Showing posts with label Matematik. Show all posts
Showing posts with label Matematik. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

DOODLE POSTER SPM : Selamat Berjuang SPM Warrior..

Assalamualaikum...


Kadang2 ramai yang mengadu lelah, penat dan mual,
mengejar dan dikejar masa dalam mendambakan diri dalam arena pembelajaran,

Sehingga ramai yang akhirnya jemu,
putus asa dan kecewa kerana tidak mencapai apa yang dikejar.

Sungguh, dunia seorang pelajar, jika tak disulami semangat kental,
jika tak disemai cinta membara terhadap ilmu,

kita akan cepat mengalah, stress dan tertekan.
Lantas berpaling dari amanah dan tanggungjawab yang digalas.



Betapa ramai yang saban waktu menangis,
terlalu kecewa dan amarah pada diri,
yang dirasakan terlalu bodoh dan tak berguna,
lantaran tak mencapai target yang diimpikan.

Harapan ibu ayah yang terlalu tinggi,

dibandingkan pula pencapaian abang kakak yang telah berjaya,
tekanan dari guru yang sentiasa menekan,
kadang2 semua itu membuahkan sakit jiwa yang tenat.




Tapi mengapa tidak kita terbalikkan situasi,
menukar keterpaksaan rasa kepada satu keseronokan yang menghibur,
setting baru dalam minda perlu segera di set up,
supaya kebencian terhadap pembelajaran tak membarah dan merebak.

Perbetulkan niat, biar semua kerana Allah,
kerana apa yang kita belajar itu, semua ilmu dari-Nya,
ikhlaskan niat menimba ilmu,
barulah semua kelelahan membuahkan pahala.


Biarpun akhirnya kita tak mencapai target,
usah bersedih andai segala usaha telah kita curahkan,
andai segala doa telah kita pohon,
andai telah diserahkan segalanya dalam tawakal,

Bukan keputusan itu menjadi ukuran,
Bukan itu yang Allah nilai, biarpun manusia menimbang neraca mereka sendiri,
Tapi proses dan usaha yang telah kita curahkan selama berjuang,
In Sya Allah akan terbalas suatu hari nanti, bila sampai waktunya.




Senyumlah dan teruskan belajar,
menghimpun dalam dada sebanyak mungkin ilmu Allah,
Tak ada ilmu yang Allah cipta sekadar sia-sia,
semuanya ada hikmah dan kegunaan sendiri,



Dengan Pendidikan Islam kita mengenal iman,
Dengan Matematik , kita menambah iman,
Dengan Biologi, kita memperkukuh iman,
Dengan Sejarah, Kita memperteguh iman,
Dengan Geografi, kita menyegarkan iman,
Dengan Sains, kita memperhebat iman.
Jadi atas alasan apakah kita MALAS belajar dan menuntut ilmu?
Ilmu bersifat duniawi juga mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah.
KECUALI kita orang yang sememangnya PEMALAS berfikir.
Mencipta seribu alasan menunjang kebodohan diri.



Kalau cahaya tak jatuh ke retina, maka dikatakan buta mata,
Tapi kalau ilmu tak jatuh ke dalam hati, itulah buta hati,

Buta mata, sekadar tak nampak jalan di dunia,
Tapi buta hati, tak nampak jalan di dunia malah juga ke akhirat.


Kalaulah dunia ini hanya dipenuhi oleh orang2 yang mudah berputus asa, maka takkan terciptalah mentol, takkan tercipta formula mencari isipadu, takkan terkumpul hadis2 sahih dalam jilid, takkan jatuh konstantinopel ditawan Al Fateh, takkan wujudnya kapal terbang,...
dan kita takkan mampu berjalan andai kita pernah putus asa bertatih semasa kecil..

Putus asa, datangnya dari sifat malas...
Malas akibatnya kebodohan dan kejahilan.


Aja-aja fighting!! SPM Warrior! Tunjukkan pada mereka yang ragu2 dengan kebolehanmu, biar mereka terdiam kelu tak terkata!


Versi PMR:  Doodle Poster : PMR Warriors


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 13 July 2012

Matematik dan Tragedi : 2 + 2 = 5

Assalamualaikum....




