Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Cinta High Class : Perlukah COUPLE?

Assalamualaikum...

Kat sini aku nak kongsikan dua buah video yang sangat menarik berkisarkan tajuk "COUPLE"
Kedua-dua video ni diedit oleh TH Filem. memang kreatif beliau edit video jenis typography.

1. Cinta High Class- Ustzh Fatimah Syarha





"Buang masa je kalau kita kata kita couple sebab nak kenal sebelum nikah. Yang akan kita kenal cuma lakonan mereka sahaja. Sebab percintaan itu hanya dilatari dengan keindahan-keindahan yang palsu"

Yang membuat aku teruja bila tengok minit 0:49  dalam video ni ada TH Filem guna doodles yang pernah aku lukis untuk entri CINTA BERTOPENGKAN CINTA.

Nota penting: 
Segala artwork dan artikel dalam blog aku memang dihalalkan untuk diguna semula dalam bentuk apa sekalipun asalkan bukan untuk tujuan komersial atau mengaut keuntungan.
Maksudnya selagi mana memberi kebaikan dan manfaat untuk ummah maka sila gunakan sesuka hati tanpa perlu minta izin.
Moga Allah redha.



2. Cinta Couple - Prof Dr Muhaya





"Bagi wanita, kalau ada lelaki nak kenal kita, tapi dalam masa sebulan kenal tak pernah langsung sebut pasal perkahwinan, jumpa keluarga, STOP! rugi masa"
"Akidah, ibadah dan amalan kena betul , takut semasa couple kita mati dalam kemurkaan Allah"


Artikel berkaitan "COUPLE"

Demi CINTA, Lautan Neraka sanggup kurenangi Couple Untuk Kahwin?
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 2 November 2013

Bekerja Untuk ke Syurga, Layakkah Kita?


Kerja oh kerja...
Untuk hidup pada zaman kapitalisme ini memang perlu mengerah kudrat yang lebih untuk bekerja.
Kos sara hidup yang semakin meningkat sedang nilai mata wang makin rendah dibandingkan kadar peningkatan harga barang.

Dihimpit tekanan, ramai yang terpaksa menjadi materialistik, mengejar dunia hingga kelelahan.
Ada yang sebenarnya dilimpahkan rezeki yang sudah mencukupi, namun masih juga tak puas.
Mahukan pangkat, kuasa dan pengaruh untuk kekal berada di atas,
Mengerah kudrat empat kerat tak kira siang dan malam,
Akhirnya terlupa akan kewajiban sebagai seorang hamba, tugas sebenar sebagai khalifah di muka bumi.

Gaji berpuluh ribu sebulan, kenapa masih dirasakan tak mencukupi?
Kenapa masih resah gelisah dibebani hutang yang menimbun?
Kenapa selalu saja berasa kurang dan belum puas?
Tak lain tak bukan itu semua kerana nafsu,
Juga kerana hilangnya berkat dalam rezeki yang dikutip.

Bila aku dengar lagu Tegar yang baru : "PANTASKAH SYURGA UNTUKKU"
terasa terpukul dan tersentak. Menyentap jantung. Sinis dan mendalam.


Mengapa begitu berat 
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo
Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo
Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku
Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku
Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan



Kita sibuk berbangga kerja kita itu ibadah, kerja mulia yang banyak membantu mempermudah urusan orang lain.
Tapi pada masa yang sama kita lupa menyimpan sedikit ruang untuk melaksanakan ibadah yang wajib apatah lagi sunat.
Alasan sibuk dengan kerja menjadi ayat paling kerap kita tuturkan. Alangkah tak malunya kita beralasan sebegitu pada Tuhan yang memberikan kita rezeki-Nya tanpa berkira sedikitpun dengan kita.

Solat itu sebenarnya terapi terbaik untuk kelelahan tubuh dan otak kita yang telah dipaksa beroperasi hampir sepanjang hari.
Tapi kita angkuh, kononnya mengganggu waktu produktif kita.
"Tunggu sebentar, aku mahu selesaikan tugas dulu, solat kemudian"

Dan solat ditangguh -tangguh hingga penghujung waktu malah kadang2 terlepas begitu sahaja tanpa apa-apa sebab yang darurat. Mudahnya kita.

Kekayaan harta , kadang2 ditukar ganti dengan hilangnya rasa tenang dalam hati, andai tiada berkat di sisi Ilahi.

