Assalamualaikum...
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan aku peram tablet Graphic Genius Easypen M610X akhirnya tergerak hati untuk serius menghasilkan satu artwork menggunakan tablet tu.
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan aku peram tablet Graphic Genius Easypen M610X akhirnya tergerak hati untuk serius menghasilkan satu artwork menggunakan tablet tu.
Artwork ni 100% terhasil kombinasi graphic tablet + Paint Tool SAI. Kecuali
teks dan efek cahaya bersinar tu.
Aku gunakan gambar ni sebagai header blog yang baru |
Cantik tak cantik itu perkara kedua. Yang penting mesej yang aku cuba
bincangkan.
Sejak dua tiga menjak ni, aku percaya ramai orang perasan tumbuhnya
pelukis-pelukis dan pendoodle sama ada kategori traditional art atau digital
art macam tumbuhnya kangkung di tepi
paya. Cepat dan banyak. Er, faham tak maksud aku? Maknanya pelukis baru yg
berbakat besar sangat ramai kat Malaysia ni.
Cuma agak menyedihkan, sama ada pelukis baru atau lama masih lagi
gagal membebaskan diri dari belenggu pemikiran yang membejatkan kreativiti
dalam menyampaikan mesej melalui lukisan.
Straight to da point, pelukis-pelukis komik, poster, doodle, kartun
dan seumpamanya masih gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai orang
ISLAM.
Sepatutnya karya seorang Islam mesti bercirikan Islam, beridentitikan
kemurnian dan kecantikan seni Islam. Bukannya aku nak suruh lukis orang pakai
jubah serban niqab berlatarkan masjid dan unta sepanjang masa. Jangan jumud dan
tipikal sangat boleh tak?
Tengok sahaja majalah kartun tempatan, masih lagi terikat style lama,
iaitu lawak semata-mata. Lebih tepat lawak bodoh tanpa pengajaran. Atau sekadar
cerita yang tidak boleh dijadikan iktibar. Tapi beberapa tahun ni dah mula ada
perkembangan ke arah yang sangat positif. Ana Muslim, Muslim Teens, Asuh, Kembara
Ustaz dan Misi 10A antara contoh yang baik. Banyak lagi sebenarnya.
Pelukis potret, masih lagi melukis dan mengambil tempahan dari
pelanggan yang tak menutup aurat dan agak terdedah pemakaiannya. Mungkin
upahnya yang dikejar, tapi jangan lupa berkatnya juga tak kurang pentingnya.
Pelukis dan pereka fesyen, sama ada masih dalam pengajian atau sudah
di peringkat profesional, juga ramai yang masih tak mengendahkan sama ada
rekaan mereka menepati syariat dan ciri-ciri fesyen berlandaskan Islam.
Pelukis doodle yang paling ramai muncul di alam maya. Tapi ramai yang
terlampau ghairah menghasilkan doodle yang comel semata-mata dan mengabaikan
fakta bahawa betapa mereka mampu menggunakan bakat dan kemahiran mereka untuk
menyampaikan sesuatu yang baik.
Mungkin ramai pelukis kartun yang menjadikan pelukis antarabangsa dari
Jepun (Manga) , Korea(Manhwa), Amerika dan
sebagainya sebagai inspirasi dan sumber rujukan. Aku pun sama menjadikan Akira
Toriyama, Hiro Mashima dan Eiichiro Oda sebagai inspirasi. Tapi kita tak perlu
terikut gaya lukisan mereka yang banyak menonjolkan watak-watak perempuan yang
seksi.
Impian aku, untuk melihat munculnya lebih banyak kartun animasi dan
komik-komik di Malaysia yang berunsurkan pendidikan serta pengajaran yang baik
seperti yang dah lama diwujudkan di Jepun dan Korea. Komik kadang-kadang
dijadikan sebagai buku teks pendidikan. Kalau tak silap la. Ubah persepsi
bahawa membaca komik membuang masa dan tak berfaedah.
Impian kedua aku, untuk melihat kawan-kawan seperjuangan yang
menjadikan conteng-conteng dan seni ini sebaga hobi atau sumber pendapatan,
menilai balik hasil karya mereka selama ini dan memperbetul apa yang patut.
Harap-harap mereka faham dengan apa yang cuba aku sampaikan setiap kali aku
menconteng dan tunjukkan pada mereka.
Jadi, mari kita sama perbetulkan niat kita. Ya, niat tak menghalalkan
cara, tapi niat yang baik akan dipermudahkan untuk kita mencari jalan yang
betul juga.
Tanyakan pada hati kita, UNTUK APA AKU MELUKIS?
Untuk suka-suka? Isi masa lapang? Untuk dipuji oleh orang lain? Untuk
dapat untung? Sumber rezeki? Menyebarkan ilmu? Syok sendiri?
Selepas dapat jawapan, tanyakan satu soalan lagi..
Dengan cara dan niat aku ini... ADAKAH ALLAH REDHA?
Maaf, andai entri ini mengguris hati. Ini sebenarnya peringatan untuk
diri sendiri yang acapkali terlanjur.
(untuk hukum melukis, boleh rujuk ustaz atau rujuk jawapan yang telah
dibincangkan di laman web yang berkaitan dan berkredibiliti)
#Takziah untuk keluarga 529 Ahli Ikhwanul Muslimin yang dizalimi sehingga dijatuhkan hukuman mati. Moga syahid ganjarannya.
Doa adalah perkara yang mampu kita buat sekarang.
ReplyDeleteTaufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)
cntik lukisan ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thx
Deletebetul tu banyak komik yang kadang2 tak ada mesej disampaikan..kosong je isinya..
ReplyDeleteTerlalu banyak. Mcm dh jd tradisi komik cmtu
Deletebuat kartun syok sendiri, adakah Allah redha..terkebil kebil tanya diri sendiri macam tak jumpa jawapan. tapi kalau dah melalaikan tanpa tujuan memang Dia tak redha kan. errr.. m(_ _)m.
ReplyDeleteapapun terima kasih cikgu K, menegur kami orang (wakil bagi pihak)
Sama-sama. Setkan matlamat. Buat garis panduan utk diri sndiri.
Deletecantiknya! :)
ReplyDeletehttp://eykabaha.blogspot.com/
Alhamdulillah. Trimas :)
DeleteTerbaik... thnks ingatkan. :)
ReplyDeletecantik lukisan tu keri..terima kasih ingatkan :)
ReplyDeletesama-sama. kebetulan cuti lama sket bolehlah try godek2 tablet tu. kalau tak mmng berkarat dlm kotak la jawabnya
Deletelama x melukis..kalau ada tablet rajin la nak melukis...sakit jari lukis guna mouse..kejang jari ouchh...
ReplyDeletehaha.. sebelum ni pun memang guna mouse je. cuma nak tukar selera try pakai tablet plak. jeles tengok org lain pakai
Deletecantik nyaaaaa...tlg lukiskan untuk sy.. =P
ReplyDeletelawa doh ! part seluar tu. hem nak tab jugak -_____-
ReplyDeletewow...!!!! hasil yg sgt menakjubkan..!!
ReplyDeleteSalam. Hee rajin melukis.
ReplyDelete