Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Sunday, 16 February 2014

Budak 8 Tahun Muat Turun Aplikasi Lucah. Salah siapa?

Assalamualaikum...

Hari ini aku terbaca satu berita yang bagi aku menakutkan. Cerita tentang seorang budak berumur 8 tahun yang sudah pandai mendownload bahan lucah dalam telefon pintar.

Muka depan Harian Metro 16 Feb 2014
8 tahun. Hingus hijau masih laju pekat meleleh. Zaman di mana ramai kanak2 sebaya masih mengorek tahi hidung, menggentel dan menjentik kepada rakan sekelas yang lain.
Usia di mana kalau ternampak gambar seksi di majalah, mereka akan menjerit: "Aiyook.. dosa.. dosa.. aiyookk!"
Umur yang mana sepatutnya bermain kejar-mengejar di tengah hujan bersama rakan selepas balik dari kelas mengaji muqaddam dengan tok guru yang garang tapi baik hati.
Tapi itu zaman aku dulu.. berbelas tahun yang lalu.. bukan zaman hari ini.

Kemajuan, mula menuntut dan menagih korban untuk dipersembah kepada sebuah kemodenan. Jika dulu membina jambatan atau bangunan menuntut korban darah mangsa malang yang dipenggal kepala, namun korban yang dituntut pada hari ini lebih dahsyat.
Sedikit demi sedikit kita mula menukarnya dengan keruntuhan moral dan akhlak. 



Sekarang ni ramai ibu bapa yang kaya dan mampu. Tapi yang biasa2 juga mampu sediakan gajet dan telefon pintar yang kini boleh didapati dengan harga yang agak murah.
Mak ayah sibuk bekerja. Jadi mereka kadang kala tersilap sangka bahawa gajet ini mampu menggantikan kasih sayang mereka buat anak-anak.
Senyuman seorang anak yang terbiar sunyi tak sama indahnya dengan senyuman seorang anak yang bahagia dalam pelukan kasih seorang ibu, prihatin seorang ayah. Takkan sama.

Bagi mak ayah yang mampu mengawal dan menunjukkan cara penggunaaan hanya ke arah kebaikan memang aku respek. Sangat susah tapi bukannya mustahil. Dan ramai yang sudah berjaya membuktikannya.

Masalahnya ramai yang gagal memantau. Ada juga ibubapa yang memberi alasan keselamatan iaitu supaya anak senang menghubungi mereka bila kecemasan.
Tapi apa relevannya sampai bagi ipad atau iphone atau Note 3 sorang satu? setakat  nak call Nokia cap ayam pun dah ok.

Boleh nak dedahkan kepada teknologi supaya anak lebih cepat berkembang tapi pastikan ibu bapa memantau semasa anak gunakan gajet2 tersebut.

Ok malas nak panjangkan lagi, akhir sekali ni ada sedikit TIPS MENGAWAL PENGGUNAAN INTERNET DAN GAJET TERHADAP ANAK-ANAK


Bila dah jadi macam ni, jangan hanya dok bergaduh cari salah siapa.... tapi carilah cara untuk memperbetulkan keadaan.


MyKomik : Ironi#5 : Ibubapa Dulu & Sekarang



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 11 February 2014

Borang Kebenaran Melakukan Maksiat [Free Download]

Assalamualaikum..

Tak payah buat muka terkejut la sangat,aku bukan nak buat fatwa baru pun.
Memandangkan umat Islam di Malaysia ni dah kemaruk sangat nak buat maksiat dan dosa jadi aku cuba la fikirkan cara untuk diorang melampiaskan nafsu kehaiwanan tu dalam bentuk paling legal dan berhemah.

Ramai anak-anak terutama remaja menghadapi masalah bila nak buat maksiat kerana tidak mendapat restu dari ibu bapa. Maka terpaksalah diorang lakukan senyap-senyap di luar pengetahuan penjaga diorang.

Jadi aku harap alternatif yang aku sediakan ni boleh membantu menyelesaikan sedikit sebanyak kebuntuan yang tercipta.

