Wednesday, 14 March 2012

SUKAN : Membina atau Meruntuhkan ???

Assalamualaikum....



Biasa buat karangan Faedah Bersukan? Konfem pernah kan? Setidak-tidaknya pun pernah kena paksa ngan cikgu BM suh salin karangan contoh pasal tu kan?

Memang takleh nak dinafikan bersukan memang banyak faedah serta kebaikannya.
Sukan bleh buat kita jadi lebih sihat...
Sukan boleh mencerdaskan fikiran...
Sukan boleh menjana pendapatan dan ekonomi....
Sukan boleh menyatukan ....
Sukan boleh bla..bla..blaa....
Cukup,cukup... betul la tuu...

Aku tak nak cite pasal kebaikan bersukan, sebab semua orang dah tau. Tapi aku nak explain pasal keburukan bersukan...
Eh? Ada ke keburukannya? Nak percaya ke tidak terpulanglah.

Ini cerita betul. Sepanjang minggu lepas aku dipaksa  bertugas sebagai pencacai dan petugas kat sebuah stadium ni sempena Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah. Kira sukan untuk budak2 sekolah la.

Bukan tak pernah tengok acara Sukan Olimpik ke Komanwel ke... tapi bila aku tengok kat tempat ni rasa lain macam sangat.

Bila sebut kejohanan olahraga camni agak-agaknya korang pun bleh bayang camne pakaian peserta2nya. Aku ingat peringkat profesional je pemakaian camtu, rupanya peringkat kecik2 camni pun dah ada pakai ala2 Usain Bolt dan ... err aku takleh nak bagi contoh lain... tak kenal... klu kenal pun tak femes... klu femes pun pasal isu ujian doping ...

Yang lelaki pakai seluar pendek, biasalah bro, klu game bola sepak pun semua 22 orang player atas padang tu pakai seluar pendek. Belum masuk referee dan linesman lagi...

Bukan setakat seluar pendek, ketat giler plak tu sampai terbonjol nampak tuuuuuuuuut ....

“Biasalaa.. budak2 je pon “ bisik seekor syaitan yang sedang melepak sambil menghembuskan asap rokok berkepul2...

Budak2 lu cakap? Dah baligh kot... dah berpuluh kali mimpi basah camtu dah dikira dosa pahala dowh...

Yang pompuan takyah cerita laa... lagi dahsyat daripada yang lelaki pun ada... pakai singlet, seluar  tight/legging ketat nak mampus paras lutut dan ada paras paha. Aku bukan cerita pasal yang bukan Islam ni... ni anak2 Melayu Islam yang pakai camni.

Kejohanan Sukan camni dah semacam menjadi pesta untuk diorang menunjuk2 body masing-masing, bergaya ala-ala model pakaian sukan tanpa rasa segan, bersalah dan tanpa rasa berdosa.

“alaaa, nama pun sukan. Kalau tak pakai camtu macam mana nak lari laju, nak lompat tinggi-tinggi?” seekor lagi syaitan mencelah sedang matanya penuh bernafsu melilau liar ke kiri kanan menskodeng lenggang lenggok beberapa peserta pompuan.

“Kerajaan pun memang menggalakkan rakyatnya menyertai acara sukan camni. Barulah nama Malaysia ni tersohor serata dunia. Femes sket, baru orang terbeliak bijik mata dengar nama negara kita” Tambah seekor lagi syaitan berbadan gempal dengan kulit yang agak sunburn akibat berpanas terik di tengah padang. Patriotik sekali.

Atas nama dan tiket SUKAN, segalanya yang janggal menjadi normal, segala yang HARAM seakan menjadi HALAL...

Mungkin jika diorang berpakaian seseksi tu dan berjalan kat tengah bandar, masih lagi orang akan pandang pelik dan meluat, tapi bila berada di trek dan padang, semuanya menjadi normal.

Bahkan jangan terkejut jika mereka yang berpakaian sopan dan menutup aurat dipandang jelek jika turut sama menyertai acara sebegitu. Diterbalikkan situasi sedemikian rupa.

Sukan , dalam diam dan tak sedar, menjadi salah satu agenda Yahudi paling berjaya untuk melemahkan kita. Menjauhkan kita daripada tatacara kehidupan dan akhlak sebagai seorang Islam. Cukup halus namun memusnahkan dalam senyap.

Malang, sungguh malang apabila umat Islam kat Malaysia ni berlumba-lumba mahu menunjukkan kejaguhan dan tanda sokongan mereka dalam bidang sukan tetapi dalam masa yang sama mengabaikan tuntutan yang jauh lebih penting iaitu menutup aurat, menjaga waktu solat (bersukan kadang2 sampai terlajak waktu) dan menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Sukan, dah jadi satu bentuk hiburan... sukan dah jadi satu bentuk pekerjaan... sukan juga dah jadi salah satu kayu ukur penentu kemajuan sesebuah negara... mengikut alat pengukur dan alat sukat ciptaan Barat. Dan kita, lelah sendiri mengejar kemodenan ini, tanpa sedar perangkap dahsyat yang meragut kesucian rohaniah sedang menanti mangsanya... iaitu kita.

