Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, 6 July 2014

Puasa Si Miskin VS Puasa Si Kaya













Puasa Si miskin,
Sahurnya alas perut, sekadar tuntutan Sunnah.
Puasa Si kaya,
Sahurnya memenuhkan perut, bimbang kelaparan tak larat melangkah.

Puasa Si miskin,
Seperti hari-hari biasa, makanannya dicatu
Puasa Si kaya,
Lebih daripada biasa, juadah istimewa membangkitkan nafsu.

Puasa Si miskin,
Berbukanya tertanya-tanya, mahu makan apa.
Puasa Si kaya,
Berbukanya berkira-kira, mahu makan  di mana.

Puasa Si miskin,
Bukan hanya sebulan Ramadhan, tapi sepanjang tahun
Puasa Si kaya,
Laparnya sekejap, kenyangnya berpanjangan

Puasa Si miskin,
Di madrasah Ramadhan mereka berzikir,
Puasa Si kaya,
Di bazar Ramadhan mereka membazir.

Puasa Si miskin,
Tak pernah risau akan kelaparan
Puasa Si kaya,
Selalu kebimbangan diet yang terancam.

Puasa Si miskin,
Menjadikannya kuat, lebih sihat
Puasa Si kaya,
Memaksa sistem pencernaannya lebih penat.

Puasa Si miskin,
Tak pernah mati dek kelaparan
Puasa Si kaya,
Selalu mati kerana kekenyangan.

Puasa Si miskin,
Lebih indah jika ada yang berempati
Puasa Si kaya,
Lebih barakah jika tangannya memberi.


*Tapi bagaimana mahu bersedekah, kalau menghulur dianggap jenayah? Opsss mohon jangan jadikan alasan

Puasa Si Mukmin,
Mendekatkan dirinya kepada Tuhan,
Puasa yang bermuka- muka,
Menambah kemurkaan Tuhan.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 27 June 2014

Ilmu Tentang Ramadhan yang Patut Kita Pelajari

Assalamualaikum...

Kat sini aku cuma nak kongsikan beberapa majalah yang biasa aku beli dan kebetulan pulak sempena Ramadhan ni ada artikel dan tulisan khas mengenai Ramadhan.

1. Majalah SOLUSI (isu 69)
Harga : RM 10/ RM 12 (Sbh Srwk)
Majalah ni memang wajib beli tiap bulan. Isi kandungannya memang best dan menarik.


2. Majalah i
Harga RM9.90
Terkejut tengok Majalah i tetibe jadi tebal, rupanya edisi istimewa Ramadhan.
Yang ni pun majalah wajib beli tiap bulan.



3. Majalah al-Ustaz isu 27
Harga RM 9 (sem. M'sia)
Yang ni pun In Sya Allah akan dijadikan majalah wajib beli jugak (bergantung budget -_-)


4. Majalah Q&A isu 31
Harga : RM 8 (Sem M'sia)
Majalah ni pun best cuma biasanya time beli tengok tajuk utama. Kalau belum dikupas dalam Majalah Solusi atau Majalah i baru beli. Save budget



5. Majalah i SIHAT isu 81
Harga : RM 5.50 (Sem. M'sia)
Majalah ni beli time tajuk2 yang best je.


6. Al- Qur'an tafsir per kata (Tafsir dan terjemahan Bahasa Melayu)
Harga : Lupa (RM 100++) lama dah beli
Al-Quran wajib ada bagi setiap orang. Yang biasa pun dah ok.
Yang ni best sebab ada terjemahan per kata. Pastu ada tafsir dan huraian asbabun Nuzul. Ada disertakan juga doa2 yang dipetik daripada ayat al-Quran dan hadis.
Nak belajar tajwid pun mudah sebab tanda barisnya berwarna warni ikut hukum bacaan dan tajwid.