Cara-cara menggunakan borang ini :

1. Download /muat turun borang ni dan save.
2. Sambung kabel printer kepada komputer dan printkan borang ini. Dicadangkan diisi dalam 2 salinan. Satu untuk simpanan pemohon satu lagi simpanan pihak yang meluluskan permohonan. 
3. Borang ini hendaklah diisi oleh pemohon (pemohon terdiri daripada anak atau isteri)
4. Borang yang lengkap diisi diserahkan kepada bapa/ibu/suami/wali/penjaga untuk ditandatangani kelulusannya.
5. Kalau diluluskan bolehla teruskan perlakuan maksiat tanpa was-was dan bimbang kerana telah mendapat restu ibubapa/suami. Tapi bukan restu Allah ye.
6. Kalau tidak diluluskan boleh membuat rayuan permohonan. Sebaiknya redha dan pasrah. Kalau nak teruskan juga secara senyap-senyap dengan akibat ditanggung sendiri.


Borang Kebenaran Melakukan Maksiat (download)

Bagi mengelakkan kekeliruan, aku ada sediakan satu contoh borang yang telah siap diisi dan ditandatangani kat bawah ni. Bolehla dijadikan sebagai idola, eh silap.. jadikan rujukan.

contoh borang yang telah siap diisi

Aku harap borang ini membantu lebih-lebih lagi sempena ketibaan Hari Maksiat Sedunia iaitu Hari Valentine 14 Februari ni. 
Kumpulkan keberanian dan isi borang ini dengan segera. Pihak aku takkan bertanggungjawab atas apa-apa musibah yang menimpa pemohon sewaktu mengemukakan borang permohonan untuk ditandatangani. Sebarang kos rawatan sila tanggung sendiri.

PENJELASAN

Ibubapa dan suami berhak tahu maksiat dan dosa yang akan dilakukan oleh orang-orang di bawah tanggungan mereka. Kerana mereka akan turut sama menanggung dosa yang akan dilakukan tersebut  jika mereka gagal mendidik, menegur dan menasihati pelaku di bawah tanggungjawab mereka dengan baik.
Dengan kata lain, apabila ibu bapa sudah menunaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak, mereka akan terlepas daripada dosa.

 “Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka...” 
(Surah al-Tahrim, ayat 6) 


Cuma jika berlaku dosa disebabkan kecuaian ayah dan ibu, maka ayah dan ibu hanya menanggung KESALAHAN CUAI DALAM TARBIAH. bukannya menanggung dosa anak-anaknya.

Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain(bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” 
(Al-An’am : 164)

Kecuali bagi mereka yang mengajar dan menunjukkan kepada jalan maksiat, maka di sana DASAR dalam syariat Islam yang sempurna ini mengatakan: SESIAPA YANG MENUNJUKKAN KEPADA SUATU DOSA, MAKA KE ATASNYA JUGA DOSA TERSEBUT. maka si ayah atau siibu yang mengajar anak-anaknya sesuatu amalan maksiat, lalu anak2 itu membuat maksiat dengan sebab ajaran ayahnya dan ibunya, maka tidak syak ayah dan ibu akan bersama2 menanggung dosa anaknya.

Bak kata pepatah " ke mana tumpahnya najis kalau bukan ke mangkuk tandas"

TETAPI bukan bererti ayahnya menanggung dosa anaknya, dan anaknya dikira terlepas dari dosa.. bahkan, kedua-dua mereka sama2 menanggung dosa yang sama.

wallahu a'lam. Tegur jika ada kesilapan.

Sebarkan borang ini kepada rakan anda juga. Ibubapa juga boleh print borang ni bagi kat anak-anak, nanti senang diorang nak isi bila memerlukan.
Jika mahu sebarkan borang ini dinasihatkan disebarkan sekali dengan artikel ni. Supaya tiada salah faham :)

*sebenarnya tanpa borang ni pun dah ramai ibu bapa yang meluluskan permohonan maksiat anak-anak mereka secara lisan .

