Saturday, 29 December 2012

CERPEN GRAFIK : AKU GADIS HOT (part 1)




*********************** PREVIEW *********************

Pandangannya makin kabur. Kelam. Gelap.

Tiba-tiba satu cahaya memancar terang. Menyilaukan pandangan. Dia merasakan bagai berada di sebuah pawagam.

Meena meninjau-ninjau. Ada sesuatu sedang ditayangkan pada skrin di hadapannya.
Segala aksi buruknya terpampang jelas pada sebuah layar putih. Bagai sebuah cerita yang dilakonkan sendiri olehnya. Meena kaget.




***********************  PROLOG ***********************

Meena terkocoh –kocoh berjalan pantas menuju ke biliknya di Blok Angsana Kolej Babun. Berlari-lari anak meniti tangga naik ke tingkat 13, sedikit tercungap-cungap.
Hatinya berbunga-bunga. Sengihnya sampai ke telinga. Mulutnya menyanyi-nyanyi lagu Nobody but You nyanyian Wonder Pets.
Dia cuba bersiul namun memang keturunannya jenis yang tak reti bersiul. Sumbang. Dia mencebik.

Meena atau nama yang tertera pada kad pengenalan dirinya Siti Aminah Bt Mohsin, ganis manis 23 tahun, pelajar Universiti Teknologi Malaria. Bumiputera warganegara Malaria. Berkulit putih bersih, bertubuh langsing. Sesuai dengan keturunannya kacukan Parsi , Malaria dan Zimbabwe.

Dia gembira kerana hari ini ramai memuji-muji kecantikannya semasa dalam bilik kuliah Teknologi Memasak tadi. Ramai jejaka-jejaka yang menjeling-jeling ke arahnya.
Dalam perjalanan pulang tadi pun masih berterusan. Sepanjang laluannya 200 meter ke Kolej Babun dia tak henti-henti diusik sekumpulan budak sekolah yang sedang ponteng. 



Mereka cuba mengambil gambarnya...meminta nombor telefonnya. Juga akaun facebooknya.
Ah, biarlah, budak sekolah pun budak sekolahla. Janji mereka pun terpesona dengan tarikan luar biasa aku. Getus hati kecilnya yang sudah bertompok-tompok kehitaman itu.

“Akulah gadis paling hot kat Kampus ni” Syaitan membisikkan kata sakti.

Dia yakin tak ada lelaki sejati yang takkan goyah bila memandangnya. Cuma Sally si bapuk tua yang bekerja sebagai pencuci tandas universitinya itu yang nampak tidak terpengaruh dengan pesonanya.

Tak sia-sia dia mengenakan gincu merah jenama Adidas, Bulu mata palsu jenama Stabilo, blusher Gucci, contact lens biru jenama Canon dan perfume limited edition Febreeze tadi.

Pembaziran masanya berjam-jam di meja solek membuahkan hasil. Kata orang sabar itu pahit, kejayaan itu manis. Dan dia merasai kebenarannya.



***********************  SATU ***********************


Sampai sahaja ke bilik terus dia menuju ke meja belajarnya dan menghidupkan komputer Dell dengan RAM 128MB DDR1 hadiah arwah datuknya.

Itu sudah memadai baginya yang hanya tahu menggunakan facebook, twitter, myspace, skype, dan blogger itu.

Sambil menunggu komputernya hidup yang kebiasaannya mengambil masa 30 minit itu, dia membelek-belek wajahnya di cermin.
Sempurna. Tiada cacat cela. Make up setebal 3 inci itu cukup untuk menutup seketul jerawat di atas cuping telinganya  itu.

Dia tersenyum melihat tudung bawal yang dililit tiga belas kali menjadi shawl. Sedikit rambutnya di bahagian hadapan dibiarkan berjuntai keluar.
Rugi dirasakan jika menyembunyikan rambutnya yang berwarna perang itu dari tatapan umum. 

Bukan mudah dia merendamkannya di dalam takungan air yang dicelup atap zink berkarat yang diambil dari rumah arwah neneknya itu. Seminggu lamanya dia mengulang proses yang sama.
Dia puas hati. Usahanya berbaloi.