Sebenarnya banyak lagi majalah2 lain yang best dan ada pengisian tentang Ramadhan, cuma aku tak beli. Kang banyak2 tapi tak baca tak guna jugak.
Contohnya majalah Asuh, Jom dan Gen-Q. Kalau ada lagi korang boleh cadang kat ruangan komen.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 28 July 2013

EMOSI (doodles) : Melahirkan Emosi dengan Cara Betul

Assalamualaikum...


Ni Artwork lama... buat untuk aktiviti Group WeLoveArt...

Manusia memang diciptakan bersama2 dengan sekeping hati yang boleh menjelmakan pelbagai emosi dan perasaan.. yang kemudiannya diterjemahkan kepada mimik muka atau riak wajah.

Emosi, bila dipamerkan dan ditunjukkan pada waktu dan tempat yang betul maka baiklah kesannya. Namun jika diletakkan di tempat dan masa yg salah, buruklah kesannya.

Contoh :

1. Gembira.

Betul : Seorang pelajar gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dalam exam.
Salah : Seorang pelajar gembira kerana Boypren nya mengajak dating di pavi.


2. Marah.

Betul : Seorang pemuda marah apabila mendengar berita kezaliman dan pembunuhan umat Islam di Palestin, Syria dan Mesir dan berazam untuk turut sama berjihad.
Salah : Seorang gadis Melayu tak bertudung marah apabila seorang lelaki menegur supaya menutup aurat lalu dia menyumpah seranah supaya tak jaga tepi kain mini skirt dia serta mengatakan kubur masing-masing.
Manakala ayah gadis itu pula mengugut untuk membakar kitab Bible kerana marah penggunaan isu Kalimah Allah.


3. Terharu 

Betul : seorang anak terharu bila melihat emaknya bersusah payah menyiapkan makanan untu sahur walaupun tengah demam lalu menolong emaknya di dapur.
Salah : Seorang gadis Melayu terharu apabila fake relaynya melamar dia untuk dijadikan gelifren (girlfren @ real relay) dengan berlutut dan mencium tangannya.


4. Sedih 

Betul : Ahmad berasa sedih kerana bulan Ramadhan hampir ke penghujungnya dan akan berlalu meninggalkan kita.
Salah : Murni sedih kerana  ibunya tak membelikannya baju raya ketat idamannya yang berharga RM400 itu kerana tidak cukup wang.


5. Takut 

Betul : Seorang hamba Allah yg takut akan Allah akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah dengan memperbanyak ibadah dan menjauhkan maksiat.
Salah : Akibat takut kehilangan pangkat dan kedudukannya seorang menteri sanggup menyebarkan fitnah terhadap lawan politiknya serta merasuah pengundi.


6. Teruja 

Betul : Budin sangat teruja bila mendapat berita kehamilan isterinya lantas dia melakukan sujud syukur.
Salah : Minah Evans dan Kiah Hudson berasa teruja lalu  terloncat-loncat, terkinja-kinja dan tergedik-gedik macam beruk sebaik sahaja penyanyi K-Pop pujaannya Joong Mang Kook serta penyanyi remaja Jusuh Bieber tiba di lapangan terbang KLIA.


7. Malu 

Betul : Amira menutup aurat denga sempurna setiap kali keluar dari rumah kerana dia malu jika menarik pandangan lelaki ajnabi . Dia juga malu untuk berbuat dosa.
Salah : Seorang gadis mengupload 29 keping gambarnya yg beraksi menutup mulut dgn tangan, berambut perang tapi beraksi tidak memandang kamera serta beberapa keping gambar bertudung dan berniqab (guna selendang) lalu meletakkan caption "Kite Pemalu" .

8. Ragu-ragu

Betul : Akibat ragu-ragu untuk membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke matriks atau universiti, Safuan melakukan solat sunat istikharah memohon petunjuk.
Salah : Sudah empat kali Pak Mat mengangkat takbir kerana ragu-ragu(was was) dengan bacaan niat solatnya.