Entri Valentine :
 ENTRI ROMANTIS BODOH : Valentine's Day....
 MyKOMIK 6 : Diari Cinta Buta
Demi CINTA, Lautan Neraka sanggup kurenangi


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 21 January 2014

Cerita Kedai Gunting


Di sebuah Kedai Gunting. Tukang Guntingnya berbangsa India.

Aku masuk Duduk atas kerusi. Niat murni cuma satu. Potong rambut bagi pendek, kemas dan selesa.
Yang penting semakin pendek rambut semakin jimat penggunaan gel/minyak rambut.
Maklumlah ekonomi tak berapa nak stabil, kena berjimat.
Takkan asyik makan kangkung je kan? Ah, kangkung lagi.

Di sebelah aku iaitu di kerusi lain, kelihatan seorang mak bersama dua orang anaknya.
Dua-dua aku kira umur budak -budak sekolah rendah yang belum akil baligh.
Kedai ni ada dua orang tukang gunting, jadi kami dilayan serentak.

Sambil rambut aku dikerjakan sesuka hati oleh tukang gunting yang sorang lagi, anak telinga aku tajam mengamati bait-bait kata yang terlafaz dari bibir kedua-dua beranak ibu dan anak itu.

"Adik nak potong rambut macam mana?"

"Potong sikit2 je. Nak macam ni, macam ni, dan macam ni"

Sebenarnya aku lupa apa yang budak tu cakap. Ahaks. Tapi dia menerangkan style rambut yang agak up to date dan berfesyen la kiranya.

Dan lepas potong sana, potong sini mak dia macam nak suruh potong pendek lagi.
Anak dia berkeras tak mahu.

Mak dia tanya anak dia yang sorang lagi:
"Ok ke macam tu? cikgu tak marah dah ke?"

"Ok dah tu. Dah lepas dah tu"

Serius. Aku nampak masih panjang lagi. Kalau lepas pun tak sampai 2 minggu panjang balik melebihi tahap yg dibenarkan. Dan fesyen itu tidak sesuai dengan status murid sekolah. Rendah atau menengah.

Teringat zaman aku sekolah dulu. Potong rambut takde fesyen2.
"Bang, nombor tiga" zas,zup zap selesai. Sebut nombor je. Haha. Tiada kompromi untuk berstylo.
Nanti kena bebel dan leter sampai rimas.

Point utama aku kat sini ialah hilangnya kuasa ibu dan ayah untuk mengawal anak-anak.
Anak-anak diajar untuk membuat pilihan sendiri itu bagus, tapi tanpa kawalan dan ketegasan ianya kelak akan merosakkan.

Jika perkara kecil pun tidak mampu bertegas, bila anak itu mahu membuat pilihan yang lebih besar, dan tersilap membuat pilihan, ibu dan ayah akan hilang kuasa untuk menegur dan mengawal anak2.

Ketegasan itu perlu. Dengan syarat bukan sampai mengongkong keterlaluan. Ada batas dan had.
Ada kelonggaran dan budi bicara.
Ada larangan dan asbab kenapa ditegah. Ada suruhan dan dijelaskan kebaikannya.

Ah, cakap memang senang. Dah kahwin ada anak tahulah tinggi rendah langit biru itu.

#entri tanpa grafik. Jarang-jarang berlaku di blog ini.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 12 November 2013

Cerita Grafik : Cinta Suci bawah Umur


Waktu cuti.
Melayan karenah adik2 , anak saudara dan sepupu yang masih kecil tak pernah membosankan.
Kepada anak2 itu, kita mengajar sesuatu, dan daripada anak2 itu, kita belajar sesuatu.

Alkisah.

Aku sedang bersantai ditemani sebuah buku yang mempunyai banyak gambar  yang dihiasi buih-buih dialog.
Datang sepupu aku yg berumur 4 tahun. Perempuan.



“Abang Long, Faiz mana?” mulut kecilnya pelat bertanya.
Abang Long, gelaran untuk aku. Faiz adik aku yang keempat. Selamba je panggil nama direct.

