Monday, 3 September 2012

31 OGOS : KITA BELUM MERDEKA

(entri tertunggak 3 hari sebab takde internet -_-)






(AWAS! ini entri agak panjang dan agak serius. Tiada unsur hiburan dan mungkin membosankan)

55 Tahun yang lalu, Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka daripada sebarang penjajahan. Dan sejak tarikh keramat itu, saban tahun kita menyambut Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos penuh gilang gemilang.

Err, intro tu mengingatkan aku time skolah dulu. Cam intro untuk buat karangan esei 350 patah perkataan tu.

55 tahun. Bukan satu tempoh yang sekejap. Bermacam jenis peristiwa pahit manis terpalit dalam lipatan sejarah negara kita yang tercinta ni.

55 tahun tu sebenarnya dah cukup tua, cukup matang, kalau kerja kerajaan tu dah pencen dah, sebelum umur pencen dilanjutkan ke umur 60 tahun laa. Namun, Malaysia tetap teguh berdiri, mengorak langkah maju ke hadapan.

Setiap tahun kita melaungkan laungan kemerdekaan penuh lantang dan semangat, mengibarkan jalur gemilang di segenap pelosok dan penjuru bangunan dan tempat, sama-sama ikut berarak dan menyaksikan perarakan penuh bangga.

Tapi, berapa ramai yang betul-betul menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan? Erti sebenar sebuah kebebasan? Erti sebenar sebuah keamanan?

Nama Malaysia semakin gah di persada antarabangsa, semakin harum dengan pelbagai kejayaan yang tercipta dan dicapai.

Namun, dalam keghairahan mengejar kemegahan dan kemasyhuran, ramai mula lupa perit dan payahnya usaha mendapatkan kemerdekaan ini. Darah dan air mata yang tumpah hasil perjuangan nenek moyang kita sedikit demi sedikit makin dilupakan nilainya.

Tengoklah sendiri, setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan, sambutannya sangat gah dan meriah, tapi semangat dan auranya bagaikan tiada erti.

Ramai yang terpesong daripada tujuan sebenar sambutan hari Kemerdekaan. Kini ianya hanya bagaikan pesta dan parti untuk bersuka ria.

Entahla, kat mana silapnya. Tiap kali ambang kemerdekaan, maksiat berleluasa. Perkara dan perilaku jahiliyyah bermaharajalela. Terutamanya di kalangan golongan muda dan remaja.

KITA TELAH LAMA MERDEKA JASAD, NAMUN MINDA SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERJAJAH.

Mungkin kita tak sedar, sedikit demi sedikit budaya dan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dan amalan kita semakin terhakis dan pudar. Hilangnya berkadar songsang dengan kadar kemajuan dan pembangunan yang terhasil.

Di kaca televisyen pun tak kurang hebatnya, tayangan sempena Hari Kemerdekaan pun sangat kurang unsur patriotiknya. Yang banyak berunsurkan hiburan dan rancangan bodoh yang tak membina minda.

Konsert dan pesta dah macam sinonim dengan sambutan kemerdekaan. Apalah sangat sumbangan artis-artis ni dalam pembangunan dan kemajuan negara sampai didewa-dewakan setiap kali sambutan Kemerdekaan?

Pejuang-pejuang dan keluarga mereka masih ramai yang terpinggir tanpa pembelaan sewajarnya. Tapi yang mendapat nama adalah generasi pemimpin yang hanya pandai berteori dan membodek.

Kita perlu merdeka sekali lagi.

Merdeka dalam erti kata sebenar. Merdeka dari segala aspek fizikal dan minda.

Merdeka bukanlah kebebasan melakukan apa sahaja. Bukanlah bebas berbuat sesuka hati kononnya ini negara milik kita. Negara ini bukan milik kita seorang, bukan milik parti pemerintah, bukan milik satu kaum sahaja. Ini negara kita semua.

Kenapa perlu kita musnahkan kemerdekaan ini dengan budaya sampah yang bukan amalan kita? Yang bertentangan dengan prinsip rukun negara kita? Yang bertentangan dengan prinsip Agama rasmi kita?

Kita mengaku Islam sebagai agama rasmi, tapi belum mampu membebaskan sistem kehidupan daripada  amalan dan cara hidup yang bertentangan dengan ajaran yang disyariatkan.

Kita menjadi Hamba di Bumi merdeka

Kita merdeka, tapi masih menjadi hamba. Hamba kepada sistem ekonomi kapitalisme yang menyesakkan hidup. Sehingga menyekat kelancaran kehidupan normal kita sebagai seorang warganegara. Sistem ekonomi yang mementingkan keuntungan melebihi segalanya. Biarpun terpaksa melanggar etika cara hidup bersyariat, mencabuli hak saudara seagama kita.

Kita menjadi hamba kepada hedonisme. Hamba kepada nafsu yang selalu ingin berhibur. Artis dipuja. Budaya daripada Barat diagungkan.

Yang terbaru, serangan dari Timur sendiri. Budaya K-Pop tiba-tiba menjadi virus menggila. Biarpun budaya itu dari Timur, tapi dari awal telah dicemari anasir luar.  Sampai menteri pun gila k-pop, kononnya berjiwa rakyat. Falsampah pemikiran kurang matang yang tak selayaknya ada dalam kepala otak seorang pemimpin bangsa.