Aku teruja bila tengok video simple ni. Sekali tengok cam ntahapehapentah motifnya. tapi biasalah aku suka video2 yang membuka dan merangsang fikiran kita untuk berimaginasi camni.
Kita bebas menginterpretasi dan menterjemah ikut kefahaman sendiri.


2+2=5
mahu terima atau tak, itu hak kita...  orang boleh paksa, tapi kita sendiri yang tentukan sama ada mahu percaya atau tak.

2+2=5
Camne jika fakta yang salah tu diberitahu oleh seorang yang kita percaya. Seorang yang mempunyai autoriti serta ilmu dalam bidang tu?
Adakah kita berani nak bangkang? atau kita terima bulat2 atas dasar anggapan bahawa dia lebih tahu dalam bidang ilmu dia?

2+2=5
Kalau kita betul2 faham dan yakin dengan ilmu yang kita pelajari, ilmu yang kita ada, ilmu yang kita amalkan, tak semudah itu orang akan dapat mempengaruhi kita.
Kecuali lah kita hanya sekadar ikut-ikut cakap orang, sekadar taklid buta, tanpa kita sendiri mengkaji kesahihan ilmu yang kita dapat atau merujuk sumber yang lebih kuat.

2+2=5
cukup hanya sekadar pembuktian yang disertakan sedikit falasi (fallacy) dan trick memang dapat dibuktikan bahawa pengiraan tu benar.
Tapi pembuktian itu tetap ada lompong, yang akan kita jumpa bila dikaji lebih teliti.

2+2=5
Sejarah dunia boleh diubah. Fakta boleh diputarbelitkan. Auta boleh menjadi dalil. Yang menang itu yang menentukan sama ada sesuatu peristiwa menjadi benar atau salah. Yang berkuasa boleh menutup semua sumber kebenaran, membuat orang percaya yang fitnah itu adalah realiti.


2+2=5
Ilmu, perlukan keberanian untuk beramal. Kebenaran kadang-kadang penuh kepahitan untuk ditegakkan. Obor cahaya, perlu harungi onak duri dan ranjau untuk dinyalakan.

........................

Aku kadang2 kalau mengajar dalam kelas, aku suka guna konsep cabaran 2+2=5.
Best bila kita cuba menguji ilmu student- student dan mendapat respon yang tak dijangka.
Aku suka suruh diornag buktikan apa yang diorang rasa betul, biarpun memang konfem salah. haha. Agak kejam tapi sekurang2nya dpt melatih otak tu biar rajin berfikir, tak terima apa yg diajar bulat- bulat.

Pernah jugak cabar student Form 1 suh buktikan formula: odd + odd= even (no. ganjil+no ganjil = no genap) tu salah.
maknanya diorang kena cari odd+odd= odd
 
contoh : 3+5=8
3(odd)+5(odd)=8(even)

"RM 50 untuk sesapa yg dapat cari hasil tambah 2 nombor ganjil dapat jawapan no. ganjil jugak"

Ada yang excited sahut cabaran sampai minta bagi masa sampai esok untuk balik fikir.

Atau aku sengaja bagi jawapan salah. Pastu tanya " ada siapa berani bangkang?" yang malas berfikir atau kurang yakin terus setuju. Tapi yang berani dan yakin dengan ilmu dia mesti akan betulkan biarpun berisiko diejek jika tersilap.

Pembelajaran adalah satu proses. bukan semata-mata menghafal. Mendidik supaya akal rajin berfikir. Bukan sekadar angguk dan telan tanpa hadam.
Tapi masa terbatas mengehadkan proses. Kebanyakan pendidik terpaksa menjadi mesin pencetak yang mencetak kembali tulisan-tulisan dalam buku teks ke atas papan hitam atau papan putih.
Dan pelajar menjadi "pen drive" yang meng"copy" dan "save" segala data.
Sampai bercampur aduk segala "file" dalam "memory" dan gagal dicari semula bila memerlukan.

