Monday, 21 January 2013

Lagenda Lelaki Terkuat di Alam Semesta

Assalamualaikum...



Ingatkah lagi korang tentang cerita komik dan animasi mengenai seorang lelaki yang digelar lelaki terkuat di alam semesta? Kisah Son Goku atau nama sebenarnya Kakaroct yang mengembara ke seluruh dunia untuk mengumpul Dragon Ball atau Mutiara Naga.

Dia perlu mengumpulkan 7 biji Mutiara Naga sebelum dapat menyeru keluar Dewa Naga yang kononnya mampu menunaikan 3 permintaan daripada sesiapa yang menyerunya.





Kame Hame Ha, teknik serangan terkuat Goku, Super Saiya pertama, kedua dan ketiga, teknik Gerakan Sejenak, teknik mengawal tenaga dalaman bagi membolehkan mereka terapung dan terbang, pertempuran dengan makhluk asing dan cyborg, semua itu pernah menjadi kegilaan anak2 yg lahir pada tahun 80-an dan 90-an  termasuklah aku. Heh.
 




Dan fenomena Dragon Ball ni rasanya masih lagi berterusan sampai sekarang dengan siri animasi dan filem live-action yang masih terus dihasilkan. Legasi yang diasaskan pencipta siri ini iaitu Akira Toriyama bagaikan tak pupus ditelan zaman.

Ceritanya sangat mengarut, tapi pemikiran kurang matang waktu tu menerima segalanya dengan mudah.

Aku percaya ramai anak-anak masa tu berangan-angan memohon hajat mereka kepada Dewa Naga. Atau mengalahkan musuh dan orang yang dibenci dengan serangan terkuat Kame Hame Ha. Ataupun bergerak ke mana2 tempat yang diingini dalam masa tak sampai sesaat dengan jurus gerakan sejenak.

Dan, aku tak terkecuali, menghabiskan masa dengan tekun setiap waktu senggang untuk berlatih teknik Kame Hame Ha. Jangankan bebola api, asap pun tak keluar. Sadis.

Ni Lukisan masa sekolah menengah dulu. Tiru balik lukisan daripada buku komik. (Pensel + Pen+ kertas A4)



Oh ya, ingat lagi tak pasal Awan Guling? Sejenis awan yang dijadikan kenderaan terbang oleh Goku waktu kanak2nya. Menariknya, awan guling ni hanya mampu dinaiki oleh orang yang suci hatinya. Aku adalah antara orang yang berjaya naik awan guling, Nampak tak mesejnya di situ? Haha.

Bukti naik awan guling :
 

Cukup mukadimah yang panjang berjela.

MUTIARA IMAN

Maka, dengan berinspirasikan kisah animasi dan komik popular itu terhasillah poster di bawah ni:


Mutiara Naga versi islamik : “Mutiara Iman”. Bukan lagi kisah pahlawan yang hebat kekuatan fizikalnya, tapi lebih kepada teknik rahsia membina kekuatan dalaman dan spiritual. Kekuatan iman.

Sebagaimana radar diperlukan untuk mengesan kedudukan Mutiara Naga, ada radar juga sebagai panduan untuk mencari mutiara Iman, iaitu “hidayah”, radar dengan petunjuk Yang Maha Kuasa, Allah.

Tak perlu bergantung kepada Dewa Naga, kita ada satu kuasa yang Maha Agung untuk mendengar rintihan dan menunaikan permintaan kita. Tak perlu bersusah mengembara ke seluruh dunia mengumpul Mutiara Naga untuk memohon hajat, cukup bersimpuh di atas sejadah, mengangkat tangan memohon doa.

Islam, iman dan ihsan. Tiga perkara yang sangat penting dalam membina peribadi seorang mukmin sejati. Ketiga-tiganya perlu wujud seiring, tanpa mengurangkan walau sedikitpun.