9.Terkejut 

Betul :
Nasir terkejut apabila disergah kawannya lalu dia mengucapkan istighfar.
Salah : Syarifah terkejut apabila disergah cucunya lalu dia melatah dan mencarut "p**** mak kau! mampus ko aku tikam! opocot tut tut.. tut ...tut tut tut...tuuuuuuuuuuuuuuut" (biasakan diri menyebut perkataan baik, in sha Allah sewaktu melatah pun akan keluar benda baik)

(AMARAN : Abaikan kesalahan tatabahasa pada ayat2 di atas. Fokus pd mesejnya)


Ok di bawah ni aku sertakan Peta minda "Cara mengawal perasaan Marah"


sebenarnya peta minda ni aku buat untuk Kelas IT ajar bab  cara buat peta minda









SELAMAT BERAMAL di 10 MALAM TERAKHIR



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 13 July 2013

Mini GA-Kad Raya Limited Edition by Safiena.

Assalamualaikum...

Teringin pulak nak join bila tengok kartun doodle super cute nih.
Dan soalan yg beliau tanya pun nmpak best :)

Nak Join Klik je Banner


SOALAN 1 : Apakah menu wajib untuk berbuka?

Menu wajib : NASI!!! haha
Takde nasi memang tak puas hati la. Mesti dengan nasi. Lauk apa pun tak kisah.
Lauk yang paling aku suka ialah ayam/ikan percik tambah2 lagi kalau yg mak aku masak. Pergh

Arghh.. saliva dah meleleh..



SOALAN 2 : Ramadhan Paling Bermakna...

Ramadhan paling bermakna adalah Ramadhan waktu kecik2 dulu.. Sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sebab time tu Ramadhan kat kampung, kat rumah ngan mak ayah dan family.
Skang ni merantau jauh susah nak balik.

Dulu bila Ramadhan je nenek aku mesti ajak tidur rumah dia. Tiap malam dia akan kejut bangun sebelum Subuh dan ajak Qiamullail sama2. Tadarus Quran. Wajib khatamkan sekali dalam Ramadhan.

Pegi Terawih pulak naik basikal takpun ramai2 jalan kaki. Ohsem
Aku asalnya memang pemalas, tapi bila kena paksa tu bangun jugakla. Gile ke nak tahan telinga kena bebel? haha..

Alhamdulillah berkat kena paksa bila dah jauh dari family pun jadi kebiasaan, Terima kasih Tok Ma (gelaran utk nenek aku)

Ramadhan paling tak bleh lupa ialah bila aku kena kerja time bulan puasa kat Supermarket (bhgn Canned Food). Kerja angkat barang berat dari pagi smpai malam (ikut shift). Memang penat tapi peliknya aku rasa Ramadhan tulah aku paling bertenaga. Malamnya cergas.
Klimaksnya bila kena angkat dan susun 600 kampit beras yg baru sampai. Rasa macam nak buang kerja je bos aku tu (err gile ke pekerja nak pecat Bos?)

cukupla. dah panjang.



KAD RAYA tu. Jangan lupa. Err...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 6 July 2013

Doodle Poster Ramadhan : Salam Ramdahan

Assalamualaikum...


Paint Tool Sai + Adobe Photoshop



























1 Ramadhan dah dekat, tapi belum tentu lagi kita sempat menyambutnya. Ajal maut boleh bertandang menjemput kita kembali kepada Sang Pencipta bila2 masa saja.

Tapi biarpun kita tak sempat biarlah kita sempat menzahirkan keterujaan dan kegembiraan kita menyambut bulah penuh barakah ini. Moga keghairahan itu Allah kira sebagai pahala :)

Azam kita, jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun2 sebelumnya. Kalau ada kekurangan dalam mengharungi Ramadhan tahun2 sebelum ini, biar kita tampung lompang2 itu kali ini.

Semoga tarbiyah Ramadhan mampu mengendurkan gejolak nafsu, mengekang keinginan2 dan kegilaan terhadap dunia yang akan hancur bila2 masa ini.

