Waktu cuti.
Melayan
karenah adik2 , anak saudara dan sepupu yang masih kecil tak pernah
membosankan.
Kepada
anak2 itu, kita mengajar sesuatu, dan daripada anak2 itu, kita belajar sesuatu.
Alkisah.
Aku sedang
bersantai ditemani sebuah buku yang mempunyai banyak gambar yang dihiasi buih-buih dialog.
Datang
sepupu aku yg berumur 4 tahun. Perempuan.
“Abang
Long, Faiz mana?” mulut kecilnya pelat bertanya.
Abang Long,
gelaran untuk aku. Faiz adik aku yang keempat. Selamba je panggil nama direct.
“Eh, kan
dia dah takde. Pergi Kedah” Aku jawab acuh tak acuh.
“Kenapa nak
cari Faiz?” Sambil mata masih menatap buku yang dibaca dari kanan ke kiri itu.
“Nak cinta “
Pantas sahaja dia menjawab.
Aku
melongo. Aku dongakkan kepala. Pandang tepat pada wajah innocent itu.
“Haa? Nak apa?
Aku mahu kepastian.
“Nak cinta
ngan Faiz laa”
Sah
pendengaranku tak menipu aku.
“Hahahahaha!”
Aku gelak kuat-kuat.
Dia mula
menunjukkan wajah masam. Mencebik.
"Hahahahahaha!!" aku sambung gelak.
.......................
...................
............
“Err..
cinta tu apa?”
Soalan aku
kedengaran bodoh sekali. Ah, biarlah, asal aku dapat kepastian.
Mana la
tahu “cinta” yang dimaksudkannya itu adalah jenama biskut, atau nama anak
patung Barbie, takpun sejenis alat mainan.
“Cinta tu
KAWEN laaa!”
Dengan nada
dan ekspresi muka marah dan merajuk kerana terasa dipermainkan, dia berlalu
dengan kaki yang dihentak-hentak keras ke permukaan lantai.
Aku garu
kepala. Dari mana dia belajar semua itu? Mustahil daripada umminya. Tak mungkin
dari abahnya.
TV. Hanya
jawapan itu yang kukira paling logik.
Definisi
cinta budak 4 tahun.
CINTA itu
KAHWIN. Maksudnya Cinta itu perlu diniatkan untuk kahwin. Mungkin.
Ah, terasa
disekolahkan oleh seorang budak.
Aku
menyambung semula bacaan yang tergendala.
wow..sepupu ko bagi istilah yang agak tepat untuk cinta..
ReplyDeleteinnocent cinta..mungkin lepas ni ada drama Love U Mr Kid?hahahaha
cuba tanya kahwin tu apa pulak?jawapan budak zaman sekarang ni kan..
ReplyDeletebahahahaha..kan..itu makan dia..ahahah..paham pulak tu cinta itu kawin..cer ty kawin tu apa pulak..adeh.bdk skang terlalu maju kehadapan..parah di buatnya
ReplyDeleteadvance sungguh budak2 zaman skrg?? kalau dulu just tau main kawin2 je. tp skrg ni terus nak kawin sungguh.. hahaha.. (=.=')
ReplyDeletebudak2 skrg ni sungguh advance, kita org tua ni kena sentiasa bersedia dgn jawapan2
ReplyDeletewaaaaahhh!!!
ReplyDeletetapi jawapan tu kedengaran tepat..^^
@nazha anua
ReplyDeletehaha... tula .. kalau tnya budak besar pun belum tentu bleh bg jwapan yg bagus
@Azhafizah Md Nor
ReplyDeletekawen tu cinta laa! mngkin tu kot jwapannya haha
@merahitujambu
ReplyDeletediorang cepat belajar. baik atau tak baik dua2 cepat haha
@Haryz Khairuddin
ReplyDeletedulu2 pun ada budak2 yg terus nk kahwen. biasanya bila ada org yg baik dan rapat ngan diorang. bila tnya time besar nk kawen dgn sape terus dia sebut nama org tu
@Lina
ReplyDeletejgn bg jwapan yg bukan2 dahla :P
@Gee GTG
ReplyDeletehampir tepat. cuma perlukan sedkit penambahan je haha
hmm....innocent, tp kenapa aku rasa seram ye...mcm terlalu advance utk umur yg begitu...hmm..
ReplyDeleteamboi, umuq besaq tu pandai dah bagi jawapan kebabo. hahahahahaha
ReplyDelete@Lynn Damya
ReplyDeletebudak2 memahami sesuatu dari kacamata seorng budak.
mngkin sbb selalu tngok cerita, yg ada sebut "cinta" dan endingnya kawen.
mak ayah dia mmng limitkan masa tonton tv tp tula anak2 zmn moden lebih cepat bljr.
tp aku tak risau sngat sbb dari kecik diorang dididik dgn agama yg baik. besar sket nnti fahamlah tu.
@nurdani
ReplyDeletemudah lah sket lepas ni nak bagitau dia bahawa cinta tujuannya mesti utk perkahwinan. baru halal. haha
masa zaman tadika dulu pun, sy ingat cinta tu kahwin.. :3 . kemudian perkataan cinta pertama yang saya perhati betul2, 'cintai alam sekitar' tu pun dalam subjek pendidikan seni sek.ren. tak logik pula 'kahwini alam sekitar', rombak balik pemahaman.
ReplyDeletekedua cinta plak belajar, masa komsas..form 1, novel 'aku anak timur'. owww! camtu cinta~ XD . cinta tu pelbagai rupanya. tp pemahaman skrg (pesanan utk semua termasuk sy), buang masa bercinta, kawin je terus. habis cerita. XD
bila abang keri nak cinta @ "kawen"? hahahaha
ReplyDeleteya betul tue dik... kah kah kah...
ReplyDeletetak nak kawen jangan bercinte... kakakka
@BiskOt
ReplyDeletehhaha..kahwini alam sekitar
belajar definisi cinta dari alam
@Adam Azra
ReplyDeletetunggu ko kawen dulu la haha
@Aujinz cer tanya adik ah apa dia punya definisi cinta haha
ReplyDelete