Fesyen mengeluarkan sedikit rambut bahagian hadapan daripada tudung itu trend terkini mak Datin dan orang2 kenamaan. Meena berasa dirinya layak berdiri sebaris dengan nama2 besar tokoh dalam negara bila berfesyen sedemikian.
“Kalau orang –orang yang hebat berfesyen begitu, maka tiada salahnya aku pun ikut sekali” itu prinsipnya.

Sambil ekor matanya melirik ke arah sekeping poster First Lady of Malaria  yang terpampang megah di dinding biliknya. Itulah idolanya sejak sekian lama.




Sehingga pernah dia terdetik mahu menyertai politik sebagai Puteri UMBRO, sayap kanan perjuangan Parti UMBRO, parti komponen utama dalam Barisan NasiHimpit.

Fikirnya dia boleh menggunakan kecantikannya untuk menarik lebih ramai pengundi untuk mengundinya.
Dia cukup takut dan meluat jika parti pembangkang yang dipimpin Parti POS dan Parti KeHADIRan memenangi pilihanraya umum akan datang. Dia takut kebebasannya berhibur dan bersenang- lenang akan terbantut.

Dia yakin dia takkan berpeluang lagi ke konsert K-POOP atau Just Stink Bibir apabila tampuk pemerintahan negara beralih arah.

“Entah- entah aku kena hukuman Hudud sebab mendedahkan rambut hadapan ni” Bangsat sekali pemikirannya membuat kesimpulan dangkal. Kebimbangannya nyata tak berasas.

Sejak dari dulu lagi Meena memang suka mendedahkan sedikit bukaan pada leher bajunya. Nampak seksi kata Ameng teman sekampusnya.

Meena bangga bila tubuhnya menarik mata-mata nakal lelaki untuk menjamahnya. T-Shirt ketat saiz XS jenama Toyota sering dijadikan pilihan untuk membalut tubuhnya.
Seluar legging hitam itu sering menjadi salah satu koleksi yang sering dipakainya. Ada 12 pasang semuanya koleksi legging dalam almari pakaiannya. Cukup 12 warna seperti set pensel warna Luna 12 batang.

“ah, bukan luak pun. Tak hilang pun dara aku setakat orang tengok” Jantungnya berfalsafah songsang.

Dia bukan jenis yang tak tahu agama. Dia dulu pernah belajar kelas fardhu Ain semasa sekolah rendah.

Dia mahir membaca alif.. ba.. ta.. sampai Yaa.. sekali nafas sambil pejam mata pun dia mampu melakukannya. Tapi dia tak pernah berbangga-bangga dengan itu, takut riak katanya.
Cuma dia tergagap-gagap malah kadang-kadang tidak tahu bila membaca Surah selain Al-Fatihah dan Al- Ikhlas. Itu normal baginya. Ramai rakan sebayanya lagi teruk berbanding dirinya.




*********************** DUA ***********************

Dia menjenguk skrin komputernya.
“ &%^@%#$@%!! Dah 27 minit masih belum habis loading... ^%@%$%@!!!!” dia menyumpah seranah. Geram.

Dia menyambung tugas membelek wajah di cermin. Diambil henfon Nokia 3310 nya dan mengambil gambarnya di cermin.
Biarpun telah berpuluh keping gambar diambilnya tadi dalam tandas sebelah dewan kuliahnya , dia masih belum puas.

Duckface. Mulutnya dimuncungkan sepanjang-panjangnya. Diambilnya sebatang hanger dan disangkutkan ke muncungnya... Klik! Klik! Klik! Bertubi- tubi cahaya flash memancar dari Nokia 3310 nya.






Babyface. Dia menjegilkan biji matanya yang memang sedia bulat dengan bantuan contact lens itu. Hampir tersembul keluar bebola matanya. Klik! Klik! Klik!




Babiface (Pigface). Dia menonyoh-nonyoh hidungnya dengan ibu jari, menjelirkan lidah menjilat bibir atasnya. Klik! Klik! Klik




Arabface. Dia menarik hujung tudungnya dan melilit membaluti sebahagian wajahnya meninggalkan sedikit ruang untuk matanya. Pandangan matanya sedikit dilembutkan. Klik! Klik! Klik!