Sungguh beruntung orang yang dilimpahkan rezeki dan harta kekayaan yang banyak, dan dia tak pernah lupa untuk bersyukur dan menunaikan kewajibannya sebagai orang yang berharta.



Firman Allah swt : 
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
(Surah Ibrahim Ayat 7)



Video "Pantaskah Syurga Untukku"





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 21 July 2013

VIDEO : Ramadhan vs Zombie : ANTIDOTE 1434

Assalamualaikum...

Kali ni nak kongsi satu video dakwah super kreatif  hasil pelajar2 Perubatan Iskandariah.
Satu analogi yang cukup tepat.
Zombie.. makhluk rekaan khayalan manusia. Menyebarkan virus kpd org sekeliling menjadikan mereka mayat hidup.
Mereka tidak mati... dan tidak juga hidup. Tak mampu memberi manfaat, dan hanya memberi mudarat.
Tiada penawar...

Begitu juga hidup kita... di sekeliling kita, persekitaran kita.. orang2 yg dekat dengan kita, atau kita sendiri mungkin dijangkiti virus2 yang berbahaya... atau mungkin membawa virus berbahaya.
Virus2 yang boleh menjangkiti hati, merosakkan iman, melalaikan jiwa kita dari tujuan sebenar kehidupan kita.

Dan.. adakah kita sedar akan wujudnya virus itu?
Adakah kita berusaha mencari penawarnya?
Sungguh, hidup di zaman ini pancarobanya cukup hebat dan dahsyat, penuh ujian dan mehnah yang terkadang tak mampu kita sanggah.

Kini... bulan ini... seminggu ini... hari ini... satu cahaya harapan bersinar terang.
Allah menghadiahkan buat kita satu nikmat dan rahmat yang cukup besar... tanda kasih dan sayang kepada hamba-Nya yg sering lalai dan derhaka.

RAMADHAN, hadiah dari Allah buat kita.
Hadiah, jika kita tak hargai dan tak menjaga dengan baik, akan rosak.
Agak-agak kalau kawan kita bagi hadiah dan kita tak hargainya, apa perasaan kawan yang bagi hadiah tu?
Tapi Allah, tak akan terkesan dgn penderhakaan kita.
Kebesaran-Nya tak akan berkurang,
Kekuasaan-Nya tak akan tergugat.
Keagungan-Nya tak akan sedikit pun terjejas.

Cuma kita yang akan rugi... jika tak menggunakan peluang Ramadhan ini untuk membebaskan diri dari menjadi Zombie, mencari penawar bagi segala virus yang menyerang iman kita...

Jom layan video ni...







Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 29 June 2013

[VIDEO] : Koleksi Lagu -lagu Ramadhan 2

Assalamualaikum...

Kalau nak tengok koleksi sebelum ni boleh klik SINI
Saja nak membangkitkan semangat Ramadhan...


1. Maher Zain - Ramadhan




2. Opick - Ramadha Tiba



3. Fathi Otmani - Ramadan





4. Nazz - Ramadhan 2013





5. Haddad Alwi ft Anti - Marhaban Ya Ramadhan





Lain -lain :
Manisnya Ramadhan - Fine dan Paradise
Lagu Anak Islami - Ramadhan Mulia
Hamza Namira - Sout


SALAM RAMADHAN



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 8 February 2013

Random Video : Kreatif dalam Dakwah

Assalamualaikum...

Macam yang pernah aku buat sebelum ni, video pilihan yang aku suka dan aku rasa banyak manfaatnya buat semua.

1. Test Dulu Api Dunia (Ust Azhar Idrus)




2.  Aku ingin Berubah.. Tapi...




 3. Istighfar dan keampunan Allah



Selamat menonton.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 31 January 2013

Argh.. sampahnya Drama dan Filem Melayu

ASSALAMUALAIKUM...




Skang ni tengah kecoh pasal sebuah drama terbitan Astro yg dikatakan mencemarkan imej islamik.
Aku tak heran pun. Sebab benda ni memang dah lama terjadi, Cuma orang je kurang perasan.

