Sunday, 19 August 2012

Kesalahan- kesalahan semasa berhari raya.






1) Bermegah-megah.
Hari Raya seolah-olah menjadi medan lumba untuk menonjolkan siapa paling kaya dan paling meriah rayanya. Semua tak nak kalah, kalau boleh semua serba –serbi kena tukar baru. Akhirnya pembaziran terjadi.

2) Bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.
Yang ni dah jadi trend makhluk zaman moden ni kot. Kononnya dengan alasan bermaaf-maafan itu satu amalan mulia, maka bersentuh- sentuhan lah antara lelaki perempuan bukan muhrim. Bukan menghapus dosa, tapi menambah dosa je.

3) Beriya2 solat sunat Aidilfitri tapi tinggalkan solat fardhu.
Yang selama ini kemain liat nak bangun Subuh tetiba segar je time pagi raya. Ataupun Subuhnya terlepas tapi time nak pegi semayang raya elok je dia muncul. Solat Hari Raya yang sunat tu seolah-olah lagi penting sebab kononnya setahun sekali je.

4) Tabarruj (bagi wanita)
Yang ni macam dah jadi kewajipan dah. Bukan setakat artis-artis je yang mekap sampai berubah wajah, yang anak-anak dara kampung pun ikut sama melaram dengan baju dan penampilan yang paling menarik mata untuk memandang. Janga terkejut jika ustazah –ustazah pun terikut sama.  Cantik dah menutup aurat tapi Ya Allah baju tu meriahnya kalah majlis pembukaan Sukan Olimpik London.

5) Makan berlebihan.
Memang la nafsu makan membuak-buak sebab dah sebulan dibendung. Apatah lagi bila dah nampak beraneka jenis kuih dan sekut raya terhidang.

6) Minta maaf hanya pada hari raya sahaja.
Dosa mengumpat mengata dikumpul selama setahun dan dibayar secara lump sump (sekaligus) pada pagi Raya.

7) Tidak mengutamakan menziarahi sanak saudara, tetapi banyak menghabiskan masa di depan televisyen.
Dah orang-orang dalam TV tu memang orang yang paling meriah sambutan rayanya walaupun puasanya tak seberapa. Diajakna penonton ikut serta diorang dengan pelbagai aneka program hiburan yang menarik. (padahal rancangan ntahape-hape je)

8) Berhari raya sebulan sehingga melupakan puasa enam..
Hari- hari ada open house. Mana larat nak bendung nafsu makan tu. Asyik tangguh je nak puasa enam last-last tak sempat. Tunggulah tahun depan pulak ulang azam yang sama.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

17 comments:

  1. the worst problem : no 5... I'm still eating while writing this comment.. adeh.. eh.. astaghfirullahala'zim..

    ReplyDelete
  2. aku jadi banyak makan lepas raya ni. hoho. ok kurangkan

    ReplyDelete
  3. setakat nie mmg makan lah yg over sikit. huhu.kena bersederhana lepas nie. hihi~

    ReplyDelete
  4. MD :
    kontrol sket ok. haha

    nurdani :
    teruskan makan banyak. ko dikecualikan atas sebab2 tertentu. haha

    raihan :
    semua ada masalah kontrol nafsu makan. mmng tak tahan tengok makanan sedap2

    ReplyDelete
  5. nafsu makan tengah membuak2 jugak nih..huhuhuhu..kerja makan je skang nih...

    ReplyDelete
  6. dtg ziarah raya...

    salam lebaran tuan rumah....

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya keri! :) nice sharing :)

    ReplyDelete
  8. ya kan... dlm paper hari ni pun, ada keluar berita yang ramai tak dpt byr hutang lepas raya.. semuanya sbb berlebih-lebih belanja untuk raya... minta kita dijauhkan dari sifat2 yang tak baik di atas...

    ReplyDelete
  9. Best tengok gambar kesalahan tu xD

    ReplyDelete
  10. nombor 7 tu bagus utk tv3 xD..dan insap~ jap. mg tjadi pada diri sendiri smpai dh tua bangka ni pun masih terasa tv tu lbih pnting dr pkra lain. dah mcm kne pukau xpsl2 msalah xdpt dbendung, lalu kslahan ni tjadi pd di setiap perayaan.. (pgakuan jujur dr insan yg suke tgok rncangn tv :D)

    ReplyDelete
  11. ok.. kan dikurangkan nafsu makan.. ^_^

    ReplyDelete
  12. adeshh..selera makan tengah naik =__='..bahaya betul

    ReplyDelete
  13. ain :
    kite kena menjauhkan diri :)

    Tg Puteri :
    kerja makan. sanggup wat overtime tu. haha

    ReplyDelete
  14. Uncle Jonni :
    Jemput masuk :D

    cx's :
    trimas :)

    ReplyDelete
  15. deno :
    yelah. pose sebulan, raya sebulan. mana tak bankrapnye

    Siti Maisarah :
    gmbar copy je tu. taktau credit kat sape :)

    ReplyDelete
  16. Biskot :
    bleh je tengok tp berpada2. jgn smpai dr pagi smpai malam mengadap menda tu

    cci :
    diet sket ok. haha

    Azhafizah :
    makan lebih pn bahaya gak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...