Thursday 19 July 2012

MyPoster : Transformasi Ramadhan

Assalamualaikum.......

Sempena menyambut Ramadhan esok, aku buatlah satu poster , yang skang ni dah jadi wallpaper desktop aku. :)




Walaupun berpuasa, dan kita masih perlu bekerja pada siang hari, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk bermalas-malasan, tak kiralah seorang pekerja atau seorang pelajar.

Tunjukkan bahawa puasa itu satu ibadah yang menyeronokkan, bukan penghalang produktiviti dan kecekapan kita. Puasa, jika dilaksanakan dengan sempurna bukan sahaja mendapat pahala berganda malah kesihatan kita juga akan bertambah baik. Insya-Allah.

Kerja satu ibadah, belajar juga ibadah. Ibadah tak kira sunat atau wajib dalam bulan Ramadhan pahalanya berlipat kali ganda. Jika setiap perlakuan kita adalah Ibadah, bayangkan betapa banyaknya pahala yang akan kita kumpul nanti. Seronok kan?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: 
"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."



Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :
"Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu rahmat, dikunci neraka jahannam, dan dirantai semua syaitan."


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.”
  (Riwayat Bukhari & Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa yang menegakkan solat pada malam Ramadhan kerana iman dan kerana Allah, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu."
-Hadis Sahih Muslim-




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
- Keri Ikhwan -





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

16 comments:

  1. Azzah , mij & Embun :
    Selamat Berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. handsome! lukisan tu.

    selamat berpuasa dan selamat berhari raya. ngah ngah.

    ReplyDelete
  3. hensemnya dudel keri..huahua.. bikin hati i berdebar2..slamat berpuasa dn menjalaini ibadah dgan smpurna

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa.sama sama lah tingkatkan amalan ^__^

    ReplyDelete
  5. cantik doodle.. InsyaAllah cube mpertingkatkan diri dri smase ke smase

    ReplyDelete
  6. nurdani :
    ok, lukisan yg hensem haha

    Dysha :
    hamboi. sampai camtu skali :P

    ReplyDelete
  7. Fiza :
    perbaiki mana yg kurang. sempurnakan mana yg cacat :)

    ain :
    trima kasih. Insya Allah :)

    ReplyDelete
  8. Peh peh,seriyes hensem.
    Aku pun hensem jugak kot -..-'


    *Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  9. selamat berpuasa..salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  10. haha, kelakar pulak tgk transformasi poster tu :D laju je..ok, selamat berpuasa jugak..thanx for those sharing :D

    ReplyDelete
  11. Myra :
    haha. ko memang hensem pon. :D

    SoLy :
    salam Ramadhan :)

    lynndAmya :
    err. kelakar pulak. haha sama2 :)

    ReplyDelete
  12. moga kita mampu mnampung amalan kite yg lepas2 pd Ramadhan kali ini

    ReplyDelete
  13. lukisan paling hensem pernah sahabat lukis abad ni...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...