Sunday, 10 February 2013

Demi CINTA, Lautan Neraka sanggup kurenangi

Entri sempena Valentine's Day
(adakah kau sangka jika kau berjaya rentasi lautan api itu, ada syurga menunggumu?)

Saat terpandang wajahya, terasa ada getaran di kalbu, halus tetapi cukup mengganggu ketenangan hati...
Saat terdengar  lunaknya alunan suara... yang mampu membuai rasa...
Rindu, mula hadir mengocak kedamaian jiwa.  Sayang, mula bertandang di kamar hati

Lantas langkah diatur, strategi disusun, ayat-ayat cinta mula dikarang...
Dengan tekad yg membulat, dengan debar menggoncangkan iramanya,
Lafaz cinta diluahkan kepada si gadis, oleh sang jejaka yang kononnya seorang lelaki sejati, begitu berani meluahkan isi hatinya kepada insan yang dicintainya.

Janji dipateri, kontrak cinta ditandatangani, sebagai persetujuan mengharungi susah senang bersama, sehidup semati.

Tetapi semuanya hanya bicara di bibir, janji manis yang ditabur hanya antara mereka, tanpa kelibat dan pengetahuan seorang wali, yang selama ini begitu banyak berkorban demi menjaga si gadis.
Dan lelaki itu tersenyum bangga, berjaya menakluki sekeping hati yg sekian lama diidamkan.

Dengarlah sayang, ini janjiku...
Cintaku hanya tulus untukmu,
Hanya ajal yang bisa memisahkan kita,
Aku janji, kau akan bahagia di sampingku,
Biar badai yang melanda, akan kupertahankan cinta kita,
Andai ada gunung menjadi perantara kita, akan kudaki,
Andai ada lurah memisahkan, akan kuturuni,
DEMI CINTA, LAUTAN NERAKA SANGGUP KURENANGI...

Angin cinta bertiup, layar nafsu dinaikkan, dan perlahan-lahan bahtera cinta mula dilayar, merentasi LAUTAN NERAKA CINTA. Ironinya, kemudi dikawal kononnya mahu menuju ke destinasi impian seluruh umat manusia, SYURGA.

Samudera cinta diredah, setiap hari rasa sayang,cinta dan rindu diluahkan. Sama ada melalui ucapan, bicara mata, atau sentuhan fizikal.
Tanpa ikatan, pertemuan demi pertemuan diatur, melampiaskan rasa gelora yang menggila di hati. Sungguh, kuasa cinta itu amat dahsyat, yang waras menjadi gila, yang gagah terduduk lesu.

Itulah fenomena biasa cinta muda mudi zaman sekarang.
Alangkah lucunya manusia hari ini, mengagungkan cinta kepada manusia, sedang lupa pada Pencipta kepada manusia itu sendiri.
Mereka menyangka dapat bersama dengan insan yang dicintai, keluar berdating, saling mengungkap kata rindu, melafaz kata sayang terhadap insan yg TIDAK HALAL itu adalah BAHAGIA yg selama ini mereka cari. 

Begitu mudah definisi bahagia, seolah-olah bahagia itu dicipta sendiri oleh mereka.
Lupakah kita hanya Allah yang berhak menganugerahkan kebahagiaan itu? Alangkah malangnya kita begitu bertungkus lumus mencipta bahagia dalam dimensi sendiri... sedangkan hakikatnya kita berada dalam kemurkaan-Nya

Tanpa sebarang ikatan sah, sudah betah memanggil dengan panggilan manja, bergurau senda, berpimpin tangan seolah2 mereka sepasang suami isteri yang bahagia.
Persetankan semua itu! Apa yang aku lakukan ini atas nama cinta.

Sayang, usah didengar cerca mereka, usah dilayan umpatan mereka. Mereka cemburu. Mereka iri hati dengan kebahagiaan kita. Dengan  kemesraan kita.

Ini cinta kita. Dunia indah kepunyaan kita. Lepaskanlah segala rasa cinta yang terpendam di lubuk hati. Buktikanlah kata cinta yg kita nukilkan. BUKTIKANLAH...

