Tuesday, 11 February 2014

Borang Kebenaran Melakukan Maksiat [Free Download]

Assalamualaikum..

Tak payah buat muka terkejut la sangat,aku bukan nak buat fatwa baru pun.
Memandangkan umat Islam di Malaysia ni dah kemaruk sangat nak buat maksiat dan dosa jadi aku cuba la fikirkan cara untuk diorang melampiaskan nafsu kehaiwanan tu dalam bentuk paling legal dan berhemah.

Ramai anak-anak terutama remaja menghadapi masalah bila nak buat maksiat kerana tidak mendapat restu dari ibu bapa. Maka terpaksalah diorang lakukan senyap-senyap di luar pengetahuan penjaga diorang.

Jadi aku harap alternatif yang aku sediakan ni boleh membantu menyelesaikan sedikit sebanyak kebuntuan yang tercipta.

Cara-cara menggunakan borang ini :

1. Download /muat turun borang ni dan save.
2. Sambung kabel printer kepada komputer dan printkan borang ini. Dicadangkan diisi dalam 2 salinan. Satu untuk simpanan pemohon satu lagi simpanan pihak yang meluluskan permohonan. 
3. Borang ini hendaklah diisi oleh pemohon (pemohon terdiri daripada anak atau isteri)
4. Borang yang lengkap diisi diserahkan kepada bapa/ibu/suami/wali/penjaga untuk ditandatangani kelulusannya.
5. Kalau diluluskan bolehla teruskan perlakuan maksiat tanpa was-was dan bimbang kerana telah mendapat restu ibubapa/suami. Tapi bukan restu Allah ye.
6. Kalau tidak diluluskan boleh membuat rayuan permohonan. Sebaiknya redha dan pasrah. Kalau nak teruskan juga secara senyap-senyap dengan akibat ditanggung sendiri.


Borang Kebenaran Melakukan Maksiat (download)

Bagi mengelakkan kekeliruan, aku ada sediakan satu contoh borang yang telah siap diisi dan ditandatangani kat bawah ni. Bolehla dijadikan sebagai idola, eh silap.. jadikan rujukan.

contoh borang yang telah siap diisi

Aku harap borang ini membantu lebih-lebih lagi sempena ketibaan Hari Maksiat Sedunia iaitu Hari Valentine 14 Februari ni. 
Kumpulkan keberanian dan isi borang ini dengan segera. Pihak aku takkan bertanggungjawab atas apa-apa musibah yang menimpa pemohon sewaktu mengemukakan borang permohonan untuk ditandatangani. Sebarang kos rawatan sila tanggung sendiri.

PENJELASAN

Ibubapa dan suami berhak tahu maksiat dan dosa yang akan dilakukan oleh orang-orang di bawah tanggungan mereka. Kerana mereka akan turut sama menanggung dosa yang akan dilakukan tersebut  jika mereka gagal mendidik, menegur dan menasihati pelaku di bawah tanggungjawab mereka dengan baik.
Dengan kata lain, apabila ibu bapa sudah menunaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak, mereka akan terlepas daripada dosa.

 “Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka...” 
(Surah al-Tahrim, ayat 6) 


Cuma jika berlaku dosa disebabkan kecuaian ayah dan ibu, maka ayah dan ibu hanya menanggung KESALAHAN CUAI DALAM TARBIAH. bukannya menanggung dosa anak-anaknya.

Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain(bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” 
(Al-An’am : 164)

Kecuali bagi mereka yang mengajar dan menunjukkan kepada jalan maksiat, maka di sana DASAR dalam syariat Islam yang sempurna ini mengatakan: SESIAPA YANG MENUNJUKKAN KEPADA SUATU DOSA, MAKA KE ATASNYA JUGA DOSA TERSEBUT. maka si ayah atau siibu yang mengajar anak-anaknya sesuatu amalan maksiat, lalu anak2 itu membuat maksiat dengan sebab ajaran ayahnya dan ibunya, maka tidak syak ayah dan ibu akan bersama2 menanggung dosa anaknya.

Bak kata pepatah " ke mana tumpahnya najis kalau bukan ke mangkuk tandas"

TETAPI bukan bererti ayahnya menanggung dosa anaknya, dan anaknya dikira terlepas dari dosa.. bahkan, kedua-dua mereka sama2 menanggung dosa yang sama.

wallahu a'lam. Tegur jika ada kesilapan.

Sebarkan borang ini kepada rakan anda juga. Ibubapa juga boleh print borang ni bagi kat anak-anak, nanti senang diorang nak isi bila memerlukan.
Jika mahu sebarkan borang ini dinasihatkan disebarkan sekali dengan artikel ni. Supaya tiada salah faham :)

*sebenarnya tanpa borang ni pun dah ramai ibu bapa yang meluluskan permohonan maksiat anak-anak mereka secara lisan .

Entri Valentine :
 ENTRI ROMANTIS BODOH : Valentine's Day....
 MyKOMIK 6 : Diari Cinta Buta
Demi CINTA, Lautan Neraka sanggup kurenangi


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

13 comments:

  1. Assalamualaikum, maju sekrang maksiat pun ada borang :).

    Allahu.

    ReplyDelete
  2. siap ade borang lak tu..ade ke yang mendownload tu nanti.tak sentap ke baca..huhu

    ReplyDelete
  3. Cahaya :
    nak melayan generasi y dan z yg jauh lebih maju :D

    Azhafizah :
    kalau x sentap maknanya level sarkastik ni tak tercapai akal haha

    ReplyDelete
  4. hmm..takutnya tengok borang ni..hehe

    tak teringat pulak tarikh 14 feb ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa ingat bila banyak yg mengingatkan :D

      Delete
  5. boleh guna ni. download borang ni pehtu nak edar kat sekolah. eh??

    ReplyDelete
  6. sentap kalau isi borang tu..ahahaha

    ReplyDelete
  7. Katakan tidak kepada valentine day.....

    ReplyDelete
  8. :O perghhh kalau ada kat pjabat agama ni, mesti ramai jugak isi ni. #eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup borang terpaksa cetak banyak kali

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...