Sunday, 10 June 2012

Kisah Lawak : Tukang Sapu , Komputer dan e-mail

 


Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10.
lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur...
Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya...
Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju... Penjual insuran
berkata..

"Minta email Puan..."

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.
Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Waita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"


………………………………………………………………………….

PENGAJARAN :

Kita mungkin sekadar melihat kisah tersebut sebagai kisah lawak biasa. Tetapi sebenarnya ada kesinisan dalam kisah tersebut. Ada pengajaran yang boleh dijadikan panduan :

1. Rezeki Allah untuk hamba-Nya terlalu luas. Ada di mana-mana sahaja Cuma kita yang tak Nampak dan tak sedar. Kebanyakan orang yang berjaya menggunakan peluang dan ruang yang tidak disedari orang-orang di sekeliling mereka.

2. Jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin hari ini ada kawan kita yang tak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tapi mana tahu suatu hari nanti dia berada di kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada kita?

3. Komputer dan E-mail penting dalam urusan kehidupan pada zaman ini.

4. Jangan mudah putus asa. Ramai graduan siswazah yang kecewa bila tak dapat kerja yang selari dengan bidang pengajian mereka lantas menutup ruang dan peluang dalam kehidupan mereka. Mereka malu diketawakan dan dipandang rendah jika menerima tawaran kerja yang tak selayaknya dengan kelulusan, lantas memilih untuk jadi penganggur terhormat.

5. Berniaga adalah sunah Rasulullah dan para sahabat.

6. Peribahasa “ Lebih banyak akaun e-mail dan FB seseorang manusia, lebih berjayalah hidupnya” tidak lagi relevan digunakan. *yang ni mengarut*

7. senaraikan sendiri :)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

13 comments:

  1. bg yang tak gunakannya, dia anggap tak penting.. ^_^ kemudahan dah ada, kita just guna.. ^_^

    ReplyDelete
  2. xsemua urusan menggunakan email kan.suka dgn pengajaran tu..rezeki masing masing itu ada..yang penting berusaha..^__^

    ReplyDelete
  3. penuh pengajaran. apa pun, sestengah orang, email tu penting

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum keri...memang banyak pengajarannya dr n3 ni menarik...:)

    ReplyDelete
  5. skang ni kalau x de email mmg sakit lerr :D

    ReplyDelete
  6. e-mail memang penting, klu takde email camne nak komen kat sini ?
    :D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum keri..
    kak citra ada email pon tak berapa guna sgt kecuali tgk notifications shj..hehe tapi sebuah kisah yg menarik dan tersirat maknanya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...