“Eh, kan dia dah takde. Pergi Kedah” Aku jawab acuh tak acuh.

“Kenapa nak cari Faiz?” Sambil mata masih menatap buku yang dibaca dari kanan ke kiri itu.

“Nak cinta “ Pantas sahaja dia menjawab.
Aku melongo. Aku dongakkan kepala. Pandang tepat pada wajah innocent itu.

“Haa? Nak apa? Aku mahu kepastian.

“Nak cinta ngan Faiz laa”
Sah pendengaranku tak menipu aku.

“Hahahahaha!” Aku gelak kuat-kuat.
Dia mula menunjukkan wajah masam. Mencebik.

"Hahahahahaha!!" aku sambung gelak.

.......................
...................
............


“Err.. cinta tu apa?”
Soalan aku kedengaran bodoh sekali. Ah, biarlah, asal aku dapat kepastian.
Mana la tahu “cinta” yang dimaksudkannya itu adalah jenama biskut, atau nama anak patung Barbie, takpun sejenis alat mainan.

Cinta tu KAWEN laaa!”



Dengan nada dan ekspresi muka marah dan merajuk kerana terasa dipermainkan, dia berlalu dengan kaki yang dihentak-hentak keras ke permukaan lantai.
Aku garu kepala. Dari mana dia belajar semua itu? Mustahil daripada umminya. Tak mungkin dari abahnya.

TV. Hanya jawapan itu yang kukira paling logik.

Definisi cinta budak 4 tahun.
CINTA itu KAHWIN. Maksudnya Cinta itu perlu diniatkan untuk kahwin. Mungkin.

Ah, terasa disekolahkan oleh seorang budak.
Aku menyambung semula bacaan yang tergendala.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 27 October 2013

Budak Umur 2 tahun Pandu Kereta


Assalamualaikum...



Tajuk kemain lagi... sebenarnya bukanlah drive pun, cuma posing drive jer...
Alkisahnya semasa aku nak bertolak dari Kelantan ke Negeri Sembilan time cuti Raya Haji yg lalu, tetibe je anak saudara aku yg umur 1 tahun lebih tu hulur tangan mintak dukung.

Bila aku salam dengan mak ayah dia pun turut excited salam dengan semua orang kononnya nak ikut aku sekali.
Tau-tau je aku nak bawa kereta.

Tak sanggup pulak nak hampakan harapan dia, (konfem nangis kalau kena tinggal) maka terpaksalah bawa dia masuk dalam kereta.
Ingat nak bagi 2-3 minit pastu umi dia (adik aku) ambik la.


Tapi sekali dah masuk taknak keluar pulak. Maka terjadilah aksi2 seperti di bawah.

buat muka comel, bajet nak suruh bawak dia jenjalan le tuu..

ON radio dulu... baru best

Ok, masa utk masukkan kunci

JOM, gerak...


Sebenarnya siap rakam video time dia nak masukkan kunci ke tempat kunci. Tak tahulah bila masa dia belajar semua tu. 
Tapi internet slow malas nak upload video.

Antara kepakaran lain beliau adalah menari gangnam style bila dengar muzik Gangnam Style atau lagu2 yg rancak. Adoii adik2 aku punye ajaran la ni.


Tapi yang bestnya kalau dia nak terjatuh atau tersepak sesuatu dia akan sebut "Allah"
Kalau baca Al-Fatihah pun dia macam nak ikut baca dan bila habis je akan sebut "Wala Dhoollliiin amiin" (ayat terakhir surah al-fatihah) tu je yang pandai sebut.
Pelik padahal dia belum pandai bercakap lagi. Panggil umi dgn abah pun tak pandai. 

Satu lagi kalau dengar azan dalam TV cepat je dia pergi dekat dengan TV dan duduk tengok penuh khusyuk.

Time kecik (belum pandai berjalan) pun senang nak jaga. Kalau menangis senang nak tenangkan. Nyanyikan je selawat atau zikir2 terus diam.