Dah lama cerita2 Melayu hilang identity ke Melayuannya, yg lebih sedih, hilang ciri ke Islamannya.
Cuma mungkin masih ada 2-3 cerita atau filem yang masih boleh dipertimbangkan untuk ditonton sesuai bagi tontonan sekeluarga.
Selebihnya SAMPAH. Jalan cerita SAMPAH. Nilai murni hampir ZERO. Kadang2 Cuma nak menonjolkan 1 jenis nilai murni tapi yang nilai KEJInya berlambak mengisi sepanjang tempoh tayangan.
 Ya, SAMPAH.
Dan tak keterlaluan menggelar penerbit filem dan pengarah sebegini sebagai tukang buat SAMPAH!

Memang, banyak filem Melayu yang boleh dikatakan agak tinggi kutipannya kebanyakannya juga SAMPAH.
Ko rasa filem Istanbul Aku Datang itu filem bagus? Maaf, aku tetap kategorikan sebagai sampah.
Aku tak Nampak cara hidup seorang wanita dan lelaki Islam yang cuba ditonjolkan dalam filem itu. Istanbul, bumi yg pernah bersinar gemilang dengan syiar Islam suatu masa dulu dijadikan latar bagi sebuah filem Cinta Romantik dengan jalan cerita yang aku kira level biasa. Cerita adaptasi drama Korea. Idea celup.

Korang rasa Filem Rempit, Bohsia itu bagus dan banyak menginsafkan Mat Rempit dan Bohsia di luar sana? Tak mungkin! Malah tak keterlaluan aku katakan ianya semakin menggalakkan kearah itu.
Buktinya? Anak2 remaja di bangku sekolah mula terikut2 bahasa rempit dan bohsia yang dituturkan dalam filem tersebut.

Tak payahlah berangan nak menyampaikan mesej baik melalui filem dan drama jika sekadar aksi 5 minit-10 minit itu yang dikatakan memberi pengajaran. Itupun dah sampai ending baru ada pengajaran. Lagi baki 1 jam lebih? SAMPAH.

Sama ada filem itu bercorak ISLAMIK ataupun tidak, sama saja. Andainya apa yang dipaparkan hanya pelakon sendat yang tak menutup aurat, atau pelakon bertudung tapi bergesel sana sini, apa bezanya?

Kita hanya reti melenting hanya bila ada filem corak Islamik tapi tak Islamik tingkah lakunya. Sebenarnya kebangangan ini dah lama berlaku. Cuma kita menganggapnya biasa. Terpaku di depan kaca TV tanpa mengira masa.

Filem dan drama Melayu dibuat secara cincai dan ala kadar. Sekadar memenuhi selera penonton. Tiada kajian terperinci dan nilai ilmiah untuk dibincangkan.
Hanya mengulang idea lapuk yang dirasakan mampu menarik hati penonton, BIAR BANGANG ASAL UNTUNG.

Kepada Tukang buat SAMPAH yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, berhentilah. Bumi ini sudah cukup tercemar dengan pelbagai pencemaran.
Apa nak dibanggakan kutipan berjuta jika kantung dosa lebih cepat penuh berisi berbanding kantung pahala? Atau memang dah lama korang mengabaikan konsep dosa pahala ini? Heh, patutlah.

Aku, dah lama kecewa dengan filem Melayu. Bukan kerana aksi dan grafiknya yang tak standing Negara luar. Bukan sebab tu. Tapi nilai moralnya yang telah lama diabaikan.
Ah, rindu pulak drama dan filem dulu2. Biar hitam putih tapi mesejnya sampai.







Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 26 January 2013

SHORT FILM : Pappu Pass Ho Gaya

Assalamualaikum....


Video ini kreatif dan mesejnya.. POWER!!!






Ringtone yg Pappu guna ntuk dia punya henset tu comel giler. Haha.

Kaum lelaki itu diciptakan kuat dari fizikal dan mentalnya. Namun ramai tersungkur akibat tewas pada rayuan seorang perempuan.

Banyak persoalan yg berada di minda,
Banyak tanda Tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan bnyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yg berlaku ada kebaikannya,
HARUS PEJAM MATA DAN CUBA APA SAJA..

-Cinta Muka Tak Malu –


“Hidup remaja hanya sekali. Rugi jika tak menikmatinya dengan keseronokan. Masa muda inilah nak try dan enjoy  apa saja. Cinta, hiburan, kebebasan dan dunia tanpa batas.”
-dipetik daripada buku Kata-kata Sakti Syaitan Laknatullah-

“JUST DO IT    -Setan Kecik-

AL-QURAN itu Penyelamat ;

Allah telah menjawab semuanya dalam Al-Quran, yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril :

Surah An-Nur ayat  21:
21. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Surah Al- Isra’ ayat 32 :
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.  