Kita, mungkin masih boleh menyambut Ramadan dengan senyuman dan kesenangan. Tapi kena ingat, terlampau ramai saudara2 seagama dengan kita di luar sana yang menyambut Ramadhan dengan air mata dan tumpahan darah. Mereka ditindas dan dizalimi musuh- musuh Allah.

Mari kita gunakan kesempatan mustajabnya doa di Bulan Ramadhan untuk mendoakan saudara seaqidah kita. Moga mereka tabah dan teguh melaungkan semboyan jihad. Moga bantuan Allah segera tiba.

Pergolakan dan peperangan ini,
adalah warkah cinta dari Allah,
untuk umat yang alpa, yang lalai,
untuk menjentik hati kita supaya sedar,
setelah terlalu lama diulit nyanyian dunia.

Biar iman tak seteguh Pejuang Badar,
Biar hati tak sesuci para Penakluk Konstantinopel,
Biar jiwa tak sehebat Mujahidin Al-Qassam,
Tapi semangat dan roh perjuangan mereka itu,
biarkan bertiup dan mengalir dalam hati kita,
Kerana Allah bersama dengan orang yang benar.

Doakan Palestin.
Doakan Rohingya,
Doakan Mesir,
Doakan Syiria,
Doakan untuk semua umat Islam.

Doakan MALAYSIA!


Entri Lepas :
MyPoster : Transformasi Ramadhan
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 29 June 2013

[VIDEO] : Koleksi Lagu -lagu Ramadhan 2

Assalamualaikum...

Kalau nak tengok koleksi sebelum ni boleh klik SINI
Saja nak membangkitkan semangat Ramadhan...


1. Maher Zain - Ramadhan




2. Opick - Ramadha Tiba



3. Fathi Otmani - Ramadan





4. Nazz - Ramadhan 2013





5. Haddad Alwi ft Anti - Marhaban Ya Ramadhan





Lain -lain :
Manisnya Ramadhan - Fine dan Paradise
Lagu Anak Islami - Ramadhan Mulia
Hamza Namira - Sout


SALAM RAMADHAN



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 24 April 2013

KELANTAN DARUL MISKIN



:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.


Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Seorang ulama' memimpin penuh hikmah.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

credit :Facebook 



Amanah dijunjung atas jemala
Laba dan rasuah bukan amalan
Pemimpin adil kita damba
Pemerintah berjiwa rakyat kita KEKALkan.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 9 August 2012

PESTA AURAT DI BAZAR RAMADHAN, PAMERAN DADA DI PASAR MALAM


sumber : google


Tajuk tu adalah tajuk paling sopan yang mampu aku letak walaupun ada banyak pilihan tajuk yang lebih ekstrem. Takut jugak aku digelar otak kuning oleh mereka yang berotak kuning.
Samalah macam digelar gila oleh orang gila. Tak ke naya?

Fasa Pertama : Bazar Ramadhan

Situasi pelik yang akan berlaku tiap kali Ramadhan. Bertambah pelik dari tahun saban tahun. Pelik bukan kerana harga lauk pauk dan kuih muih makin mahal. Bukan juga pelik sebab kuih makin canggih dan warna air minuman semakin beraneka.

Tapi pelik dengan sikap dan tingkah laku manusia itu sendiri. Bulan Ramadhan bulan mulia. Bila mulia maknanya perlu dihormati. Bulan untuk mengurangkan perilaku dosa dan menambah amalan berpahala.

Nampaknya ramai yang berjaya puasa penuh dari pagi hingga ke petang. Tahniah. Tapi tak kurang yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga, tanpa mendapat walau sekelumit pahala. Muflis puasa.

Dari awal Ramadhan aku mula-mula agak semangat untuk jenjalan kat bazar Ramadhan. Tapi agak terkejut beruk bila tengok hampir keseluruhan pengunjung bazar terutama kaum perempuan yang berbogel. Berpakaian tetapi telanjang. Bertudung tapi berbaju lengan pendek. Berseluar sendat.