------------------
 
2+2=5
Sistem pendidikan, pentadbiran dan penyiaran perlukan anjakan dan perubahan. supaya 2+2=5 tidak dianggap sebagai benar. Seperti sekarang.
Jangan menyesal apabila semakin ramai yang tahu bahawa 2+2 sebenarnya 4. Dunia sekarang tanpa sempadan, Maklumat adalah raja yang berkuasa.
 
2+2=5
mengajar kita supaya tidak menjadi robot.


*maaf jika entri ini sukar difahami isinya


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 18 April 2012

Jom Test Otak : Soalan Matematik paling senang :)


Try le jawab dengan pantas. Senang je ni. Ntahapehape aku ni :)
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 1 April 2012

MATEMATIK DAN MOTIVASI : 101 %

Assalamualaikum.........



101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


 
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

 
H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

 
KNOWLEDGE

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%


A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))



Kita tidak mampu untuk berjaya di dunia dan akhirat tanpa Cinta Allah, dan tanpa mencintai Allah.
Yakinlah, walaupun kita pernah gagal, namun jika kita tak pernah putus asa, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita tetap akan berjaya, cuma masa yang menentukannya.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 30 January 2012

MATEMATIK DAN SENI : Matematik itu Indah, Seni itu Menawan

Assalamualaikum....

 *saja menggedik tempek muka hensem aku besar2 (err.. hehe)


Baru aku perasan lama dah aku tak buat entri pasal Matematik Dan......  ni... Matematik dan nombor ni satu seni atau arts, tak caye? ape kaitannya Math ngan seni nih? kalau ikut teori otak kanan kiri memang susah nak cari persamaannya...

Aku pun malas nak terang panjang2, bukan makin terang jadinya, kang makin terang makin kabur *ah sudaah dah start merepek dah...

Ok, tengok, nilai dan buatlah kesimpulan sendiri....




1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Fuuuh... cantik kan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321




*ini bukan satu kebetulan ye... setiap ilmu yang Allah kurniakan itu penuh seni, misteri, keunikan dan keajaiban yang tersendiri, cuma kita kena rajin menerokanya... Subhanallah... Allahuakbar  :)



“Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 4 November 2011

MATEMATIK & TARIKH : Fenomena 2011 - 823 tahun Sekali


Tahun 2011 telah hampir ke penghujungnya. Tapi sedar tak ada beberapa Fakta menarik lagi ajaib pada tahun 2011 ni? Mungkin ramai dah tahu, tapi Cuma nak kongsi kepada mereka yang belum tahu.
Fenomena ajaib ni hanya berlaku 823 tahun sekali sahaja.  Jom kita skodeng pasal tahun 2011.

Fakta Pertama:
Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.
Tarikh yang super cantik, bagi peminat nombor 1. Blehla sape2 yg berminat untuk mengabadikan tarikh2 ni sebagai tarikh perkahwinan, nak bertunang ke, nak beranak ke(ada yg sanggup mempercepat/melambatkan proses kelahiran demi tarikh berhantu ni) ....
Jgn wat tarikh nak bercerai /bunuh diri dah le....

Fakta Kedua:
Cer korang ambil 2 nombor terakhir di mana tahun korang dilahirkan dan tambah dengan umur korang pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!
Contoh :
Aku lahir pada tahun 1987, skang ni umur aku 24 tahun .
Jadi,  87 + 24 = 111
Cer try, cer try.... (sila wat muke excited)
Mungkin nampak kebetulan, tapi sebenarnya semua ni kuasa Allah.

Fakta Ketiga:
Mula2 cuba usha2 gambar ni...
Perasan tak, bulan Julai tahun ni lain sket...
Bulan July yang agak  menarik ni hanya sekali setiap 823 Tahun akan dapat. Mana tidaknya bulan July terdapat 5 Jumaat, 5 Sabtu, 5 Ahad. Inilah yang berlaku pada tahun ini pada bulan July.
Mengikut kepercayaan orng Cina atau Feng Shui situasi yang hanya muncul sekali setiap 823 tahun ni dinamakan sebagai ‘Money Bags’. Dengar je money terus kita tau bahawa tarikh ni ada ‘ong’, bagi diorang la.


