
  7. L : dh komen situ
    kiwi : waa... lama x nmpak kiwi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...