Perempuan.
Bila datang penyakit perasan. Habis gambar
diupload jadi paparan.
Bila datang penyakit perasan, anak remaja,
dewasa dan mak orang pun penasaran.
Bila datang penyakit perasan. Gambar muka
diedit hilang jerawat tanpa kesan.
Bila datang penyakit perasan. Mahukan
pujian. Tersengih sendirian.
Bila datang penyakit perasan. Jangan sampai
jadi murahan.
Perempuan perasan. Senjata syaitan
merosakkan iman.
Penyakit perasan ni boleh menimpa sesiapa
sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya perempuan lebih menonjol
dan memberi lebih banyak mudarat serta berbahaya.
Kebiasaannya apabila seseorang perempuan
bersolek, memakai pakaian baru, maka mereka berasa mereka lebih cantik dari
kebiasaan dan mula terperasan.
Secara automatic akan timbul satu perasaan
inginkan penghargaan atau inginkan pujian. Maka mereka cuba menunjukkan
kecantikan itu kepada orang-orang terdekat dengan harapan supaya dipuji.
Itu normal.
Tapi bagi yang ada penyakit perasan tahap
kronik, mereka tak mudah berpuas hati setakat menunjukkannya kepada orang
terdekat di rumah. Mereka mula mengambil gambar selfie sambil membuat gaya-gaya
yang diyakini paling comel dan paling menarik.
Ditambah dengan software photo editing atau
camera 360 maka penyakit perasan itu akan meningkat ke satu darjat yang lebih
menakutkan.
Mereka mula mengupload gambar bajet comel
tersebut di laman sosial dengan tujuan mendapatkan perhatian. Apabila selalu
dilakukan ianya bertukar menjadi kebiasaan dan tabiat.
Malah ada yang tak segan silu meng”tag”
friends mereka pada gambar mereka dengan caption “kalau suka like la. Tak suka
berambus. Komen yang murni-murni jew”
Hatta gambar yang diupload itu secara
logiknya tak layak dikomen yang murni-murni (tiada definisi jelas bagaimana
komen yg murni tersebut)
Pada mulanya aku menganggap komen seperti “ Awak, kalau awak tutup aurat pakai
tudung lagi comel. Allah pun suka” itu sebagai komen murni tapi nyata silap
apabila komen itu biasanya akan didelete dan pengomen akan dimaki malah di “blocked”.
Snap. Upload. Tag .
Snap. Upload. Tag.
Change profile picture.
Change profile picture.
Change profile picture.
Berulang –ulang.
Snap. Upload. Tag.
Change profile picture.
Change profile picture.
Change profile picture.
Berulang –ulang.
Tabiat ini bukan saja menjadi ketagihan
anak gadis remaja, malah yang dewasa dan mak-mak budak.
Yang paling menyedihkan ianya menjangkiti
para niqabis bertudung labuh yang begitu teruja menjaja gambar mata yang
disolek menggoda.
Maka terpaksa pula dibuka bab baru
membincangkan bagaimana penyakit perasan niqabis ini menjadi fitnah buat tudung
labuh dan niqabnya.
Kadang-kadang, gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbanding perempuan yang freehair.
Kadang-kadang, gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbanding perempuan yang freehair.
Ternyata penyakit perasan ini menyerang tak
pilih kasih. Anak gadis berambut perang, para niqabis yang nampak sopan, cikgu
perempuan yang bergaya sakan, makcik pakai selendang bergelar isteri orang,
atau janda berhias beranak sorang.
Sungguh, kecantikan dan kecomelan yang
ditayang dan dipamerkan ini mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki yang rapuh
iman. Tidak mustahil menerbangkan serban seorang imam.
Perempuan, janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki. Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yg teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan mereka.
Sesungguhnya ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda.
Lagikan jubah boleh tembus apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu.
Dan kalau masih berdegil juga, jangan meroyan menyalahkan sesiapa jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi.
Redhalah, pasrahlah. Itu pilihan korang sendiri.
Perempuan, janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki. Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yg teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan mereka.
Sesungguhnya ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda.
Lagikan jubah boleh tembus apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu.
