Tuesday, 8 May 2012

Argghh! Sekolah Itu Membosankan!

Assalamualaikum...


Dilukis dengan Microsoft Excel


Ramai pelajar sekolah yang tak sabar2 nak menamatkan zaman sekolah mereka.
 Kononnya hidup sentiasa terikat dengan peraturan skolah yang macam penjara.
 Pelajaran yang setiap hari disumbat tanpa henti hingga kepala otak menjadi tepu.
Kerja sekolah dan ilmu yang bertubi-tubi tak sempat dihadam.
Kewangan yang terhad sebab hanya mengharap duit mak bapak.
Masa yang terhad sehingga tak cukup masa untuk enjoy.
Stress dengan ujian dan exam yang menerpa tanpa belas ihsan.
Yang Menghukum kealpaan dan kelalaian setiap pelajar dalam pembelajaran.
Pendek kata semua membebankan.
Kebanyakan  mahu lari dan membebaskan diri dari belenggu dan tekanan alam persekolahan.
Semuanya negatif.

Ramai yang membayangkan indahnya saat bila saja kaki melangkah keluar dari dunia pakaian seragam yang merimaskan itu.
Seolah2 terlepas dari sebuah tempat kurungan yang menyesakkan.
Betapa seronoknya di alam pekerjaan. Bebas dan merdeka.
Tiada lagi yang akan mengongkong dan menegur. Bisa mengatur hidup sendiri.
Duit sendiri cari, sendiri guna, boleh beli apa saja yang dia mahu.
Betulkah semudah itu? Adakah selancar itu perjalanan hidup yang bakal ditempuh?
Tentu tidak. Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan nanti.
Realiti tak seindah imaginasi. Celik tak sebahagia mimpi. Jika tersilap langkah yang diatur.



Alam persekolahan bukan sekadar datang ke sekolah untuk belajar apa yang ada dalam buku teks.
Alam Persekolahan bukan sekadar menadah telinga mendengar bebelan dan syarahan cikgu.
Bukan sekadar datang sebelum loceng dan pulang selepas bunyi loceng.
Bukan juga sekadar datang berjumpa dan bergurau senda bersama kawan.
Lebih dari itu.

Sekolah adalah tempat kita diproses. Diproses untuk menjadi seorang manusia.
Mengajar erti sebuah kehidupan, dalam konteks masyarakat yang kecil.
Bagaimana mendidik kita menjadi manusia berdisiplin. Kemahiran yang bakal diguna bila berhadapan masyarakat sebenar di luar.
Mengajar bagaimana menghormati hak sendiri, hak kawan, guru dan orang lain.
Proses mendidik kita menjadi seorang insan yang pandai membahagi dan mengurus masa.
Membantu memberi sedikit gambaran perancangan untuk masa depan.
Itu yang akan kita peroleh, jika kita betul2 mengikuti setiap proses.
Sama ada dalam sedar mahupun tidak. Secara tersirat.

Jadi kenapa perlu mengeluh?
Kenapa tidak nikmati saja masa2 yang ada? Menghadapi hari-hari ini dengan gembira.
Sambil membiarkan diri diproses.
Percayalah, suatu hari nanti kita pasti rindu saat-saat semasa bersekolah. Biarpun penuh kenangan pahit.
Suatu masa, pahit itu bertukar menjadi manis. Yang membuatkan kita tersenyum sendiri.


Jika cubaan dan dugaan sekecil di alam persekolahan pun tak mampu dihadapi, agak2 ko boleh survive ke ntuk hidup di alam sebenar yang jauh lebih menyakitkan dan mencabar?
Mungkin boleh, tapi peratusannya rendah.

Mahu tahu satu rahsia? Bagaimana mahu diri dihormati orang lain?
Rahsianya mudah, belajar menghormati diri sendiri, dan orang lain. Insya Allah kita akan dihormati.
Hormat-menghormati. Sifat paling penting dalam kawasan bernama SEKOLAH.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

19 comments:

  1. betul 2..time stdy sibuk nk keja..bile dh keja sibuk nk stdy balik..huhu

    ReplyDelete
  2. Manusia mmg macam tu... Tak pernah rasa bersyukur dan kecapi apa yg depan mata...huuhu..
    -muhasabah diri DRC-

    ReplyDelete
  3. Hahaha, lawak la ingat balik :D

    ReplyDelete
  4. aku nak masuk sekolah balik laa..
    bukan aku yang nak keluar dari sekolah.. tapi kena paksa keluar...

    koh koh koh

    ReplyDelete
  5. sebetulnya begitulah..ingatkan habis sekolah tidaklah lagi seteruk dulu..dan nah sekarang..dapat lebig teruk dari tu dengan terikat pada peraturan dan perjanjian tempat belajar..huhu

    hargailah setiap masa serta ikhlaskanlah diri melalui segalanbya..dan kutiplah kenangan dan pengalaman bersama..

    ReplyDelete
  6. baru perasan..header baru =) ..nice

    ReplyDelete
  7. ermm..betullah..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  8. lumrah manusia sentiasa tidak berpuas hati dengan apa adanya..

    ape ape pun teringin nak kembali ke skolah.^__^

    ReplyDelete
  9. time sekolah rasa nk cepat2 p keja.. bila time keje rasa nak blik p sekolah semula... ermmm.. lumrah kehidupan.. sentiasa bersyukur dengan apa yg ada

    ReplyDelete
  10. ahaks... biasale kerimanusiakan..^_^ mcm2.. tp menda tu sume mmg x dinafikan.. kan..kan... ^_^

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ikhwan...benar tu jgn ingat lepas sekolah kita tak ada masalah yer....bila dah masuk alam kerja lain plak masalahnya...setiap sesuatu tu mesti ada masalah yg harus kita hadapi...:)

    ReplyDelete
  12. betul tu keri..da kerja rindu pulak nak bersekolah balik..sbb time sekolah la saya manusia paling rajin pi sekolah..:)

    ReplyDelete
  13. cotton :
    bila dh keje baru tau langit tinggi atau rendah :)

    DRceria :
    tak pernah puas hati dengan apa yg ada

    Mira:
    klu ingat balik sengih sorang2

    Aujinz:
    sape suh ko membesar? cuba ko stay je pada umur 13-17. konfem x kena halau :D

    ReplyDelete
  14. 3no :
    setiap fasa ada dia punya ujian dan kesusahan. klu asyik fikir negatif mmng susahla hidup :)

    Cik Nur:
    :)

    Fiza:
    err.. saya smpai skang masih kat skolah :)

    ReplyDelete
  15. Dysha:
    dulu tak pernah pun rasa cam nak keje :D

    CCI:
    cci pun sama gak kan camtu haha

    Mama maszull:
    masalah tu yg buatkan kehidupan lebih meriah :D

    Azzah :
    kagum ngan orng rajin gi skolah ni. :D

    ReplyDelete
  16. dari sekolah tumbuhnya pekerjaan.

    ReplyDelete
  17. sekolah bukan cuma tempat timba ilmu pengetahuan, tapi ilmu kehidupan gak.. (^^,)

    ReplyDelete
  18. sekolah gak waktu paling bagus

    ReplyDelete
  19. ramai plak yg nak masuk skolah balik ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...