Gaya seorang model beg sandang.



Kat bawah ni adik beliau yang baru berumur beberapa bulan.... Lelaki


Add caption



Biasakan anak2 kecil dengan alunan zikir serta bacaan al-Quran, in sya Allah dilembutkan hati mereka bila besar nanti. Kalau boleh biasakan sewaktu mengandung lagi.

Cabaran membesarkan anak2 di zaman moden ni sangat besar. Suasana persekitaran kadang2 menyukarkan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak2.

Ramai ibu bapa yg mendedahkan anak2 kepada teknologi terlalu awal dan akhirnya mereka tak mampu mengawal. Kalau yakin boleh kawal, boleh teruskan. Kena sentiasa pantaula.

Bina diri sebagai individu yang baik, barulah boleh membina keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah.

Ramai ibu bapa hari ini hanya berfungsi sebagai kilang menghasikan anak tetapi gagal mengoperasikannya dengan baik kerana tidak mengikut manual penggunaan yg sepatutnya.

Kembali kepada Islam. Al-Quran dan Al-Hadis.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 26 July 2013

Give Away | Bagi Belah Kartunster #2

Assalamualaikum...


Tema : Kenangan Ramadan, Raya & Aku



Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila.
Aku ingat lagi, masa tu walaupun adik beradik aku tak ramai lagi cam sekarang tapi puasa dan raya tetap meriah.

Masa kecik dulu, aku selalu tido rumah nenek aku (sebelah rumah aku je) sebab aku memang rapat dengan nenek dan makcik sedara aku.

Tapi kat situ aku kena paksa (time skolah rendah) mengaji Quran 3-4 kali sehari. Pastu malamnya pulak kena kejut awal untuk sahur dan tak boleh tido lepas sahur. Azabnya mata tahan ngantuk.
Tapi nasib baik waktu Subuh nenek aku dan ayah aku akan pergi masjid. Jadi aku bleh la ambik kesempatan masa sepanjang ketiadaan nenek aku untuk lelap barang seketika. Bila dengar je enjin motor aku cepat2 bangun dan buat2 mengaji al-Quran. Tapi sepandai-pandai kanggaroo melompat akhirnya tersadung akar jua.

Antara babak2 yg membengangkan time puasa adalah bila adik aku yg kecik tu tak puasa. Dahla tak pose, dia boleh plak menunjuk2 makan eskrem ke cekelat or cekedis depan aku yang tengah tahan lapar. Memang nak kena lah. 2-3 minit lepas tu berlakula tragedi tragis di mana makanan tersebut bergelimpangan atas lantai akibat diterajang serta situasi seorang budak kecik menangis meraung-raung kekecewaan. Har har har. Agak kejam di situ.

camnilah situasinya...

Walaupun ada lagi nak mengarut tapi nampaknya patah perkataan amat mencemburui aku. jadi tamat.


*Aku tak kisah tak menang pun janji dapat kad raya yg spesel tu. haha. (sebenarnya kesuntukan masa menaip laju2)


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 10 June 2013

Misi Membina Replika Masjidil Haram

Assalamualaikum...

Time ada masa lapang masa cuti sekolah hari tu, aku adalah sahut cabaran makcik aku ni supaya tolong siapkan dia punya replika/model Masjidilharam.

Awal2 lagi time dia nak beli benda tu aku dah bagi amaran yang level kesukarannya tinggi, bukan taraf dia nak menyelesaikannya. heh, agak kerek di situ.

Tapi dengan konfiden dia jawab memang dia nak suruh aku yang buatkannya. Huh.

Maka...

Nilah rupa awal. 


Sumber rujukan.

Yang paling penting bina tapaknya dulu.


Under construction...


Bersepah2. Part yg agak leceh. Membina menara.


Kesabaran agak tercabar




Akhirnya.. SIAP!!


Lebih kurang 5 jam jugakla baru siap, tanpa bantuan. Aku minta bantuan makcik dan adik aku, tapi diorang baru mengadap seminit dah give up. Ceh.