Fenomena yg berulang-ulang dalam satu jangka masa tertentu ini dinamakan ‘pattern’ dalam Matematik yang akan membentu sequences yg menarik. Tak faham? Cer tengok sini.
 
Subhanallah, inilah ajaibnya ciptaan Allah, teratur, sempurna dan penuh kemisterian. Hanya yang berfikir akan menemuinya.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 20 October 2011

MATEMATIK DAN AL-QURAN: Formula Mencari Muka Surat Dalam AL-QURAN



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) 
Tip yg nak kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 6 di halaman ke berapa:
6-1 = 5, 5 perlu didarab dengan 2 jadi 5 x 2 = 10
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 6 adalah pada halaman 102
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 6 bermula pada halaman 102. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Ini bukan satu kebetulan. Ini adalah salah satu keajaiban al-Quran yang berjaya kita temukan. Al-Quran adalah sumber segala ilmu. Berbanggalah kerana kita dianugerahkan dengan kitab teragung yang mustahil dapat ditandingi mana2 buku di dunia ini.



P/S: Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja

credit to: orang yang menjumpai formula ini

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 26 September 2011

Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 2

(Artikel ni adalah sambungan drpd Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 1)

JOM BELAJAR MATEMATIK



PENTING!!!
Sebelum baca TIPS kt bawah tu, pastikan anda baca DOA SEBELUM BELAJAR... begitu juga setiap kali hendak mula belajar... OK?

TIPS MENGUASAI MATHS:

1.       Set dalam minda- MATHS ITU MUDAH. SAYA SUKA MATHS!! Mmmuah... haha

2.  Nak suka Maths, kena suka sekali CEKGU MATHS yg ajar tu. SUKA jgn lebih2 plak... :D

3.  Buang sifat MALAS!!!!! Buang la kt tong ke, kt loji ke, dlm longkang... wateva... nak    
     tau camne? TEKAN SINI...

4. Nak pandai, kenalah pegi skolah, betul tak? Paling penting, JANGAN PONTENG KELAS!!

5. Time dalam kelas tu bukak mata luas2, FOKUS pada apa yang cekgu ajar, bukannya dok 
    fikir pasal BF n GF... hingus pon meleleh!! Ada hati nk jiwang2.. kahkah! Ops.. Sorry...

6. Haa.. yg ko tenung je whiteboard/blacboard tu pehal? Ke tgh usha cekgu yg hensem /comel 
    tu? Ingat GENIUS sangat bleh ingat sume yg diajar tu?

7. Ape tunggu lagi? Kluarkan buku ngan pen skang! SALIN NOTA yg ade kt depan mata tu..
    X payahla tunggu cekgu suh salin baru nk salin... pikirla sendiri... 

8. Eh..kejap..kejap.. cer ko duduk elok2... cer duduk cara yang selayaknya seorng manusia  
    duduk... x payah nak tergedik2 terkinja2 .... 

9.  Haa... camtu laa... eh garu-garu kepala plak... kurang paham le tu... mulut mana? Ha.. ade 
     pon... dah tu, x reti-reti nak tanya bila x faham? X paham TANYA!

10.  Kalau ada orang len yang tnya soklan, pon kena dengar betol2... jangn gelakkan orng 
      yang tanya... cakap TQ kt dia sebab dia da tolong korang secara x sengaja tu...

11. Fuhh... lega kan kelas Math dah habis? Tunggu, ada masa lagi tu sebelom cekgu lain  
      masuk, lagi2 klu xde cekgu yang masuk (atau relief)... belek blik nota yg dah disalin   
      dengan tulisan cakar ayam ala2 font  Lucida handwriting  tu... haha

12. Belum cukup lagi... Math ni dahla nak faham agak susah, cepat plak hilang dr ingatan, 
      betol tak? Yang dahsyatnya, hari ni elok je faham, tp esoknya macam x belajar apa2

13. kenapa bleh jd camtu? Sebab bila balik rumah je trus buang buku, malas dah nak tengok... 
      BUSY la katekan... 

14. balik rumah tu lepas rehat, makan ,semayang, buatla HOMEWORK tu, xpon try buat blik  
      EXERCISE yg cekgu dh bg tdi...