Rukun Iman sebagai asas dan tunjang kepercayaan serta aqidah. Rukun Islam sebagai amalan zahir bagi membuktikan kepercayaan secara perbuatan lahiriah. Dan ihsan, sebagai pelengkap kepada penghayatan terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam.

Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para
Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Bila iman sudah mantap, aqidah sudah kukuh maka seorang muslim akan menjadi Super Muslim, mukmin sejati :)
 

Rujukan : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

Er, yang pasal Dragon Ball tu takde dalam Buku Hadis 40 tu ye.





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. Bismillahirrahmaa nirraheem

    Assalamualaikum jawab dapat pahala.. tak jawab tanggungla dose hehe

    Iye.. 3 serangkai .. IMAN ,ISLAM dan IHSAN
    itu asa kita..Betul suka entry begini.. suka entry yang membawa mesej , sarat dengan ilmu.

    Dunia artis *cewahh.. * yang berseni lukis ini biarlah bermanfaat. jangan buat sesuatu tu tanpa ada manfaat. lukis saje2 ..Pasti ALLAH dan Rasulullah saw suka akan tindakan keri yang rajin memberi manfaat dan ilmu pada kawan-kawan..

    Alhamdulillah.. kaknor sokong semua karya keri.Moga ALLAH redha
    Haissshhh panjang sungguh, mcm wasiat pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...
      fuh panjang jawab salam :D
      Yup. merapu macam mana pun kena pastikan ada manfaat ahaks.
      dulu2 selalu terfikir untuk apa selalu melukis, conteng buku, dinding. Adakah semata2 hobi, suka2, atau nak org puji?
      Alhamdulillah skang ni dh nampak kegunaannya. wlupun xdelah cntik sngt lukisan tu :P

      Delete
    2. Pahala penuh tahniah!
      Kaknor juga begitu keri..
      kaknor terkilan dengan pelukis2 lain yang kaknor kenal..Kaknor rasa seperti ilmu yang kaknor kongsikan tak bermakna..Sedihnnyaa..

      Kaknor harap pelukis2 doodles,, kartun atau mereka yang ALLAH beri bakat ni.. gunakan untuk dakwah dan pembelajaran islam.. nilai murni.
      Moga ALLAH beri hidayah dan taufiq buat mereka dan juga kaknor ..
      Cantik atau tidak tu . bukan isunya.. yang penting ISI ILMUnya..
      Seperti buah luarnya cantik.. dalam nya busuk.. tak guna jugakan..
      #tetiba# hehe.. boleh pakai ke istilah tu hehe

      Delete
    3. apa plak x bermakna. mesti ada yg senyap2 ikut tuu. cuma kadang2 dia terlupa. :D

      Delete
  2. wah2 keri :D
    peringatan untuk scya jugak :D

    ReplyDelete
  3. nmpak hensem bila pakai baju goku tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. mg betul sarat dgn ilmu. tak nyesal skodeng dulu.. XD. oh ye seelok2nya font jangan lah fancy sgt .. >_< rabun, spec bertemu screen.. nk fancy guna jawi betul. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. betul gak. font tu kena tenung betul2 baru bleh baca. syok sngt tengok font tu mcm lawa terus guna

      Delete
  5. ingatan yg baik utk kita semua... utk deno juga... :)

    p/s: cantik lukisan keri.. deno pun suka watak goku^^

    ReplyDelete
  6. hamba hanya minat kartun sahaja..bab melukis memang failed

    ReplyDelete
  7. baru baca:)

    nice one keri..mutiara iman memanglah rahsia muslim terhebat..

    btw, cantik betul lukisan kau lukis masa sekolah menengah dulu..

    aku dulu pun selalu berlatih teknik kamehameha dulu..kehkhekhek

    ReplyDelete
  8. Untunglah dapat naik awan kuning.. hehe. Tetapi saya lebih tertarik dengan idea penulis yg suka mengaitkan dragon Ball nie dgn mesej keagamaan.. Like..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...