Sunday, 29 September 2013

PROMOSI DAHSYAT!!! Testimoni Pengguna Pil Kurus Ajaib!



Testimoni 1 : Set Pencerah muka

Kak Jemah Hudson (32 tahun):

Alhamdulillah, setelah akak hampir berputus asa mencuba pelbagai jenis produk akhirnya akak terjumpa produk ni. Kawan akak yang rekomenkan.
Kalau dulu kawan2 akak selalu hina muka akak macam permukaan bulan yang dibom dengan bom atom. Akak malu sangat.

Akak dahla suka upload gambar muka buat gaya ducface. Terpaksala akak edit pakai photoshop dan kasi extra light bagi cerah sikit.
Sekarang selepas 3 jam menggunakan produk ni muka akak kembali putih gebu lagi berseri.
Pernah akak terfikir nak pakai purdah nak tutup kecacatan muka akak tapi kini semua tu tak perlu lagi.
Sekarang kalau akak keluar rumah free hair pun tak kisah sebab tak ada orang akan kutuk lagi bahagian wajah akak yang sebelum ini terpaksa cover dengan tudung.
Ah, kejap lagi akak nak buat video GWIYOMI nak upload kat youtube dan keek. Nak update instagram lagi.


Testimoni 2 : Set Pelangsingan Badan

Cik Senah Evan’s (16 tahun):

Alhamdulillah syukur sejak saya menggunakan pil kurus Ajaib tut tut ni berat badan saya yang dulunya mencecah 120kg kini berkurang menjadi 47kg!
Ajaib kan? Hanya dalam masa 2 hari jew..
Saya suka sanad2! Jangan jelly taw.
Sebelum ni kawan2 selalu boikot saya tak mau ajak saya lepak kat pavi sesame. Sebab saya boleh mencacatkan pemandangan kata diorang.
Saya pun terpaksa pakai baju labuh dan besar ala2 baju muslimah untuk menutup lemak2 dan lebihan isi badan saya.
Kini saya sudah boleh memakai baju adik saya yang ketat dan sendat tanpa perlu malu dan segan di mata manusia mahupun di mata Allah.
Legging yang ketat tu pun saya dah konfiden nak sarung.
Kbye. Nak pegi hang kat pavi dengan pakwe saya Abu Bieber…





Ok, macam merapu je entri ni tapi itulah reality hari ni. Wanita dijadikan sumber eksploitasi untuk mengaut keuntungan.
Kita dimomokkan bahawa perempuan yang cantik itu mestilah berwajah kulit putih, berbadan langsing dan berbentuk badan dengan potongan tertentu.
Sebab tu ramai perempuan berlumba- lumba menjadikan diri mereka cantik mengikut definisi yang dicipta oleh syarikat2 produk kecantikan serta mengikut trend fesyen yang kononnya up-to-date.

Maka gadis2 yang kononnya punya pakej kecantikan itu akan berlumba2 menayangkan kecantikan mereka di laman sosial sama ada melalui gambar atau video.

Pujian-pujian yang diterima menyebabkan mereka semakin eksited dan berani untuk mengupload gambar yang lebih ekstrem kegedikannya.

Ya, dunia hari ini, manusia lebih mengutamakan pandangan manusia berbanding pandangan Allah.
Tak salah mahu kelihatan cantik dan menarik, tapi yang salahnya apabila terlalu obsess sehingga membawa kita jauh dari rasa syukur dan menyalahgunakan nikmat kecantikan tersebut untuk menarik perhatian orang lain. Mengharapkan orang memujinya.

Ringkas kata, PELACUR PERHATIAN, PENGEMIS LIKE, PENAGIH PUJIAN.




(Sebulan tak update blog, pemalasnya aku!)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. plus, duta product kecantikan dah memang cantik takde masalah kulit dan duta slim adalah orang dah memang slim.kann..reality..jangan mudah tertipu..tak semua product bagus untuk semua orang sebab kulit lain lain dan badan lain lain.then bile dah terbukti berkesan,semua pun di tayang..so reality

    ReplyDelete
  2. @Azhafizah Md Nor
    sebab tu syeikh Nuruddin kata pelakon (termasuk pelakon iklan) ni penipu.
    strategi perniagaan, untung punya pasal

    ReplyDelete
  3. betul tu.. kdg2 rasa tertipu.. tp ada jugak pkai demi menjaga kesihatan.. yg pnting jaga mkn..

    ReplyDelete
  4. aaaaa.. bukan produk pelansingan jer, produk yang lain pon dah banyak eksploit para wanita...

    ai ai ai

    ReplyDelete
  5. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕
    yg tak bestnya bila produk menjadi dan dpt hasil yg dikehendaki, mula la nak menunjuk2 kecntikan tu bg semua tengok :p

    ReplyDelete
  6. @Aujinz
    sebab para wanita yg mengizinkan diri mereka dieksploitasikan sesuka hati.. kadang2 oleh wanita jugak

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah.. kekal lagi kurus 52kg walaupun dah makan banyak


    recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 8

    ReplyDelete
  8. To remain healthy has become the foremost challenging task of today’s time because contamination isn't only food, but water also has increased to a level where it's essential to observe out what we are consuming. Alongside mainstream diseases like diarrhoea, gastrointestinal problems, stomach infections, etc. caused thanks to drinking impure water, there are many ill-effects observed on health thanks to the presence of particular contaminants within the water.
    Restrict Severe Diseases by Bringing Advanced Water Purifiers at Your Home
    Clean And Healthy Water With Water Purifiers
    Why are people in Delhi and Gurgaon concerned about the purity of their drinking water?
    How to Select the Most Appropriate Water Purifier
    The Importance of Water Purifiers in Today's World in Delhi
    What Is Industrial Water Purifier Know It Component & Application in Human Life
    How to Find the Best Water Filter Price in Delhi, Gurgaon

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...