Wednesday, 2 November 2011

SEBARKAN WALAU 1 AYAT: KOLEKSI UNTUK DIKONGSI Part 1

Alhamdulillah, Segmen Sebarkan Walau 1 Ayat yang aku buat hari tu mendapat sambutan yang agak baik....
Banyak kata-kata /nasihat/Mutiara kata/ Ayat  yang dapat aku kutip. kat sini aku cuba kumpulkan semua kata-kata yang dikongsi bersama sedikit ulasan dan huraian daripada aku.... 


1. Cty

JANGAN PERNAH BERFIKIR UNTUK MENYERAH KERANA JIKA KAMU BERUSAHA
DENGAN KEMUNGKINAN YANG ADA,TUHAN AKAN MEMBANTU MU MELALUINYA.


Keri Ikhwan:

usaha, doa dan tawakkal kunci kejayaan

2.  Ezzatie


“Intellectual growth should commence at birth and cease only at death”

Keri Ikhwan :

Pembelajaran adalah satu proses tg berterusan sepanjang hayat...



LIFE IS A TEST

If Allah answer your prayers,then He is increasing your Faith..

If He delay, then He is increasing your patience,

If He does not answer, He has something better for you..


Keri Ikhwan:


bersangka baiklah dgn Allah, jangan mudah berputus asa, rahmat Allah terlalu luas utk hamba-Nya



SATU MUTIARA KATA/KATA-KATA HIKMAT  



Hidup memerlukan pengorbananan. 

Pengorbanan memerlukan perjuangan



Perjuangan memerlukan ketabahan

Ketabahan memerlukan keyakinan



Keyakinan pula menentukan kejayaan. 

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.



Keri Ikhwan:


No pain , no gain...
Tidak dinamakan perjuangan jika jln yg dilalui tiada rintangan...
Bahagia itu anugerah Allah...


 
5. Mira


IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR

HIDUP PENUH KETENANGAN DAN KEAMANAN



Keri Ikhwan::


tak perlu memaksa diri meniru gaya orang lain utk jadi special...
cukuplah menerima seadanya kelebihan dan kekurangan diri...
yg penting pandai guna kelebihan diri dan jadikan kekurangan itu satu kekuatan...
:)



Biarlah orang buat jahat mcm mana pun  dengan kita, Jangan kita balas juga dengan kejahatan. 


Keri Ikhwan::


buat baik dibalas baik, buat jahat jgn sekali




Daripada Abdurrahaman bin Abi Bakrah, dia berkata kepada ayahnya :

“Wahai ayah ! Saya selalu mendengar ayahanda berdoa 
Allahumma ‘afini fi badani,Allahumma ‘afini fi sam’iyy, Allahumma ‘afini fi basari, la Ilaha illa Anta (Maksudnya Ya Allah, sihatkanlah badanku, pendengaranku dan penglihatanku, tiada Tuhan melainkan Engkau), dibaca 3 kali setiap pagi & petang.
Ayahnya menjawab :Sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw berdoa dengan kata-kata ini, aku gembira mengikuti Nabi saw. ( Rwyt Abu Dawud no 4426 )



Pengajaran Hadis


1. Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan Allah swt.
2. Sahabat adalah golongan manusia yang paling hebat.Mereka berlumba-lumba melakukan ketaatan kepada Allah swt.
3. Para pendidik hendaklah sentiasa menjadi contoh mengamalkan ketaatan agar dicontohi anak-anak sebaik2nya tanpa paksaan.
4.Komunikasi yang effisien amat penting sebagai usaha melahirkan ramai manusia yang merasai diri dihargai agar mereka menghargai persekitarannya



Keri Ikhwan :


kdg2 kita lupa untuk berdoa meminta dipelihara nikmat sedia ada kerana kita hanya fokus pd benda yg kita ingin...
nikmat yg diberi percuma, sbb itu kta jarang menghargai, bila da ditarik balik, brulah terasa... :)








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

1 comment:

  1. eh...komen dh d wondow lain..hehe..ni yg makin sonok hamba nak meninggalkan kata2 ni..

    tahniah sebab segmen dapat smabutan dan segmen tuan hamba tersangatlah membawa ilmu kepada ramai (thumbs up)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...