Bahagian menara 9 buah tu yg paling leceh nak cantumkan. Bahagian tu saja dah 2 jam.
Kalau buat 2 orang bleh siapkan dalam masa 3 jam atau kurang. 
Aku buat ni pun berdasarkan gambar replika yang dah siap yg sempat aku snap gambarnya.

Harga cuma 40 riyal atau RM 33++

Huh, rindu plak pada Masjidil Haram bila tengok replika tu.

Bina replika dah, mendirikan masjidnya?.. eh eh.. (koff koff)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 12 May 2013

Peti Ajaib yang Pandai Berbohong...

Assalamualaikum...

Dulu-dulu waktu kecik rumah aku takde TV macam rumah orang lain. Maklumlah bukan orang senang.
Last -last adala sorang pakcik aku ni sedekahkan TV dia yang lama, sebab dia beli yang baru.

Lebih kurang macam ni la rupanya.. TV hitam putih tanpa warna.


Bukak pun bukan selalu. Sebab mak marah, membazir letrik katanya. Ada masa-masa dan rancangan tertentu sahaja yang dibenarkan tengok.

Tapi entah kenapa aku rasa TV dulu lebih menenangkan, lebih selamat untuk ditonton.
Biarpun kurang menarik tanpa warna warni dan  bunyi yang canggih, tetapi "Peti Ajaib" ini lebih jujur berbicara.

Cerita-cerita yang dipaparkan selamat ditonton seisi keluarga, tidak perlu risau unsur keseksian yang keterlaluan dan ada pengajaran yang dapat dikutip, biarpun sedikit.
Kalau sesekali ada gambar yang sedikit seksi, serentak kami adik beradik tunduk ke bawah, tak sanggup dan malu untuk menontonnya. Comel kan ? haha

Bila tiba waktu Berita, mak ngan ayah aku memang akan tercongok di depan tv. Kadang2 aku tumpang sekaki.
Waktu itu, beritanya benar-benar berita, melaporkan isu dan kejadian yang berlaku di seluruh negara dan dunia.
Biarpun ada ketikanya wujud manipulasi, tetapi masih lagi terkawal. Biasalah tv nak tarik penonton.

Tapi hari ini semua dah berubah. TV makin canggih, warna makin cantik, bunyi lebih hebat.
Tapi sayang, isi penyampaian turut sama berubah.

TV, pemberi maklumat yang setia mula pandai berbohong. Sudah berubah.
Aku makin ragu dan hilang percaya padanya.
Mahu tonton cerita, perlu tapis dulu. Banyak unsur hina dan keji bergelumang dalamnya.
Ada rancangan, penuh dengan hiburan. Hedonisme disajikan sebagai makanan jiwa.

Menteri TV nyata pemalas buat kerja. Tiada tapisan dan garis panduan jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh  ditayangkan kepada umum. (nasib baik beliau dah tak jadi menteri tv lagi)

Berita? penuh pembohongan dan penipuan. Manipulasi dan provokasi menjadi bahan utama.
Penonton dimomokkan berita palsu membentuk persepsi janggal dan negatif.

Aku pun sudah lupa bila kali terakhir aku buka dan tonton tv terutama berita. Sudah terlalu lama.
Kecuali la kat kedai yang aku order nasi goreng dan air kopi ais tu pasang, terpaksalah tengok.

PETI AJAIB itu, makin hilang keajaibannya. Makin hilang wibawanya.
Tapi ada aku kisah? aku ada Peti lain yang lebih ajaib. Yang lebih pantas dan hebat. Cuma perlukan akal untuk menapis maklumat daripadanya.


Peti Ajaib yang baru. Lebih adil.
Tapi AWAS!! Ia tetap lebih berbahaya dan menakutkan, andai disalahguna.


(akhirnya berjaya update entri... huh)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 28 December 2012

Dunia tanpa masalah…

Assalamualaikum...



wujudkah dunia tanpa masalah?