Ramai jugak yang tak bertudung. Berambut ala-ala warna atap zink berkarat kat kampung aku. Macam –macam fesyen rambut sampai tahap Mak Limah tak jumpa jalan balik rumah pun ada.

Cepat-cepat aku semak balik takwim dan kalendar. Takut-takut aku yang tersalah tengok tarikh. Betul ke dah start bulan Ramadhan? Apesal semua orang masih berlagak biasa?

Sangkaan aku di bulan penuh berkat ini semua orang akan insaf dek kerna terbelenggunya mentor-mentor bernama shaitonnn ni. Nampaknya aku silap. Benih- benih syaitan masih melekat erat di dalam hati manusia.

Ajaibnya Malaysia, sebuah negara majoriti Islam dengan pemakaian yang tak mampu dibezakan dengan orang kafir.

Gambar hiasan (eceh, dah macam Utusan Meloya pulak ada gmbar2 hiasan)


Fasa Kedua: Pasar Malam

Bila tiba malam hari, situasi sama berulang di pasar- pasar malam. Malah makin dahsyat.
Agaknya sebab malam waktu puasa telah tamat maka kita beranggapan kita sudah kembali bebas daripada pantang larang berpuasa yang merimaskan. Keadaan kembali normal seperti malam- malam sebelum dan selepas Ramadhan. Agaknya lebih rancak.

Perempuan berbaju singkat terdedah sana sini boleh dilihat di setiap inci tapak di pasar malam. Peratus yang bertudung tiba-tiba berkurang mendadak. Sangat sukar untuk dicari. Jika ada pun tiada yang menepati ciri-ciri menutup aurat. Sekadar tudung senteng terburai sana sini.

Ada yang tudung cukup cantik berwarna warni denga tahap kesukaran memakainya boleh dikelaskan pada level Hard (kalau main game) tapi sayang dada terdedah. Bukan tak pakai baju, tapi sendatnya menampakkan segala-gala.

Seolah-olah sedang berlangsungnya satu pertandingan dada siapa paling seksi. Siapa paling montok.  Itulah situasi yang perlu diterima kenyataannya. Sehingga mustahil dipercayai jika ada seorang lelaki bertaraf alim mengaku bahawa dia mampu menundukkan pandangannya semaksima mungkin dalam situasi sebegini.

Serius, memang aku takleh bezakan sama ada mereka ni orang Islam atau bukan. Melayu atau bukan. Tiada perbezaan dari segi berpakaian.

Lelaki juga tiada beza. Dengan bangga mengusung awek berpakaian bohsia ke sana ke mari. Tanpa segan dan silu digelar dayus.

Dayus itu sifat yang ada pada seekor babi. Entah bagaimana DNA nya boleh berpindah ke dalam kromosom seorang lelaki. Nak kata makan babi pandang pun dah jijik semacam. walaupun semua benda haram dibuat dan dibedal.

Jadi kesimpulan aku tentang fesyen Bazar Ramadhan dan Pasar Malam Ramadhan:

1.       Pakaian tak ubah seperti bohsia. Tak percaya pergi tengok filem sampah “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Mati”. Tengoklah pakaian bohsia dalam cerita tu camne. Buat perbandingan. Takut2la korang tak pernah nampak bohsia real punya.

2.       Pakaian dan fesyen tiada beza dengan orang bukan Islam. Adalah satu kemaluan perkara memalukan jika mereka mengaku beragama Islam dalam keadaan berpakaian sebegitu.


3.       Harga dada jatuh mendadak. Makin murah dan kadang –kadang percuma. Pameran percuma diadakan secara konvoi sepanjang lorong pasar. Tiada nilai ekslusif untuk seorang lelaki bakal suami atau sudah menjadi suaminya. Semua berpeluang sama rata menontonnya.

4.       Tiada usaha bersungguh –sungguh pihak berwajib untuk sekurang-kurangnya menegur. Cukuplah sekadar banner atau papan tanda “ TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA” yang disertakan dengan gambar-gambar contoh pemakaian mengikut syariat. Ada nampak papan tanda tu time aku dok Kelantan.