Dan kalau masih berdegil juga, jangan meroyan menyalahkan sesiapa jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi.
Redhalah, pasrahlah. Itu pilihan korang sendiri.
Juga, bila mati nanti, tolong jangan hadir ke dalam mimpi kawan-kawan atau mak ayah merayu supaya didelete akaun Facebook atau instagramnya. Seram tau. Seram!
Jelas, dengan hanya sedikit suntikan virus
perasan, syaitan-syaitan sudah mampu bergelak ketawa, bersenang lenang
bergoyang kaki menyaksikan strategi dan percaturan mereka mula membuahkan hasil
yang cukup berkesan.
Perempuan yang dijangkiti virus perasan ini dengan rela menjadi senjata sang
syaitan laknatullah untuk merosakkan iman mereka sendiri malah iman para lelaki
yang kurang budiman.
Maaf kerana terpaksa menulis entri yang
cukup mengguris hati ini.
pujian tu macam satu keseronokan. ada yang dipuji, rasa megah. untuk elak benda ni terjadi, jangan upload. selesai.
ReplyDeleteadakala terlalu berharap juga adanya sistem yang boleh hapuskan data macam dalam cerita 'I Am Number Four' :3 (orang lain upload gambar, orang lain yang delete).
ReplyDeleteHa ah.. kengkadang lelaki pon ada jugak.. koh koh koh
ReplyDelete@nurdani
ReplyDeletemencegah lebih baik daripada mengubati
An apple a day keep doctor away.
@BiskOt
ReplyDeletei am no 4? tak pernah tengok plak cite tu. tp kalau ada nnti disalahguna plak. jadi sendiri kena ingat
@Aujinz
ReplyDeletelelaki pun dah makin membiak spesis perasan ni. spesis bobo barangkali
Salam..aku perempuan, tapi aku setuju dgn apa yg kau tulis ni..mgkin sbb aku xbuat mcm tu, bukan tak perasan, perasann~ haha, cuma aku agak malu lah klw nak pamerkan smpai tunjuk kat smua org or upload di laman sosial.. (eh, adakah aku tgh perasan bagus ke ni, haha)tp entry ni mmg best, aku mmg setuju!
ReplyDeleteAssalamualaikum, tak sedar sampai noktah terakhir penceritaan yang santai dan best. Mesej diterima.
ReplyDeleteviral selfie is trending now..upload 5 minit sekali tanpa sedar orang meluat..huhu.kalau 360 camera xde,orang tak upload gambar kot.hahaha
ReplyDeletebestnya sajak tu cikgu keri..hehe..
ReplyDeletehmm..good point keri..in fact aku rasa sesape pun tak payah nak terguris bagai..ni semua fakta..
tapi memang seram kalau mimpi2 macam tu suh delet e fb bagai..hahaha..
aku pernah ketagih fb masa memula create dulu, serius aku rasa sangat selamat dan syukur dapat delete benda tu..
sekarang, aku rasa hidup lebih bermakna tanpa fb..dan aku agak kesian dengan orang yang asyik belek hp 24/7..
lyndamya:
ReplyDeletetenkiu. setiap org ada perasaan perasan tu.. haha. wajib. cuma bezanya cara mengendalikan
Nurul Hidayah:
Alhamdulillah.
Azhafizah :
ReplyDeletetakde 360 ada instagram. takde instagram ada photoshop.. ada sofwer lain. cuma 360 paling cepat la :D
nazha anua:
kalau ada yg masuk mimpi aku, rasanya esok tu jugak aku deactivate akaun fb haha.
Tahniah kerana berjaya membebaskan diri drpd penjajahan fesbuk
ya, entri mcm ni mmg patut tulis. peringatan untuk semua termasuk saya :)
ReplyDelete@Gadis Misteri harap2 org faham laa
ReplyDeleteAgreed.. fenomena nie memang berlaku zaman skg nie... Semoga kita tergolong dalam kalangan org yang baik dan terhindar daripada keburukan laman sosial... :)
ReplyDeletemohon share boleh?
ReplyDeleteBetul bro... Lucu kan... Haha
ReplyDelete