Masalah, problem, stress wujud kat mana-mana…
Kecuali pada dunia seorang anak kecil…
Masalahnya Cuma lapar, sakit, nak buang air kecik, air sederhana kecik, air sederhana besar dan air besar.

Tapi, semua masalah mak ngan ayahnya yang akan tolong selesaikan.

Tak perlu fikir tentang masalah-masalah kehidupan, tekanan kerja, dan bebanan tanggungjawab.
Tapi, anak kecil itu juga akan menghadapi tekanan dan permasalahan yang sama apabila dia menginjak dewasa.

Kita pernah melalui fasa hidup tanpa masalah itu, jadi tak perlulah berangan sangat nak kembali ke zaman itu semula.

Hidup kita, masalah kita, mahu tak mahu, kena hadapi, kuatkan semangat dan terus bergerak ke hadapan.



Rindu budak ni … :)


Hai peminat semua...


muka gedik... jgn besar nanti buat duckface sudah



saat-saat cemas dipaksa posing dalam "Lautan bebola warna -warni" -muka pasrah



dah boleh meniarap

cubaan untuk duduk bersimpuh gagal...



macam tak membesar je saiz budak ni tiap kali aku balik kampung. cuma skill dan kemahirannya je yang bertambah.  haha




Oh ya, ada satu tempat di mana kehidupan tanpa sebarang masalah dan kepayahan, hanya kegembiraan.
Tapi untuk ke sana, kita perlu mati terlebih dahulu.
"SYURGA"




Doa minta masuk Syurga Dan Jauhi Api Neraka



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 7 December 2012

MyKomik : Ironi#5 : Ibubapa Dulu & Sekarang

Assalamualaikum....









Ingat lagi masa kecik-kecik dulu... masa aku comel giler tu (mohon jangn nak komplen sangat pasal fakta tuu)... masa sebelum aku ambik UPSR...

Aku takde nak demand hadiah bukan- bukan sebab aku memang tahu mak ayah aku bukan orang senang... cuma diorang janji nak bagi "Hadiah Misteri" ...

Makcik-makcik pun ada janji nak bagi hadiah... nak harapkan abang ngan kakak aku... memang tak laa... sebab aku takde abang ngan kakak :P (anak sulung)

Walaupun memang dlm hati ada list hadiah yang aku nak tapi cuma mampu pendam dalam hati, tunggu ada duit sendiri.

Maka "Hadiah-hadiah Misteri" itu bagaikan sedikit suntikan tonik yang melonjakkan motivasi untuk belajar dan berusaha dengan lebih tekun.

Walaupun hadiah tu bukanlah matlamat utama, tapi sekurang2nya menjadi salah satu pembakar semangat, walaupun aku tahu bukanlah hadiah mahal sangat pun.





Tapi pelik bila aku lihat zaman sekarang macam ada sesetengah parents tu dah terbalik... bagi dulu hadiah baru minta anak-anak belajar bersungguh-sungguh...

Bukan nak mempertikaikan, kalau kekadang tu takpela jugak, tapi macam dah terlebih dimanjakan pun ada. Semua yang diminta akan diusahakan sampai dapat.

Contoh,anak-anak yang nak ambik PMR, awal tahun lagi kemain banyak dia punya permintaan. Jin Lampu Ajaib Aladin pun tak mampu nak tunaikan. Kalau tak tunaikan , bagi alasan takleh nak fokus study.

Kononnya nak galakkan anak-anak untuk belajar, maka mak ayah pun bagilah iPhone, Smartphone, PS3, XBox, Wii, Laptop, Komputer, Motor mahal-mahal...

Sampai sekarang aku masih gagal nak kaitkan benda-benda tu dengan pembelajaran di sekolah mahupun di rumah.

Anak-anak pulak mudah sangat terpengaruh, tengok kengkawan yang berada sket dok tayang gadget, mula la merengek mintak tu mintak nii...

Kalau betul lepas dapat apa yang diorang nak tu dorang belajar rajin-rajin dapat result cemerlang takpe jugak... tapi makin leka dan hanyut adala...

