Wednesday, 23 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU, ARTIS YANG UNTUNG??







Malam ni malam yang ohsem. Aku dengan teruja dan excitednya dijemput ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri ________ 2012 . Peringkat negeri tuuu.. kalau diisi dalam buku Ko kurikulum budak2 sekolah maunya 8-10 markah tuu.. (tp tak sehebat sambutan Majlis Perhimpunan Raksasa Merah di Stadium Bkt Jalil)

Ok. Tak eksaited pun. Sebab aku dipaksa pergi. Kehadiran pun diambil. Siapa yang tak hadir kena bagi sebab dan alasan.

Aku memang kureng sket bab2 majlis meriah- ramai-sesak-glamor camni. Walaupun niatnya murni mahu meraikan guru-guru di negeri ni.

Majlis bermula meriah dengan ketibaan YAB Menteri Besar. Acara menyentuh tangan dan bermesra dengan rakyat tak-kira-laki-pompuan-tua-muda  menyebabkan aku menyesal tak jadi menteri dulu2. Kan best bleh bersalam-salam ngan awek2 muda (lah sangat) dengan HALAL. Yela. Tugas rasmi katakan.

Aku rasa majlis-majlis sebegini adalah platform terbaik mencungkil bakat anak2 sekolah dalam bidang tarian dan nyanyian serta lakonan. Pentas permulaan sebelum menyertai Pilih Kasih, Akademi Fantasia(dah berkubur), Mentor, Kilauan Emas, Malaysian Idol ,Suara Sedap Takde Rupa dan macam-macam lagi.

Aku yakin ada ibu bapa yang menangis teresak-esak terharu melihat persembahan anak2 mereka tergelek2 di atas pentas. Oh, tahniah kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang hebat camtu.

Kemuncaknya persembahan seorang penyanyi pompuan TAK-TAHU-NAMA-APA-TAPI-FEMES. Yang penyanyi lagu Ombak Rindu tu. Serius first time aku dengar nama dia dan tengok rupa dia walaupun aku pernah dengar lagu tu. Oh, dan dia Islam, sebab di akhir persembahan dia cakap Assalamualaikum. (ingat bukan Islam sebab pakaian dia boleh tahan laa)

Pastu ada konsert Jamal Abdillah. Okla sket tapi aku cuak bila fikir agak2 berapa la bayaran yang dibayar kat penyanyi-penyanyi jemputan ni. Aku rasa diorang ni ikhlas kot wat persembahan free atau ada  diskaun 98% sempena mengenang jasa2 guru diorang dulu.

Dan aku rasa bersalah pulak bila ada kat majlis camni. Rasa bersalah takut2 aku terambil hak orang lain yang lebih memerlukan daripada kami yang diraikan dalam majlis semeriah ini. (bagi aku dah meriah la tuu).

Terasa macam ada banyak pembaziran yang berlaku setiap kali ada majlis-majlis tertentu di negara kita. (bukan merujuk kepada majlis tadi saja). Khemah dan persiapan untuk pentas pun dah menelan belanja yang agak tinggi. Belum masuk kos lain.

Contohnya Majlis bersama wakil Rakyat yang kononnya nak sampaikan derma dan bantuan ikhlas. Tapi aku rasa kos yang digunakan untuk persiapan tempat ,khemah dan sebagainya hampir menyamai jumlah sumbangan yang nak disampaikan. Ape kejadah? Nak bagi , bagi jela. Cukupla sekadar ucapan ringkas takyah nak meriah bagai majlis kahwin anak orang ke-12 terkaya di dunia. *hiperbola sungguh ayat aku.

Dan, memang wajib ke dalam tentatif setiap program tu mesti dihiasi dengan persembahan daripada artis? Kalau artis nasyid ke, Imam Muda ke boleh la terima jugak sebab hiburan yang mendidik tu lagi bagus. Tapi kalau nyanyi lagu yang liriknya merapu-rapu takde kaitan dengan majlis tu rasa-rasa relevan ke?

Tak perlu kot. Sebab setau aku bayaran untuk artis-artis bukan murah. Kaya rupanya kerajaan kita ni. Bleh keluarkan belanja sesuka hati je untuk jemput artis camtu.

Sebenarnya sampai skang aku masih konfius majlis tadi tu Majlis Sambutan Hari Guru ke Konsert ?

-insan kebingungan-

* bengang sebab terlepas tengok Debat PTPTPN tadi. layan kat YouTube jela








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. agak la ayat dlm post nie nmpk mcm Insan Kebingungan pown..
    kerajaan tak kayer pun, tgok brite tnjuk malaysia nie hutang dgn ngare laen berjutajuta..
    btw,nice post u got here ^__^

    i dun think it is PTPTPN...
    does it should be PTPTN? haha
    ok byebye :)

    ReplyDelete
  2. wanie:
    ok. PTPTN.. haha.. mabuk menaip tengah malam

    ReplyDelete
  3. krjaan memg kaya ngan bodek..hahaha..ops.. kalo duit2 majlis 2 semua bgi kat rakyat yg sush lg bagus.. ish kalo nk ckp pasal pemimpin n kerajan memg pnjg lebau nti.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. hehehe....sy pun ada di tempat kejadian smlm... =)

    ReplyDelete
  5. Dysha:
    haha.. sket2 sudah :D

    T.Puteri :
    dh agak dah. tp klu terserempak pn bukan cam pun :)

    ReplyDelete
  6. huhu..negeri mana la tu ek?? majlis macam tu selalunya membazir sahaja hingga menjemput artis yang mahal harganya...huhu..cukuplah sekadar ucapan dan tanda penghargaan

    p/s : baru hamba tahu penyanyi omabk rindu tu Islam..selama ni igtkan bukan sbb pakaian dia tuh..huhuk

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum keri....mcm2 cara skg ni nak buat sambutan tapi biarlah berpada2 kan...:)

    ReplyDelete
  8. tak panggil artis pun meriah jugak kan.buat kat dewan sekolah dan apa kata guru guru buat persembahan untuk anak murid pun ok gak kan.sesekali guru tunjuk bakat.^__^..kalau dah meriah macam keri pg ni confirmlah kos tinggi tu..byr artis lagi..

    ReplyDelete
  9. 3no :
    biarlah rahsia... haha rahsialah sangat

    mama maszull :
    bunga api.. persembahan... perhiasan pelik2.. semua membazir je

    Fiza:
    guru pun nak tunjuk bakat. tp klu suh saya awal2 lg lari :D

    ReplyDelete
  10. artis yang dikejar zaman sekarang ni. *geleng2 kepala

    ReplyDelete
  11. dani:
    tu belum masuk Himpunaan Jutaan Belia kt putrajaya tu.

    ReplyDelete
  12. Goodbye, Keri Ikhwan. Thank you for interacting with our beloved Jo Qusary for these past 3 years. We will miss you :)

    - Team CITER JO
    - Amel, Nur, Joe Firaq, Zizie & Puteri

    ReplyDelete
  13. banyak2 program realiti aku paling taksuka yg bab2 menyanyi ni..semak je..

    selamat hari guru.*walaupun terlambat cakap.--'

    ReplyDelete
  14. Jo :
    sayonara :)

    Myra :
    trimas :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...