15. segala nota, homework, exercise yg dh siap tu jgn lak pi buang, simpan elok2, baca blik 
      time wat REVISION...

16. Haa.. ni paling penting... BUAT LATIHAN/SOALAN SEBANYAK MUNGKIN... jgn 
      hanya mengharap latihan dan hemework... soalan yang cekgu x suruh buat pon buatlah 
      jugak.. klu ada buku latihan tambahan lagi bagos

17. Buku-buku latihan berlambak kat kedai.. daripada dok habis duit pegi CC n Top Up tu, 
      baik beli buku latihan... beli pastu tukar2 ngan kengkawan..
.
18. Klu nak maksimumkan dia punye efek... wat STUDY GROUP.. tau tak mende tu?  
      BELAJAR SECARA BERKUMPULAN... bukan secara COUPLE!!! Jangan salah  
      paham...

19. Dah la tuu... bg banyak2 klu x ikut wat pe... cer try tips2 tu dulu...


TAPI.... tip2 di atas tu TIDAK AKAN BERKESAN jika korang :

1.  Tak SOLAT

2.   MALAS baca al-Quran

3.  Tak Hormat ibu bapa, abang, kakak, pakcik makcik, cekgu2, kawan dan orang2 di  
     sekeliling korang

4.  Slalu tengok VIDEO LUCAH/BLUE... suka baca cerita/lmn Web lucah

5.  Selalu menyumpah/ mencarut /guna bahasa kasar...

So, klu korang ada buat 5 perkara kat atas tu (ada lg sbenarnya) ... X yah berangan la nak lulus cemerlang dalam MATH or subjek len... X LAYAK!! Paham ke tidak? Diulangi... X LAYAK!!!

Abeh camne? Abisla kitorang... PMR ngan SPM nanti fail la... huwaaaa!! Camne ni?

Ish... ape susah? Ubah la tabiat buruk tu.. belum terlambat lagi..
           
          SENTIASA MENSUCIKAN HATI- taubat banyak2, banyakkn solat sunat taubat, tahajjud    
          dan dhuha, baca al-quran, zikir dan istighfar banyak2…
under construction!
          HATI BERSIH baru ilmu senang masuk, betul tak?
haa.. dah bersih kan cantik?

Okla... teman da bagi tips nk tolong kome , tp klu kome yg x nak tolong diri sendiri, teman x dapat dah nak nolong....


Anda tak perlu menjadi seorang yang GENIUS untuk menguasai MATHS, cukuplah menjadi seorang yang RAJIN, dan berAKHLAK MULIA 

USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN... 
Insya Allah....



-monolog by keriikhwan-



Link :
Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 1
MyKOMIK 2: MATHEMATICS SUCCESS TIPS
MALAS? BERAMBUS KO DARI SINI!!! (TIPS HALAU MALAS)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 1




Lagi-lagi Matematik!! Lagi2 Math!!! X de benda lain ke hang nak bincang?
Boring tau tak? Pening kepala aku pikir pasal Math ni... migrain,migrain...Tidur lagi bagus!
Err.. bawak bersabar.. rilek ..rilek.. baru baca tajuk dah BOOOOM!! 
Benci sangat ke dengan Math? Sampai ngan teman2 skali pon kome benci?
X patut betul la... nak buat macam mana, sabor jela

Haa, pernah x rasa macam situasi kt atas tu? Mesti ada punye laa.. (bagi sesiapa yang x ikhlas belajar Math la, x pon sebab terpaksa belajar)

Nak tak nak, kalau korang ni still lagi bergelar  seorang student sekolah rendah/menengah, terpaksala mengadap subjek berhantu lagi menyeramkan ni... ish meremang bulu roma malam2 ni...

Okla, jom kita bincang camne nak atasi problem yang telah lama bersarang dalam otak2 student skola ni... Sebelum tu nak tanya sket laa...

Kenapa x minat Maths? 

Susah? Fobia dengan nombor? Mak marah(klu bg alasan ni lempang jer), atau atas nasihat doktor jgn bljar Math?(lempang skali lagi)

FAKTOR UTAMA:  X PAHAM!