Surah Yusuf ayat 23 :
23. Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.

Surah Faathir ayat 28 :
28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
[1258]. Yang dimaksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.



Pappu telah lulus salah satu ujian dunia. Bagaimana dengan kita?


 
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 18 January 2013

Parody Baik dan Parody Jahat


Assalamualaikum...

2-3 tahun kebelakangan ni kalau kita perasan tetiba banyak video parody, atau artikel berbentuk parody yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. (ceh, ayat buletin utamakah ini? haha)

eh, kejap, apa benda "parody" tu?
Ok definisi parody : A parody (pron.: /ˈpærədi/; also called spoof, send-up or lampoon), in current use, is an imitative work created to mock, comment on or trivialise an original work, its subject, author, style, or some other target, by means of satiric or ironic imitation.
sumber : wikipedia

Atau dalam bahasa ibundanya parodi ni bermaksud sebuah bentuk komedi sarkastik , digunakan untuk menghanjeng, menyindir, mempermainkan, atau untuk mendatangkan keseronokan terhadap sesuatu hasil kerja.

contoh parody bentuk logo :





Secara puratanya, parodi dihasilkan semata2 untuk hiburan bagi jiwa2 yg kegersangan. Paham?

Aku memang suka tengok video2 parodi mahupun artikel yg berbentuk parody ni.., kelakarnya kadang- kadang sampai membahayakan usus dan memutuskan urat kentut.

Yang terbaru, parody tentang Kak Pah Listen listen listen pembela hak asasi haiwan sejagat. Dari bentuk artikel, video, lagu, komik, dan barang2 cenderahati seperti baju, seluar dan spender pun turut giat dipromosikan. Meletup habis.

Yang paling hangat, parody video Oppa Gangnam Style, sampai satu dunia terlibat. Penduduk Planet Musytari pula mengambil pendirian berkecuali dalam hal ini kerana tamadun mereka lebih tinggi daripada tamadun dan moraliti manusia Bumi.

Parody, walaupun sekadar hiburan, tetap ada positif , neutral dan negatifnya. Macam bakteria, ada bakteria baik dan ada bakteria jahat.

Parody yang baik, adalah parody yang bukan sahaja menghiburkan, tapi juga memberi sesuatu kepada orang yang menonton/ membacanya.

Parodi baik ni adalah parodi berkonsep serampang dua mata, dimana di samping dia menegur perlakuan asal, dia menunjukkan jalan untuk membaiki kelompongan dan kekurangan yang ada.

Parodi baik juga membolehkan kita sebagai peminat parodi mengambil iktibar dan pengajaran serta nilai-nilai murni untuk diterapkan dalam kehidupan kita (agak skema ayat ni)

Parodi yang baik tidaklah sampai menjatuhkan air muka makhluk asal yang hendak diparodikan. Sekadar menumpahkan air mata beliau kerana gelak ketawa itu tak mengapa.

Terbakar KLCC nmpak api, terbakar hati, tuan punya yang tahu. Rasakan.

Parodi jahat pula adalah parodi yang semata-mata menhanjeng pihak lawannya dan berniat menjatuhkan maruah beliau tanpa mengambil kira aspek2 keselamatan yang sepatutnya.

PArodi jahat ni biasanya bukan saja menyakitkan hati mangsa parodi tapi juga menyerlahkan kebodohan dan kebangangan pembuat parodi tersebut.

Contoh, ramai yang gigih membuat parodi tentang "BUDAK MC 5 HARI" tahun lepas. Memangla video budak tu agak annoying dengan aksi bodoh lagi sampah yang sangat meruntun jiwa.

Tapi dengan menggunakan logo "Parodi" ramai yang meniru balik aksi tersebut dan publish ke seluruh ceruk maya. Bagi aku cukupla 2-3 video parody. Kalau setiap orang kat dunia ni buat parody benda yang sama, mungkin youtube akan mengalami masalah untuk menampung bebanan memori terhasil akibat banyaknya video yg diupload. Paham?

Parodi jahat, bukan sahaja menjatuhkan maruah mangsa, malah menjatuhkan maruah, moral dan akhlak pelaku. Jangan ingat dengan menggunakan tiket Parodi, kita boleh menghalalkan segala perilaku kita.
Malaikat ni kalau nak catat amal baik buruk, dia takde nak kecualikan perbuatan kita disebabkan alasan parodi tu.

