Dua topik yang aku perhatikan paling rancak diperkatakan dan evergreen sepanjang masa tak kira musim atau cuaca adalah topik Bola Sepak dan Politik.
Banyak persamaan dan keserasian antara dua topik ni. Sama ada yang baik ataupun yang buruk. Aku cuma senaraikan secara umum. Malas nak ulas detail-detail.
1. Strategi
Kedua-duanya perlukan percaturan strategi yang terancang dan teliti. Ada masa merancang strategi, Ada masa bertahan dan ada masa menyerang. Ada perancang strategi di luar padang yang menjadi mastermind setiap corak serangan atau pertahanan.
Ada juga penganalisis setiap peristiwa/perlawanan yang bajet tahu serba-serbi. Ada masa boleh pakai dan diterima ada masa ke laut.
2. Ketaksuban
Kedua-dua bidang ini masing-masing mempunyai pengikut tersendiri. Bola Sepak dengan pasukan-pasukan sama ada kelab atau negeri ada penyokong yang ramai. Biasanya dengan semangat kenegerian. Masing-masing taksub dan berbangga dengan pasukan negeri masing-masing.
Tak salah. Yang menjadi salah apabila saling kutuk mengutuk caci mencaci ugut-mengugut antara pasukan negeri A dengan pasukan negeri B atau C mahupun D. Ya, semua berpunca daripada ketaksuban para penyokongnya.
Politik juga sama, perbezaan fahaman parti menyebabkan perbalahan sama ada di kedai kopi, di laman fesbuk. Twitter atau di pentas ceramah. Masing-masing mahu menang dan tak mengaku kalah.
Terlalu taksub dengan Parti atau pemimpin (mungkin pembodek) menyebabkan mereka menelan bulat2 apa yang diperkatakan oleh pihak mereka dan menolak secara total apa jua pelan dan cadangan pihak lawan.
Ego dan kebodohan menjadi tunjang ketaksuban.
Bahasa saintifik untuk pentaksub yang gila ini adalah "MACAI".
3. Masalah Badan induk
Kalau bola sepak badan tertinggi di Malaysia adalah FAM.
Politik pula selalunya dikaitkan dengan pilihanraya yang dikendalikan SPR.
Kedua-dua badan induk ini kebanyakan masanya berkongsi nasib yang sama. Selalu kena maki dan menjadi tempat diluahkan segala ketidakpuasan hati.
Biasanya dikaitkan dengan keputusan berat sebelah atau pengurusan yang kurang cekap.
4. Fitnah menfitnah
Politik, biasalah. Untuk survival kerjaya dan kedudukan masing-masing, fitnah menfitnah tu perkara biasa. Buatlah apa saja asal pengaruh pihak lawan dapat disekat.
Bola sepak pun tak terlepas. Bila ada kekecohan dan pergaduhan selepas sesuatu perlawanan, mula la masing-masing jadi penglipur lara pereka cerita. Yelah, masing-masing nak menang, benang basah pun cuba ditegakkan.
5. keyboard warrior
Pihak masing-masing punya keyboard warrior sendiri. Berdegar-degar update status kat Facebook, Twitter dan blog. Kritik sana, kutuk sini, orang ni salah, orang tu tak betul.
Bila disuruh bagi cadangan atau penambahbaikan terus senyap. Cakap je lebih tapi bila disuruh buat dia buat tak tahu je. Padahal dengar-dengar cakap orang je.
6. Medium Penyatupaduan.
Apabila semangat kenegerian dan kepartian diketepikan sementara, ternyata Bola sepak dan politik adalah medium terbaik untuk penyatupaduan dan integrasi.
Contoh, apabila Pasukan Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia iaitu dalam mimpi menentang pasukan Sepanyol, maka seluruh bangsa dan etnik termasuk para pendatang asing juga akan bersatu hati menyokong pasukan negara tanpa mengira apa fahaman dan agama mereka.
Begitu juga politik, apabila umat Islam di Palestin diganyang Israel, maka seluruh Parti di Malaysia sama ada di pihak Kerajaan atau pembangkang akan bersatu mengecam dan mengutuk tindakan celaka Israel tersebut. Sama-sama mengumpul dana dan menghulur sumbangan dalam satu tabung.
Rakyat Malaysia masih belum mampu membebaskan fikiran daripada terbelenggu dengan budaya politik tidak matang dan mentaliti kelas kedua.
Berpolitik macam nak bertumbuk. Main Bola macam nak berperang.
Pemimpin boleh je dok makan semeja. Bertekak hanya dalam gelanggang.
Pemain2 pun ok je boleh bergambar bersama. Biasala tersepak terajang dalam padang.
Penyokong je yang lebih.
Jadilah penyokong yang bijak :)
ReplyDeleteTak layan cerita bola dan tak faham sangat dengan politik.huhu
ReplyDeleteChillax, football is just a sport.
ReplyDeleteAdam :
ReplyDeletePenyokong bijak akan menilai dengan fakta :)
Azhafizah :
tak payah la layan. kang pening haha
brick :
football=politics ? hehe