Meena cuba mengambil gambar dari posisi atas. Tangan kanannya memegang henfon diangkat tinggi. Kepala sedikit didongakkan. Senyuman ditarik sampai telinga. Hujung jari telunjuk kirinya diletakkan di pipi. Cuba beraksi comel. Dia menyelaraskan kedudukan supaya gambar diambil sampai ke paras dada.
Dia menjeling ke cermin.

“Ah, macam beruk!” tiba-tiba muncul rasa menyampah tehadap dirinya sendiri. Dia membatalkan hasrat untuk mengambil gambar pada posisi itu.
Dia lupa bahawa selama ini gambar pada posisi itulah yang selalu diuploadnya. Yang telah menarik beribu orang untuk add friend dan subscribe akaunnya. Juga followernya yang 49 ribu di blognya.

Dia puas hati. Itulah rutinnya sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.  4 Jenis mimik muka ini memang membantu popularitinya di facebook, blog, tumblr  dan Instagram.

“Ok jugak yang Arabface ni. Ok boleh buat profile picture Fesbuk nii... Kalau tak dapat 3,000 like jangan panggil aku Meena la.” Sedikit rasa takbur menyelinap ke dalam hatinya.
“Omaigod... omaigodd... “ Meena menyesali rasa takburnya. Seakan perkataan itu menggantikan istighfarnya.

Matanya sekali lagi beralih ke skrin monitornya. Lega. Dah boleh bukak facebook dan blog.
Pantas dia menyambungkan kabel USB henfonnya ke CPU. Segera dia memindahkan gambar ke dalam folder ‘Meena Cun’ di komputernya.

Dia tak sabar hendak menguploadkan gambar-gambar itu ke akaun facebooknya.
Komen-komen positif, like dan share menjadi pembakar semangatnya untuk bergiat aktif dalam bidang perfacebookan ini.

Dia ikhlas mengupload gambarnya untuk tatapan umum. Dia mahu berkongsi kecantikan ciptaan Allah dengan semua orang.
Sekurang-kurangnya ada lelaki-lelaki yang komen “Subhanallah, cantiknya awak” . Dia berasa gembira bila dia berupaya membantu lelaki-lelaki follower dan likernya mengingati kebesaran Allah.





bersambung...
(Tamat pada Part 2.. pendek je pun)

CERPEN GRAFIK  :  AKU GADIS HOT (part 2-Akhir)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

18 comments:

  1. ok...menarik...sungguh menarik..berjaya habiskan semua..tetapi kurang faham masa perenggan akhir...ada sambungan part kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sambungan tp takleh nk publish sbb intenet slow.. x lepas.. insya Allah cuba hari ni

      Delete
  2. xsabar menunggu tamatnya kisah ni

    ReplyDelete
  3. panjang lebar ceritanya..next episod please..good!byk message yang disampaikan..hrp2 yang buat tu dapat kurangkan segala ape yg dibuat di atas..

    ReplyDelete
  4. bes2 maksud sgt tersirap di kalbu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. risau gak tkut orng x faham

      Delete
  5. panjang lebar tapi best baca...ada sesuatu disitu..next episod please.:)

    ReplyDelete
  6. HAHAH.. PERLI BAIK PUNYA.. LADY OF MALAYA TU BUKAN KEMBANG LAGI KE..:p.. SILA SAMBUNG LAGI EA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni Lady of Malaria laaa.. mana ada tulis Malaya.. kang kena saman kang.. haha

      Delete
  7. tipu je cikgu keturunan Parsi Malaria.Hahah =p

    ReplyDelete
  8. Search la gugel.. kot2 ada ke.. haha

    ReplyDelete
  9. bestnya karangan kau keri

    macam penulis novel yang patriotik eh prolifik heh heh
    kena dengan situasi semasa

    tapi, yang hanger kat duckface memang bahahaha

    ReplyDelete
  10. prolifik? jap kena check kamus dewan haha..
    karangan ni kalau disemak oleh guru bahasa bertauliah mmng kena buat bnyak pembetulan ni.. haha

    ReplyDelete
  11. entri yang menarik, mengingatkan pada perempuan gedik yang lain. Dah follow.

    ReplyDelete
  12. Amboih dah ada cerpen. Intro tu ada sikit gaya macam Ramli Awang Murshid

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...