Thursday, 9 August 2012

PESTA AURAT DI BAZAR RAMADHAN, PAMERAN DADA DI PASAR MALAM


sumber : google


Tajuk tu adalah tajuk paling sopan yang mampu aku letak walaupun ada banyak pilihan tajuk yang lebih ekstrem. Takut jugak aku digelar otak kuning oleh mereka yang berotak kuning.
Samalah macam digelar gila oleh orang gila. Tak ke naya?

Fasa Pertama : Bazar Ramadhan

Situasi pelik yang akan berlaku tiap kali Ramadhan. Bertambah pelik dari tahun saban tahun. Pelik bukan kerana harga lauk pauk dan kuih muih makin mahal. Bukan juga pelik sebab kuih makin canggih dan warna air minuman semakin beraneka.

Tapi pelik dengan sikap dan tingkah laku manusia itu sendiri. Bulan Ramadhan bulan mulia. Bila mulia maknanya perlu dihormati. Bulan untuk mengurangkan perilaku dosa dan menambah amalan berpahala.

Nampaknya ramai yang berjaya puasa penuh dari pagi hingga ke petang. Tahniah. Tapi tak kurang yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga, tanpa mendapat walau sekelumit pahala. Muflis puasa.

Dari awal Ramadhan aku mula-mula agak semangat untuk jenjalan kat bazar Ramadhan. Tapi agak terkejut beruk bila tengok hampir keseluruhan pengunjung bazar terutama kaum perempuan yang berbogel. Berpakaian tetapi telanjang. Bertudung tapi berbaju lengan pendek. Berseluar sendat.

Ramai jugak yang tak bertudung. Berambut ala-ala warna atap zink berkarat kat kampung aku. Macam –macam fesyen rambut sampai tahap Mak Limah tak jumpa jalan balik rumah pun ada.

Cepat-cepat aku semak balik takwim dan kalendar. Takut-takut aku yang tersalah tengok tarikh. Betul ke dah start bulan Ramadhan? Apesal semua orang masih berlagak biasa?

Sangkaan aku di bulan penuh berkat ini semua orang akan insaf dek kerna terbelenggunya mentor-mentor bernama shaitonnn ni. Nampaknya aku silap. Benih- benih syaitan masih melekat erat di dalam hati manusia.

Ajaibnya Malaysia, sebuah negara majoriti Islam dengan pemakaian yang tak mampu dibezakan dengan orang kafir.

Gambar hiasan (eceh, dah macam Utusan Meloya pulak ada gmbar2 hiasan)


Fasa Kedua: Pasar Malam

Bila tiba malam hari, situasi sama berulang di pasar- pasar malam. Malah makin dahsyat.
Agaknya sebab malam waktu puasa telah tamat maka kita beranggapan kita sudah kembali bebas daripada pantang larang berpuasa yang merimaskan. Keadaan kembali normal seperti malam- malam sebelum dan selepas Ramadhan. Agaknya lebih rancak.

Perempuan berbaju singkat terdedah sana sini boleh dilihat di setiap inci tapak di pasar malam. Peratus yang bertudung tiba-tiba berkurang mendadak. Sangat sukar untuk dicari. Jika ada pun tiada yang menepati ciri-ciri menutup aurat. Sekadar tudung senteng terburai sana sini.

Ada yang tudung cukup cantik berwarna warni denga tahap kesukaran memakainya boleh dikelaskan pada level Hard (kalau main game) tapi sayang dada terdedah. Bukan tak pakai baju, tapi sendatnya menampakkan segala-gala.

Seolah-olah sedang berlangsungnya satu pertandingan dada siapa paling seksi. Siapa paling montok.  Itulah situasi yang perlu diterima kenyataannya. Sehingga mustahil dipercayai jika ada seorang lelaki bertaraf alim mengaku bahawa dia mampu menundukkan pandangannya semaksima mungkin dalam situasi sebegini.

Serius, memang aku takleh bezakan sama ada mereka ni orang Islam atau bukan. Melayu atau bukan. Tiada perbezaan dari segi berpakaian.

Lelaki juga tiada beza. Dengan bangga mengusung awek berpakaian bohsia ke sana ke mari. Tanpa segan dan silu digelar dayus.

Dayus itu sifat yang ada pada seekor babi. Entah bagaimana DNA nya boleh berpindah ke dalam kromosom seorang lelaki. Nak kata makan babi pandang pun dah jijik semacam. walaupun semua benda haram dibuat dan dibedal.