5.       Ruang dan peluang untuk menundukkan pandangan masih terlalu sempit. Nafsu masih bergelojak mahu meratah setiap yang terlintas.


Dari sudut positifnya, mungkin menjadi satu titik tolak buat mereka untuk mula berubah secara sedikit demi sedikit. Mungkin memperbaiki amalan lain walaupun belum mampu dalam bab aurat. Masih banyak aset –aset penting yang perlu ditonjolkan untuk tatapan umum sebelum semuanya kendur tak bernilai.

Kadang- kadang tipu daya dunia penuh keindahan. Sampai kita lupa asal kita hanya dari tanah. Meminjam nyawa dari Allah. Dan akan kembali menjadi tanah.

Kepada yang masih belum jumpa dalil-dalil wajib menutup aurat boleh rujuk entri aku sebelum ni. Malas nak ulang balik.
MyPoster : Hidayah itu Perlu Dicari... Bukan untuk ditunggu
Entri 18SX : Mereka Berbogel di Khalayak ? (Bacaan Untuk Insan Matang Sahaja)
Facebook, Muslimah, Aurat dan MATI


Nak tunggu ada orang tutupkan dulu ke aurat tu baru nak tutup?


TUTUPLAH AURAT SEBELUM AURATMU DITUTUP





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 7 August 2012

Bagi dan Belah Kartunster : Komik Lawak Lorong Belakang

Assalamualaikum...



Kali ni aku teringin plak join kontest ISI DIALOG oleh Kartunster ni. Tengok, tenung tilik komik tanpa dialog tu terus dapat idea. Tapi peram dulu 2-3 hari baru buat. Busy punya pasal.Bukan malas ye.

Ni bukan aku yang lukis, aku cuma isi dialog. Dia mintak dialog kelakar tapi aku tak rasa kelakar pulak aku punya ni. Dah 12 kali ulang baca tak jugak gelak- gelak. FRUST.

Last-last minta member aku geletek kaki aku sambil baca balik dialog yang aku tulis. Alhamdulillah gelak juga aku akhirnya akibat geli-geli.

Kemain aku menipu di bulan mulia ni....

Ok ni jela yang mampu aku buat...





Haa.. siap ada slot pendidikan moral lagi... extra marks kat situ. ahaks.
Kalau nak join cepat2 sket sebab tarikh tutup dia 10 Ogos 2012. sempat lagi tu...
Tak nak join jangan klik SINI...

TAHUKAH ANDA?
KOREK HIDUNG SEBENARNYA TAK MEMBATALKAN PUASA ...
walaupun ada percanggahan pendapat di kalangan ulama (khilaf)

Soalan :

Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga, contohnya seperti berikut:

1. mengorek lubang hidung dengan jari
2. mengorek telinga dengan pengorek telinga
3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan mengemukkan dalil dalil yang sahih.

Jawapan:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga.

Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu’ Fatawa. menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata.

Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu’ Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat untuk menghilangkn haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu’asirat)

boleh juga rujuk SINI

Tetibe entri tamat. sekian.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 29 July 2012

Koleksi Soal Jawab Ramadhan : 50 soal jawab

Assalamualaikum...






Dipetik daripada : http://ihyaramadhan.com/

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?

Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak?

Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak?

Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?

Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?

Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?

Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.
* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:
Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?

Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?

Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?

Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.

Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?

Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Sunat berimsak.

Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak.

Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?

Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.

Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?

Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?

Jawapan:
Sunat.

Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?

Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?

Jawapan:
Tidak sah puasanya.

Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?

Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.

-----------------------------------------------------------

Aku cuma ambil 50 soal jawab sahaja.

Untuk download lebih banyak soal jawab (118 soalan dan jawapan) boleh ke : Koleksi Soal Jawab Ramadhan – http://ihyaramadhan.com/


Di sini aku sertakan jugak beberapa link menarik dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah ilmu 1.  Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika... 
2.  sunat puasa dan imsak



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...