Jadi kepada ahli-ahli pertubuhan Parodi sedunia, janganlah semata-mata nak femes dan terkenal cepat, maka kita pun main hentam je segala aksi kita depan kamera.

Kadang-kadang video parody ni lebih teruk dan menyampah daripada yang original.

Kepada mangsa-mangsa parodi baik atau jahat, padan muka korang sapa suruh buat aksi bodoh di khalayak ramai. Bukan semua suka dengan perbuatan anda semata2 anda pengerusi Kelab atau pertubuhan tertentu. Ramai menyampah dan meluahkannya melalui parodi. Jadi , sekali lagi padan muka.

Selain padan muka, sila bersabar dan perbetulkan diri anda.

Nak tengok contoh parodi baik ? video Mr Bie salah satu contohnya : KLIK SINI

Blog AyeemAyam iaitu sejenis spesies ayam yg hampir pupus juga menghasilkan parody. Tapi beliau kurang konsisten, kadang2 ada parody baik dan kadang2 ada parody jahat. sekian.



-Kitab Parodi edisi Ke-7 : bab 9: parodi baik dan parodi jahat-




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 13 January 2013

VIDEO | Berhibur tapi mendidik

Assalamualaikum....


Cuma nak kongsi video-video best dari seluruh dunia :
Harap video2 seperti ini boleh menjadi alternatif kepada hiburan yang tak berkesudahan


1. Fatih Seferagic
 Bacaan al-Quran oleh seorang Al- hafiz muda yg baru  berusia 18 Tahun. Bleh cari maklumat di     Google :)







2. ANAK MUSLIM (Anak Kampung) - Mr Bie ft. Dato' A | Islamik Parodi 




3.  Tak Terukir Di Bintang | Mr Bie Parodi 




4. Things Not to DO in Masjid
Video kelakar tapi penuh mesej dan pengajaran






*penat upload balik gambar2 yg hilang dalam entri sebelum ni. ada banyak lagi yang belum sempat di upload semula.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 25 July 2012

Sweetnya Berbuka Puasa dengan Boyfren/ Girlfren...

Assalamualaikum.......




Alhamdulillah, dah masuk hari ke-5 di bulan Ramadhan. Harap2 ibadat yang kita buat dalam bulan ni diterima dan diberi ganjaran pahala.

Sejak dari dulu (waktu aku study universiti) sampailah skarang ni ada satu fenomena yang menjadi rutin umat Islam tiap kali tiba bulan Ramadhan. Rutin yang menjadi amalan golongan muda mudi Islam di Malaysia ni atau mungkin seluruh dunia.

Tiap kali berbuka puasa kat luar (kedai makan) mesti akan terserempak dengan couple-couple atau pasangan kekasih yang BERDATING SECARA ISLAMIK iaitu berbuka puasa bersama-sama.

Mungkin atas kesedaran bahawa Ramadhan ni bulan mulia, diorang mengurangkan aktiviti berdating di tempat2 lain dan lebih menumpukan pada aktiviti berbuka puasa bersama-sama walaupun di malam harinya rutin biasa masih berjalan.

Namun bagi aku perkara ni sangatlah tak manisnya dipandang. Dah elok seharian menahan segala jenis nafsu makan minum, seks, tidur dan lain-lain tiba-tiba di saat kita mahu meraikan kejayaan pada hari itu ditutup pula tirainya dengan benda-benda yang mengurangkan pahala puasa ni.

Kalau betul gian sangat nak jumpa (buka puasa hanya alasan) tu, ajaklah ramai -ramai ditemani mahram supaya tak menimbulkan fitnah.

Itulah silapnya kita pada hari ini. Suka membuka jalan ke arah fitnah. Bila dah timbul cakap-cakap belakang kita melenting marah kononnya orang lain suka jaga tepi kain orang. Sedangkan konsep dan cara dalam Islam kita diajar supaya menjauhi dan menutup segala lubang dan jalan yang boleh membawa ke arah fitnah.

Samalah analoginya macam ko berjalan berpakaian ala telanjang di tengah jalan (atau bazar Ramadhan) dan bila ada mamat2 kasanova meng fewitt2 dan mengacau ko salahkan mamat tu sedangkan ko yang menggoda pandangan dan nafsu mereka untuk teransang.