Jadi kesimpulan aku tentang fesyen Bazar Ramadhan dan Pasar Malam Ramadhan:

1.       Pakaian tak ubah seperti bohsia. Tak percaya pergi tengok filem sampah “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Mati”. Tengoklah pakaian bohsia dalam cerita tu camne. Buat perbandingan. Takut2la korang tak pernah nampak bohsia real punya.

2.       Pakaian dan fesyen tiada beza dengan orang bukan Islam. Adalah satu kemaluan perkara memalukan jika mereka mengaku beragama Islam dalam keadaan berpakaian sebegitu.


3.       Harga dada jatuh mendadak. Makin murah dan kadang –kadang percuma. Pameran percuma diadakan secara konvoi sepanjang lorong pasar. Tiada nilai ekslusif untuk seorang lelaki bakal suami atau sudah menjadi suaminya. Semua berpeluang sama rata menontonnya.

4.       Tiada usaha bersungguh –sungguh pihak berwajib untuk sekurang-kurangnya menegur. Cukuplah sekadar banner atau papan tanda “ TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA” yang disertakan dengan gambar-gambar contoh pemakaian mengikut syariat. Ada nampak papan tanda tu time aku dok Kelantan.


5.       Ruang dan peluang untuk menundukkan pandangan masih terlalu sempit. Nafsu masih bergelojak mahu meratah setiap yang terlintas.


Dari sudut positifnya, mungkin menjadi satu titik tolak buat mereka untuk mula berubah secara sedikit demi sedikit. Mungkin memperbaiki amalan lain walaupun belum mampu dalam bab aurat. Masih banyak aset –aset penting yang perlu ditonjolkan untuk tatapan umum sebelum semuanya kendur tak bernilai.

Kadang- kadang tipu daya dunia penuh keindahan. Sampai kita lupa asal kita hanya dari tanah. Meminjam nyawa dari Allah. Dan akan kembali menjadi tanah.

Kepada yang masih belum jumpa dalil-dalil wajib menutup aurat boleh rujuk entri aku sebelum ni. Malas nak ulang balik.
MyPoster : Hidayah itu Perlu Dicari... Bukan untuk ditunggu
Entri 18SX : Mereka Berbogel di Khalayak ? (Bacaan Untuk Insan Matang Sahaja)
Facebook, Muslimah, Aurat dan MATI


Nak tunggu ada orang tutupkan dulu ke aurat tu baru nak tutup?


TUTUPLAH AURAT SEBELUM AURATMU DITUTUP





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

22 comments:

  1. uihh..terkejutnya dgr u crita. hrmm.. hope they change their way.

    ReplyDelete
  2. aku terkejut gambar mayat tu. *sebab home alone ni.


    sekarang ni memang ramai bertudung, tapi tak ikut kesempurnaan sebenar.

    semoga dibulan mulia ni, kita beroleh amal

    ReplyDelete
  3. kdg2 ada yg pergi bazar ramdhan pakai baju tido je...mungkin rumah dekat la kot kan tapi agak2 la sikit..

    ReplyDelete
  4. fuh.. terkejut den bila mambaconya... paling terkojot gah sedap baca tetiba kuar plak ahli kubur kat bwh skali... masyallah.. mmg x dpt nak gambarkan mmg tiap kali ramadhan mmg itu yg salu cci nampak.. cam2 fesyen sekang ni.. sbb cci ni dulu meniaga... =_=" cuma 2 tahun x meniaga...tp elok pon x niaga wat hbs pahala ngumpat org.. huahuahua... entry paling terbaik skali ni bln posa ni.. syabas.. ^_^
    errr.. salu ke jadi otak kunin tu.. wahahahha.. *larikkkk.

    ReplyDelete
  5. oh mcm tu ka bazaar ramadhan?haha..smenjak puase ni Erisa x penah lg jejakkan kaki kat bazar.huhu. Tak sangka btol msih ad yg x sdar dosa & pahala. Penah Erisa jmpe girls yg pkai tdung tp rmbut kt blakang pnjang brjela,mcm ekor kuda pulak. Mcm la dy sorang je ad rmbut..wew..tobat la oit,Erisa trut malu jd girls ni >_<

    ReplyDelete
  6. Sebab tuh la cik ya ngan family xsuka pi pasar malam mahupun petang atau pagi buta.. bazar pun ary tuh sekali. tuh pun bub xde idea nk pulang bekas jiran, cari kuih sebgai ganti.. tapi ntah laa.. dorg masih belum terbuka hati lagi kot..

