Sunday, 28 July 2013

EMOSI (doodles) : Melahirkan Emosi dengan Cara Betul

Assalamualaikum...


Ni Artwork lama... buat untuk aktiviti Group WeLoveArt...

Manusia memang diciptakan bersama2 dengan sekeping hati yang boleh menjelmakan pelbagai emosi dan perasaan.. yang kemudiannya diterjemahkan kepada mimik muka atau riak wajah.

Emosi, bila dipamerkan dan ditunjukkan pada waktu dan tempat yang betul maka baiklah kesannya. Namun jika diletakkan di tempat dan masa yg salah, buruklah kesannya.

Contoh :

1. Gembira.

Betul : Seorang pelajar gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dalam exam.
Salah : Seorang pelajar gembira kerana Boypren nya mengajak dating di pavi.


2. Marah.

Betul : Seorang pemuda marah apabila mendengar berita kezaliman dan pembunuhan umat Islam di Palestin, Syria dan Mesir dan berazam untuk turut sama berjihad.
Salah : Seorang gadis Melayu tak bertudung marah apabila seorang lelaki menegur supaya menutup aurat lalu dia menyumpah seranah supaya tak jaga tepi kain mini skirt dia serta mengatakan kubur masing-masing.
Manakala ayah gadis itu pula mengugut untuk membakar kitab Bible kerana marah penggunaan isu Kalimah Allah.


3. Terharu 

Betul : seorang anak terharu bila melihat emaknya bersusah payah menyiapkan makanan untu sahur walaupun tengah demam lalu menolong emaknya di dapur.
Salah : Seorang gadis Melayu terharu apabila fake relaynya melamar dia untuk dijadikan gelifren (girlfren @ real relay) dengan berlutut dan mencium tangannya.


4. Sedih 

Betul : Ahmad berasa sedih kerana bulan Ramadhan hampir ke penghujungnya dan akan berlalu meninggalkan kita.
Salah : Murni sedih kerana  ibunya tak membelikannya baju raya ketat idamannya yang berharga RM400 itu kerana tidak cukup wang.


5. Takut 

Betul : Seorang hamba Allah yg takut akan Allah akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah dengan memperbanyak ibadah dan menjauhkan maksiat.
Salah : Akibat takut kehilangan pangkat dan kedudukannya seorang menteri sanggup menyebarkan fitnah terhadap lawan politiknya serta merasuah pengundi.


6. Teruja 

Betul : Budin sangat teruja bila mendapat berita kehamilan isterinya lantas dia melakukan sujud syukur.
Salah : Minah Evans dan Kiah Hudson berasa teruja lalu  terloncat-loncat, terkinja-kinja dan tergedik-gedik macam beruk sebaik sahaja penyanyi K-Pop pujaannya Joong Mang Kook serta penyanyi remaja Jusuh Bieber tiba di lapangan terbang KLIA.


7. Malu 

Betul : Amira menutup aurat denga sempurna setiap kali keluar dari rumah kerana dia malu jika menarik pandangan lelaki ajnabi . Dia juga malu untuk berbuat dosa.
Salah : Seorang gadis mengupload 29 keping gambarnya yg beraksi menutup mulut dgn tangan, berambut perang tapi beraksi tidak memandang kamera serta beberapa keping gambar bertudung dan berniqab (guna selendang) lalu meletakkan caption "Kite Pemalu" .

8. Ragu-ragu

Betul : Akibat ragu-ragu untuk membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke matriks atau universiti, Safuan melakukan solat sunat istikharah memohon petunjuk.
Salah : Sudah empat kali Pak Mat mengangkat takbir kerana ragu-ragu(was was) dengan bacaan niat solatnya.


9.Terkejut 

Betul :
Nasir terkejut apabila disergah kawannya lalu dia mengucapkan istighfar.
Salah : Syarifah terkejut apabila disergah cucunya lalu dia melatah dan mencarut "p**** mak kau! mampus ko aku tikam! opocot tut tut.. tut ...tut tut tut...tuuuuuuuuuuuuuuut" (biasakan diri menyebut perkataan baik, in sha Allah sewaktu melatah pun akan keluar benda baik)

(AMARAN : Abaikan kesalahan tatabahasa pada ayat2 di atas. Fokus pd mesejnya)


Ok di bawah ni aku sertakan Peta minda "Cara mengawal perasaan Marah"


sebenarnya peta minda ni aku buat untuk Kelas IT ajar bab  cara buat peta minda









SELAMAT BERAMAL di 10 MALAM TERAKHIR



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

16 comments:

  1. "saya TERKEJUT melihat tatabahasa sekarang makin diabaikan.. ini kerana apabila orang bisu ingin membaca, penggunaan tatabahasa dan imbuhan yang salah menyebabkan mereka salah faham" haha.

    selain dr perkataan, simbol tanda seru,tanda tanya, tanda noktah dan lain-lain diwujudkan, juga melambangkan emosi dalam pembacaan terutama sewaktu berdiskusi/ berdialog.

    Amaran ! <-- klo letak tanda seru ni rasanya tak berani gak nk komen kt sini. :D

    ReplyDelete
  2. @BiskOt
    *garu kepala
    ayat tnpa tanda baca mampu melahirkan kreativiti dan imaginasi pembaca.
    -Mak Bedah-

    ReplyDelete
  3. comel kartun malu...huhu...tapi kadang-kadang tak terkawal juga emosi ni

    ReplyDelete
  4. hmm.. bagus2. 'kite pemalu..' tu best.

    ReplyDelete
  5. salam..selamay malam 10 terakhir jugak bero:)

    panduan ni berguna lebih2 lagi lepas syawal nanti time setan semua dah free..

    well, kite pemalu kahkah

    ReplyDelete
  6. @3no gr33ny
    emosi mana yg tak terkawal tu? biasa yg susahnya marah laa

    ReplyDelete
  7. @naza hada
    skarang ni ramai lelaki lg pemalu dr pompuan. org pompuan kena terima hakikat la.. haha

    ReplyDelete
  8. salam, bagus entry ini, nanti sy nak mohon share ya.. :) terima kasih

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang bermanfaat...moga ada yang berubah selepas membaca :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...