Assalamualaikum...
![]() |
| Lukisan ni sama dengan kat header tu... : SAI + Photoshop |
![]() |
| banner : Adobe Illustrator CS6 Portable |
![]() |
| T-Shirt : Adobe Photoshop CS5 Portable |
Kat
atas tu design yang aku buat untuk Program Hari Keluarga Sekolah berserta
Program mendaki Bukit Broga yang terletak kat Semenyih.
Akhirnya
aku terpaksa akur untuk berbaik dan rujuk semula dengan Adobe Illustrator sebab
nak buat banner tu. Kalau buat dalam photoshop kemain besar gedabak saiz file
nya smpai nazak laptop aku.
Tapi
disebabkan masalah material kain, warna T-Shirt terpaksa ditukar menjadi warna
kuning. Tapi okla. Cantik gak macam warna baju BERSIH. (mohon jgn tangkap aku
bawah akta ISA)
![]() |
| Hasil selepas siap... |
Fuh,
2-3 bulan ni memang aktif sikit gaya hidup aku. Sampai tak sempat sangat nak
bermanja-manja dengan photoshop, SAI, excel and the gang.
Hujung
September lepas ikut rombongan mendaki Gunung Nuang kat Ulu Langat, Selangor. Puncak berstatus gunung yang ketiga sempat
aku tawan sepanjang hidup di muka bumi ni selain Gunung Datuk dan Gunung Nuang.
Bulan
Julai lepas panjat Gunung Angsi dengan 3 orang member aku. Tetibe je hiking naik
carta menjadi hobi paling best mengalahkan hobi- hobi lain seperti mengelamun
dan termenung.
Bukit
Broga ni sebenarnya kitorang dah naik dulu hari Isnin minggu lepas sebab nak
survey jalan dan laluan. Lepas tu datang naik sekali lagi pada hari Sabtu minggu
yang sama. Kira 2 kali dalam masa tak sampai seminggu.
Kali
pertama naik waktu petang dengan niat nak tengok matahari terbenam. Kali kedua
naik pukul 5 pagi dengan harapan nak saksikan matahari terbit pulak. Aku rasa
lepas ni aku nak naik lagi untuk tengok bulan mengambang, gerhana matahari dan
gerhana bulan. Haha.
Takdelah
hebat sangat pun nak dibandingkan mereka yang hari-hari turun naik bukit tu
macam berlari pecut 100m. Memang kagum sampai terlupa nak logout fesbuk (takde
kaitan dengan fesbuk pun sebenarnya)
Tapi
aktiviti macam ni banyak faedah dan baiknya. Yang buruknya Cuma penat dan
lenguh- lenguh badan sket. Esoknya, ramai yang terpaksa berjalan macam robot
expired yang nak habis bateri sebab sakit kaki dan otot.
Dengan
aktiviti ni kita boleh menguji sejauh mana kekuatan fizikal kita dan ketahanan
mental.
Kadang
–kadang boleh atau tidak kita melakukan sesuatu banyak bergantung pada kekuatan
mental kita. Aktiviti macam ni boleh mencabar kekentalan minda dan fikiran kita
untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak mustahil untuk kita lakukan.
Ramai
yang rasa macam nak berhenti dan mengalah dari meneruskan pendakian tapi bila
diberi semangat dan dorongan diorang mampu teruskan sampai ke puncak.
Bila
sampai je kat puncak segala penat lelah hilang sekelip mata. Rasa kepuasan tu
memang tak tergambar oleh tulisan Times
New Roman mahupun Arial. Hanya empunya badan yang tahu.
Perjalanan
ke puncak dan kembali ke kaki gunung tu banyak mengajar erti syukur.
Bersyukur
kerana diberi nikmat kesihatan sehingga mampu berjalan, memanjat dan melihat
alam yang tersangat indah dan menakjubkan.
Bersyukur
kerana kita lebih menghargai nilai makanan dan minuman dalam keadaan seperti
ini. Betapa makanan dan air kosong yang selama ini tak dipandang kerana
banyaknya makanan lain yang lebih lazat tiba-tiba menjadi begitu berharga dan bernilai.
Sebiji
gula-gula 2biji seposen menjadi lazat dan mampu menghilangkan sedikit
keletihan. Setitis air yang biasanya hanya dibazirkan menjadi rebutan semua
orang. (ini cerita masa naik Gunung Nuang, bawak pelajar-pelajar sekolah)
Sungguh,
ego dan hebatnya seseorang boleh ranap di sini. Tercungap dan keletihan sampai
terduduk biarpun nampak gagah dan kuat dari luaran. Yang selama ini nampak
lemah sebenarnya lebih kuat dan kental semangatnya.
Dan
kalau ikut kata member aku seorang kaunselor yang turut ikut sama program ni
(sebenarnya program Nuang tu dialah dalang yang bertanggungjawab sebagai
pengarah) aktiviti ni bagus untuk mereleasekan tension dan mengurangkan stress.
Walaupun
kadang2 aku nampak muka dia sendiri cam stress je nak habiskan pendakian tu
sebab penat tapi aku tetap percaya kebenaran kata-katanya tu. Kahkah.
(mintak2
dia tak baca la aku kutuk dia sket2 ni)
Rugilah
jika kita tak belajar apa-apa dari apa yang telah kita lalui. Bodohlah kita jika hanya mendapat penat dan
lelah semata. Ilmu Allah ada di mana-mana, bagi orang yang berfikir.
Bak
kata seorang lagi kawan aku, jangan mencabar alam, tapi cabar diri sendiri.
Ambil
pengajaran dari alam, sisipkan dalam lembaran pengalaman, untuk mengharungi
kehidupan.






