Friday, 23 March 2012

MyPoster : Hidayah itu Perlu Dicari... Bukan untuk ditunggu

Assalamualaikum....

Seminggu lebih tak berupdate.... busy punya pasal...bercampur ngan malas :)




 
Soalan :

Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus :

Bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa,
solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..
puasalah walau dalam keadaan terpaksa
kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA,
dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH
dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..
jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah,
sampai bila hendak ditunggu?
HIDAYAH bukan untuk ditunggu,
IA MESTI DICARI..
ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..




Jawapan yang Ustz Azhar berikan tu selari dengan apa yang pernah aku bincangkan dalam Artikel ni :  



Hasil lukisan menggunakan Paint Tool SAI dan diedit Background serta tulisan dalam Photoshop...


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

24 comments:

  1. cantik dan bermakna..bole share kat tumblr tak keri?

    ReplyDelete
  2. Azzah : boleh jer.. silakan. memang untuk dikongsi pun :)

    ReplyDelete
  3. ramai gak skarang yg bagi alasan BELUM DAPAT HIDAYAH untuk berubah...kapannya nak tunggu...sampai mati pon blom tentu dapat...diri sendiri la yg kene cari..

    ReplyDelete
  4. myra : sampai kapan? sampailah kain kapan membalut tubuh :D

    Fiza : Niat dan tekad

    ReplyDelete
  5. assalam keri..
    kak nak share ye :)

    ReplyDelete
  6. Thanx atas peringatan berguna ni. Itulah namanya didikan. Lahir daripada paksaan, lama-lama jadi kebiasaan. Kebiasaan tu kalau x dibuat, akan terasa kehilangannya. =)

    ReplyDelete
  7. naik bulu roma baca..tpi betul..semua tu kita kena paksa bukan tunggu seru

    ReplyDelete
  8. Kak Citra : Silakan :)

    Mardhiyyah : betul. didikan kadangkala melalui paksaan :)

    mij : macam makan nasi ^_^

    ReplyDelete
  9. btol2.. ini realiti... ^_^

    ReplyDelete
  10. takut seru yang dinanti tak kunjung tiba je...

    ReplyDelete
  11. tol tu..salu je jwb tunggu smpai seru kan..bnda wajib mane bleh tnggu2 kan..bestlah ayat UAI ni..nak copylah..

    ReplyDelete
  12. ramai hanya INGIN berubah... tapi tanpa usaha.. menunggu hidayah dtg sendiri. tanpa usaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...