Saturday, 7 April 2012

MyKomik: IRONI #1 : Halal VS Haram

Assalamualaikum....



dilukis menggunakan Paint Tool SAI + Adobe PS



Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

rujukan; Kitab Hadis 40


Alhamdulillah, saban hari semakin ramai umat Islam yang sedar kepentingan makanan yang halal dan baik. Pelbagai produk dan barangan jenama Islam mula diperkenalkan dan mendapat sambutan meluas masyarakat di negara ini. Malah mereka tidak lokek untuk mengeluarkan belanja lebih demi mendapatkan makanan berkualiti yang terjamin halalnya.

Namun, anehnya dalam ketelitian memilih sumber makanan yang halal, ramai dalam tidak sedar terlupa bahawa halal haramnya sesuatu makanan bukan sekadar mendapat pengiktirafan dari badan-badan yang berkelayakan ataupun hanya pada sekeping logo HALAL.

Mereka terlupa bahawa sumber pendapatan, pekerjaan serta cara bagaimana mereka memperoleh sesuatu pendapatan itu juga berkait rapat dengan halal haramnya makanan yang mengalir ke dalam segenap ruang darah dan sebati dalam tubuh mereka. Inilah yang terjadi apabila konsep halal dan haram itu gagal difahami konsepnya secara menyeluruh dan mengamalkan ajaran Islam hanya pada sebahagian ruang kehidupan sahaja.

Seorang pencuri dan perompak yang telah sewenang-wenangnya merampas dan mengambil hak-hak orang lain tanpa izin, adakah hasil yang diperolehinya itu dikategorikan sebagai halal?

Seorang penjudi yang menang loteri , menggunakan duit itu untuk menyara keluarganya, membeli makanan, minuman dan pakaian, adakah itu sumber yang halal?

Seorang Penjual VCD lucah /porno yang mengaut untung berlipat kali ganda dan lumayan setiap malam, adakah wang yang digunakannya untuk membeli keperluan harian untuk keluarganya itu diiktiraf sebagai sumber yang halal?

Adakah seorang pelacur yang melacurkan diri di lorong-lorong gelap mengharap upah lumayan lelaki jongos yang menidurinya itu adalah halal?

Adakah seorang ahli perniagaan yang kaya raya yang selama ini mengaut keuntungan melalui penipuan dan pemalsuan itu cukup sekadar memilih makanan berlogo halal sebagai jaminan bahawa darahnya mengalir dengan rezeki yang halal?

Adakah para menteri dan wakil rakyat yang bermewah-mewahan hasil menipu duit rakyat jelata dan rasuah itu terjamin bahawa dia betul-betul suci daripada sumber rezeki haram walaupun seumur hidupnya tidak pernah makan babi?

Adakah seorang Islam yang bekerja di sebuah kilang menghasilkan arak atau menjadi pelayan di sebuah bar yang menghidangkan arak itu bersih dari sumber makanan haram walaupun dia tidak pernah meneguk minuman syaitan itu?

Adakah para model jelita yang mendapat bayaran melalui gambar-gambar seksi yang menelanjangi hampir setiap inci tubuhnya itu bebas dari sumber makanan haram biapun setiap hari hanya produk HPA yang menjadi sumber makanannya?

Jika sumber pendapatan kita itu pada asalnya sudah haram, maka apa yang kita belanjakan hasil daripada pendapatan itu tentunya bukan sesuatu yang bersih. Dari sumber pendapatan haram itu, ia menjadi darah daging kita, sebati dan berkumpul menggelapkan hati.


Rasulullah s.a.w. bersabda ;
Maksudnya; "Setiap daging yang tumbuh dari pekerjaan  yang haram, maka neraka itu lebih utama baginya".
(Riwayat Tarmizi)



Keberkatan dalam hidup tak akan diperoleh, biarpun sekaya mana pun kita, tanpa keberkatan, semua harta dan kemewahan itu tak akan pernah dirasakan cukup. 

Jadi bagaimana? Kuatkan hati, tinggalkan segala pekerjaan yang membawa kepada pendapatan yang haram itu. Yakinlah rezeki Allah terlalu luas, terlalu banyak sumber yang halal yang masih belum kita terokai. Tiada gunanya mewah kehidupan di dunia tapi papa kedana di akhirat sana.


Maksudnya ; "Dan  tidak  ada  suatu  binatang  melata (makhluk yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat  berdiam  binatang  itu dan tempat  penyimpanannya,  semuanya   tertulis di dalam Kitab yang nyata (Luh mahfuz)".
(Surah Hud : 6 )



- monolog by Keriikhw@an - 




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. itulah yang kurang diberi perhatian kan..kene teliti kedua duanya..isi yang bagus keri!

    p/s:sudah jadi pakai sai pulak ye.nice artwork!

    ReplyDelete
  2. maka btol la tiap garis nasihat dari sahabat Keri..ramai tidak sedar perkara yang remeh boleh membuatkan rezeki kita tidak berkat dan halal..apa lagi andai kes makan gaji buta...huhu

    ReplyDelete
  3. aku setuju sangat! banyak benda halal haram yang macam orang tak highlight sangat. jadi, bekerjalah dan dapatkan hasil yang halal. niat tak menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  4. Fiza :
    thanx :)

    Haziq :
    ntahla... HPA je yg terlintas time taip tuu haha

    3no :
    betul..makan gaji buta... curi tulang... seleweng duit.. lebih kurang la tu :)

    Dani :
    mngkin tak perasan sebab dah terbiasa dgn cara hidup camtu. jd kena ada orng tolong ingatkan :)

    ReplyDelete
  5. x pyh jd perompak la cmtu,, hehe..

    ReplyDelete
  6. aduyai. akhir zaman.

    #btw, mesej yg bagus. good job ! ;)

    ReplyDelete
  7. Syafeika :
    perompak pun nak makanan ade cop halal :D

    auni :
    thx :)

    ReplyDelete
  8. tiada guna..takde guna..tak guna..buat semua tu..semua keje tu tetap dtg dari sumber yg x halal..:O

    ReplyDelete
  9. kadang2 terlepas pandang bab tu..tpi kalau kita mkn suit haram seperti kita mkn ba alif ba ya..=/

    ReplyDelete
  10. Myra :
    betul2.. kena check punca asal rezeki tu dulu

    mij :
    ba alif ba ya... haha
    *wat2 tak nmpak typo kt atas tu :D

    Pka :
    :)

    ReplyDelete
  11. kerja kena jaga. makanan pun kena jaga.. itulah seelok-eloknya.

    jangan makan gaji buta.hehe

    ReplyDelete
  12. nasihat dan sindiran yg ckup bagus..btw..cantek lukisan..hihi

    ReplyDelete
  13. manusia sering tertipu kan..mnjaga yg zahir, manakala yg batin, penyucian jiwa diabaikan..
    r: Jom layan : Variasi Ummat Manusia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...