Mungkin diorang konfiden bahawa bulan ni takde syaitan atau orang ketiga. Tapi diorang lupa orang keempat kelima keenam ketujuh kelapan bla bla masih ada. Nafsu tak pernah berhenti mengajak kita menurut kehendaknya. Dan ada ramai mata yang memerhati perlakuan kita. Dan masih ada malaikat yang mencatat setiap amalan kita. Malaikat tak kena rantai ye.

Yang lelaki tak payahlah nak tunjuk baik kononnya dengan mengajak berbuka puasa bersama itu sama macam mengajak buat baik. Kononnya nak tunjuk kelayakan sebagai seorang "imam" sejati yang mengajak aweknya mengingati Allah.

Yang perempuan tak payahlah nak mengada-ngada kononnya nak tunjuk korang sweet couple yang paling sweet kat dunia ni. Tak payahlah nak tunjuk konon2 ada ciri2 isteri solehah yg menemani suaminya di meja makan.

Tak sama antara pasangan COUPLE dan SUAMI ISTERI. Sedar diri sikit. Faham?




Video Ustaz Azhar : hukum buka puasa dengan bukan mahram




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 15 July 2012

[VIDEO] : Koleksi Lagu -lagu Ramadhan

Assalamualaikum....

Kali ni cuma nak kongsikan beberapa video klip lagu- lagu mengenai bulan Ramadhan. Saja nak bangkitkan semangat dan feel nak sambut Ramadhan.

1. Harapan Ramadhan : Raihan ft Man Bai


Lagu ni lagu evergreen. Tak pernah jemu walau ulang berkali-kali



2. Kemuliaan Ramadhan : In Team ft UNIC

 Lagu ni agak rancak . Hasil gabungan dua kumpulan nasyid yang paling aku suka ni memang ohsem :)


3. Rindu Ramadhan- Devotees

Lagu tentang kerinduan menanti kehadiran Ramadhan.



4. Ramadhan Bulan Puasa : Ae-Man


Lagu dari kumpulan kanak-kanak. Seswai nak bagi motivasi untuk anak2 yang mula belajar berpuasa



5. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan : Rabbani


Lagu Rabbani ni bleh mengubat rindu pada Allahyarham Ust Asri Ibrahim. Al-Fatihah.



6. Ahlan Ramadan : Mishary Rashid Al-Afasy


Lagu ni lagu yang paling aku suka. Syahdu dan sayu. Boleh mengalirkan air mata.


Lain- Lain lagu :
Ramadhan Bulan Berkat : Hijjaz
Berkat Ramadhan: Imad
Lailatul Qadar : Raihan
Hikmah Bulan Mulia : UNIC ft Mestica
Rintihan Ramadhan
Amalan Ramadhan : Nada Murni
Hidupkan Ramadhan : Nada Murni

Daripada dok layan lagu jiwang karat, k-pop, omputeh yang ntahapehape maksudnya tu lagi bagus dengar lagu mendidik jiwa camni.
biar la tak rock pun janji tak melalaikan.

[VIDEO] : Koleksi Lagu -lagu Ramadhan 2
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 13 July 2012

Matematik dan Tragedi : 2 + 2 = 5

Assalamualaikum....




Aku teruja bila tengok video simple ni. Sekali tengok cam ntahapehapentah motifnya. tapi biasalah aku suka video2 yang membuka dan merangsang fikiran kita untuk berimaginasi camni.
Kita bebas menginterpretasi dan menterjemah ikut kefahaman sendiri.


2+2=5
mahu terima atau tak, itu hak kita...  orang boleh paksa, tapi kita sendiri yang tentukan sama ada mahu percaya atau tak.

2+2=5
Camne jika fakta yang salah tu diberitahu oleh seorang yang kita percaya. Seorang yang mempunyai autoriti serta ilmu dalam bidang tu?
Adakah kita berani nak bangkang? atau kita terima bulat2 atas dasar anggapan bahawa dia lebih tahu dalam bidang ilmu dia?

2+2=5
Kalau kita betul2 faham dan yakin dengan ilmu yang kita pelajari, ilmu yang kita ada, ilmu yang kita amalkan, tak semudah itu orang akan dapat mempengaruhi kita.
Kecuali lah kita hanya sekadar ikut-ikut cakap orang, sekadar taklid buta, tanpa kita sendiri mengkaji kesahihan ilmu yang kita dapat atau merujuk sumber yang lebih kuat.