Ya, cinta itu mula menuntut pengorbanan, sebagai bukti keluhuran cinta. Maka si jejaka mula memujuk rayu agar sang gadis menyerahkan mahkota kehormatan yang selama ini terjaga rapi, dikawal ketat di taman larangan.

Heh, cinta mula diamuk nafsu, syaitan yang telah lama menjadi orang ketiga semakin rancak memainkan wataknya. Lemas dalam pujuk rayu, atas nama cinta, jiwa raga dikorbankan.

Maka hancurlah sebuah kehormatan dan maruah yang selama ini menjadi mahkota di singgahsana kemegahan seorang gadis. Berkecai di tangan sang durjana pengkhianat cinta. Hanya berbekalkan manis bicara di bibir, bermodalkan air liur dan sedikit harta dunia, akhirnya tergadai segala-gala.

Tapi tak mengapa. Itu bukti sebuah cinta.  

Bahtera diamuk badai, digempur tsunami, dihempas ombak bergulung. Akhirnya berkecai dan bersepai ditelan gelora nafsu syaitan laknatullah. Tergapai-gapai kelemasan berpaut pada keping-keping papan sisa iman yang masih berbaki.

Hanyut di tengah lautan. Sama ada mampu diselamatkan kapal lain yang kebetulan bermusafir kelana, atau tenggelam ke dasar lautan gelap yang bagaikan tiada penghujungnya.
Mungkin jua terus terdampar di pantai maksiat, meneruskan legasi cinta berajakan nafsu.

Janganlah hanya semata mengharapkan indah syurga dunia yang fatamorgana, maka kita rela berenang di lautan NERAKA yang azabnya tak mampu terbayang di jangkauan minda.

Persoalannya, benarkah itu cinta... Jika kemuliaan diri dan iman menjadi galang-gantinya?
Benarkah itu cinta... jika membawa kita semakin hampir ke Neraka-Nya?
Benarkah itu cinta... jika semakin menjauh dari Syurga dan rahmat-Nya?



CINTA. Biar sehebat mana pun kuasa dan geloranya.
Jika sampai menggoncang IMAN, berrlabuhlah sebentar.
Berehatlah seketika. Ambil masamu, sehingga mampu mengemudi gelombangnya.
 
Keri Ikhwan, 2013



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

18 comments:

  1. kebanyakan cinta memang begitu..terlalu diikutkan sangat rasa dan nafsu hingga terabaikan pesan ayah dan ibu

    ReplyDelete
  2. moga kami semua dijauhi benda2 ni ya rabb

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaa taqrabuzzinaa..
      dan janganlah kamu mendekati zina.
      Allah sudh bg amaran awal2 :)

      Delete
  3. jangan terlalu ikutkan nafsu cinta tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dinamakan insan sebab kita makhluk yg sering lupa

      Delete
  4. semoga kita dijauhkan dari sihat tersebut.. nau'zubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya kita sndiri yg menjauhinya.. mencegah itu lebih baik

      Delete
  5. btul tu.. tu sbb sekang ni mcm2 yg berlaku.. haish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia moden. dalam rumah pun bleh buat maksiat

      Delete
  6. seiring dengan kemajuan...cinta zaman sekarang pom dah maju,ramai yang terus hanyut..tapi pintu taubat sentiasa terbuka..semua teletak pada iman..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahmat Allah sentiasa mengatasi kemurkaan-Nya

      Delete
  7. dengan hanya cinta, org boleh buta, lalai mungkin juga gila ><"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa cinta itu amat dahsyat, yang waras menjadi gila, yang gagah terduduk lesu.

      Delete
  8. penangan cinta memang dasyat..

    Blog Ilusi dunia dah direview di Edisi Blogger..
    http://www.edisiblogger.com/2013/02/edisi-review-blog-ilusi-dunia.html

    ReplyDelete
  9. bguz ayat cerita,,, like to share,, izinkan saya?? nice entry,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...