Wednesday, 5 September 2012

My Doodle Notes #2 : Kasih Sayang






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al-Fatihah: 1)

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
“Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al-Fatihah: 3)


Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bermaksud Yang Maha Pengasih atau Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

“Ar-Rahman artinya Yang Maha Pengasih terhadap seluruh makhluk, sedangkan Ar-Rahim artinya Yang Maha Pengasih terhadap kaum mukminin.” (Tafsir Ibnu Jarir Ath-Thabari, Tafsir Basmalah)

Ar-Rahman adalah yang rahmat-Nya meliputi segala sesuatu di dunia, Sedangkan Ar-Rahim, yang rahmat-Nya khusus terhadap kaum mukimin di akhirat.

Rahmat dan kasih sayang Allah tak terbatas. Segala jenis nikmat diberi kepada hambanya sama ada yang taat mahupun yang kufur. Yang bersyukur mahupun tidak.

Imam Ghazali menerangkan, manusia yang memiliki sifat Ar-Rahman adalah manusia yang menunjukkan sifat rahim pada orang yang lalai dengan mengajaknya supaya jangan melalaikan Allah melalui teguran atau pun nasihat secara lembut dan bukannya kasar.  Orang yang derhaka pula dipandang dengan pandangan yang penuh rasa kasih dan bukan dengan pandangan menghina.

Tanamlah sifat Ar-Rahman ini dalam kehidupan kita sendiri, sebelum kita sebarkannya kepada orang lain. 


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2367.
Dari Salman Al Farisi r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah memiliki rahmat (sifat pengasih) seratus (peratus). Maka satu (peratus) rahmat di antaranya untuk seluruh makhluk agar berkasih-kasihan sesama mereka (di dunia) sedang yang sembilan puluh sembilan (peratus) untuk hari kiamat kelak."



Tuhan, jadikanlah aku alat kasih mu. 
Di mana ada benci – biarkan aku menebarkan cinta. 
Di mana ada hati-hati terluka – biarkan aku menjadi penghibur. 
Dimana ada keraguan – biarkan aku menebarkan keyakinan. 
Di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan. 
Di mana ada kesedihan – biarkan aku berkongsi bahagia. 
Di mana ada kegelapan – biarkan aku memberi cahaya.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. kartun semua cantik2.
    suka pada ayat kat bawah tu..

    ReplyDelete
  2. kasih sayang sesama kita, sesama haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam etc etc

    ReplyDelete
  3. jgan ada benci antara kita..hehehe.. nk copy paste ayat bawah tu k.. tq

    ReplyDelete
  4. terima kasih tazkirah kasih syg ni..

    lupa nilai kita... tu yg buat kita lpa kasih syg..

    ReplyDelete
  5. lama x komen sini...>_<


    insyaALLAH..jgn la putuskan silaturahim sesama kita..berkasih2 laa sesama kita....bukan berkekasih..erkkk..XD

    ReplyDelete
  6. alahai....sukanya kata2 last tuh.... >_<

    ReplyDelete
  7. kita perlu ade kasih sayang kepada semua yg ada disekeliling.. terutama binatang.. yg sekarang ni banyak kene dera.. alahai...

    ReplyDelete
  8. feza :
    thanx :)

    dani :
    jgn pilih kasih.

    ReplyDelete
  9. Dysha :
    sila la. saya pn copy jugak :P

    zulhilmi :
    sama2 :D
    manusia mudah lupa

    ReplyDelete
  10. Adam :
    trimas datang membaca :D

    mij :
    berkekasih laju je. haha

    ReplyDelete
  11. tengku puteri :
    kreatif dan berseni orng yg cipta ayat tu. tak tau la sapa pencipta asal dia

    cci :
    jangankan binatang, budak kecik pn makin bnyak kena dera. makin hilang sifat kasih sayang tu

    ReplyDelete
  12. Suka tengok poster tu..sbb ada tucen.^ ^

    ReplyDelete
  13. Tuhan, jadikanlah aku alat kasih mu.
    Di mana ada benci – biarkan aku menebarkan cinta.
    Di mana ada hati-hati terluka – biarkan aku menjadi penghibur.
    Dimana ada keraguan – biarkan aku menebarkan keyakinan.
    Di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan.
    Di mana ada kesedihan – biarkan aku berkongsi bahagia.
    Di mana ada kegelapan – biarkan aku memberi cahaya.

    touching:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...