2+2=5
cukup hanya sekadar pembuktian yang disertakan sedikit falasi (fallacy) dan trick memang dapat dibuktikan bahawa pengiraan tu benar.
Tapi pembuktian itu tetap ada lompong, yang akan kita jumpa bila dikaji lebih teliti.

2+2=5
Sejarah dunia boleh diubah. Fakta boleh diputarbelitkan. Auta boleh menjadi dalil. Yang menang itu yang menentukan sama ada sesuatu peristiwa menjadi benar atau salah. Yang berkuasa boleh menutup semua sumber kebenaran, membuat orang percaya yang fitnah itu adalah realiti.


2+2=5
Ilmu, perlukan keberanian untuk beramal. Kebenaran kadang-kadang penuh kepahitan untuk ditegakkan. Obor cahaya, perlu harungi onak duri dan ranjau untuk dinyalakan.

........................

Aku kadang2 kalau mengajar dalam kelas, aku suka guna konsep cabaran 2+2=5.
Best bila kita cuba menguji ilmu student- student dan mendapat respon yang tak dijangka.
Aku suka suruh diornag buktikan apa yang diorang rasa betul, biarpun memang konfem salah. haha. Agak kejam tapi sekurang2nya dpt melatih otak tu biar rajin berfikir, tak terima apa yg diajar bulat- bulat.

Pernah jugak cabar student Form 1 suh buktikan formula: odd + odd= even (no. ganjil+no ganjil = no genap) tu salah.
maknanya diorang kena cari odd+odd= odd
 
contoh : 3+5=8
3(odd)+5(odd)=8(even)

"RM 50 untuk sesapa yg dapat cari hasil tambah 2 nombor ganjil dapat jawapan no. ganjil jugak"

Ada yang excited sahut cabaran sampai minta bagi masa sampai esok untuk balik fikir.

Atau aku sengaja bagi jawapan salah. Pastu tanya " ada siapa berani bangkang?" yang malas berfikir atau kurang yakin terus setuju. Tapi yang berani dan yakin dengan ilmu dia mesti akan betulkan biarpun berisiko diejek jika tersilap.

Pembelajaran adalah satu proses. bukan semata-mata menghafal. Mendidik supaya akal rajin berfikir. Bukan sekadar angguk dan telan tanpa hadam.
Tapi masa terbatas mengehadkan proses. Kebanyakan pendidik terpaksa menjadi mesin pencetak yang mencetak kembali tulisan-tulisan dalam buku teks ke atas papan hitam atau papan putih.
Dan pelajar menjadi "pen drive" yang meng"copy" dan "save" segala data.
Sampai bercampur aduk segala "file" dalam "memory" dan gagal dicari semula bila memerlukan.

------------------
 
2+2=5
Sistem pendidikan, pentadbiran dan penyiaran perlukan anjakan dan perubahan. supaya 2+2=5 tidak dianggap sebagai benar. Seperti sekarang.
Jangan menyesal apabila semakin ramai yang tahu bahawa 2+2 sebenarnya 4. Dunia sekarang tanpa sempadan, Maklumat adalah raja yang berkuasa.
 
2+2=5
mengajar kita supaya tidak menjadi robot.


*maaf jika entri ini sukar difahami isinya


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 28 June 2012

Jom, Mari tengok Video Tutorial Berhijab/ Pakai Shawl Saya ni...






Sedang aku syok dok buat kerja (lah sangat) sambil jenguk-jenguk wall FB (FB aku gunakan sebagai sotkabar sebab bnyak link2 berita yang di post)........

Tiba-tiba.....

Ceh suspen konon...

Adelah sape nama ntah akupun lupa post link tutorial cara pakai hijab.

Maka terdetiklah di hati aku beberapa persoalan:
1.   Perlu ke sampai buat tutorial dan diupload ke Youtube ni?
2.   Ada ke orang nak tengok tutorial camtu?
3.   Bagus ajar orang pakai tudung ni, tapi camne diorang start tu mesti dalam keadaan tak pakai tudung ke apa? *confuse
4.   Agak-agak ada tak lelaki yang tengok sekali video tutorial tu?
5.   Betul ke mereka ni ajar cara tutup aurat? Ke sekadar berfesyen?
6.   Ikhlas ke ajar tu? Ke semata-mata nak femes?
7.   Tak segan ke upload video dan ramai-ramai orang tengok? Ke bangga?
8.   Apsal aku ni fikir negatif sangat?