“Eleh, ko cakap je pandai, tapi ko pun sama... bukan ingat dunia gak time tengok game bola tuu... piirah!” Seekor syaitan berkulit hitam legam mencebik. Cuba memprovok.

Ceh, aku debik kang!

Kebetulan time aku belek2 majalah Al-Islam ada la aku terbaca pasal artikel mengenai pembinaan sebuah stadium yang mempunyai kabin dan balkoni khas untuk menampung penonton wanita agar tidak bercampur dengan lelaki di Jeddah, Arab Saudi. Maknanya stadium tu akan mengasingkan penonton, wartawan dan jurugambar wanita daripada lelaki Tidak akan ada percampuran jantina. Stadium itu dijangka siap 2014.

Tengok, penyelesaian tetap ada kan? Cuma perlu sedikit usaha dan kesungguhan. Bukannya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Jangan terlalu ikut rentak tari ciptaan Barat. Tak perlu tiru dan copy paste bulat2 budaya dan cara pelaksanaan mereka. Ubah ikut acuan kita sendiri. Acuan Islam. Insya-Allah dipermudah jalannya.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

21 comments:

  1. tak salah rasanya kalau bersuka tapi menutup aurat..tidak pula membataskan pergerakan..buktinya..pelari pecut negara arab pernah mendapat juara pecut semasa sukan komanwel

    ReplyDelete
  2. setuju...kita yg melihat pun dpt 'saham', apatah lagi yang memakainya....

    p/s : betul eh susah nak lari?...tengok team netball dari smka hebat2 belaka hatta pakai tudung labuh n baju labuh...dpt no 1 drect..tak mustahil pun sbnrnya.... ^_^

    ReplyDelete
  3. ikram tu keri kan??hari2 main badminton kan

    ReplyDelete
  4. Apa kata yang bukan islam saja yang expose diri dalam bidang sukan..so xde isu macam ni kan..

    ReplyDelete
  5. makin jeles aku tengok blog ko nih keri.....makin cantik arrr....awwwww....tempah kat sape flash tu........slurrrpppppp macam aiskrim lak ko nyer flash tu

    ReplyDelete
  6. hi! jemput join segmen pka

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/03/pka-rahim-segmen-rakan-blogger-saya.html

    tq :)

    ReplyDelete
  7. 3no : kononnya berpakaian menutup aurat camtu x profesional -_-

    Ckin : main saham yg rugi :)

    mij : mana ada hari2. haha

    ReplyDelete
  8. fiza : bukan tak boleh bersukan. zaman Rasulullah pn ada sukan, sukan memanah dan berkuda, lawan pedang (sukan gak tu)

    manzarina : mana ada tempah ... buat sendiri laa.. tak caye ke? :D

    Pka : :)

    ReplyDelete
  9. comel kartun.nice entry :)

    ReplyDelete
  10. karangan faedah bersukan popular sgt ._. tiap-2 tahun time sekolah menengah mesti ada kena buat. XD

    ReplyDelete
  11. sukan sukan sukan jugak. yang haram tetap haram. :)

    ReplyDelete
  12. KyLe : thnks. Alhamdulillah :)

    wani : haha. soklan target PMR tuu

    NOOR : sukan boleh jd ibadat jka kena caranya :)

    ReplyDelete
  13. <----- sorang yg malas bersukan... =_="

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum keri.. lama naya tak jenguk heheheh.. betul tu keri.. bersukan ni la kadang2 org amek ringan. kak nor pencinta sukan.. terutama tenis,memanah dan bola.. ofcoz barca! hehehe..

    pasal stadium tu haa.. kaknor pasni blh pegi la next year hehehe...hehehe

    ReplyDelete
  15. CCI : saya pun bukan rajin sangat haha. lg suke tengok je. main tak reti sangat

    Kak Nor : haa.. bru nk tnya kak nor pasal stadium tu :)
    <--- barca, AC Milan dan Man U

    ReplyDelete
  16. sukan itu ibadah, tapi kalau buka aurat, rosak pahala.. ;)

    ReplyDelete
  17. Kalau stadium yang asingkan penonton tu ada kat Malaysia kan bagus. Huhu.

    Teringat dulu, sekolah menengah kat sekolah agama. Bersukan pun pakai tudung labuh, asing lelaki perempuan.

    Sukan pun sukan gak, aurat kena jaga.

    Owh, follow blog kamu~ =)

    ReplyDelete
  18. tu la pasal.. ahli sukan skrg ni dok pakai sepender ja... nak tanyang sana sini.. Meh sini lawan ngan md meh.. haha..

    **lemak ada ler..

    ReplyDelete
  19. huu, sukan tidak salah, yg salah perbuatan didalam bersukan... waaa. bgusnya arab saudi..=)

    jom tmbah ilmu.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

    ReplyDelete
  20. b-t-k : yup. bila yg halal dicampuradukkan dgn yg haram

    Siti : yup. sukan kat skolah agama tetap meriah wlupun x pakai "pakaian sukan" :)

    MD : lawan ape nih haha... bina badan?

    L : Arab Saudi antara contoh terbaik negara yg mengamalkan sistem Islam.

    ReplyDelete
  21. majulah sukan untuk negara.hurrayy!
    *tetibe je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...