Monday, 4 February 2013

My Doodle Notes #5 : Melangkah ke Syurga dengan SOLAT

Assalamualaikum....


*Adobe Photoshop + SAI


If your legs cannot take you to prayers, then how do you expect them to carry you to paradise?

Jika kakimu tak mampu melangkah ke tempat sujud (Solat), bagaimana kamu mahu mengharapkannya membawamu ke Syurga?



Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda :
“Apa pendapat kalian bila ada sungai di depan pintu rumah seorang daripada kamu dan dia mandi setiap hari di sana sebanyak lima kali. Apakah masih ada kotoran tersisa? Para sahabat menjawab: Tidak akan tersisa sedikit pun. Baginda bersabda : Begitulah perumpamaan solat lima waktu, dengan solat Allah akan menghapus segala kesalahan.
(Shahih Muslim)




Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa yang pergi siang dan malam hari ke masjid , maka Allah akan menyediakan baginya di Syurga suatu tempat singgah setiap dia pergi pagi atau malam.”
(Shahih Muslim)




Daripada Abdullah bin Mas’ud ra : Rasulullah saw bersabda :
“Saya bertanya kepada Nabi, apakah amal yang paling dicintai oleh Allah swt?. Baginda bersabda, “Solat pada waktunya”. Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua.’Saya bertanya, “Kemudian apa lagi?”  Baginda bersabda, “Jihad  di jalan Allah”. Dia berkata,”Baginda menceritakan padaku. Seandainya saya meminta tambah, nescaya baginda menambahkannya.”
(Shahih Bukhari)


 

Renung-renungkan sambil termenung.
Jangan sembang nak bercinta sampai ke syurga la.
Nak bimbing dan dibimbing ke Syurga la..
Nak kahwin bidadari laaa..
Kalau SOLAT pun MALAS!



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

22 comments:

  1. solat tu macam mandi yang mencuci kotoran di badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan stakat mencuci kotoran zahir tp jugak kotoran batin

      Delete
  2. nice tmn, solat tiang agama

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peingatan anda..:) post kat doodle dakwah semoga menjadi peringatan bt semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh post camtu je ke? ingat kena dftar ke apa

      Delete
  4. solat pengukug iman dalam jiwa

    ReplyDelete
  5. solat tiang agama.. time kasih keri krn mengingatkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ingatkan. pesanan utk dri sndiri sbenarnya :)

      Delete
  6. ingat 5 perkara sebelum dtgnya 5 perkara .. ingt ibubapa sebelum mereka meninggal dunia.. ingt nak qada' sahaja, rupanya hamba lah yg paling berdosa.. ingat tentang bersuka ria, terlupa pula pada yang Esa. Measeyy Cikgu ingtan diatas. semoga tahun dpn naik pangkat jd guru displin.. kwin jgn lupe jemput. *eh >_<"*

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi guru disiplin tu ibarat mcm turun pngkat. haha .
      eh eh. kawen? haha

      Delete
  7. kalau solat pun malas....apa pun tak bleh... =)

    ReplyDelete
  8. thanks for the reminder! :) kalau solat pn x dpt nak jaga, rukun-2 islam yg lain tu pn kantoi la....

    ReplyDelete
  9. sama macam angan2 nak ke syurga, tapi x berusaha nak ke syurga....jadi, angan2 jerr x cukup...

    ReplyDelete
  10. Kalau solat pun jeuh kna srh banyak kali cane..herm.. sentiasa ingt sendiri..

    ReplyDelete
  11. Solat mendisiplinkan diri dan sentiasa ingat pada Allah SWT.terima kasih keri sentiasa mengingatkan semua.

    ReplyDelete
  12. ^^,) Solat -salah satu cara tanda SYUKUR kita pada ALLAAH. :)

    Syukran Keri :) nice entry.. MasyaAllaah.. barakallahufeekum.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...