    kita sama2 lah doakan agar Malaysia negara Islam, yg diketuai oleh pemerintah Islam, paling tidak boleh mengamalkan cara hidup Islam yg sempurna..
    Sebab takut Allah turunkan bala satu negara kena, bukan individu yg buat tuh jer..InsyaAllah~

    ReplyDelete
  7. maka tempat hamba juga begitu...

    ada di antara pak cik kenalan di sini menggelarkan bazar Ramadhan sebagai bazar bergesel..huhu

    ReplyDelete
  8. sape makan cili, dia rasa pedas...
    sape kena cubit, dia rasa sakit...
    walaupun kata kubur tu masing2, tapi sila fikir guna akal yg Tuhan dah berikan, siapa yg akan mandikan, kapankan, solatkan dan kuburkan kau yg dah mati tu? so, jawapan tlg jgn bongkak ye..

    ReplyDelete
  9. steffany :
    :) harap2lah

    nurdani :
    eh, bulan pose pun takut jugak ke? haha

    ReplyDelete
  10. Azzah :
    tulah yg saya maksudkan macam mak limah tak jumpa jalan balik rumah. keluar dgn baju yg selayaknya hnya pakai time dlm rumah

    dee :
    err.. :P

    ReplyDelete
  11. cci :
    ooo.. beniaga doodle kat bazar ke?? haha

    nieyxzha :
    Islam secara warisan namanya tu. -_-

    ReplyDelete
  12. Erisa :
    yg jenis pakai tudung kluar rmbut tu kira ketegori sopan lagi tu haha
    tak sangka ada jugak org yg tak pegi bazar ramadhan

    miss alieya :
    sebab tu skang ni macam2 perkara pelik yg tak pernah terjadi sebelum ni menimpa negara kita -_-

    ReplyDelete
  13. 3no :
    wooo.. bazar bergesel.. jenuh nak elak dr terlanggar dan tersentuh, tp yg pompuan ni ramai jenis tak kisah pulak. wat derk je

    Farah :
    kat dunia boleh la jawab macam2. cer try dlm kubur plak

    ReplyDelete
  14. perkongsian menarek Encek Keri..aku pun maleh nak sosak sosak kat bazr ni..nak buaka aku pergi kedai makan je order terus senang..

    ReplyDelete
  15. si betudung labuh litup, xkn singgah bazaar utk cri mkn, tp hnye akn sggah emporium utk beli lauk & msk drumah. atau dikirimkn pd abg/suami/abi nya utk kebazaar. itu psl la kita manusia yg hina ni, jrg nk nmpk yg baik, sb yg baik 'sudah disimpan' dan 'dipelihara' oleh pjaganye.. (oh hinanya diri):) ptutnye gi bazaar2 ni, keje org laki (mcari rezeki). bkn suh beli sayur pn. beli mknan dh siap. tp lelaki malas. tunggang tbalik sana sini, jdlah spt kes diatas..xDD

    *anda kene ade spek mata aurat utk smpanan diri sndiri, 1 shj seumur hidup xDD*

    ReplyDelete
  16. huhuhu...terkejut tgok pict last skali... emm..ramai yg salah tafsir tutup aurat dengan urat...sebab tuh jadi macam tuh...huhu

    ReplyDelete
  17. nazha :
    suhla bini masak. ke belum kawen ? :D

    Biskot :
    itulah yg tersiratnya. tempat sebegitu jarang jumpa yg bertudung sempurna sbb yg tertutup itu mahal harganya. tak sewenang dipamerkan sesuka hati :)

    Tengku Puteri :
    haha. takleh nak tolong la kalau urat ngan aurat pn konfius :P

    ReplyDelete
  18. selalu jugak pegi bazar tengok orang seksi2, tapi yang bukan islam la..

    kalau ada yang islam macam tu, buat-buat tak pandang je..

    ReplyDelete
  19. yup...setuju...dalam taun ni..sekali je jejak Bazar..mata Qaseh leh lah jaga...sbb satu jenis..

    tapi mata yang lelaki camna nk jaga...

    siap ada terdengar ayat "ganazz sungguhlah fesyen di bulan pose ni"

    huhu...

    ReplyDelete
  20. kajaharuna :
    yg bukan Islam tu takleh nak tolong la kalau dah yg Islam pn taknak tnjuk contoh yg baik

    Qasehsuci :
    ohoo.. susah2.. :P

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...blog nie sangat menarik tambah2 entry ni mcm nk copy paste je,byk manfaat utk umat islam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...