-bila sekali cikgu explain pastu x paham, tp malu nk tanya, pastu biarkan je... sampai last2 semua x paham, sebab Math ni berkaitan ngan topik sebelumnya.

-atau rasa2 macam da paham, tp bila try buat soklan tetibe je x paham , blur je.. lg dahsyat blank terus... terus tutup buku ambik bantal .. TIDOO!!

-bila dah banyak kali jadi macam tu... terus GIVE UP... benci MATH!!!

- ape yang korang buat bile x paham? Tanye cekgu? Tkde kan?
Tanye kawan? Kawan pon x paham? Or kawan x reti nk explain, Cuma paham ntuk dia je..
Ade tanya mak? Ayah? Abang? Kakak? Pon xder... haish...
Ada korang baca balik nota tu? Ha? X paham tulisan sendiri? Adoi..

Sudah-sudah.. ape pon ALASAN , tu bukannya x faham.. tapi sengaja TAK NAK FAHAM!! atau dengan kata lainnya MALAS!!! Ngerti?

PENTING!!!
Sebelum baca TIPS kt bawah ni.., pastikan anda baca DOA sebelum belajar... begitu juga setiap kali hendak mula belajar... OK?


Ops... ruang x cukup la... hehe.. jd terpaksa la teman sambung membebel kt muka surat seterusnya...
Nak tau TIPS nya? sila TEKAN SINI.

bersambung....

-monolog by keriikhwan-


Link :
Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 2
DOA SEBELUM BELAJAR
MyKOMIK 2: MATHEMATICS SUCCESS TIPS
MALAS? BERAMBUS KO DARI SINI!!! (TIPS HALAU MALAS)
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

MALAS? BERAMBUS KO DARI SINI!!! (TIPS HALAU MALAS)


Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:

1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.

2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.
jangan berbaring

3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.

Cer try baca dlm tandas plak.. haha
4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.
habiskan je sebotol tu...

5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.
susun buku

6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!
amboi... sempat lagi ngumpat

7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.
kopi

susu
8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.

"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)


Dicopy kemudian diedit daripada Artikel iluvislam.com
Gambar ihsan Pakcik Google




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 25 September 2011

MyKOMIK 2: MATHEMATICS SUCCESS TIPS

Komik lagi... tapi dengan tema yang lain...adakah aku terlalu bnyk masa lapang smpai bleh plak lukis2+ warna lagi? haha...
ini cumalah ringkasan drpd tips2 yang panjang berjela...
harap mudah difahami dan berguna untuk diamalkan... walaupun semua orang dah tau Tips ni tapi kadangkala terlupa untuk megamalkannya... 


copyright © 2011 by keriikhwan

Insya Allah lepas ni ada huraian tentang TIPS UNTUK MENGUASAI MATEMATIK ni... dalam entri yang lain...
Sebenarnya tips ni bukan sahaja khusus untuk subjek Math, tp boleh diaplikasikan untuk semua jenis subjek... GOOD LUCK!

Kalau ada penambahbaikan @ cadangan boleh conteng2 kt ruangan komen tuu... yg kt bawah tuu..

Link:
MyKOMIK 1: LOVE YOU 
sebelum belajar, baca doa dulu:
DOA SEBELUM BELAJAR 
Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 1
Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 2
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

DOA SEBELUM BELAJAR

 Doa Sebelum Belajar 1

 

 

Doa sebelum belajar 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَخْرِجْنِي مِنْ ظُلُمَاتِ الْوَهْمِ، وَاَكْرِمْنِي بِنُوْرِ الْفَهْمِ. اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ، وَانْشُرْ عَلَيْنَا خَزَآئِنَ عُلُوْمِكَ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad

Allâhumma akhrijnî min zhulumâtil wahmi, wa akrimnî bi nûril fahmi. Allâhummaftah ‘alaynâ abwâba rahmatika, wansyur ‘alaynâ khazâina ‘ulûmi- ka birahmatika yâ Arhamar râhimîn.

Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Amin....





Baca yang ni gak:
Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 1
Camne ye cara nk Mudah Belajar Matematik? PART 2
MyKOMIK 2: MATHEMATICS SUCCESS TIPS
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...