Jadi aku membuat beberapa hipotesis :

1.   Shawl ni asalnya panjang, tapi bila dililit, dibelit, dipusing maka menjadi pendek lalu menjadi tudung yang tidak cukup sifat.
2.   Kebanyakan orang view hanya jika orang yang buat tutorial tu wajahnya cantik lagi menawan.
3.   Fesyen yang menarik perhatian dan bertabarruj lebih menjadi keutamaan.

Jadi untuk memenuhi nafsu ingin tahu yang membuak-buak, aku klik la jugak link tutorial tu...

Ok persoalan ke-4 terjawab. Memang ada lelaki yang tengok video tutorial ni. Buktinya aku dah klik dan tonton... ish

Dan bukti lain ada “like” dan komen dari kaum lelaki...
Contoh :” Masya-Allah cantiknya... untung sapa dapat , dahla bertudung “ <---- komen ala-ala ustaz hipokrit.

Dan, memang terbukti, setelah dibandingkan beberapa video (aku tengok sket2 je, takdelah sampai habis, sila percaya) memang yang wajah cun melecun mendapat views yang jauh lebih tinggi dari yang biasa-biasa.

Kenapa semua yang buat video tu muda-muda dan cun? Kenapa bukan makcik-makcik yang yang buat? Kenapa? Kenapa?

Tabarruj diutamakan fesyen didahulukan. Make-up memang tebal 4 inci dan fesyen tudung tak memenuhi syarat menutup aurat. Ini pun terbukti. Tapi bukan semua.

Bab shawl yang membelit tu pun betul. Selabuh-labuh dan sepanjang-panjang kain yang dibuat shawl tu akhirnya jadi singkat di atas paras dada bila dililit berpuluh kali camtu.
Boleh nak lilit, pastikan hasil akhir masih menutupi bentuk dada.

Dan tak semuanya yang buat tutorial tu semata-mata nak ajar dan tunjuk cara pakai tudung. Sebab mereka semacam berlumba-lumba nak mempromosi video tu supaya dapat like dan views yang tinggi. Link tu diorang paste kat semua jenis page dan ruangan komen kat status di FB:
“Tolong like pastu komen lepas tengok ye? “ Nak glemer cepat ke?

Mungkin ianya satu kepuasan bila video tu ditonton oleh ramai orang. Sekurang-kurangnya video tutorial tu lebih dikira sopan dan baik dibandingkan video menggedik dan nyanyi lagu ntahape-hape.

Kadang-kadang tutorial tu tunjuk cara pemakaian yang sama macam yang orang lain buat. Dia cuma tiru balik je. Perlu ke sampai macam tu?

Aku tahu entri camni ibarat cuba meremehkan vlogger-vlogger yang suka buat tutorial tu, jadi maaf jika aku tersilap membuat penilaian.

Niat kami baik, nak menarik minat golongan muda supaya bertudung.  Insya-Allah jika niat baik maka Allah bagi ganjaran. Dapat pahala.”

Betul. Mungkin ada yang tak bertudung terbuka hati untuk cuba fesyen bertudung sebab nampak cantik. Itu satu hijrah kecil yang sangat bagus.

Tapi kena ngat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.


Mengutip derma untuk anak yatim umpamanya memanglah baik tujuannya. Namun, jika caranya itu dengan membuat konsert yang menggalakkan anak muda ke arah unsur-unsur yang negatif maka itu tidak lagi dianggap baik. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)-


*tak suka tak payah tengok laa. Kalau nak tegur kenapa tak tegur artis-artis yang tak pakai tudung dan buat video klip dedah-dedah kat luar sana tu?
*huh... dah agak mesti ada yang kata camtu.

MAAF. INI ENTRI NEGATIF. SANGAT NEGATIF. ENTRI NEGATIF PASAL BENDA NEGATIF. NEGATIF darab NEGATIF jadi POSITIF. (multiplication Rules)

 
POSITIF: tak semua yang buat video tu macam tu. Ada yang betul-betul menutup seluruh aurat dan betul-betul mahu tunjuk cara betul pemakaian tudung. Insya-Allah.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...