Kalau mak ayah betul-betul mampu, takpela jugak. Tapi kalau mak ayah yang tak berapa nak mampu, tapi paksa diri nak bagi anak-anak hadiah mahal semata-mata nak ikut kemahuan anak, takut merajuk tak ke naya?

Mohon anak-anak jangan nak paksa- paksa mak ayah belikan benda-benda yang diorang tak mampu dengan pendapatan dorang...

Kalau anak-anak aku baca entri ni kelak, harap diorang faham...

Anak- anak.... errr...

Cuaca hari ni cantik (ubah topik)

[Orang yg belajar dalam bilik ber air-cond belum tentu lebih pandai dari orang yang belajar di beranda rumah kerana rumahnya takde kipas]

[Orang yang belajar guna Smartphone dan laptop belum tentu lebih gah resultnya berbanding orang yang belajar bersuluhkan cahaya lilin kerana rumahnya tiada elektrik]






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 23 November 2012

My Doodle Notes #4 : Lelaki Tampan...

Assalamualaikum...



Menjadi Lelaki Tampan... 

Istilah dan definisi ketampanan seorang lelaki sentiasa berubah-ubah mengikut mata siapa yang memandang.
Ada yang kata lelaki berbadan sasa macam Ben Ashaari itu tampan... uhuk uhuk..
Ada yang kata bermuka jambu macam Penyanyi dan pelakon Korea itu tampan...
Ada yang kata lelaki Negro itu tampan...
Ada yang kata lelaki Melayu berbaju Melayu bersamping itu tampan..
Entahlah.. pokoknya tiada definisi tepat.

Namun itu daripada pandangan mata manusia yang lemah dan sentiasa silap..
Sebenarnya tiada guna berwajah tampan berbadan sasa jika sifat kelelakian itu belum cukup...

Huraian akronim T.A.M.P.A.N mengikut kamus aku :

T : Tanggungjawab Diutamakan 
Sebagai seorang lelaki memang dilahirkan untuk memikul pelbagai tanggungjawab yang berat.
Maka dia perlu pandai membahagikan masa dan ruang hidupnya untuk perkara2 yang lebih penting berbanding dengan keinginan dan kehendaknya.      
Tanggungjawab sebagai hamba Allah, pada diri, pada Ibubapa, adik2, keluarga, anak isteri, dan masyarakat.
  
A : Allah dan Rasul Didahulukan
Seorang lelaki tampan adalah seorang lelaki Soleh. Mendahulukan kewajipan terhadap Penciptanya. 
Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan manual kehidupannya.  



M : Menundukkan Pandangan
Menjaga penglihatannya dari memandang yang haram.

A030

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nuur 24:30)




P : Pemimpin yang Adil
Setiap orang adalah pemimpin sama ada pemimpin bagi dirinya sendiri, bagi keluarga atau pemimpin kepada masyarakat dan negara.
Lelaki tampan adalah lelaki yang mampu bersifat adil dan tidak menzalimi hak orang lain.
Berani menyatakan kebenaran dan rela mengaku salah bila membuat silap.

A : Akhlak terpuji
Akhlak dan tingkahlaku yang terpuji adalah lambang keperibadian mulia.
Menghormati orang yang lebih tua dan sopan santun dalam perlakuan serta pertuturan.

N : Nafsu dibatasi Iman
Manusia dilahirkan dengan bermacam jenis nafsu sama ada baik atau buruk.
Lelaki tampan mampu mengawal nafsunya. Nafsu amarah dikawal dengan sifat sabar. Nafsu syahwat dikawal dengan menundukkan pandangan. Nafsu makan dikawal dengan puasa.
Imannya mampu membatasi segala keinginan yang ditimbulkan oleh nafsu jahat dalam diri.

Pendek kata... lelaki tampan itu adalah lelaki soleh.
 


Entri Berkaitan :
My Doodle Notes #3 : Wanita Cantik...
 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...