Kita perlu merdeka daripada budaya politik kurang matang, budaya fitnah memfitnah, kutuk mengutuk, mengaibkan seseorang atas kepentingan tertentu. Kita perlukan pentas politik sihat yang menggunakan hujah, fakta dan bukti nyata. Debat adalah contoh perkembangan budaya politik matang. Biarpun ada yang menganggap ia bukan budaya kita.

Malaysia perlu bebas daripada rasuah. Negara tak akan bankrap hanya kerana mementingkan kebajikan rakyat. Tapi percayalah, negara akan muflis jika pemimpin yang korup dan kaki rasuah yang mentadbir negara. Yang hanya mengaut kekayaan negara ke dalam kantung poket sendiri. Kekayaan untuk kroni dan kaki bodek.

Masih ada masa, ruang dan peluang untuk kita membebaskan diri dari belenggu perhambaan ini. Belenggu penjajahan bentuk moden. Senyap, halus penuh berstrategi. Cukup tersusun dan terancang. Yang mahu melihat kita terus lalai, lemah dan hanyut tanpa sedar.

Ini negara kita, jangan kita turut sama menjadi sebahagian yang merosakkan dan menghancurkan apa yang kita kecapi selama ini.

Kita berhak mengubahnya untuk kehidupan yang lebih baik dan diberkati. Insya-Allah.



Entri berkaitan :


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

17 comments:

  1. yup btol tu...kte cume merdeka dr segi penjajahan negara..tp realitinye, kite msih dijajah melalui pikiran & cara hidup...

    ReplyDelete
  2. yup btol tu...kte cume merdeka dr segi penjajahan negara..tp realitinye, kite msih dijajah melalui pikiran & cara hidup...

    ReplyDelete
  3. yes...baca smpai kaki entry jugak..hehehe... betul tuh kita masih dijajah sebenarnya...Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete
  4. btol tu.. kita masih dijajah jika ada antara mereka yg masih lagi belum merdeka...

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya,kemerdekaan yg sebenar akan dpt dihayati jika ianya disini dengan ilmu keagamaan,zikrullah utk mensyukuri kemerdekaan tersebut...Selamat menyambut hari Kemerdekaan buat Malaysia..( kita tengok ditv..memang meriah sambutan kat negara sana yea..)

    ReplyDelete
  6. kite selalu lupe diri. kita bajet kita tuan. tapi sebenarnya siapakah tuan di negara kita ini. herm. sedih sebb masih ramai lg yg tak sedar.

    jemput baca entry baru..=0
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html

    ReplyDelete
  7. stesen televisyen (tv3) mgamalkan sistem kapitalis yang beronar-onar..ada pakatan pjajahan disitu. sb tak siarkan cerita Leftenan Adnan & Bukit Kepong.. *dengki jap ngn tv3 xDD*

    maka, ayat baris ke-15, bilangan perkataan yang ke 13,14 & 15 mg betul. hilang dh smgat kmerdekaan dijiwa.

    hendolisme vandalisme tourism zem zem ala kazem. buat entri ni pun en.keri sudah dikira bjuang. tahniah.

    ReplyDelete
  8. juling nak habiskan bacaan..haaha..!! sabar jelah..

    tapi tertanya juga hamba..bagaimana mahu bebaskan fikiran orang kita dari terus dijajah..persoalan senantiasa bermain tiap kali merdeka tiba

    ReplyDelete
  9. negara je dah merdeka tapi kita lom merdeka....udah beno biarkan fikiran kita dijajah dgn hiburan yang buat nk termuntah...erk.

    ReplyDelete
  10. cara hidup masih dijajah. jadi, kita masih belum merdeka.

    ReplyDelete
  11. farmiey :
    itulah realitinya

    Mira :
    kita sendiri yg membiarkan diri dijajah

    Tg Puteri :
    mari kita jadi pejuang kemerdekaan era moden :)

    ReplyDelete
  12. cci :
    penjajah era pasca merdeka

    Dysha :
    sepatutnya 55 tahun ni digunakan untuk memerdekakan minda.. tapi... -_-

    anonymous :
    trima kasih atas pndapat :)
    yup. kena syukur atas nikmat kemerdekaan ni dengan zikrullah. bukan program maksiat

    ReplyDelete
  13. L :
    kita hanya hamba. tapi berlagak tak ingat diri

    nazha :
    haha... dunia ini hanyalah ilusi .. mengaburi minda dgn fantasi..

    Biskot :
    masih tercari2 ayat baris ke-15 tu. haha
    tv3 makin mengarut. umummnya semua stesen tv hampir sama je skang ni

    ReplyDelete
  14. 3no :
    kena buat perubahan drastik. anjakan paradigma yg jauh lebih ke hadapan berbanding wawasan 2020. melangkaui alam selepas dunia

    Azzah :
    bila pemimpin dan pihak atas hanya mementingkan kemajuan fizikal.mengabaikan aspek lain yg lebih penting. inilah hasilnya

    dani :
    terlalu mengikut cara hidup yg bukan acuan kita. obses dgn cara pemikiran konsep kebebasan melampau. kita jadi lemah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...